Katak 'Gagal' menipu rakyat Sarawak mengenai 'Penubuhan' Persatuan Perkasa di Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sebelum jari jemari Mr.J menari lebih ligat lagi di papan kekunci ini terlebih dahulu pernahkah anda menikmati sesuatu makanan yang boleh dikategorikan sebagai 'esotik' ataupun pelik bagi anda?. Katak, ramai yang geli dengan katak tetapi ianya merupakan makanan yang lazat bagi Mr.J.

Daging Katak yang empuk.
Reputasi spesis haiwan amfibia tersebut yang mampu bernafas di air, darat serta di dalam tempurung kelapa sedikit sebanyak telah tercalar.

Ini kerana Duta Katak iaitu Ibrahim Ali tidak memberi banyak 'imej' positif kepada spesis amfibia tersebut, walaupun telah diberikan status Duta Katak oleh masyarakat malaysia yang prihatin.

Kalau tidak silap Mr.J iaitu dua hari yang lepas apabila Ketua Kumpulan Perkasa atau lebih dikenali sebagai Bapa Perkauman iaitu Ibrahim Ali telah berkata serta menyelar beberapa NGO di Sarawak yang mahukan Pertubuhannya itu di Halang masuk ke Sarawak.

Bagaimanapun Bapa Perkauman itu berkata dengan riak sekali bahawa kita ( Merujuk kepada Sarawakian serta NGO Sarawak ) ketinggalan maklumat kerana PERKASA telah wujuddi semua negeri sejak empat tahun lalu, termasuk bumi kenyalang , Sarawak.

Bagi membuat atau memasak daging katak yang empuk anda perlukan rempah yang sesuai bergitu juga apa yang dikatakan oleh Ibrahim Ali haruslah disokong sebulatnya oleh pengikutnya iaitu Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali juga berkata Perkasa sememangnya sudah bertapak di Sarawak sejak 2009 dan kini mempunyai lebih dari 3,000 ahli di negeri bumi kenyalang itu.

Kicap dan Halia juga perlu dicampur dalam masakan daging katak supaya aura wanginya naik. Nampaknya  kelibat bakal penganti kepada Ibrahim Ali sudah kelihatan disitu mungkin Syed Hassan Syed Ali calon yang sesuai.

Tetapi malang berganda menimpa Ibrahim Ali dan Syed Hasan khususnya Pertubuhan Perkasa apabila Pendaftar negeri Pertubuhan (ROS) memberi respon yang sangat memalukan iaitu Tidak ada Perkasa di Sarawak. 

"Sebagai satu sebagai rekod kami di ROS Sarawak, Perkasa tidak mempunyai cawangan di Sarawak." - ROS
Kehadiran 'Perkasa' tidak disenangi di Sarawak termasuk Kepimpinan Parti Komponen BN iaitu PBB.
Pejabat Pendaftar negeri Pertubuhan (ROS) menerima pelbagai pertanyaan ekoran kenyataan Perkasa yang mengatakan telah bertapak di Sarawak sejak tahun 2008 serta ahli seramai 3,000 orang.

'Perkasa' atau Pertubuhan NGO yang dikenali sebagai Pertubuhan Rasis atau juga Geng 'Bapa Perkauman' di Sabah dan Sarawak.

"Bagaikan minum Cap Apek tidak bertabas" itulah perumpamaan yang Mr.J dapat beri kepada Perkasa dalam isu ini. 

Sudahkah anda membaca Pantun Sentap yang dikhaskan kepada Ibrahim Ali oleh Masyarakat Sabah dan Sarawak?

- Mr.J

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©