Isu Sebenar Kisah Kawin Muda & Cerai Talak Tiga? sebenarnya Kawin kerana telah diperkosa oleh...

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Diatas ini adalah satu berita yang dikeluarkan oleh astroawani sebentar tadi 29/11/13
Disini Mr.J melihat sedikit sebanyak Persoalan "Kawin Muda" bagi pasangan tersebut semakin terbongkar semenjak kisah cerai mereka diketahui ataupun diberitahu kepada media massa.

Terlebih dahulu beberapa hari yang lepas berita tersebut banyak mengejutkan ramai "kanak - kanak" yang bercinta dibawah umur dimana isteri Mohd Fahmi yang berusia 13 tahun telah diceraikan dengan talak tiga sekaligus menjauhkan jurang untuk mendekati dimasa akan datang. ( amboi macam ulasan bolasepak )

Bagaikan membuka "aib" sendiri dan itu yang dapat Mr.J katakan dalam kes tersebut apabila Ayah si perempuan "menjelaskan" perkara yang sebenar berlaku iaitu mereka dikahwinkan atas dasar satu kejadian yang sangat memalukan keluarga iaitu, “Saya kahwinkan dia kerana dia telah diperkosa”kata ayah  remaja perempuan Nor Fazira Saad .

Siapakah yang telah "memperkosanya", itu menjadi persoalan besar dan secara amnya kita tahu bahawa barang sesiapa yang membuat hubungan seks dibawah umur 21 tahun akan disabitkan sebagai kes "Rogol" walaupun secara rela , cinta atau kasih.

Dalam laporan di astrowani, Bapa kepada remaja perempuan tersebut menyatakan bahawa beliau telah membuat laporan polis pada 15 julai 2012 tetapi atas dasar "kasihan" atau "menjaga aib diantara keluarga" beliau telah menarik balik laporan tersebut.

Laporan itu ditarik balik bersebab iaitu apabila ibu bapa Mohd Fadmi ( si pemberi cerai talak 3 ) merayu kepada bapa Nor Fazira Saad serta memohon untuk menikahkan anak lelakinya dengan Nor Fazira Saad yang ketika itu Mohd Fami berusia 19 tahun dan Nor Fazira Saad 12 tahun.

- Mr.J
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©