GST Pos Laju 6%.? T-Shirt PengeRindu.com Mula dihantar kepada pembeli.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Hari ini Mr.J bertungkus lumus untuk menghantar T-Shirt Edisi Terhad Sabah - Sarawak , permintaan sangat memuaskan tetapi Mr.J hanya mengeluarkan sebanyak 100 helai sahaja dan agak terhad. 

Terima kasih kepada Sufi Printing atau dikenali sebagai Fb Eizus Tshirt yang sudi menerima tempahan serta design yang Mr.J inginkan dan yang pasti perkhidmatan terbaik cuma masalah di tempat Mr.J sahaja , maklumlah bukannya tahu sangat jalan nak pergi ke kedai bro sufi printing pakai gps pun tertiba 'lost' .

Banyak juga senarai yang Mr.J hendak pos .

Penat juga rakan Mr.J terpaksa jadi runner pagi dan petang untuk ke Pos Laju di Jaya Jusco Seremban 2 tapi tak apa dapat upah Tiger Beer dari Mr.J :P .

Terkejut juga GST sudah mula digunapakai sekarang dan apa yang Mr.J tahu di resit pos laju dia tulis 'Cukai 6%', apa pun tak boleh maklumlah kita sebagai rakyat malaysia haruslah menyokong perlaksanaan daripada kerajaan pemerintah bagi menjamin membolehkan kita menyelamatkan serta menderma sedikit kewangan bagi 'mereka' yang dahagakan kekayaan.

bergaya dengan baju pengerindu yang pasti tidak terdapat dimana-mana!

Nak ke baju ni? kalau nak tunggu Mr.J buat konteks blog ok.

- Mr.J Agi Idup Agi Ngelaban!


mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©