Bagaimanakah Masyarakat Melayu & "Bukan Melayu" yang beragama Islam menyambut ''Merry Christmas" bersama Kristian Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.

Berikut dibawah adalah pengalaman penulis iaitu Mohammad Nazrin Hatta iaitu seorang penganut Agama Islam di Sarawak. 

Masyarakat Sarawak terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dan menurut statistik, Sarawak mempunyai penduduk yang majoriti beragama Kristian yang ramai terdiri daripada kaum Bumiputra BUKAN Melayu seperti bangsa Iban, Bidayuh, Melanau, Kayan, Kenyah, Orang Ulu, Bisaya dan Lun Bawang. 

Agama Islam adalah agama kedua terbesar. Saya sebagai seorang Muslim dari Sarawak tidak merasa apa-apa ancaman walaupun berasal dari tempat yang majoriti penduduknya beragama Kristian.

Melihat paderi, biarawati, mubaligh Kristian di sana sini sudah menjadi kebiasaan buat kami umat Islam di Sarawak. 

Ramai ibu bapa yang beragama Islam di Sarawak menghantar anak mereka ke sekolah Kristian, salah seorang daripada para pelajar Muslim yang bersekolah di sekolah Kristian adalah saya sendiri.

Senarai sekolah Kristian yang ada di Kuching, Sarawak adalah St. Thomas` School, St. Mary`s School, St. Joseph`s School, St. Theresa`s School, Catholic English School, St. Paul`s School, dan banyak lagi sekolah mubaligh Kristian. Namun tiada kes pelajar Islam murtad apabila bersekolah di sekolah Kristian di Sarawak.

Sambutan Krismas di Sarawak adalah paling meriah berbanding dengan tempat lain di Malaysia. Sebulan lebih sebelum Krismas, banyak shopping complex telah dihiasi dengan hiasan seperti pokok Krismas, lampu dan yang paling bestnya, lagu Krismas yang tidak berhenti dimainkan. Namun, itu tidak memberi impak dan issue kepada kami umat Islam di Sarawak.

Christmas visit to the house of the Lord Bishop of Southeast Asia, Rt. Revd. Datuk Bolly Lapok at St. Thomas` Cathedral (Anglican Diocese) Kuching City, SARAWAK KINGDOM
Pada Hari Krismas, kami umat Islam berkunjung ke rumah rakan kami yang beragama Kristian atas dasar persaudaraan dan penyatuan antara agama. Rakan kami yang beragama Kristian di Sarawak juga mengetahui sedikit sebanyak tentang halal/haram menurut perspektif agama Islam kerana kami saling berkongsi ilmu tentang agama Islam kepada mereka, sama juga dengan mereka.

Juga berkongsi ilmu tentang agama Kristian kepada kami umat Islam di Sarawak tetapi atas dasar ilmu, bukan untuk murtad atau memurtadkan sesiapa. 

Mr.J juga adalah bekas pelajar sekolah Mubaligh Kristian iaitu SMB Sacred Heart Sibu, Sarawak.
Saya pernah mengunjungi rumah rakan kepada ibu saya yang beragama Kristian Katolik berbangsa Iban semasa Hari Krismas. Jika anda ingin tahu, makanan yang dihidangkan kepada kami memang 100% HALAL kerana yang memasak lauk2 hidangan semasa rumah terbuka Hari Krismas rakan ibu saya itu adalah jirannya, yang merupakan seorang Muslim. 

Rakan ibu saya yang beragama Kristian Katolik ini memberi upah memasak lauk kepada jirannya yang Muslim ini utk hidangan ketika rumah terbuka Hari Krismas beliau. Bahan untuk memasak dibeli oleh rakan ibu saya sendiri cuma jirannya yang beragama Islam ini tolong memasak lauk utk dihidangkan ketika rumah terbuka Hari Krismas tersebut dengan menggunakan bahan - bahan yang telah dibeli tadi. 

Semua masakan dimasak di rumah jirannya yang Muslim itu. Apabila sudah habis dimasak, lauk itu dihantar dalam perkakas ke rumah rakan ibu saya yang beragama Kristian Katolik ini untuk dihidangkan kepada para tetamu semasa rumah terbuka Hari Krismas keesokan harinya. 

Kesimpulanya, kami masyarakat Sarawak tiada issue antara satu sama lain kerana kami telah belajar dan diajar untuk BERTOLERANSI dan MENGHORMATI AGAMA LAIN sejak kami masih kecil lagi. Dan itulah uniknya tentang Sarawak. 

Oleh Saudara Mohammad Nazrin Hatta @ Naz Ryan Winchester Hatta ~ Anak Negara Sarawak ~

- Mr.J, memang patut Ibrahim Ali Ngo Pertubuhan Perkasa Perjuang 'Melayu' dihalang masuk ke Sarawak kerana boleh mengugat keharmonian di Sarawak.
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©