Saman difailkan keatas Mufti Sabah, Bungsu@Aziz Jaafar kerana hendak MeMELAYUkan Etnik di Sabah.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Mufti Sabah Si 'Bongsu' yang mengeluarkan Kenyataan untuk "MeMelayukan" etnik di Sabah, mana-mana Etnik / Bangsa / Kaum di Sabah yang telah memeluk Agama Islam harus di'MELAYU'kan . 

Seperti contoh , bila seorang berbangsa Murut telah memeluk islam maka dia harus mengaku dia seorang Melayu Murut , bergitu juga dengan etnik lain.  

Kenyataan Si Bungsu tersebut telah mencetuskan reaksi kurang senang di Sabah kerana ia seolah seperti satu Konspirasi 'Penghapusan Etnik yang terancang". 

Desakkan dibuat oleh beberapa kumpulan , NGO serta individu persorangan telah bermula dengan kempen di facebook telah memberikan tamparan yang hebat ke atas penolakkan 'rancangan' Mufti tersebut.

Mufti Sabah telah didesak berkali - kali untuk mengeluarkan kenyataan tetapi tindakkan Mufti Sabah terus mendiamkan diri hanya memakan diri. Bagaimanapun hari ini 7 Oktober 2013 satu saman telah difailkan keatas Mufti Sabah tersebut hari ini.



Sabah dan Sarawak tidak pernah 'MENYERTAI' bersama Tanah Melayu (Malaya) Tetapi 'MEMBENTUK' dalam Pembentukkan Sebuah Negara 'Persekutuan' yang dinamakan 'Malaysia'

Oleh kerana itulah , sebilangan peraturan di S.Malaysia dengan Sabah dan Sarawak ada perbezaan dari segi Kawalan Imigresen dan juga mempunyai sistem Mahkamah sendiri.

Perkara 1: Agama
Walaupun terdapat tiada bantahan kepada Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia harus ada agama Negeri di Borneo (Sarawak & Sabah), dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan agama Islam dalam Perlembagaan Malaya tidak boleh diguna pakai di Borneo.

Mufti Sabah tersebut dikatakan telah Melanggari Perjanjian 20 Perkara Sabah iaitu Perkara 1 mengenai Agama Rasmi Sabah : 

Sabah Tiada Agama Rasmi dan sesiapa sahaja berhak menganuti Agama pilihnya tanpa paksaan. 

Melayu tidak semestinya Islam dan Islam tidak semestinya Hak Mutlak Melayu , Islam adalah milik Global , Aneh bila Mufti Sabah berkata bergitu atau adakah Darjat 'Melayu' itu lebih Tinggi daripada 'Islam' di malaysia?.

- Mr.J 

 mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©