Dulu Mr.J sebunyi gambar kekasih dibawah tikar tapi remaja sekarang syok semua nak tayang di facebook.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Berkisarkan hasil pemerhatian facebook remaja sekarang. Remaja dahulu sekitar lingkungan 13 - 18 tahun bila ada Gambar Potret bersama dengan kekasih selalunya tidak dipertontonkan dikhalayak ramai kerana segan dan malu kerana takut menjadi bualan orang, hanya individu terdekat atau sahabat sehati sejiwa semati sahaja yang boleh melihat gambar cinta hati itu.

Celah tilam , bawah tikar bilik , atas almari , disebalik lipatan baju, atau di reban usang ayam adalah lokasi untuk menyembunyikan Gambar Cinta. Kerana ketika itu atas dek khuatir dimarahi atau dipukul serta gambar cinta hati akan dirampas oleh 'Penguatkuasa' iaitu ibu dan bapa , paling teruk serta sayu dan perasaan hiba menyelubungi dunia kita bila gambar cinta hati dibakar dihadapan mata oleh 'Penguatkuasa' kita. 

Semua itu adalah hukuman kepada Remaja yang bercinta yang lahir sekitar tahun 70an serta 80an. Tindakkan hukuman seperti itu adalah wajar kerana ianya ketika zaman itu Ibubapa sangat mementingkan Pendidikkan anak mereka dan juga maruah keluarga adalah dipelihara dengan tinggi sekali ketika itu.

Itu kisah Remaja dahulu sebelumnya kedatangan teknologi internet serta belum wujudnya jaringan sosial seperti facebook sekarang . 


Senarai Motif berdasarkan gambar diatas ini: 
1. Menangih Simpati kekasih kembali : contoh - hiris tangan upload di facebook.
2. Kami Remaja 1Jari Malaysia? : contoh  - kebanggaan dengan simbol 1Jari Malaysia atau mungkin agak keterlaluan andai Mr.J menyebut sebagai 'model simbol sex' .

Rata - rata mereka adalah Remaja 'Millineum' ( bukan semua cuma sebilangan sahaja ) kini khususnya yang perempuan seolah - olah semakin berlumba - lumba dengan rakan yang lain dengan meng'upload' gambar bersama kekasih mereka di facebook , pelbagai aksi boleh dilihat mereka seolah mahu menjadi yang terbanyak 'like' dan juga yang terbanyak 'friends' serta 'followers' dengan itu mereka merasa diri seperti seorang celebriti tetapi sekadar celebriti 'pencuci mata' oleh warga siber.

Yang menghairankan bagi Mr.J bukan sekadar gambar yang tidak senonoh malah kata - kata yang tidak sepatutnya digunakan oleh kategori bawah umur tersebut agak tidak bertapis .


Beringatlah bahawanya zaman ini bukan lagi zaman dahulu , remaja sekarang harus lebih peka dan berwaspada serta harus ada sensiviti kemasyarakatan biarpun hakikatnya anda tidak berdepan dikhalayak ramai di jaringan sosial.

Mungkin ada sebilangan pembaca disini adalah bawah umur terpulang kepada anda sekiranya setuju dengan Mr.J atau ada yang mengangap Mr.J ini otak kuno serta ketinggalan zaman mahupun anda akan menjawap mengunakan Bahasa Moden seperti ini "itu lainlah bro..itu Zaman koRunk larhh bukan zaman q pon!!~ ada Q keSah?" .

- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©