Biodata Junior Eldstal atau Putera Nadher Amarhan dan Status Agama.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Junior Eldstal atau Putera Nadher Amarhan iaitu merupakan Pemain Pasukan Bolasepak Sarawak yang kelahiran Sabah serta mempunyai darah kacukan serta membesar di Sweden.

Ramai rakan Mr.J bertanyakan status agama Junior Eldstal atau Putera Nadher ini mungkin kerana melihat tatu di lengannya. Baiklah bagi mengurangkan kekeliruan rakyat malaysia , sebenarnya dia Beragama Kristian.

Open letter from Malaysia's Junior Eldstal

Junior Eldstal pernah membuat surat terbuka untuk mengesahkan statusnya , iyerlah orang malaysia ini pelik sedikit.

Mr.J tak mahu menamakannya dengan nama Putera Nadher kerana dia sendiri tidak mahu dipanggil nama itu kerana berkemungkinan akan menyebabkan rakyat malaysia 'keliru' dia lebih senang dipanggil Junior Eldstal.



Rasanya orang Sabah & Sarawak tidak melihat ini pelik dan mungkin sebilangan sahaja .

LEBIH SUKA DIPANGGIL JUNIOR ELDSTAL
Pemain Sarawak Junior Eldstal dilaporkan membuat satu surat terbuka kepada pihak Goal.com bagi menjelaskan isu-isu berkenaan dirinya. Dalam suratnya, Junior menegaskan bahawa sugguhpun nama rasmi beliau di Malaysia adalah Putera Nadher Amarhan, beliau lebih senang dipanggil dan diperkenalkan sebagai Junior Eldstal. Nama Eldstal menurut Junior adalah nama bapanya, yag telah banyak memberi inspirasi kepada kehidupannya. Junior juga menambah yang beliau sedang dalam proses menukar nama rasminya di Malaysia ke ‘Junior Eldsatal’.

SAYA BERAGAMA KRISTIAN
Selain daripada itu, Junior turut menegaskan bahawa beliau sebenarnya beragama Kristian sungguhpun namanya mungkin memperlihatkan beliau seperti seorang yang beragama Islam. Tambah Junior, sungguhpun beragam Kristian, beliau amat menghormati agama lain.

TERIMA KASIH SARAWAK!
Di akhir surat tersebut, Junior mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah membantunya, khususnya Scott Ollerenshaw, Robert Alberts dan Sarawak FA kerana sunggup mengambil risiko untuk mengambilnya bermain, di kala tiada yang sanggup berbuat demikian. Beliau turut menambah bahawa sokongan padu peminat Sarawak amat hebat, dan berharap akan sentiasa dapat memberikan yang terbaik sepanjang kariernya sebagai pemain bolasepak. sarawakcrocs.com

- Mr.J uniknya Borneo.

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©