Pelatih Cicak ditahan, 4 Perserta Ratu Comot digugurkan, Kes Lastik semakin meningkat. - Kiasan Mr.J

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sebuah Negara 'Persekutuan' yang dibentuk daripada tiga buah Negara asalnya iaitu Tanah Melayu , Borneo Utara ( Sabah ) dan Sarawak sehingga menjadikannya Negara 'Persekutu' yang dinamakan Malaysia pada 16 September 1963.  Sekadar Info untuk budak- budak sekolah yang pergi sekolah tapi tidak pernah diajar sejarah tersebut.

Baiklah kali ini Mr.J bukan nak ulas tentang Sejarah Pembentukkan 'Sebuah Negara' tetapi nak kongsi sedikit tentang apa yang berlaku di negara malaysia kali ini. 

Isunya agak panas dan biar Mr.J mengunakan ayat 'kiasan' untuk berbicara disini bukan apa , silap kata kena 'screen capure' dan seterusnya menjadi sebuah 'bahan' sebaran di dunia facebook tanpa mengetahui asal - usul cerita.

Bila Mr.J log in dalam facebook ternyata bergitu banyak isu - isu semasa yang berlaku disekeliling kita contohnya isu 'Bela Cicak' , 'Sup Kambing' , Isu '4 Ratu Comot' digugur dari bertanding , isu Penularan Ajaran 'Black Metal' dan isu paling panas sekali adalah kes yang melibatkan senjata seperti 'Lastik' yang tidak henti - henti berlaku sampai sekarang malah kes 'lastik' semakin meningkat sehinga hampir setiap minggu kita dihidangkan berita mengenainya.
Kes lampau iaitu kes 'Sup Kambing' yang diterbitkan oleh dua individu 'blogger' tersebut sememangnya melampau bahkan masyarakat cina sendiri mengatakan bahawa mereka berdua harus dihukum.

Bagi Kes Penularan Ajaran 'Black Metal S' ke dalam negara ini dikatakan masih lagi dalam keadaan terkawal dan masih belum sampai ke peringkat 'pembunuhan beramai - ramai' seperti mana yang berlaku di negara berkenaan dan yang ini pun Mr.J tidak mahu mengulas lanjut kerana ianya agak sensitif bagi sebilangan manusia.

Yang terkini iaitu kes seorang wanita yang dikatakan Pelatih 'Cicak' ditahan akibat penyebaran videonya tiga tahun lepas , apa yang Mr.J lihat dari kes ini kelihatan Video Pelatih tersebut agak 'tidak' menyinggungkan perasaan sesiapa mungkin kerana kesilapan 'editing' yang menyebabkan Videonya 'Naik' semula ke carta tertinggi di Youtube dan ini kemungkinan 'tempiasan' daripada kes 'Sup Kambing' dan kes '4 Ratu Comot' yang digugurkan daripada bertanding.

Dan sehingga kini kesemua kes diatas tersebut masih dalam siasatan manakala 'pengguna' internet masing - masing bertengkar satu sama lain.

Dari pemerhatian Mr.J , kebanyakkan isu tersebut 'dipolitikkan' sehingga ramai yang beria-ia menjadi 'hero' dalam konteks sesebuah kes tersebut.

Apa - apapun itu hanya sebahagian isu yang panas melanda di negara ini sekarang, semoga negara malaysia akan terus berkekalan aman damai , cemerlang , terbilang di mata dunia luar.

- Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©