Baiklah dan selamat bercuti kepada yang bercuti , kali ini Mr.J hendak kongsikan satu Resepi memasak sayur Keladi masak belacan pedas.
Ms DJP cakap cara untuk memasaknya senang sahaja iaitu sebelum itu anda perlulah masuk ke hutan atau paya untuk mendapatkan Keladi tak pun cuba cari Sayur Batang Keladi di kedai berhampiran. Setelah batang keladi tersebut dipotong dan jangan lupa kulitnya perlu juga dihiris dan dibuang , bergitu juga buah keladi pun harus dicuci bersih .
Tentang penyediaannya Buahnya harus dipotong dan direbus terlebih dahulu untuk melembutkannya selepas itu barulah masukkan batang keladi tadi ( jangan lupa kulitnya harus dibuang ). Sambil menunggu anda bolehlah menyediakan Sambal Belacan untuk mengorengnya sebentar nanti.
Bahan - Bahan Utama:
1. Batang Keladi , Buah Keladi
2. Asam Jawa
3. Sambal Belacan
Penyediaan Sambal Belacan untuk memasak Sayur Keladi adalah:
1. Bawang Merah 2 biji dan Bawang Putih 2 Biji
2. Ikan Bilis kira - kira segengam atau agak - agak.
3. Belacan kira - kira sebesar tunjuk ibu jari kalau boleh Belacan Bintulu.
4. Halia seinci
5. Cili Padi, ikut suka anda .
Segala bahan - bahan diatas ditutuk sehingga lumat.
Setelah itu , toskan buah keladi berserta batang keladi tadi . Sementara itu panaskan kuali berserta minyak makan dan masukkan kesemua sambal belacan yang telah ditumbuk lumat tadi gaulkan sehingga baunya naik pastikan api kecil.
Setelah itu masukkan Batang Keladi berserta Buah keladi yang telah dipotong kiub dan gaulkan bersama Sambal belacan , kacau sehingga sebati dan selepas itu masukkan sedikit air dan garam , ajinomoto dan biarkan selama lebih kurang 5 minit dan akhir sekali masukkan Asam Jawa dan gaul sekali lagi dan selepas beberapa minit ianya sedia untuk dimakan. Selamat mencuba. - Ms DJP
- Mr.J
Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
0 comments:
Post a Comment