Apa Yang Berlaku di Sarawak Semalam ? 18 February 2013

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sebahagian Artikel Maya yang menarik untuk dikongsi kepada semua pembaca mengenai apa yang berlaku di Sarawak Semalam.

SIBU: Tidur lena seorang pemilik rumah separa dua tingkat di Jalan Delta dekat sini berakhir selepas dikejutkan dengan dua das tembakan yang ditujukan ke arah tingkap tingkat atas rumahnya awal pagi semalam. Kejadian itu berlaku sekitar jam 3.30 pagi ketika pemilik rumah dan isteri serta anak-anaknya berada di rumah.

SIBU: Nyawa seorang pesakit tenat hampir melayang apabila ambulans yang menghantarnya ke Hospital Sibu bertembung dengan sebuah bas di persimpangan lampu isyarat di Jalan Lada, di sini sekitar jam 11.30 pagi semalam. Akibat rempuhan itu, ambulans yang dinaiki lima orang termasuk seorang pemandu, doktor, pembantu perubatan, pesakit dan isterinya tersadai di bahagian sisinya.

SIBU: Seorang lelaki maut selepas dirempuh sebuah lori di Jalan Pedada dekat sini pada jam 7.30 pagi semalam. Mangsa dikenali sebagai Lee Kok Ki, 66, dari Jalan Tong Sang dikatakan sedang berjalan kaki apabila nahas itu belaku. Mangsa digegaskan ke sebuah hospital swasta selepas kejadian dan dirujuk ke Unit Rawatan Rapi di Hospital Sibu pada jam 8.30 pagi. Mangsa yang cedera parah di bahagian kepala dan badan disahkan meninggal dunia sekitar jam 10 pagi.

SRI AMAN: Dua lelaki cedera selepas lori treler yang dipandu mereka terlibat kemalangan di kawasan berdekatan Jambatan Batang Undop, Sri Aman pagi semalam.Menurut sumber, kedua-dua mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan dari Sibu ke Kuching sebelum lori tersebut hilang kawalan lalu melintang di tengah Jalan Kuching-Sibu jam 10.30 pagi.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©