Isu Penggunaan "Allah" dan peruntukan yang berkaitan dengan agama Islam dalam Perlembagaan Malaya tidak boleh diguna pakai di (Sabah&Sarawak)Borneo.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Untuk pengetahuan anda semua , Sabah & Sarawak adalah berstatus sebuah "Negara" dalam pembentukkan "Malaysia" dan Agama Rasmi Persekutuan adalah "Islam" tetapi Hal Persekutuan tidak boleh diheret masuk ke Sabah & Sarawak dan 'Tiada" Agama Rasmi di Sabah & Sarawak . - Mr.J

Pembentukkan "Malaysia" terdiri daripada persetujuan dan syarat - syarat seperti Perjanjian 18/20 Sabah dan Sarawak. Malaysia terdiri daripada 4 buah Negara iaitu Malaya , Sabah , Sarawak serta Singapura manakala Singapura telah menarik diri daripada Pengabungan "Malaysia". Read more: http://www.pengerindu.com/2012/06/original-agreement-of-malaysia-9-july.html

KUCHING: Isu kalimah Allah yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa hanya orang Islam di negara ini boleh menggunakan kalimah ber-kenaan tidak akan dilaksanakan di negeri ini.Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, ini kerana isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam tidak timbul di negeri ini.
Perjanjian Perkara 18 & 20 Sabah dan Sarawak
Perkara 1: Agama Walaupun terdapat tiada bantahan kepada Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia harus ada agama Negeri di Borneo (Sarawak & Sabah), dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan agama Islam dalam Perlembagaan Malaya tidak boleh diguna pakai di Borneo. Read more: http://www.pengerindu.com/2012/06/original-agreement-of-malaysia-9-july.html
“Kita di Sarawak tidak timbul isu tersebut, oleh yang demikian kita tidak akan melaksanakan perkara berkenaan di negeri ini,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesan daripada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa penggunaan kalimah Allah hanya boleh diguna pakai oleh orang Islam di negara ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Baru-baru ini, Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan perkara itu tidak perlu dipolemikkan kerana keputusan tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible perlu dihormati semua kaum.

Perkara itu tercetus apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah berkenaan dalam kitab mereka versi Bahasa Melayu.Sementara itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom menegaskan isu berkenaan tidak seharusnya dipolitikkan.

“Kita seharusnya menyerahkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa dalam bidang keagamaan kerana kita mesti memelihara sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain supaya kita dapat terus hidup harmoni.

“Saya membuat kenyataan bukan sebagai Setiausaha Agung tetapi sebagai warga Malaysia yang cintakan keamanan,” ujarnya lagi.Justeru, beliau berharap rakyat Sarawak terus menjaga kepentingan satu sama lain, tidak mengira agama dan bangsa bagi mengekalkan keamanan dan perpaduan yang telah lama dikecapi. Borneo Post

1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©