Ini Kalilah! Timbalan Menteri Lajim letak jawatan Umno, Pengerusi BN

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
KOTA KINABALU - Datuk Seri Lajim Ukin hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa
serta-merta.

Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno.


"Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau.

"Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan...kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," katanya.

Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan program khas serta pengisytiharan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah. - Bernama

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©