Kisah Benar : Sebuah kisah Cinta kenangan silam yang - lebih 10 tahun dahulu.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Salam kembali , lama juga Mr.J tidak membahaskan segmen "Cinta" dan hari ini Mr.J seakan - akan terpanggil untuk berkongsi mengenai sepasang kekasih yang sungguh saling menyintai satu sama lain.

Ketika itu usia muda bukan penghalang untuk menjalinkan "cinta" walaupun masih boleh dikatakan dalam usia "under age" tapi memori itu tetap indah dan tersemat disanubari si kekasih wanita tersebut.

Berbalik kepada kisah Cinta Remaja mereka , si kekasih wanita tersebut benar - benar sungguh menyintai kekasihnya.

Kebetulan rumah mereka berdekatan dan hampir setiap minggu ataupun hujung minggu si lelaki tersebut menunggu dengan penuh rasa teruja dan boleh dikatakan hampir setiap malam dia tidur awal hanya kerana menunggu ketibaan hujung minggu dan tidak sabar untuk berjumpa dengan kekasihnya itu , maklumlah kekasihnya bersekolah ditempat lain dan hanya akan balik ke "sibu" sarawak pada setiap hujung minggu ataupun cuti sekolah.

Cinta si lelaki tersebut cukuplah mendalam hingga setiap hari beliau akan meronda mengunakan motosikal "kapchai" hanya sekadar melalui rumah si kekasihnya itu dengan harapan adakah si dia telah balik dan adakah dia ada dirumah .

Khidmat "Posmen" digunakan bagi tujuan untuk perjumpaan dengan erti kata lain "dating" lebih - lebih lagi "posmen" tersebut merupakan kawan yang rapat si wanita tersebut kerana waktu itu tidak mampu memilikki telefon bimbit.

Mereka berjumpa setelah surat dibalas dan tempat dipersetujui dan si lelaki tersebut cukup terasa "bahagia" sungguh kerana dapat bertemu walaupun dihurungi oleh nyamuk tapi disebabkan cinta maka gigitan nyamuk tidak dirasa lagipun ada bawa bekalan "ubat nyamuk".


Sebuah Padang yang berdekatan menjadi sejarah dimana saat itu mereka berdua bersama dan berborak "indah" sungguh dan si lelaki sempat memberikan "ciuman" pertama walaupun itulah cinta pertama lelaki tersebut dan keaadan agak menakutkan bagi lelaki tersebut kerana di mindanya bermain seribu persoalan adakah "tamparan" yang bakal diberikan sekiranya dia memberikan sebuah "kissing" biarpun pengalaman masih mentah lagi.

Semakin hari semakin rindu dan semakin banyak surat yang dikarang khas untuk wanita yang dicintainya biarpun hampir lebih daripada 20 kali menulis surat dan hanya yang terbaik sahaja dipilih, ternyata keikhlasan ayat - ayat cinta dengan harapan si dia akan berasa gembira.

Semuanya tidak bertahan lama dan semakin hari si wanita tersebut semakin tidak menghiraukannya dan lelaki tersebut terpingga dan memikirkan apakah kesalahan yang dilakukannya .

Si lelaki akhirnya pasrah kerana itulah Cinta pertamanya dan kehidupannya boleh dikatakan agak "terngangu" kerana menyedari "ditinggalkan" tanpa mengetahui sebab punca yang pasti.

Hampir setiap malam lelaki tersebut bersedih..

Pernah sekali sekala mereka berdua tersempak tapi saling diam seribu makna , keinginan lelaki tersebut inginkan jawapan yang pasti tapi "halangan" terbaru muncul bila melihat "si dia" bersama lelaki lain membonceng motosikal yang agak "moden" sedikit berbanding dengannya yang hanya mampu memilikki motosikal "kapchai" itupun kepunyaan bapanya.


Masa berlalu bergitu pantas dan seperti waktu itu hanya semalam semuanya terjadi dan selepas lebih 10 tahun mereka berpisah dan si lelaki tersebut mendapat tahu bahawa si dia telah pun mempunyai keluarga sendiri dan mempunyai cahaya mata .

Jarak kisah cinta mereka semakin jauh dan tak mungkin segalanya kembali seperti dahulu tetapi Cinta si lelaki tersebut masih lagi kuat tapi "aptb" ( apa pun tak boleh ) .

Lebih 10 tahun kemudia si lelaki tersebut dengan tidak sengaja terjumpa Facebook kekasihnya itu dan cuba memberanikan diri untuk "add" dan seterusnya bertanya "kenapakah dan sebab dia ditinggalkan tanpa jawapan" .

Akhirnya semua persoalan selama lebih 10 tahun terjawap iaitu salah seorang "sahabat baiknya" mengatakan bahawa si lelaki tersebut hanyalah cuma ingin bermain - main dengan cintanya biarpun kesahihan tidak dipastikan dan yang pasti ketika itu lelaki tersebut tidak pernah jatuh cinta dengan sesiapa dan hanyalah kepada "dia" sahaja.

Harapan yang tak pasti . Andai kisah ini terjadi kepada anda apakah yang anda patut lakukan.

p/s Mr.J : Ini adalah sebuah kisah benar dan nama "mereka" tidak disiarkan kerana menjaga kepentingan individu tersebut.

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©