Si Ibu ditembak , mereka diancam kepupusan ( Kisah Orang Utan yang menyayat hati )

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Satu hari si Ibu mengendong anaknya berjalan - jalan untuk mencari makanan dan tidak seperti dahulu kalau dahulu Si Ibu hanya perlu berjalan disekitar tempat tinggal sahaja tetapi sekarang Si Ibu dan anak terpaksa berjalan sejauh berpuluh kilometer demi mencari makanan seperti pucuk daun hutan.


Si anak pula masih kecil dan belum mengenal erti kehidupan , Si Ibu masih ingat beberapa tahun dahulu perkampungan mereka diceroboh oleh sekumpulan pembalak haram dan masa itu juga Si Ibu terkenangkan Si Ayah mati ditembak oleh pembalak dan bukan itu juga rakan - rakannya turut menjadi buruan beberapa pemburu haram dan juga penembak upahan yang diupah oleh pihak tertentu untuk membasmi mereka daripada tempat tinggal .

" Ibu , kenapa mereka tangkap kita ?" Si Anak berkata kepada Ibunya .

Si Ibu hanya terdiam sambil berlinangan airmata mengenang nasib yang tidak pasti lagi.

Mereka meneruskan perjalanan bagi mengisi perut setelah beberapa ketika mereka sampai ke satu tempat yang banyak buah - buahan . Si Ibu tersenyum lalu memanjat pokok rambutan sambil memberikan kepada anaknya.

Tiba - Tiba "Bang!!!!!"

Si Ibu jatuh dari dahan pokok rambutan sambil mengerang kesakitan .

Si anak terus berlari mendapatkan Ibunya .

"Ibu - ibu , apa mereka buat pada Ibu.." Si Anak.

"Anakku , hidup kita semakin susah didunia ini. Jagalah diri baik - baik , Ibu tak dapat lagi......" balas Si Ibu sambil menahan kesakitan yang amat sangat.

"Ibu!!!! bangun Ibu!!! ..."

Si Ibu terbaring menahan kesakitan akibat ditembak.

Si Anak yang masih belum mengerti apa yang diberlaku kepada Ibunya terus menyembunyikan diri dicelah - celah semak dan hanya memerhatikan Ibunya dari jauh . Beberapa manusia dilihat membawa Ibunya ke suatu tempat .


Kini Si Anak tinggal bersendirian didalam hutan , spesis orang utan semakin pupus akibat penebangan hutan daripada pembalak - pembalak dan juga pemburu haram . Kini tiada siapa tahu nasib Si Anak Orang Utan tersebut.

Itu hanya sebilangan kisah daripada Hutan Hujan Borneo ( Sabah , Sarawak , Brunei , Kalimantan ) dimana beratus - ratus orang utan dibunuh akibat pembalakan yang rakus .

Jika anda mempunyai kesedaran selepas membaca kisah ini sila share kisah ini kepada rakan anda .

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©