Buah dan Sayur Unik di Sarawak , Sabah dan Kalimantan ( Kepulauan Borneo )

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sesiapa yang belum menyertai FanPage pengeRindu.com di Facebook anda bolehlah ikuti kami disana , Macam - macam benda yang menarik untuk dikongsi disini.

Dua hari yang lepas rakan Mr J iaitu Ms. Cecelia yang juga bertanggungjawap menguruskan Laman FanPage Pengerindu.com di Facebook membuat atau memasukkan beberapa gambar mengenai Sayur dan juga Buah-buahan hutan yang ada di Sarawak Khasnya dan Amnya di Kepulauan Borneo.

Pelbagai Jawapan menarik dan juga lucu diberikan oleh pengikut - pengikut Fanpage pengeRindu.com . Semoga Buah - buahan dan sayur hutan ini tidak pupus dan semoga masih dikenali umum.

1. Buah Jerriwit

Ini Bukan Buah Mata Kucing , ini adalah "Buah Jerriwit" banyak di dalam Hutan Sarawak , rasanya kekadang masam dan ada juga yang manis .



2. Buah Terung Pipit .


Jangan tidak percaya ini adalah Buah Terung dan saiznya lingkungan saiz sebiji guli dan buah ini dipanggil "Terung Pipit" oleh kebanyakkan masyarakat di Sarawak dan Menurut Sebilangan pengikut Buah ini juga dipanggil 'Genturung' di Sabah. Apa - apapun rasa dia memang "Gam bah itu" kalau dimasak pedas.

3. Buah Engkeraji
Gambar diatas pula adalah 'Buah Engkeraji' iaitu kalau di Sarawak ia cukup banyak di sekitar Sarikei , Saratok dan Daerah Roban . Buah ini adalah bermusim em.. lama juga Mr J tak rasa buah ini .

4. Buah Kepayang
Gambar diatas pula adalah gambar "Buah Kepayang" kalau makan mabuk kepayang haha, yang mabuk kepayang Mr J tak nak komen tapi buah ini perlu dikupas kulitnya yang keras dahulu dan isinya harus direndam semalaman . Masak pedas goreng sama sambal belancan. "Gam bah itu".

5. Buah Uchung


Ha, dan yang ini ada macam-macam nama Buah ini dipanggil "Buah Uchung" rasa ada masam - masam manis , banyak terdapat disekitar Hutan Hujan Sarawak dan seluruh kepulauan Borneo.

6. Buah Maram / Buah Asam Paya


Buah apa? Buah Salak? opps, ini bukan Buah Salak dan kalau buah Salak rasanya Manis dan ini "Buah Maram" dan cukup - cukup masam sekali sehingga membuatkan rasa gigi nak tertanggal eh.. lebih - lebih pula Mr J . Ada yang memanggilnya dengan nama Buah "Asam Paya" .

7. Manok Pansuh / Ayam masak dalam Buluh



Dan yang terakhir bukanlah buah dan bukanya sayur , ia adalah makanan yang cukup teristimewa untuk dihidangkan bersama kekasih kepada kekasih ataupun untuk keluarga , Ayam Pansuh gelaran diberi , ia dimasak mengunakan Buluh seperti masak Lemang tapi taste Ayam Pansuh cukup enak dan sedap sekali , kalau nak rasa datanglah Sarawak ok.

8. Buah Lemba


"Buah Lemba" - Sejenis tumbuhan yang agak sukar dijumpai dan ia hidup di kawasan hutan-hutan kecil ataupun semak-semak kecil. Pohonnya tidak beberapa besar yang berukuran lebih kurang 2 kaki tinggi dan berdaun kelihatan seperti buluh tetapi dan lebih lebar serta berwarna hijau. Apabila ia berbuah, buahnya boleh didapati dicelah-celah daun dan ianya boleh dimakan.


9. "Buah Kemunting"


Sebelum ke sungai , selalu masuk hutan masa kecil dulu cari "buah kemunting" .. rasanya manis buat lidah dan mulut warna merah/hitam . Budak2 zaman sekarang tidakkan pernah tahu buah hutan liar ini.

Sebilangan gambar komen di Facebook Fanpage pengeRindu.com


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©