Piala AFF: HARIMAU "Malaya" layak ke Separuh Akhir selepas menumpaskan Sang Singa!.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Malaysia gah layak ke separuh akhir, Piala AFF Suzuki selepas menewaskan juara bertahan, Singapura 3-1 di Stadium Nasional, malam ini.


Kemenangan itu, dengan dua gol pada minit-minit terakhir masa tambahan, membantu Harimau Malaya muncul naib juara Kumpulan B berbekal empat dan akan mengiringi Thailand yang muncul juara kumpulan.

Gol Malaysia adalah sumbangan Safee Sali pada minit ke-61, Safiq Rahim (penalti, m-91) dan Indra Putra Mahayuddin (m-95) manakala gol tunggal tuan rumah menerusi sumbangan Khairul Amri Kamal (m-83).

Dalam perlawanan lain, Thailand muncul juara kumpulan dengan kemenangan ketiga berturut-turut menewaskan Myanmar 2-0.

Dalam separuh akhir pertama nanti, Malaysia akan menentang juara Kumpulan A, Vietnam pada 7 Disember manakala Thailand menentang naib juara Kumpulan B, Filipina pada 6 Disember.

Malaysia berpeluang membuka tirai jaringan pada minit ke-42, namun rembatan susulan daripada Safee Sali terkena tiang kanan pintu gol lawan dengan penjaga gol tuan rumah, Hassan Abdullah Sunny langsung tertewas.

PEMAIN Singapura, Harris Harun (tengah) bersama rakan sepasukan yang kecewa selepas tewas 3-1 kepada Harimau Malaya pada perlawanan terakhir Kumpulan B, Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional, Singapura malam ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
Selepas rehat, skuad negara kembali menggandakan asakan memburu jaringan dan keringat mereka berbalas apabila Safee menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-61 menerusi satu rembatan padu.

Jaringan itu mencetus ceria buat hampir 1,000 penyokong Harimau Malaya.

KETUA jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh bersama pemain meraikan kemenangan selepas menumpaskan Singapura 3-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan B, Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional, Singapura malam ini. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

Tersentak, Singapura kembali mengemaskan permainan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-83 menerusi penyerang, Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal yang menolak masuk bola ke gawang Malaysia selepas berlaku kekalutan di depan pintu gol.

Anak didik Dollah Salleh enggan mengalah dan berjaya mendahului pada minit ke-91 hasil sepakan penalti perancang tengah, Safiq Rahim selepas pemain negara, Mohd Amri Yahyah dijatuhkan pertahanan Singapura dalam kotak penalti.

Pemain gantian, Indra Putra Mahayuddin memastikan tiket separuh akhir menjadi milik Malaysia dengan gol ketiga selang tiga minit kemudian.

Thailand pula mengesahkan kemenangan 2-0 ke atas Myanmar hasil Tanaboon Kesarat pada minit ke-12 dan Prakit Deeporm, minit ke-83.

MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohd Muslim Ahmad, Mahalli Jasuli, Muhammad Shukor Adan (kapten), Safiq Rahim, Azamuddin Mohd Akil, Mohd Amri Yahyah, Gary Steven Robbat (Mohd Hafiz Kamal), Norshahrul Idlan Talaha (Abdul Manaf Mamat), Mohd Safee Mohd Sali (Indra Putra Mahayuddin)

SINGAPURA: Hassan Abdullah Sunny, Muhammad Shakir Hamzah, Muhammad Safuwan Baharudin, Ismadi Muhamad Mukhtar, Hariss Harun, Mohamad Shaiful Esah Nain (Muhammad Hafiz Abu Sujad), Muhammad Shahfiq Ghani (Muhammad Amirul Adli Azmi), Muhammad Faris Ramli, Mohammad Shahril Ishak (kapten), Fazrul Nawaz Shahul Hameed (Gabriel Quak Jun Yi), Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal.

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Pertubuhan Gabungan Kebudayaan Komuniti SARAWAK Malaysia. (Semenangjung Malaysia)

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
S. MALAYSIA - PGKS atau "Pertubuhan Gabungan Kebudayaan Komuniti Sarawak" Malaysia adalah mungkin satu - satunya Pertubuhan Komuniti yang kini bergiat aktif dalam memberi bantuan kepada anak - anak Sarawak yang mengalami kesulitan seperti contoh kematian, kemalangan memberi kaunseling serta membantu menguruskan jenazah untuk dihantar balik ke Sarawak.

Objektif: Untuk mengabungkan semua Anak Sarawak yang berada di Semenanjung melalui kebudayaan.
Pelbagai Aktiviti menarik seperti jualan amal & kebudayaan.

Anak Sarawak yang berada di Tanah Melayu atau Semenangjung adalah perlu menyertai pertubuhan - pertubuhan seperti ini, ini kerana pelbagai mafaat boleh didapati seperti contoh anjuran aktiviti keraian Hari Gawai Dayak serta Hari Krismas, pesta makanan etnik - etnik Sarawak dan banyak lagi.


Ini supaya dapat mengeratkan serta membentuk jati diri anak Sarawak di tempat asing bahkan diri mereka tidaklah bergitu "terasing" di masyarakat lain kerana adanya pertubuhan seperti PGKS. Pelbagai maklum balas positif diterima di laman rasmi Pertubuhan PGKS ini di facebook.


Menghulurkan sumbangan kepada keluarga ahli yang meninggal dunia. ( gambar hujung : menerima cek sumbangan daripada Yayasan Sarawak )
Aktiviti PGKS yang akan datang  Program Bersama Komuniti Anak Sarawak di sekitar Lembah Klang 2014 bersama VVIP YB Dato' Seri Richard Riot iaitu Menteri Sumber Manusia Malaysia. Tarikh:13.12.2014  bertempat Dewan orang ramai pekan bt 9, cheras selangor.

Anak Sarawak yang berada di Semenangjung Malaysia anda bolehlah mendaftar menjadi Ahli dan pelbagai mafaat yang anda dapat, untuk pertanyaan anda boleh hubungi no dibawah atau terus berinteraksi dengan ahli - ahli lain di Laman Rasmi Facebook PGKS.

Pertanyaan Sila Hubungi
En.Ricky : 017 - 6207 764
Ms.Ling Sanggau : 010 - 5238 895
Yuran Pendaftaran adalah sebanyak RM30 & Yuran Tahunan adalah RM5.
Anda akan diberikan Borang Ahli untuk diisi.

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Kerana Santan, Isteri Pawang Hujan maut dilenyek lori 3 Tan.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Pasir Gendang - Terlupa membeli Santan untuk memasak Kari Belalang menyebabkan Isteri kepada Pawang Hujan yang terkenal maut dengan keadaan yang mengerikan apabila dilanggar oleh lorri kontena 3 tan.

Menurut saksi kejadian, mangsa baru sahaja membeli santan sambil sempat bergurau dengan pemilik kedai tentang ramalan hujan. Tidak disangkakan dalam beberapa langkah untuk menyeberangi jalan raya tiba - tiba sebuah lori kelihatan hilang kawalan sehingga melalui tepi jalan.

Menggerikan, jasad Isteri Pawang Hujan..
Keadaaan mangsa amat mengerikan, seluruh badan mangsa leper akibat dilenyek lori tersebut. Pihak Polis Cawangan Sandiwara mengesahkan kejadian itu serta siasatan ke atas santan kelapa dilakukan serta merta. 

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

SABAH: Kanak usia 4 tahun Buta mata kiri akibat senapang guli.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Keningau: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun mungkin buta mata kiri selepas terkena peluru guli daripada senapang angin milik seorang lelaki secara tidak sengaja ketika bermain senjata itu di rumahnya di Kampung Pinipi Lanas, Sook, dekat sini, pada 23 November lalu.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Douglas Taong berkata, berikutan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang juga pemilik senjata berkenaan di kampung sama untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

"Sebelum ini polis hanya menerima maklumat menerusi aplikasi Whatsapps berhubung seorang kanak-kanak cedera di mata akibat terkena tembakan guli, namun tiada laporan polis dibuat mengenainya.
"Bagaimanapun, polis masih meneruskan siasatan kerana gambar dan maklumat mangsa sudah tersebar luas di media sosial seterusnya membawa kepada penahanan suspek.

"Polis turut merampas beberapa barangan termasuk senapang angin dan guli dipercayai digunakan dalam insiden itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960," katanya. - Petikan Harian Metro 29/11/14

- Mr.J 'bakakuk kah itu?"
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

GLOBAL : (VIDEO) Akibat menganggu Isteri Peninju, Gengster lumpuh setelah diberi Tumbukkan Padu!

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
RUSIA - Sepandai - pandai cicak melekat di dinding dapur akhirnya jatuh ke dalam kuali kari ayam, mungkin itu istilah peribahasa untuk mengambarkan situasi dimana beberapa orang gengster kecundang di tangan peninju.

Menurut beberapa sumber, sebelum kejadian itu beberapa samseng menganggu isteri si peninju semasa sedang beristirehat di dalam sebuah kelab malam. 

Melihat keadaan tersebut si suami iaitu juga merupakan seorang peninju menasihati mereka agar tidak mengangu isterinya.

Tapi, nasihatnya tidak diendahkan malah diherdik dengan nada yang tinggi malah mencabar supaya "settle luar" iaitu berbincang diluar. Si Suami pun menyahut cabaran tersebut. Apabila berada diluar kelihatan beberapa kuncu - kuncu gengster berada diluar.


Tiba - tiba muncul gengster utama yang dipercayai yang menganggu isterinya, dan satu tumbukkan deras mengenai rahang gengster tersebut sehingga rebah dan dikhabarkan lumpuh seumur hidup. Kejadian itu sempat terakam oleh cctv kelab malam.

- Mr J

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Bila Cikgu Emmet menulis : Kisah Lysiana - 'cikgu kemaia ari lima?' dan ' cikgu maia kemisi?

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sahabat yang dikasihi,

Sejak seminggu ini ramai yg teruja dengan kisah Lyysiana. Ramai yang kagum pada semangatnya. Ramai yang gembira melihat wajahnya yg sentiasa ceria walaupun kita tidak tahu siapa dia sebenarnya. Kaya kah? Biasa biasa sahaja kah? Miskin tegar kah? Kita tak tahu sebenarnya.

Inilah Istana Lysiana.
Saya pun hanya mengenali lysiana ini sebagai anak murid saya yg comel. Anak murid yang sering diawal tahun persekolahannya bertanya 'cikgu kemaia ari lima?' dan ' cikgu maia kemisi? ' Saya tahu dia tinggal di Nyelam. Tapi saya tak pernah pun ambil peduli perihal itu. Saya pun punya kehidupan sendiri. Tugas saya mengajarnya. Noktah.

Namun Allah yang maha berkuasa mengerakkan naluri saya menulis tentang insan comel ini. Azamnya jadi kata kunci dalam penulisan saya. Saya tidak pernah menyatakan kesusahan hidupnya dalam video slide saya. Sehinggalah bila saya menyampaikan sumbangan Puan Azlina Che Hassan barulah saya tahu siapakah Lyysiana yang sebenar.


Patutlah ibu dan bapanya menghantar dia ke asrama dalam usia yg muda. Bagi kita rumahku syurgaku. Namun kadangkala kita sering rasa 'syurga' kita dah ketinggalan zaman TV 32 inci dah tak mampu melayan nafsu menonton lalu kita berkira kira untuk menukar tv 50 inci. Sofa di 'syurga' kita dah tidak sesuai dgn warna dinding maka kita memasang impian menukar sofa kulit anak lembu import dari itali (walaupun sekadar impian) 

Dapur kita jenis 2 penunu oh susahnya nak memasak maka kita berkeras hati mahu menukar dapur flatbed. 4 penunu siap dengan hud penyedut asap. Bilik tidur kita pula sentiasa dinaik taraf kononnya menambahkan romantika. Ruang tamu dan ruang makan sentiasa menjadi topik penting untuk 'make over' setiapkali tiba musim perayaan.

Bermula dari 0 dia berjaya keluar dari kebutaan
literasi dengan pantas atas keazamannya .
Sahabat yg saya kasihi,

Saya sudah pergi ke istana Lysiana. Saya tak mampu mengeluarkan sepatah kata pun, tuan ambil lah masa untuk melihat gambar gambar ruang tamunya. Bilik dapurnya, tandas yg tiada berpintu dan dinding serta berkongsi ruang dengan ruang tamu. Ruang tamu itulah tempat makan,tempat tidur tempat bermain tempat belajar. Saya tak nampak satu kerusi dan meja apatah lagi katil. Tiada dapur yang sempurna. Dinding rumah ditampal zink karat. Atap yang berlubang.

Kepada dato dan datin samada menteri atau tidak, apakah dato dan datin sudi mencemarkan secarik kemuliaan tuan untuk berkunjung ke istana Lysiana ini?

Jangan lah kita terlepas pandang lagi. Bukan satu orang sepertinya tapi ramai lagi diseluruh sarawak ini. Saya hanya sekadar membantu yang termampu. Selebihnya kita fikirkan apa yang patut kita lakukan.

Sebelum saya menutup bicara ingin saya lontarkan soalan. Malam ini tuan puan makan apa? (jawab dalam hati). Tuan puan fikirkan apa yg Lysiana makan bersama keluarganya malam ini

Sekian, Cikgu Emmet.

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Jawatan Kosong di JPJ Sarawak, Anak Dayak di Kemudiankan! Ini Tidak Adil!.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Dayak hanya layak menjadi Simpanan sehingga MATI!. Tapi bila dalam keadaan darurat anak Dayaklah yang sering dihantar ke barisan Hadapan! Sekali lagi anak Dayak dianaktirikan oleh kerajaan dalam sektor perkhidmatan awam dan kali ini sebuah dokumen tersebar luar hampir segenap anak - anak dayak di Sarawak. 

Jika selama ini mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan istilah bahawa Masyarakat Dayak di malaysia di anaktirikan tetapi bagaimana pula dengan ini?

Dayak hanya layak dibangku Simpanan sehingga MATI!.
Jika terdahulu 'seseorang' menteri Dayak mengatakan bahawa 100 ribu jawatan di SPA dikhususkan untuk Anak Dayak? 

Mr.J risau gelombang Tsunami Generasi Muda Anak Dayak akan mengugat Kerajaan Sarawak sekiranya tiada apa - apa yang dilakukan untuk membantu mereka khususnya Dayak.

- Mr.J

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Mari Belajar Bahasa DUSUN & IBAN - Translate Bahasa Dusun ke Iban ke Melayu.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Bahasa Dusun adalah bahasa daripada etnik di North Borneo atau Sabah manakala Bahasa Iban (Dayak) adalah bahasa terbesar di Sarawak.

Pesta Menuai atau Hari Kaamatan adalah Perayaan Terbesar di Sabah manakala Hari Gawai Dayak adalah bagi Masyarakat Dayak seperti Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah dan banyak lagi sub-dayak.

Pancaindera Mr.J ke enam dapat merasakan bahawa masuk ke portal blog ini mungkin mempunyai kekasih daripada Masyarakat Dayak Iban atau daripada Masyarakat Dusun di Sabah.


Dibawah ini adalah beberapa perkataan dan ayat yang sering kita gunakan dalam kehidupan seharian. 

Siapa Nama Awak?= Isai ngaran nu? = Sapa Nama Nuan?
Nama saya... = Ngaran ku ih... = Nama aku..
Di mana awk tinggal = Hinonggo koh poingoyon? = Dini alai nuan diau?
Saya tinggal di... = Poingiyon oku id.. = Aku diau di..

Apa khabar? = Okuro-kuro koh noh? = Nama Berita?
Saya sihat = Osonong oku ih = Aku Gerai / Gerai Aku
Ke mana awk mahu pergi? = Hinonggo ngoyon nu? = Kini ke nuan deka berjalai?
Aku mahu pergi = Mongoi oku id = Aku deka berjalai
Mari makan tenghari = Kanoh mongoi akan = Aram makai tengahari
Awak asal mana? = hinonggo tadon nu? = Ari ni penatai nuan?

Saya berasal dari.... = mantad oku hilo .. = Penatai aku ari..
Apakah ini? Nunu iti? = Nama tuk
Sibukkah? = Osibuk koh?= Maioh Pengawa
Bolehkah tolong? Obuli koh monulung dogo? Ulih nulung
Aku mahu pergi di ... = Mongoi oku id... = Aku deka nurun ke

Alawa noh sumandak dilo
Ini sangat baik! = Osonong ti = Manah amat tuk
Cantiknya perempuan itu = Alawa noh sumandak dilo = Bajik amai indu tuk
Sedapnya ini = Asadap noh iti! = Nyamai amat tuk!
Aku mahu pergi sekarang = Mamanau oku noh! = Aku ka nurun diatu!

Jumpa lagi! = Kopiruba kawagu! = Bertembu baru
Ingatkan aku! = Sorohon oku noh! = Ngingat ke aku
Telefon saya ya? = Toliponan oku noh = Talipaun aku nyak
Hantar aku surat ya? = Kiriman oku noh do surat = Kirum ke aku surat au
Terima kasih = Kotoluadan / Pounsikou = Terima kasih wai

Kau sudah makan? = nakakan ko noh = Dik dah makai
saya mahu pulang = siuli oku = mupuk aku
saya pulang dulu = muli oku po = pulai dulu aku
jangan pergi sana = kada mongoi hilo = anang nurun kin
ada gitarkah? = haro gitar nu?= bisi ngitarkah

"Amboiiiiii!!! ha, awak!..yerrr awaklah yang jari diatas keyboard tu.. amboi..Mr.J tahu mesti lepas ni copy paste dan send kat kawan dari sabah dan sarawak kan.. dah agak dah.." 

karati = faham = mereti/ nemu
Maaf = Siou = ampun
Tidak = Au = Ukai
Ya = Oh = Au/Auk
Belum lagi = Au poh! = Bedau Agik
Biila = Soira?= Kemaya?
Bagaimana = Poingkuro?= Bakani
aku / saya = oku = aku
jalan = ralan = jalai
berjalan = mimpanau = berjalai
lari = tangkus = berlanda / berlawak
berlari =manangkus = berlanda / berlawak
berdiri = mingkakat = berdiri
duduk = mirikau = duduk
dengar = mokinongou = dinga
gigit = kokot = gigit / kanit
mengigit = mongokot = kanit
ini = iti / ti = tuk/tok
itu = ilo = nyak
Indu Iban amai bajik ngasuh mr.j enda ngidan ati.
sana = hilo = nyin / din
lelaki = kusai = laki
perempuan = tondu = indu
nama = ngaran = nama
tidak = au = ukai/enggai
ya = Oh / Ousi = Auk
apa = isai = Nama
hidung = tedung = idung
terbang = tumulud = terbai
naik = mindakod = niki
apa = nunu = nama
asal = tadon = asal*
berasal = mantado = penatai*
rumah = walai/sulap = *umah
sungai = bawang = aik.
parang = dangol = duku*
kamu (ramai) = yekoyu =sidak
kamu (seorang) / kau = nuan 
suka = orohian = ka/deka
pagi = kosuabon
tengahari = pitangadau
petang = sosodoion
malam = totuong
nangis = mihad = nyabak
ikan = sadadi sana = hilo = ikan
ular = wulanut = ularrr
sakit = oruol = pedis
rindu = langadon = lelengau
Visit edwinlay.com untuk Photoshot Perkawinan Iban
Di mana jalan ke rumah kamu? = Ongo ralan mongoi walai nu? = Dini jalai nuju umah nuan?
Kamu suka berjalan tak? = Orohian ko mimpanau? = Nuan rindu berjalai?
Aku nak berjalan ke Mall. = Mamanau oku mongoi Mall. = Aku deka berjalai ke Mall
Siapa nama kamu? = Isai ngaran nu? = Sapa nama nuan?
Nama saya Sam. = Ngaran ku Sam. = Nama Aku Mr.J

Saya digigit ular. = Kinokot oku wulanut.= Aku digigit ular
Siapa lelaki itu? = Isai ilo kusai? = Sapa laki nyak?
Saya suka perempuan itu. = Orohian oku ilo tendu = Aku rindu/deka/gaga indu nya/nyin.

Hidung saya sakit. = Oruol tedung ku.= Pedis idung aku
Kamu pergi mana? = Hinnongo tongoyon nu/dikoyu? = Kitak ka kini?
Pinjam nota kamu. = Poloso oku nota nu. = Minjau Bup Nota Nuan
Aku rindu kampung aku. = Langadon oku kampung ku. = Aku lelelengau ke menua aku

- Mr.J -
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Isteri Orang Terlanjur dengan Suami Orang kerja Offshore. Bagaimana mahu berpisah?

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Salam,
Di sini ingin berkongsi masalah saya dan dapatkan pandangan dari pihak tuan. Saya seorang isteri, berusia 24 tahun dan baru berkahwin bulan Julai 2014 yang lalu. Sebelum berkahwin saya telah jatuh cinta dengan suami orang yang berusia 39 tahun. Dia juga telah mempunyai 4 orang anak.

Isterinya mengandung, kami berkenalan
Semasa isteri nya mengandungkan anak ke 4, kami mula berkenalan melalui aplikasi WeChat. Semasa berkenalan, secara jujur, dia mengakui bahawa dia adalah suami orang dan bapa kepada anak-anak kesayangan. Memang saya tiada masalah, kerana sekadar kawan-kawan biasa sahaja.

Dia terus menerus menghubungi saya sehingga saya jatuh cinta padanya dalam masa tidak sampai 2 bulan. Bermula dari situ kami saling mencintai dan menyayangi. Dia kerja offshore dan cuma balik darat setiap 2 bulan. Masa dia nak balik, kami telah atur pertemuan sulung kami di sebuah hotel. Hati sungguh berdebar-debar kerana itu adalah kali pertama kami bersemuka. Sebelum ini kami hanya video call sahaja spanjang dia berada di laut.

Terlanjur jua akhirnya
sekadar gambar hiasan
Kali pertama dating saya telah kalah dengan dia. Saya terlanjur dengan dia. 

Dia adalah lelaki kedua yang penah saya terlanjur. Sebelum ini, saya pernah terlanjur dengan bekas teman lelaki semasa menjadi pelajar di universiti. 

Kami terlanjur di hotel itu, atas kehendak masing-masing, tiada paksaan.

Seterusnya, begitulah setiap kali balik ke darat, kami telah atur pertemuan untuk pergi honeymoon. 

Dia sanggup menipu isterinya untuk pergi honeymoon dengan saya. Kasih sayang dan cinta kami makin erat dan sukar untuk saya lupakan dia. 

Saya cuba lupakan dia, tetapi saya tidak dapat bohong perasaan saya sendiri. Saya cintakan dia sangat-sangat.

Kenapa sanggup curang?
Saya ada bertanya, kenapa dia curang dengan isteri. Katanya, “Abang takkan curang kalau isteri tiada masalah. Kehendak batin abang selalu tidak dipenuhi”. Itu sahaja alasannya. Saya pun terdetik, “Adakah aku ini hanya pemuas nafsu untuk dia?”. Saya cuba bencikan dia dan tidak berhubungan dengan dia, tetapi gagal. Sayang saya pada dia sangat kuat.

Dalam masa kami bercinta, pernah isteri dia baca mesej kami. Bila isterinya tanya, dia jawab cuma kawan sahaja. Saya keliru dengan cinta kami.

Terima lamaran
Dalam masa bercinta dengan suami orang itu, tiba-tiba kawan lama saya masa kanak-kanak dahulu dataung melamar. Saya menerima lamaran itu dengan harapan inilah cara terbaik untuk saya berpisah dan melupakan suami orang itu. Setelah tarikh kahwin ditetapkan, saya beritahu dia, “Abang, ayang dah nak berkahwin”. Dia benar-benar terperanjat dan menangis.

Dia ada nyatakan hasrat untuk berkahwin dengan saya. Namun, saya sendiri takut untuk beritahu keluarga kerana status dia sebagai suami orang. Jarak umur kami juga jauh, dan saya adalah anak bongsu. Keluarga mengharapkan yang terbaik untuk saya.

Saya suruh dia jumpa kelurga saya kalau betul mahu kahwin dengan saya. Dia kata, “Abang akan cari masa yang sesuai”

Setelah memberitahu dia yang saya akan berkahwin, saya fikir ini akan buatkan hubungan kami terputus. Sebaliknya, ia jadi semakin galak dan masing-masing tidak dapat kawal diri. Kami sangat sayang antara satu sama lain. Sehinggakan, dia sanggup berikan duit untuk saya, sponsor semua barang hantaran perkahwinan dan baju kahwin saya. Barang hantaran dan baju kahwin, kami pergi shopping bersama-sama. Sampai macam itu sekali dia sanggup layan saya. Kadang-kadang terfikir, patutlah dia boleh belanja saya kerana bergaji besar. Seks dengan saya dia dapat, jadi apalah sangat dengan duit itu. Kadang-kadang terfikir, betapa bodohnya saya.

Hari ijabkabul
Tanggal hari perkahwinan saya, dia menangis lagi. Setelah sebulan kahwin, kami masih tidak berjumpa. Kami masih tidak dapat kawal diri kami. Kami terlanjur lagi, walaupun selepas saya kahwin. Ia berlanjutan sehingga ke hari ini. Saya buntu bagaimana mahu berpisah dengan dia. Saya ada beritahu, saya tidak mahu berkawan lagi dengan dia. 

Dia hanya cakap, “Abang tetap sayang dan cintakan ayang macam dulu-dulu. Abang akan tunggu ayang selamanya”. Dia masih tidak mahu lepaskan saya.

Saya tidak dapat elak dari dia. Saya sayang dia sangat-sangat. Kadangkala, terfikir mahu beritahu isterinya, bahawa suaminya curang dengan saya. Namun, saya terfikir pula kerana faham perasaan lembut perempuan. Mesti isteri dia sedih bila tahu suaminya curang dengan saya. Sebelum ini, dia juga pernah terlanjur dengan perempuan lain. Pernah bawa berjumpa dengan isterinya untuk minta izin berkahwin lagi. Isterinya tidak izinkan. Kini, saya pula menghadapi situasi ini.

Hubungan jarak jauh
Saya tinggal jauh dari suami. Sebab itulah saya ada masa untuk layan suami orang itu bila dia balik ke darat. Sudahlah jauh, suami saya pula sibuk dengan kerja. Isteri kekasih saya juga sibuk dengan kerja. Jadi, selama ini, sayalah yang melayan suami orang itu.

Saya buntu. Bagaimana mahu berpisah?

Dipetik http://siraplimau.com/isteri-curang-dengan-suami-orang-kerja-offshore/

Norhayati Abdul Mutalib tidak segan berkongsi kisah malah GAMBAR "pikachu" suaminya!

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Norhayati Abdul Mutalib, 25 c silu berkongsikan "pikachu" suaminya kepada umum di satu "artikel" yang dipercayai keratan risalah ataupun seperti helaian majalah lama. Dan keratan tersebut kini sedang beredar dengan pantas di sekitar laman sosial khususnya dari malaysia.

Nurhayati banga dengan "Pikachu" suaminya.
Tapi yang peliknya gambar "pikachu" suaminya tidak di sensor atau mungkin diberi kebenaran serta dipersetujui untuk di tayangkan, yelah.. kalau tak tayang mungkin masyarakat akan menuduh Nurhayati sekadar omongan kosong. Tapi perlu ke bergitu? atau Nurhayati mempunyai sifat "riak" kerana memilikki saiz "pikachu" suaminya itu?


Apakah mesej sebenarnya yang Puan Norhayati Abdul Mutalib mahu sampaikan? adakah ini pertanda bahawa rakyat malaysia juga setanding dengan saiz - saiz gergasi dari luar negara atau akak tersebut saja nak buat isteri - isteri semalaysia berasa cemburu eh!..malas pula nak ulas lagi.

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©