Apa yang membuat Lelaki "Fedap" dengan perangai Wanita?

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Salah satu dimana lelaki selalu 'fedap' dengan sebilangan wanita. Kadang - kala sesuatu perkara perlukan penjelasan sebenar tetapi wanita sering menjawap "i nampak dengan mata i bla bla bla bla..." tapi benarkah apa yang wanita nampak dan dengar itu adalah ianya sama sepertimana yang difikirkan oleh wanita tersebut? mungkin peratus adalah ya dan tidak.

Contoh Prasangka daripada Wanita.

Kadang - kala persefahaman dalam percintaan itu penting, sikap membuta tuli , syak wasangka sering menjadi 'modus operandi' sebuah perhubungan itu hancur musnah.

Sikap wanita juga yang terlalu cemburu yang tidak pernah ada mahu mendengar penjelasan daripada lelaki kononnya 'girls powers / tamparan wanita / kuasa veto wanita' akhirnya memakan diri.

Si lelaki pula terkesima/terkelu bila dituduh bukan - bukan tanpa didengari penjelasannya hingga pada satu saat si lelaki berfikir " dia marah aku tetap pekara aku tak buat langsung , jadi lebih baik aku buat je".

Mr.J

+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in

Apa yang anda harus tahu apa Tekanan yang dialami oleh Lelaki Kacak? - Mr.J

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Ramai wanita berangapan Lelaki Kacak adalah seorang yang tidak boleh didekati dengan dekat kerana mereka bijak menyusun kata andai leka maka dengan senang 'wanita' berada dalam 'dakapan' Lelaki Kacak.

Ternyata itu adalah gambaran ramai wanita kerana banyak menonton drama di TV , tapi pada realitinya Lelaki Kacak ini sebenarnya mereka berasa amat kesunyian (ini yg mr.j rasa nih) kerana sering dijauhi oleh kebanyakkan wanita .

Mr.J adalah Putera Katak asalnya.. Jika dicium dua kali Mr.J menjadi Katak semula.
Tidak diketahui sebab sebenar wanita tidak mahu mendekati Lelaki kacak mungkin kurang yakin "iyalah .. orang kacak tipulah tak ada gf" tapi sebaliknya setiap wanita impikan mendapat bf yang hinsum mcm si admin lelaki di PengeRindu.com . ( lelong - lelong )

Apa yang anda harus tahu apa Tekanan yang dialami oleh Lelaki Kacak?
1. Seringkali dibawa menjadi penyebab pengaduhan dua orang wanita di pejabat / jiran tetanga / anak dara sebelah rumah sewa paling kurang pun masam muka dengan kawan sendiri.

2. Selalu cuba untuk mengelakkan untuk bergaul bersama rakan - rakan wanita kerana risau akan menyebabkan diperguna oleh rakan wanita tersebut menjeleskan rakan wanita yang lain.

3. Biarpun Lelaki Kacak kata "I still Single" tetapi jawapan tersebut hanya menjadi bahan gelak si wanita sahaja.

4. Lelaki Kacak juga sering dipergunakan oleh si wanita untuk membalas dendam dan juga untuk menunjuk-nunjuk dihadapan rakan wanita yang lain.

5. Sering berasa putus asa hendak bercinta .. padahal baru sahaja hendak cuba 'mengayat' di sms..perkenalkan diri status 'single' terus dikata .."yerlah tak caya sungguh, muka hinsum pun xada tmn".

6. Lelaki Kacak lebih senang tergangu emosinya dalam percintaan, ini kerana apabila dalam hubungan cinta selalunya lelaki kacak lebih suka bermanja sangat sangat dgn kekasihnya..bahkan boleh merajuk walaupun hanya kerana sesuatu perkara yang remeh.

7. Lelaki Kacak tidak suka ditanya soalan yang sama berkali-kali dalam 1 hari .

8. Lelaki Kacak tidak suka bila mendapat tahu kekasihnya bangun lebih lewat daripadanya.
".. Dahlah Lewat Bangun lepastu suruh saya pigi tapau nasi pula.."

9. Jangan Pernah menipu hubungan anda, mungkin Lelaki Kacak 'anda tidak berduit' tapi jangan menipu perasaan anda.. Wang atau Cinta.. kerna sekiranya anda kantoi maka dia tidak teragak - agak menghalau anda ketika itu juga.

10. Lelaki Kacak memang agak senang jatuh cinta 'satu malam' kerana mereka ini sering dianggap 'playboy' oleh kaum wanita. Mungkin sebab seringkali mendengar perkataan Playboy dikaitkan dengannya maka , apa salahnya saya menjadi Playboy yang betul.

- Mr.J "betul kan.. "

+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in

Hanya kerana mempunyai Akaun Facebook seorang wanita Syria dihukum Mati ( stoned to death ).

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Rakka, Syria: Seorang gadis muda telah dilempar batu hingga mati oleh kumpulan Sunni-militan di Syria kerana mempunyai akaun Facebook.

Fatoum Al-Jassem telah dibawa ke mahkamah syariah selepas dia ditangkap menggunakan laman web rangkaian sosial itu di Rakka, Syria. 

Mahkamah Syariah mengisytiharkan bahawa penggunaan akaun Facebook boleh menyumbang kepada zina dan perempuan itu patut dihukum sama beratnya hukuman zina iaitu rejam, menurut satu laporan berita yang diterbitkan dalam agensi berita Fars Iran yang memetik laporan yang diterbitkan dalam bahasa Arab-bahasa Al-Rai Al-Youm.

Lanjut di daily.bhaskar.com
Kadang - kadang Mr.J agak pelik sedikit dengan beberapa agama di dunia ini, hanya sekiranya Alien datang serang Bumi barulah ketika itu semua jenis Agama , Bangsa , Negara dan seluruh umat manusia didunia ini berdamai dan menganding bahu menentang pencerobohan UFO ke atas dunia . 

- Mr.J "suka tonton filem sains fiksyen"

+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in

"saya tahu dia akan pujuk saya juga" ramai wanita berkata demikian. - Mr.J

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Bercinta, adalah dimana satu hubungan diantara dua jiwa yang saling mengambil berat diantara satu sama lain, tetapi sering terjadi dalam hubungan itu adalah ketika "krisis" iaitu melibatkan 'prilaku' bergaduh serta merajuk sampai berbulan-bulan kerana masing-masing tidak mahu mengalah ataupun "suka dipujuk daripada memujuk" akhirnya bakal membuatkan salah seorang kehilangan cinta.

"..........saya tahu dia akan pujuk saya juga .........." ramai wanita berkata demikian - Mr.J

Selalunya "krisis" dimulakan dalam "sms" daripada "perbualan" kerana dalam "sms" pengunaan simbol seperti tanda "! ? ...... !!!! %@!$" lebih memberikan makna mendalam bila membaca apatah lagi ianya sebuah 'sms' yang bakal disimpan untuk tujuan "mencari kesalahan" diantara satu sama lain.

Selepas beberapa ketika masing - masing mula mencipta satu bentuk keegoan dalam "sms" maka telefon bimbit selalunya akan ditutup kerana mungkin sebagai tanda "protes atau mogok". Selalunya ianya tidak akan berakhir tetapi akan dilanjutkan ke laman sosial seperti facebook.

Bermula dengan memuatnaik rasa kekesalan, kesedihan dan kadang kala diselit kerinduan, ternyata dalam keadaan ketika itu rasa rindu dan cinta masih lagi menebal cuma disebabkan rasa keegoan untuk meminta maaf mahupun mengalahkan diri sehinggakan masing - masing diantara kedua pihak terus tidak 'menegur' satu sama lain walhal setiap hari setiap masa kedua - dua pihak mengharapkan deringan 'sms' atau panggilan.

"......In a Relationship to Single....." maka hal ini akan terjadi tetapi adakah benar - benar dalam hati serta perasaan tersebut sama sepertimana yang tertera di wall?, sudah seperti kebiasaannya rakan - rakan di jaringan sosial pun akan memberikan kata - kata "semangat".

Bagaimana pula dengan reaksi pihak saudara dan ahli keluarganya?. Mungkin Hubungan anda itu telah terjalin lama dan dikenali oleh ahli keluarga masing - masing maka perubahan "status" laman sosial anda itu bakal "mengejutkan" .

Tapi apakah daya, mungkin anda akan berkata bahawa "ini adalah jodoh dan mungkin sidia bukanlah jodoh saya" sambil mengenang kembali memori saat indah suatu ketika dahulu. 

Tapi bagi Mr.J apa yang berlaku bukanlah disebabkan istilah "Tiada Jodoh" , lazimnya istilah tersebut adalah merujuk kepada individu yang bersikap seperti "Tidak kisah" atau meletakkan keputusan yang melibatkan diri sendiri pada orang lain mengenai sesuatu hal sedangkan hal tersebut mungkin boleh dilakukan atau diselesaikan.

Istilah "Memujuk" bagi Mr.J adalah satu perkara seperti tahap kesabaran memancing sehingga mematahkan
pancing bila lama menunggu.
Baiklah, kini anda dan sidia telah lebih sebulan tidak bertanyakan khabar berita bukan kerana benci tetapi mungkin masih mengharapkan "dipujuk" tetapi malangnya dia yang selalu memujuk anda bahkan selalu mengalah dengan sikap anda sedangkan anda tahu bahawa anda bersalah tetapi anda membiarkan kerana merasa seperti "Permaisuri" setiap kali dipujuk.

Tetapi kali ini anda mungkin silap, ternyata dia yang suka mengalah serta memujuk anda dahulu walaupun anda tahu anda tidak pernah memujuknya kini terasa seperti 'jauh'. Segalanya  berubah dan ketika itu anda mula mencapai telefon bimbit dan menghantar mesej bertanya khabar, meminta maaf dan sebagainya .

Anda buat pertama kalinya menghubungi untuk meminta maaf serta memujuk tetapi  nombor yangnya telah tidak diguna lagi. 

Maka ketika itu anda bagaikan kesedihan dan mula merasakan satu penyesalan, anda tidak berputus asa dan anda akan cuba menghubungi rakannya bahkah mendail atau menghantar pesanana berkali - kali kepada nombornya sedangkan anda tahu nombornya telah tidak digunakan lagi.

Saat itu anda akan tahu bahawa apa yang dirasainya terdahulu ketika sidia menghantar pesanan berkali - kali bahkan juga mendail kepada anda tetapi anda hanya mengabaikan bahkan 'suka' bila membaca 'sms' pujukkan daripadanya.

Suatu ketika dahulu anda berkata ".......saya tahu dia akan pujuk saya juga ........"

- Mr.J

Gadis 'Princezs Nina' menyediakan "HABUAN ISTIMEWA" khas kepada penyokong Bolasepak Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Seorang pengguna laman sosial facebook yang mengunakan nama samaran iaitu Princezs Nina telah mencetuskan reaksi yang tidak menyenangkan kepada penyokong bolasepak Sarawak amnya serta rakyat Sarawak secara keseluruhannya.

Tetapi ini tidak membuatkan Penyokong Sarawak berasa 'terancam' bahkan menjadi bahan lawak oleh setiap pengguna facebook khususnya rakyat Sarawak.

Dua ekor Bujang Senang sedang mengulas mengenai gadis yang diragui kegadisannya
- Ilustrasi kartun Boyak oleh Mr.J -

- Mr.J

mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media

Bicara Mr.J : Dilema Hidup Sebagai Lelaki dan Keistimewaan Wanita.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Ternyata Lelaki lebih cenderung disyak berbanding wanita. Ini adalah kebanyakkan yang telah banyak berlaku didunia dimana seorang yang bernama lelaki bila bersama dengan wanita dari segi pertolongan hingga disyaki.

1: Seorang Wanita hampir lemas di tepi pantai.
Seorang Lelaki melihat seorang wanita hampir lemas dan pengsan segera membawanya ke pantai dan melakukan CPR bantuan mulut ke mulut.. tiba-tiba wanita itu tersedar dan "menjerit" akibat 'lemas penafasan' dan sedar..

Sekumpulan Lelaki terlihat dan terus menerajang lelaki tersebut dan membelasah lelaki itu hingga parah .. manakala wanita tersebut masih dalam keadaan tidak tahu 'shock'.

2: Seorang wanita dengan tukang kebun.
Wanita boleh dikatakan fobia dengan katak , lipas dan sebagainya. Suami wanita itu tengah tidur dibilik.. manakala tukang kebun tersebut tengah membersihkan halaman di luar dapur.

Tiba-tiba wanita tersebut menjerit melihat seekor katak dan terus pengsan , dan tukang kebun tersebut terus masuk ke dapur lalu memapahnya ke ruang tamu dan mengelap kain basah ke muka wanita tersebut bertujuan untuk bangunkan dia yang pengsan. 

Si suami wanita tersebut terbangun lalu turun dengan tergesa-gesa terkejut melihat tukang kebun tersebut mengelap muka isterinya dan tanpa bicara suami wanita tersebut mencapai pistol dan menembak tukang kebun tersebut..

- Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Bagaimana mengenali wanita Gedik serta ciri Gedik.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Baiklah , kali ini Mr.J ada satu kajian yang baharu sahaja disiapkan dan diharap sebilangan wanita tidak akan terasa dengan hujah yang diberikan dibawah dan untuk pengetahuan semua dibawah ini adalah hasil daripada kajian dibuat selama sebulan dengan memerhatikan keadaan sekeliling dan khusus khas untuk lelaki sahaja.

Bagaimana mengenali wanita gedik?
Wanita Gedik atau Syok Sendiri lebih berperwatakkan keanakan dan sentiasa 24jam boleh merajuk dan senang dipujuk walaubagaimanapun wanita kategori ini selalunya mempunyai ramai kawan lelaki tetapi susah untuk diambil 'kesempatan' dalam kegedikannya.

Wanita Gedik ini bersikap "terover" dengan segala tingkahlakunya tetapi bukanlah bersikap "terkinja-kinja" kerana dua perkara tersebut adalah berbeza sekali.

Kegedikkan mereka sebenarnya adalah kemungkinan adalah seorang anak yang manja yang selama hidupnya dimanjakan justeru setelah dewasa kegedikkan semakin serius dikalangan rakan - rakannya. 

Tidak dinafikan bahawa "Gedik" ini lebih cenderung kepada prilaku yang agak tidak senonoh tetapi tidak semestinya si Gedik ini senang untuk didampingi . 

Ciri - Ciri Wanita Gedik
1. Manja terlebih
2. Mesti diberi perhatian 24jam
3. Mudah tersinggung
4. Bakal membuat rakan wanita 'tidak senang'
5. Sering dipulau
6. Sering menangis walhal perkara kecil
7. Sering meluahkan perasaan di Facebook.
8. Mengada - gada
9. Merasakan dialah yang ter'cun' di dunia
10. Sering membayangkan Pelakon Sasa / Seksi umpama kekasihnya
11. Suka mengambil gambar di toilet.
12. DuckFace.
13. Post Status "eh.. boringnye tak adeke lelaki yg nak chat dgn i? / ader stalkerlah kat fb i~"
14. Mudah Perasan

Diatas adalah ciri - ciri ringkas mengenai wanita gedik disini Mr.J hendak ingatkan bahawa tidak semestinya ciri diatas menyamai 100% prilaku wanita gedik.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Kenapa Lelaki tidak boleh Berada dalam Pejabat selama 8 jam?

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Lelaki selalu dikategorikan sebagai seorang yang gagah serta kuat dimana wanita . Entry kali ini adalah berdasarkan pengalaman seorang Lelaki apabila berada di dalam Pejabat dan Mr.J percayai ramai lelaki kini mengalami situasi seperti apa yang bakal Mr.J nyatakan dibawah.

Ramai Wanita diluar sana bahkan yang sama sepejabat dengan pekerja lelaki tidak perasan tingkahlaku sebilangan pekerja lelaki , kerana pekerja wanita lebih cenderung kepada sesi "bergosip" apabila mempunyai waktu terluang.

Realitinya Wanita boleh bertahan berada didalam pejabat lebih daripada 8 jam sehari manakala pekerja Lelaki hanya mampu bertahan duduk didalam kerusi pejabat selama tidak sampai 1 jam , ini kerana lelaki lebih bersikap 'aktif' berbanding wanita . 


Dalam masa 2 jam Pekerja Lelaki dianggarkan akan keluar daripada Pejabat lebih kurang 4 kali samada untuk merenggangkan pinggang , bersenam kaki ataupun melepak di kawasan 'smoking area'.

Kaum Wanita yang bekerja sama seperjabat dengan pekerja lelaki lebih memadang 'serong' terhadap pekerja lelaki kerana kekerapan pekerja lelaki ini keluar dan justeru akan dicop oleh sebilangan wanita bahawa lelaki tersebut 'mengular'.

Mr.J berharap sebilangan pekerja wanita tidak bersikap prejudis terhadap pekerja lelaki di pejabat mereka dan tingkahlaku tersebut adalah demi kebaikkan masa depan Kaum Lelaki.  ( Lelaki tidak boleh duduk lama dikerusi sebab mereka ada telur kalau kena 'duduk' je boleh mandur.. faham T_T ) .

Mr.J tahu sebab Mr.J kan lelaki dan pernah menghadapi situasi berkerja di dalam persekitaran pejabat yang majoriti wanita , apa yang Mr.J perhatikan bahawa golongan wanita lebih suka ruangan pejabat dan melepak dalam pejabat bila waktu rehat sebaliknya Pekerja lelaki tidak gemar berada di kawasan Pejabat kerana Bilik Ruangan Pejabat umpama sebuah 'sangkar penyeksaan' bagi mereka apatah lagi sekiranya bekerja bersama pekerja wanita yang 'mulut murai' atau 'buzy body'.


Kaum Lelaki di dalam pejabat lebih kepada membuat hal sendiri berbanding sebilangan pekerja wanita suka 'berkelompok' apabila didalam pejabat.

Pekerja Lelaki akan menghilangkan stress mereka dengan cara tersendiri iaitu akan menghabiskan masa selama sejam di kawasan 'smoking area' dan berbual - bual bersama pekerja yang lain. 

Pekerja Lelaki juga tidak suka berkongsi masalah dengan pekerja wanita sepejabat kerana bagi mereka jika berkongsi masalah dengan salah seorang pekerja wanita maka keseluruhan pekerja wanita akan mengetahui masalah mereka.

Setakat itu sahaja coretan Mr.J. :)

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©