Twitter "Zhalif hakim" (zhalif32) sungguh bangsat! - Dikehendaki Hidup ataupun Separuh Mati.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Berikut adalah Wajah Si Penagih Siput Babi.
Ada yang mengatakan bahawa kesewelan budak ini disebabkan terlebih pengambilan siput babi yang diketahui umum boleh menyebabkan keradangan pada Sarat Oblogata. 

Dalam seluruh umat negara sedang meratapi ratusan jiwa yang terkorban dalam nahas MH370 tiba - tiba muncul seorang kanak - kanak yang boleh dikatakan agak kurang siuman berikut mempunyai masalah mental akibat daripada daripada sejarah lampau iaitu tertelan Siput Babi.

Tetapi agak malangnya Sindrom Siput Babi tersebut tidak banyak mempengaruhi dari segi pemikirannya yang menariknya Sindrom BABI pula yang menular ke pemikiran Kanak Bawah Umur tersebut.

Penagih Siput Babi iaitu Zhalif berkelakuan tidak bertamadun.

"Pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama Zhalif hakim (zhalif32) telah dilihat memaki hamun anak kepada ketua pramugara pesawat MH370 iaitu Maira Elizabeth Nari."

Motif sebenar Zhalif Hakim berbuat demikian tidak pula diketahui sesiapa namun rata-rata pengguna laman sosial Twitter mengecam status beliau itu malah ia turut dikongsikan ribuan pengguna laman sosial Facebook.


Mr.J
+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in

Pengenalan Ringkas "Pengerindu.com" Facebook Page.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Selain penulisan di dalam blog, Mr.J juga mengajak anda bersama dengan rakan - rakan khususnya dari Sabah serta Sarawak untuk saling bertukar pendapat serta berkongsi apa jua pendapat anda.

Facebook Pengerindu.com merupakan satu - satunya platform online komuniti Sabah dan Sarawak di alam maya yang menggunakan pelbagai bahasa serta mempunyai 'likes' yang berbilang kaum, budaya serta agama sepertimana yang kita tahu bahawa Penduduk di Sabah serta Sarawak mempunyai lebih daripada 50 Etnik.

Ms.Djp (Sarawak), Ms.Tr (Labuan), Ms.Klin(Sabah) dan juga Mr.J


Di dalam facebook turut banyak dikongsikan serta bertukar pendapat adalah pelbagai isu terkini serta perkara - perkara dan 'budaya' yang tak sepatutnya dibawa oleh Pertubuhan Pro-'Agama', NGO Pro-'Perkauman' mahupun Politik 'Rasist' ke Sabah dan Sarawak.

Ini kerana Budaya Masyarakat Sabah dan Sarawak adalah sangat berbeza sekali , kita sememangnya telah lama tahu bahawa nilai persefahaman dan sifat Toleransi Agama dan Budaya yang cukup tinggi dikalangan para penduduk di Sabah serta Sarawak.

Berfungsi untuk menerangkan dan memberitahu serta berkongsi pendapat sekaligus secara tidak langsung dapat memberikan sedikit Pengetahuan Sejarah yang betul kepada rakyat Sabah dan Sarawak khususnya generasi muda mengenai Sejarah Sabah dan Sarawak. Adalah agak mengecewakan bila generasi muda tidak tahu tarikh kemerdekaan sendiri. 

Tarikh Kemerdekaan Wilayah dalam Persekutuan 'Malaysia'. 
Sabah : 31 August 1963 + Sarawak : 22 July 1963 + Malaya : 31 August 1957 = Malaysia 16 Sept 1963

Ini berikutan sejarah penuh Sabah serta Sarawak sekadar 3% didalam buku teks sekolah dan adalah tidak adil terhadap kedua-dua wilayah tersebut yang juga merupakan rakan kongsi dalam Persekutuan 'Malaysia'. 

Ejekkan serta cacian dari masyarakat luar, adalah menjadi tugas utama untuk di facebook page untuk menangkis serta memberi sedikit 'pengajaran' kepada si perlaku tersebut walaupun di dalam dunia maya dan yang pasti ianya memberi kesan mental kepada si perlaku.

Selain itu, pelbagai infomasi berkaitan dengan makanan, tempat menarik, belajar bahasa etnik dan banyak lagi yang tidak pernah dilihat turut dikongsikan di facebook.
. 
Sekian,
- Mr.J
- admin@pengerindu.com




Description ➳ Komuniti | Unik | Tradisi | Makanan | Semasa | Toleransi

Bagi sesiapa baru sahaja join page ini anda harus tahu bahawa page ini akan memaparkan pelbagai isu yang tidak akan disiarkan di mana-mana akhbar dan ianya adalah daripada pelbagai sumber alternatif dan juga kiriman daripada individu persendirian untuk dipaparkan.


Satu lagi , disini banyak gambar yang memaparkan makanan istimewa dari Borneo dan sebilangan adalah tidak halal dan tidak perlulah anda berhujah bijak pandai agama disini sekiranya anda tidak makan makanan 'tersebut' ( non halal ) maka janganlah komen dan like .


Mungkin cara dan sebilangan masyarakat adalah berbeza berdasarkan tempat bak kata perpatah "lain padang lain terkukur", andai ada silap salah atau apa jua cadangan sila email kepada kami di info@pengerindu.com .


➳ The People of Sabah & Sarawak:


KADAZAN IBAN DUSUN MURUT PUNAN LUN BAWANG BAJAU KENYAH SUNGAI PENAN RUNGUS KEDAYAN BISAYA KELABIT BIDAYUH KAYAN MEMALOH LUNDAYEH IRANUN BERAWAN UKIT LAHANAN KAJAMAN SELAKO ORANG ULU MELANAU MELAYU-SARAWAK


➳ HIDUP HARMONI BIARPUN MEMPUNYAI 50 ETNIK BERLAINAN AGAMA & BUDAYA


Online Since: 2009 Visit

4 Perkara Penting perlu ditekankan oleh setiap Penulis Blog. - Tips Blogging Mr.J

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Salam sejahtera  dan selamat bersua kembali dengan Mr.J. disini , lama juga Mr. J tidak menulis mengenai tips serta sedikit panduan blogging  berguna bagi anda yang baru sahaja berjinak dalam arena blogging ini. Segala yang Mr.J akan kongsikan disini adalah berdasarkan pemerhatian serta pengalaman Mr.J sendiri.

1: Pop-up , Facebook Like Box , Iklan

Sudah tentu anda pernah mengunjungi blog rakan yang lain tetapi kadang kala anda terpaksa melupakan hajat anda kerana 'mood' anda telah hilang apabila pelbagai 'benda' yang menganggu di paparan skrin utama seperti contoh pengunaan 'widget fb like (like fb paksa)' yang akan 'pop up' setiap kali bila hendak membaca posting blog yang lain ataupun apabila page di refresh .




Meletakkan Widget seperti ini bukan sahaja mencacatkan blog anda malah berkemungkinan pengujung berasa tidak selesa setiap kali ingin ke paparan selanjutnya maka akan diganggu oleh 'pop up' widget lebih - lebih lagi bila widget tersebut diset dengan tempoh 'masa' .

Mungkin pemilik blog yang meletakkan 'pop up like facebook' adalah bertujuan untuk meningkatkan jumlah 'kiraan like' di facebooknya  akan tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya iaitu kehilangan pembaca dan mungkin blog serta facebook page anda diangap sebagai sebuah blog 'sampah' , tidak mustahil kunjungan pertama pembaca ke blog tersebut adalah merupakan yang terakhir.
"Harus diingati bahawa jumlah "Like" di facebook page bukanlah Penentukan kualiti serta populariti sesebuah blog tersebut. Bergitu juga dengan "Blog" yang tidak mempunyai 'komen' atau tidak menyediakan ruangan komen tak semestinya tidak menarik untuk dibaca." - Mr.J

2: Autoplay Background Music.

"Ada beberapa jenis 'video embeb code' tidak menunjukkan 'player musik' tersebut dan akan memainkan musik secara automatik sebaik sahaja blog dibuka sehingga menyebabkan pengujung terpaksa 'X' Blog tersebut .."- Mr.J

Blog seperti ini agak kelihatan seperti "terperangkap' di zaman friendster dan juga era zaman myscape. Mungkin pembaca disini mempunyai pengalaman tersendiri apabila melayari blog ditempat awam seperti hospital atau perpustakaan , tiba - tiba dikejutkan dengan musik yang kuat dari laptop anda.

"Kalau bising nanti bos keluar dan tahu bahawa kita tengah layari internet di Pejabat"-
 Mr.J

Penambahan widget autoplay musik ke dalam blog boleh menyebabkan ganguan kepada si pelayar blog amda, lebih teruk lagi sekiranya widget autoplay music tersebut belum di adjust kepada nada bunyi rendah. Kebanyakkan pelayar internet suft daripada tempat kerja dan sudah tentu mereka inginkan privacy ataupun senyap.


3: Elakkan Pengunaan Perkataan Singkatan


“bley x sesape plz bgtau cm ner nk siap kn keje nie..? idea plz.." - Mr.J

Adalah penting sekali Tidak menggunakan Bahasa Singkatan dalam pengunaan ayat di blog kerana bukan sahaja tidak dapat difahami oleh manusia tetapi ini akan mengakibatkan Blog anda tidak tersenarai dalam enjin carian google kerana kegagalan sistem untuk mengecam bahasa yang digunakan anda.

4: Penyusunan ayat dan Penyampaian ( Gaya Bahasa )

Yang paling penting untuk menjadi seorang penulis blog adalah harus tahu untuk dalam penggunaan serta susunan ayat. Bukan itu sahaja, seorang penulis blog perlu ada cara gaya penyampaian sendiri kerana ini mencerminkan keperibadian serta personaliti tersendiri si penulis blog.

Setakat ini sahaja sedikit panduan yang Mr.J dapat kongsikan hari ini dan mungkin pada hari lain Mr.J kongsikan panduan yang lain pula.  Pastikan anda tidak ingat 4 Perkara dinyatakan oleh Mr.J diatas ini, 


~ Jumpa lagi dan Salam Ceria dari : Mr.J ~


mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media

Ingin menghina Negara Sarawak? Pasukan Gempur Khas Siber Negara Sarawak akan 'menyerang' tanpa belas kasihan.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Masyarakat Negara Sarawak bergitu unik serta saling membantu dan akan Bangkit melawan sekiranya Perkara yang melibatkan Negara Sarawak diremeh temehkan oleh orang luar.

Mereka akan membentuk satu Pasukan 'Gempur' Elite dalam Serangan Siber yang dianggotai oleh lebih Ratusan Ribu 'Sukarelawan Siber' sehingga membuatkan 'musuh/si penghina' Negara mereka 'tewas' serta 'kecundang' dan 'Penjahat' akan menerima 'sumpahan' dan 'kutukkan' sehingga boleh menyebabkan 'Penjahat' tersebut menjadi Kurang Siuman selama beberapa hari. Dibawah ini Mr.J senaraikan beberapa Kisah Serangan tersebut:

1. Personaliti / Pengacara TV3 Nurul Syuhada:
Ratusan 'Pejuang' Gempur Elit Siber terdiri daripada pelbagai latar belakang tanpa mengira agama dan budaya menyerang Akaun Facebook Personaliti Tv3 dan juga Facebook Page Tv3 mengenai Isu ucapan Personaliti tersebut mengatakan bahawa "Bintulu Bandar Daif".

Beberapa Page ditubuhkan, selepas serangan bertalu - talu ke atas Akaun Facebook miliknya.

Berikutan itu, Nurul menerima kecaman yang agak hebat. Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dan matang dengan mengakui tersilap cakap dan memohon maaf ata apa yang berlaku. Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.

Tidak sampai 1 Minggu Personaliti tersebut meletak jawatan atas 'sebab - sebab tertentu'.

2. Astro Arena mengenai Berat Sebelah Isu Penyiaran Siaran Langsung:
Facebook Page Astro diserang dengan katakunci #NoLiveNoProblem sehingga menjadi Treading Pantas di beberapa laman sosial lain dan juga blog serta forum ini disebabkan tiada siaran langsung untuk Sarawak Sepanjang Tempoh Sarawak bermain di Liga Perdana sampailah ke Final sehingga menjadi Juara.

 Banner Besar mengutuk Astro dengan Slogan "No Live No Problem".

Sehingga pada masa kemuncak Para Pasukan Gempur Khas Siber Sarawak berkampung di Page Astro Arena dan serangan bertalu - talu dengan pelbagai 'peluru sumpahan kritikal' sehingga memaksa wakil dari Astro Arena tampil membuat kenyataan Maaf dalam Bahasa Melayu Sarawak .

3. Protes dan Bakar Bendera Parti Politik. 
Serangan 'Offline' dibantu juga dari Segi Online oleh beberapa Penulis Blog serta Forum.
Rujuk Kisah Penuh di 'Kami Bukan Warga Cawat': 

Ahli Politik menghina Rakyat Sarawak dan ratusan serta puluhan beg yang berisi Bendera Parti Tersebut dibakar secara terbuka tanda protes. 

"Tidak dilaporkan di media, kerana parti tersebut dahulu dikatakan berasaskan 'agama', parti berasaskan 'agama' agak tidak diterima di Sarawak kerana khuatir akan memecah belahkan Penduduk Sarawak yang lebih daripada 50 Bangsa dan bukannya 3 Bangsa seperti mana di tempat kelahiran parti tersebut".
Info Rakyat Luar Sarawak Harus Tahu : Persekutuan Tanah Melayu Harus mematuhi Perjanjian Perkara 18 & Sabah & Sarawak dengan Tanah Melayu ( Malaya ) dalam Persetujuan untuk Pembentukkan 'Negara Bersekutu' yang dinamakan 'Malaysia'.
Perjanjian 18&20 diantara Tanah Melayu dengan Negara Sabah 'North Borneo' dan Negara Sarawak.
Perkara 1: Agama Walaupun terdapat tiada bantahan kepada Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia harus ada agama Negeri di Borneo (Sarawak & Sabah), dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan Agama Islam dalam Perlembagaan Malaya TIDAK BOLEH diguna pakai di Borneo


4. INTERGRASI NATIONAL - Kenyataan Md Yusri (UKM) Menyingung Rakyat Sarawak.
Rancangan Bicara Kampus telah mencetuskan 'sensiviti' emosi kepada Rakyat Sarawak apabila salah seorang panel iaitu Md Yusri daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuatkan Rakyat Sarawak marah. ( Tonton Rakaman Video ) 

Md Yusri dengan Bongkak dan Akuhnya berkata serta merendahkan tahap Penduduk Sarawak dengan mengatakan bahawa:
"Sarawak adalah sebuah negeri maju kerana wujudnya restoran makanan segera McDonald di Kuching" . 
Mungkin Md Yusri adalah seorang pelajar yang tidak pernah melihat Sarawak secara keseluruhan, mungkin dia merasakan Bahasa Negara Sarawak hanya ada 1 Bandar sahaja iaitu Kuching , sedangkan Negara Sarawak mempunyai 4 Bandar Utama iaitu Kuching , Sibu , Bintulu dan Miri.

Bukan itu sahaja , dia juga berkata bahawa Peruntukan hendaklah dilebihkan kepada Semenanjung kerana pusat pentadbiran Malaysia berada di tanah Semenanjung , sedangkan sudah lebih 50 tahun Sabah & Sarawak membantu Pembangunan di semenangjung dengan Sumber Asli Petroleom , Balak serta pelbagai sumber lain. 

5. DJ Radio Era FM dikecam Kerana melabelkan Pasukan Sarawak Cap Ayam:
Mungkin disebabkan kedua DJ tersebut Kaki Bangku sehingga terselah kebodohan sendiri dengan  melabelkan Sarawak adalah Pasukan 'Cap Ayam' dan tidak layak untuk bermain di Piala Liga malaysia. 


Katakunci #NoEraNoProblem dicipta dan menjadi ikutan sebagai Protes kepada DJ Johan dan Ray, laman facebook Era FM & Era TV turut diserbu oleh ratusan Rakyat Negara Sarawak dan sehingga kini 26 August 2013 selepas DJ tersebut meminta maaf kepada Rakyat Negara Sarawak dan Pasukan Bolasepak Sarawak di Radio pagi tadi lingkungan jam 8:30am tadi.

Sedutan Rakaman Permohonan Maaf DJ Era FM 

Sarawak yang dikatakan Cap Ayam telah mengalahkan Lions XII yang digeruni oleh semua pasukan dalam Liga kerana mereka merupakan Juara Liga Super. 

Protes terhadap DJ 'Cap Ayam' oleh Penyokong Sarawak sewaktu Perlawanan  Sarawak menentang Lions XII . Banner Protes  "Johan yang ditulis X Cen & Lawak Bodo".

- Mr.J 

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Apa Itu Keek.com ? Mari Ikuti Mr.J di Keek.com .

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Salam Sejahtera , beberapa hari yang lepas Mr.J ada buka akaun di laman sosial yang berbentuk 'Video' iaitu beralamat di Keek.com mula - mula daftar adalah rasa janggal sedikit dan ramai juga para artis malaysia menggunakan Keek ini .

Maklumlah nak juga ikut perkembangan terbaru daripada artis - artis , mana tahu ada isu yang kontroversi boleh buat cerita macam isu seorang artis wanita yang menguploadkan video keek nya dengan isu 'kaler seluar dalam merahnya' bukan main kaw kaw lagi artis tersebut kena komen. 

Tempoh durasi video untuk diupload dalam Keek ada hadnya iaitu selama 36 saat sahaja .

                               
May 22, 2013 | Dapatkan T-Shirt http://k.to/28vw !! - mr j by jacky_juing on Keek.com 

Ha , tudia .. Video Keek Mr.J siap Promote T-Shirt lagi , bagi Mr.J laman tersebut adalah berbentuk kepada 'suka-suka' dan video yang dirasakan ingin dikongsi kepada rakan-rakan di alam maya.

- Mr.J

Tutorial : Bagaimana mencantumkan file 001 , 002 , 003 dengan HjSplitter?

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Busines Online: Bukti Pembayaran dari AdF.ly , $5.19 jerr .

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Hai , lama juga Mr.J tidak bersembang mengenai Bisnes sampingan di Internet . Tahukah anda Internet sebenarnya boleh menyumbang 'emas' kepada anda walaupun sedikit tapi ianya berbaloi daripada melayari Internet tanpa mendapat apa - apa pulangan kepada anda.


Tiga Bulan yang lepas Mr.J mencuba satu program di Internet iaitu AdF.ly dimana caranya cukup mudah iaitu hanya perlu membuat promosi link anda yang telah di'pendek'kan di aplikasi AdF.ly dan suruh rakan maya anda klik dan baca .

Mr.J tidak pernah akan menyarankan apa juga perniagaan sampingan online sekiranya Mr.J sendiri tidak mendapat Bayaran bahkan Mr.J akan lantang mengutuk mana - mana program di Internet yang menipu ahli. 

Tetapi kali ini ternyata telah dicuba dan membuahkan Hasil dan pembayaran juga telah dibuat kepada akaun Paypal Mr.J ( rujuk gambar diatas tadi )


1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

fariddviesta: "Aku rasa serba salahlah, dia meninggal sebab aku. Dia sanggup buat macam itu semata-mata nak jumpa dengan aku."

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki yang mendakwa kekasih Siti Khadijah Muhammad, 16, yang ditemui mati terjatuh dari sebuah apartmen di Desa Pandan di sini tidak dapat menerima hakikat dia sudah kehilangan gadis itu.

Menerusi laman Twitter miliknya, remaja berusia 16 tahun yang dikenali sebagai Farid itu melahirkan rasa sedih kerana tidak dapat berjumpa mangsa sebelum gadis itu meninggal dunia.Remaja lelaki yang tinggal di Damansara Damai, Petaling Jaya itu turut mendakwa, ibu dan seorang adik perempuan mangsa menjadi punca gadis itu nekad keluar daripada rumah melalui tingkap.

Antara petikan yang ditulis dalam Twitter remaja lelaki itu: "Aku hidup sekarang sampai mati aku takkan maafkan korang berdua ****.

Kalau korang bagi dia keluar aku rasa dia masih ada lagi."Selepas mendapat maklumat kekasihnya mati terjatuh daripada apartmen, remaja lelaki itu terus pergi Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur untuk menatap wajah kekasihnya itu.

Mengikut Twitter itu lagi, remaja berkenaan meluahkan, air matanya tidak berhenti mengalir selepas menatap wajah gadis pujaannya yang sudah tidak bernyawa di hospital.Pada sebelah petang, remaja lelaki itu mengemas kini Twitter miliknya lagi dengan memberitahu, dia yang tiada wang memberanikan diri menaiki teksi ke rumah arwah kekasihnya untuk sama-sama membaca surah Yasin.Sampai di apartmen tersebut, remaja itu memberitahu, dia bernasib baik kerana keluarga kekasihnya membayar wang tambang teksi.

Kemas kini pada pukul 8.30 malam tadi pula menyebut, dia berasa bersalah kerana kematian Khadijah dianggap mempunyai kaitan dengan dirinya.

"Aku rasa serba salahlah, dia meninggal sebab aku. Dia sanggup buat macam itu semata-mata nak jumpa dengan aku."

Akaun twitter tersebut dibanjiri ucapan takziah pengikutnya yang berjumlah 3,390 orang yang rata-ratanya melahirkan rasa simpati terhadap nasib mangsa dan remaja lelaki itu.

Sementara itu, laman Facebook dan Twitter milik Khadijah sudah ditutup oleh keluarga mangsa. kosmo .

Dikemaskini :

* Bagaimanapun setelah risikan di Twitternya oleh team pengeRindu , mendapati jawapan agak bercanggah sedikit daripada si pemilik akaun twitter.




Menurut akaun fariddviesta , wartawan kosmo mereka cerita yang sebenarnya .


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©