Cara membuat "Tuak" Perisa Nanas, Uniknya pembuatan 'Wain' Masyarakat Iban iaitu "TUAK NENAS". Ms.DJP

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Uniknya Pembuatan 'wain' masyarakat Iban iaitu "TUAK NENAS". -bersama MizzDjp.

Umum mengetahui bahawa masyarakat Dayak, kaum Iban Khasnya terkenal dgn pembuatan 'wain' mereka tersendiri yang lebih di kenali dengan nama 'air tuak' atau lebih realistik dan mesra alam di sebut sebagai 'air pengayu'.

Air "Tuak" juga mempunyai Perasa Nanas
Air tuak adalah sejenis minuman tradisi yang beralkohol 'semulajadi' oleh masyarakat Iban sama ada untuk sebarang perayaan, aktiviti tradisional atau sekadar untuk menyambut tetamu yg datang. 

Kenapa saya mengatakan ianya semulajadi? Ini kerana ia di perbuat drpd bahan-bahan yg cukup simple dan mudah diperolehi tanpa bahan tambahan pengawet seperti alkohol yang anda beli di kedai.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit resepi tradisional dalam pembuatan air tuak ini. Namun, apa yang uniknya kali ini saya membongkar sesuatu yang di luar kebiasaan dalam pembuatan air tuak berdasarkan pengalaman saya sendiri beberapa hari yang lepas. 

Lazimnya, air tuak ini di perbuat daripada nasi atau pulut tapi kali ini Air Tuak MizzDjp di perbuat daripada buah nenas. Anda tidak yakin? Baik lah.. sila cuba resepi ini untuk puaskan hati anda sendiri.

Bahan utama:
Buah Nenas (yg sudah masak dan rasanya manis)
- Ragi
- Gula
- Sedikit air

(Kuantiti kesemua bahan2 di atas adalah terpulang kepada berapa banyak yg anda rancang nak buat dan saiz buah nanas anda)

Cara - cara :
1. Kupas buah nenas dan kisar sehingga halus.

2. Kemudian rebus dan tambah kan sedikit air (secukup rasa, sebab kalau terlampau byk air nenas jadi tawar dan kurang rasa)

3. Semasa merebus nanas, rebus sehingga kandungannya agak mendap kebawah dlm anggaran setengah tunjuk kemudian padamkan api. (dalam sejam atau lebih) menggunakan periuk besar.

4. Biarkan seketika sehingga sejuk. Kemudian, masukkan gula dan ragi yang telah di tumbuk halus dan kacau sehingga betul2 sebati. Sukatan gula dan ragi juga secukup rasa bersama kuantiti buah nenas tadi.

5. Akhir sekali simpan di dalam bekas yang bersih dan selamat. Dalam masa 2 atau 3 minggu atau mungkin kurang dari itu, wain nenas anda sudah boleh di hidangkan kepada tetamu.

TIPS;
- pastikan buah nenas anda adalah jenis nenas yg manis dan bukan nya masam. Ketepatan pemilihan buah nenas amat mempengaruhi keberjayaan wain pengayu anda dari segi rasa.

- pastikan nenas yg di rebus tadi betul2 telah sejuk sebelum menambahkan gula dan ragi.

- pastikan bekas untuk menyimpan wain pengayu anda kering dan bersih. Kalau boleh jemur terlebih dahulu.

- selain daripada nenas, wain pengayu tadi boleh di perbuat daripada buah pisang, apple atau anggur dengan cara yg sama. Asalkan anda mampu.

Sekian. Selamat Mencuba.


Pelamin Tradisional Masyarakat Dayak Iban . - MsDJP

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Bersama MsDJP iaitu dalam Segmen INFO mengenai Pelamin Tradisional kaum Iban.

Semua pun sedia maklum, Pelamin merupakan satu aset penting dlm menjayakan kelangsungan sesebuah majlis 'melah pinang'/perkahwinan. Tak kira apa konsep dan tema sekalipun pelamin mempunyai pengaruh besar dalam menyerikan dan memeriahkan majlis perkahwinan setiap pasangan pengantin yg memasuki alam rumahtangga.

Bagi kaum Dayak iban, pelamin dalam versi tradisional mempunyai makna yang amat besar. Kecenderungan mengutamakan ciri tradisional dlm majlis perkahwinan kini semakin di lupakan seiring dengan peredaran masa yg lebih mementingkan ciri kemodenan.

Pelbagai Corak dan Perhiasan Tradisi di sertakan.  Photo: Shuet Ajang.
Pelamin tradisional ini memainkan peranan penting di mana setiap material yg di pamerkan itu mengandungi maksudnya yang tersendiri. Ianya bukan sahaja tentang keunikan pelamin itu sendiri tetapi juga keseluruhan acara majlis di mana dua mempelai yang duduk di atas 'Tawak' akan di 'Biau' kan terlebih dahulu oleh ketua biau dengan kata2 dan 'Sampi' khas yang membawa fungsi kepada pemanggilan semengat datuk nenek moyang dulu2 kala untuk sama2 menyaksikan majlis dan menjaga kesejahteraan dan keberkekalan kehidupan rumah tangga kedua mempelai selepas itu.

Antara material yang umumnya mesti ada dalam dekorasi sesebuah pelamin tradisional kaum iban adalah Tawak yang berfungsi sebagai tempat duduk mempelai. Terabai dan ilang sebagai lambang kekuatan ikatan perkawinan. 'Ranyai' yang di dirikan di kedua2 belah tepi kanan dan kiri pelamin, 'bungai jarau' , 'tajau' lama, 'Pua Kumbu' dan tentunya 'air tuak' atau lebih di kenali sebagai 'air pengayu' sebagai pelengkap acara.

*Di dalam gambar adalah Visual sebenar pelamin tradisional kaum Iban yang dikirimkan oleh seorang teman rapat MizzDjp sempena majlis perkahwinan sepupu beliau yang berlangsung di Kampung Terimah Lubai, Limbang Sarawak.

Info: Tradisi "Ngayap" Masyarakat Dayak Iban di Sarawak, Borneo . - Ms DJP ( Dara Jala Pisit )

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Info Tradisi bersama Ms.DJP ( Dara Jala Pisit ) , Mengenai Tradisi Masyarakat Dayak Iban dahulu iaitu Tradisi "NGAYAP" .

Bagi masyarakat Iban dahulu, usaha bagi si teruna untuk memikat si dara akan dilakukan pada malam hari melalui amalan yang dipanggil Ngayap (Sandin,1980:69). Amalan ngayap ini dilaksanakan bagi membolehkan si teruna dan si dara untuk berkenalan dan meluahkan isi hati kepada pasangan masing-masing,walaupun amalan ngayap dibenarkan ,namun ngayap seharusnya dilakukan dengan adap sopan santun yang berlandaskan adat dan pegangan hidup bermasyarakat kaum iban itu sendiri bagi mengelakan salah sangka dan fitnah yang boleh mencemarkan nilai budaya masyarakat iban.

Adat "Ngayap" Tradisi mencari pasangan hidup
Mengikut Adat, seseorang teruna boleh mengunjungi si dara tidak melebihi tiga malam berturut, jika kunjungan berterusan , ibu- bapa si gadis mempunyai hak untuk menentukan dan bertanya kepada si teruna samada si teruna serius di dalam usahanya untuk memikat atau tidak, jika didapati si teruna tidak jujur dan hanya ingin berfoya-foya maka kunjunganya haruslah dihentikan dengan segera . 

Dan jika si teruna serius dan bercadang untuk mengawini Si Gadis, maka si teruna dinasihatkan supaya memberitahu ibubapanya tentang hasratnya untuk datang meminang si gadis.sekiranya si teruna masih berkunjung tanpa membuat keputusan maka ibubapa si gadis berhak menangkap si teruna dan menguruskan perkahwinan pasangan yang berkernaan dan kemudian merujuk perkara tersebut kepada Tuai Rumah (Ketua Kaum) dan penduduk rumah panjang yang berkenaan.

Pada masa kini tradisi dan amalan ngayap tidak lagi diamalkan di dalam arus pembangunan dan cara hidup yang lebih bersifat kemodenan,justeru itu perjumpaan si teruna dan dara dijalankan semasa maljlis keramaian,seperti gawai,pergaulan di sekolah, di institusi pengajian tinggi,atau di tempat kerja pasangan masing-masing.

Pasangan Dayak Iban dalam baju tradisional lama.
Namun demikian Ngayap adalah sebahagian kecil daripada budaya warisan iban, untuk mengelakkan budaya ini dari disalahgunakan oleh generasi baru, maka amalan ini harus dihadkan untuk orang iban sahaja, sekiranya terdapat pelanggaran adap atau campurtangan kaum lain di dalam amalan ini, maka undang-undang boleh diambil seperti yang termaktup dalam Seksyen 132 Adat Iban, 1993.

* Ada sesiapa tak kat sini pernah ngayap dulu atau bertemu jodoh melalui cara ini? hehe~. Semasa Zaman ngayap ni dulu, MizzDjp masih kecik lagi. - Ms DJP

Nyabur / Ilang , senjata Dayak yang mengerikan . - Ms DJP

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
INFO bersama MizzDjp.

Nyabur/ilang (bahasa iban) mengikut pengetahuan setakat yang saya tahu (cerita di perolehi dari mendiang datuk saya sendiri) ialah sejenis 'parang puaka' yang di gunakan oleh pahlawan-pahlawan iban terdahulu untuk 'ngayau' atau memotong kepala musuh.

Nyabur ini ialah sejenis senjata yang amat penting bagi identiti masyarakat iban dahulu kala. Ia bukan sahaja melambangkan kekuatan seseorang pahlawan tetapi melambangkan mereka juga berani dan ada kalanya pemilik nyabur layak untuk di jadikan ketua dalam memimpin sesebuah masyarakat di sesuatu tempat untuk mengetuai kayau menyerang musuh.

Ilang / Nyabur yang dipercayai berusia ratusan tahun.
Menurut pantang larang orang iban dahulu kala, Nyabur adalah sejenis senjata yg tidak boleh di cipta atau di simpan sebarangan orang melainkan orang tersebut pernah ada "dengah" .

Dengah bermaksud seorang lelaki yang pernah memotong kepala (ngayau) musuh lebih dari sekali.

Setakat itu info yang saya tahu. Sehingga kini segelintir rumah-rumah panjang masih menyimpan senjata ini sebagai warisan turun temurun.

Sesiapa ada info lebih banyak tentang 'Nyabur' boleh lah di kongsikan di ruang komen.

by #MizzDjp - dayak's woman headhunters.

Info Tambahan
Manakala di Kalimantan ianya lebih dikenali sebagai "Mandau" , Dayak Sarawak dan Dayak Kalimantan mempunyai hubungan persaudaraan yang erat.

Parang 'Ilang' (Dayak Sarawak) atau lebih dikenali sebagai 'mandau' (Dayak Kalimantan) . Dayak Adalah Penduduk Pribumi Asal di Kepulauan Borneo yang kini disempadankan dengan Sarawak, Sabah , Brunei dan Kalimantan.

"Tekalung" , Kulit Kayu pelbagai guna di Sarawak. - Ms DJP

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
"Tekalung" (bahasa iban) adalah sejenis kulit kayu yg banyak fungsinya dalam keperluan harian masyarakat Dayak IBAN pada suatu masa dulu. Mungkin anak muda sekarang tidak kenal apa itu Tekalung.

Tetapi untuk menjadikannya sebagai 'tekalung' adalah bukan mudah dan bukan juga boleh kita kopek dari sebarang pokok.

Proses membuatnya memerlukan masa kerana kulit kayu perlu di rendam sehingga lembut kemudian apabila separuh kering kulit kayu akan di pukul dengan menggunakan sejenis kayu yg telah di buat acuan bagi meratakan sehingga betul menipis dan keras seperti sehelai kain.

Adalah tekalung yg sudah siap di proses. Dan pemukul nya sekali. ( gambar dari kampung budaya ) 

Tekalung pada zaman dulu banyak kegunaan antaranya untuk membuat baju burung atau boleh di jadikan tali raga ( baduk) kerana ianya amat tahan dan tidak mudah putus.

P/s: jika anda ada info lain atau sebutan lain tentang tekalung ini boleh kongsikan di ruang komen.

*teringat zaman budak2 dulu rajin sungguh tolong atuk pukul2 tekalung sebab suka tengok bekas pemukul itu terbentuk bergaris2 kat tekalung. Hihihi~


"Nampi" (Bahasa Iban) - Kaedah lama mengasing bendasing daripada Padi di Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
"Nampi" (Bahasa Iban) - adalah sejenis perbuatan bagi mengasingkan benda - benda asing daripada beras / padi / lingkau / nyeli semasa musim menuai. Biasanya di buat untuk mengasingkan hampas daripada berasnya selepas mengisar padi.

Perbuatan 'Nampi' ini tidak boleh di lakukan tanpa 'elemen' utamanya iaitu "chapan" ( bahasa iban). Kalau dulu - dulu semua kaum wanita termasuk anak-anak dara wajib pandai nampi. Sekarang saya dah tak pasti lagi. Silap-silap kebanyakkan anak dara sekarang pun tidak mengenalik apa itu "chapan"

Perbuatan nampi ini juga memerlukan kemahiran mengawal pergerakan tangan dengan fleksibel atau beras anda akan seluruhnya tumpah ke tanah.

~Sila sebutkan "nampi" ini dlm bahasa anda, My fren Sabahan, macam mana kamurang sebut ini?

-MizzDjp‬


+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in

9 Jenis Ilmu "Hitam" / "Mistik" Orang Dayak di Borneo.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Masyarakat Dayak sering digeruni semenjak dari dahulu lagi bahkan telah banyak membantu askar - askar British menentang penjajahan Jepun dahulu. Masyarakat Dayak adalah menghuni di Kepulauan Borneo iaitu dimana terbahagi kepada 4 Bahagian Negara iaitu Brunei Darusalam , Sarawak , Sabah dan Kalimantan.

Dibawah ini Mr.J kongsikan nama serta "perkara" yang berkaitan dengan amalan mistik ataupun Ilmu mempertahankan diri masyarakat Dayak.

Panglima/Pahlawan Dayak di Kalimantan merupakan Pangkat Tertinggi di sana dan sering mengiring orang kenamaan VIP untuk sesuatu urusan. Gambar daripada - Mestre Iwan fb


1 . Penumbuk 9 Pintu
Membuatkan tumbukan anda menjadi mimpi buruk kepada pihak lawan.

2 . Jampi Berat Tanah
Membuatkan tulang anda tidak mampu menampung berat badan anda sehinggakan semuanya patah dan menyebabkan kematian.

3 . Panah Terung
mempunyai persamaan dengan ilmu hitam di Jawa. Dihantar menggunakan jampi dan orang yang menerimanya akan pasti meninggal dunia selepas badannya bertukar menjadi ungu seperti terung selama 3 hari.

4 . Panah Lombok
Salah satu daripada ilmu hitam juga dan jika terkena badan kita, badan kita akan terasa pedas dan menjadi merah. Kita juga akan sentiasa merasa haus dan air yang diminum juga akan terasa pedas. Badan kita akan menjadi lemah dan akan meninggal dunia dalam masa 1 minggu selepas terkena ilmu hitam ini.

5 . Bulu Perindu
Digunakan untuk menawan hati orang yang kita sukai. Jangan percaya sekiranya ada yang menawarkan untuk menjual kepada and kerana ilmu ini tidak dapat dipindahkan kecuali diperolehi sendiri daripada dunia ghaib.

6 . Minyak Bintang
Minyak yang digunakan untuk menyembuhkan patah tulang. Tulang akan pasti bercantum dalam masa 1 minggu walaupun parah.

Azimat sakti yang diperolehi selepas seseorang itu berjaya mengalahkan jin Babi yang tinggal di dalam hutan belantara Borneo. Membuatkan pemakainya menjadi kebal kepada segala senjata dan terutamanya peluru.

8 . Pedang Setan
Boleh melayang sendiri untuk mencari kepala musuh dimanapun mereka bersembunyi.

9 . Balsem Hitam
Disapu atau dititikkan ke objek-objek yang selalu digunakan oleh musuh kita. Mangsa akan meninggal dunia dalam masa 4 hari dengan simptom-simptom seperti serangan sakit jantung. - dipetik daripada Dayak People.


+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in

Bilakah Adat Tradisi Lama 'Kayau' atau Pemburuan Kepala di Haramkan di Sarawak?

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Pulau Borneo , Pulau yang dikenali dengan pelbagai misteri oleh dunia luar . Pulau Borneo Moden sekarang terbahagi kepada 3 Negara iaitu Sarawak , Brunei , Kalimantan .

Borneo diduduki oleh majoriti keturunan Dayak dan beberapa sub etnik kecilnya . 

Gambar dipercayai semasa Pengaduhan Besar diantara Etnik Asal Borneo iaitu Dayak dengan etnik pendatang iaitu Madura.

Espedisi “Ngayau” diberhentikan oleh Kerajaan Negara Sarawak yang diperintah oleh Raja Vyner Brooke pada tahun 1932 setelah kerajaan melancarkan espedisi “Ngayau” secara besar-besaran menentang suku kaum Dayak Iban yang dikenali sebagai “Kayau Delok” di Ulu Batang Ai, Lubok Antu yang mana suku kaum Dayak Iban diketuai oleh “Tuai Kayau” bernama Asun, Kana dan Kendawang seperti apa yang ditulis oleh mendiang Benedict Sandin dalam buku yang berjudul “Peturun Iban” dalam tahun 1962.


Bergitu juga di Kawasan Kalimantan, Borneo :Espedisi “Ngayau” juga telah diharamkan oleh kerajaan di Indonesia semasa pemerintahan Belanda yang dikenali sebagai “Perjanjian Tumbang Anoi” di daerah Damang Batu pada tahun 1874.


Tengkorak Musuh masih disimpan dan dijaga rapi di rumah panjang Mr.J

Mr.J
+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in

Kepercayaan: Kesan jika anda "Puni / Punik" (Kempunan) di Sarawak. Ini bukan kisah Batu Belah Batu Bertangkup.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sinonimnya kalau diajukan mengenai Negara Sarawak pastinya jawapan yang diberi akan menyatakan tentang Rumah Panjang, Hari Gawai Dayak, Kek Lapis, Ikan Terubuk, Tarian, "Headhunters" dan tidak ketinggalan "Bujang Senang".

Ada satu kepercayaan masyarakat di Sarawak yang berkait-rapat atau boleh dikatakan punca seseorang itu menjadi mangsa kepada keganasan Buaya di sekitar sungai - sungai yang ada di Sarawak.

Andai masyarakat melayu di semenanjung malaysia akan ditelan oleh batu belah batu bertangkup jikalau 'kempunan' seperti digambarkan dalam filem klasik lain pula jika di tempat Mr.J iaitu di Borneo.

Kempunan disebut "Puni / Punik" dalam masyarakat Sarawak manakala di Sabah pula disebut "Tapun" mungkin rakan pembaca dari Sabah boleh kongsikan apa yang berlaku sekiranya tidak "tapun" dulu...

Ringkasnya ianya merujuk kepada prilaku individu yang menolak pemberian mahupun dari segi makanan daripada individu lain.

Jika anda merancang untuk ke Rumah Panjang mahupun Rumah Etnik lain di Sarawak pastikan anda tidak "menolak" bila diberi makanan ataupun minuman oleh si tuan rumah lebih - lebih lagi jika Rumah Panjang. 

Jika anda menolak 'pemberian' (lebih kepada makanan, buah tangan) , mereka juga tahu bahawa anda tidak bermakna untuk tidak menghormati mereka dan paling kurang pun anda haruslah menyentuh 'pemberian' mereka sebagai tanda anda telah menerima. 

"Tidak mahu sentuh dan tak mahu terima makanan atau minuman kerana ianya bercanggah dari ajaran ugama saya". 

Ayat diatas mungkin jarang digunakan oleh masyarakat luar bila melancong ke Sarawak tetapi tidak dinafikan sememangnya ada , tapi anda tidak payahlah berkata sedemikia kerana masyarakat di sana sudah tahu berdasarkan penampilan serta loghat percakapan anda.

Gagasan 1Malaysia sebenarnya sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini dan ia lebih ketara dan jelas dalam amalan hidup rakyat Sarawak.

"jika ada orang pakai "tudung" datang maka jangan kasi dia minum tuak kasi dia minum ai uren sahaja dan kasi tau apa jenis jamuan lauk yang kita ada.. kasitau sama dia.. yang itu daging babi..tidak boleh makan...pantang larang dia punya tuhan...yang itu daging ayam dalam buluh boleh makan..." 

Atas adalah contoh ungkapan peringatan yang diberikan Tuai Rumah kepada penghuni rumah panjang serta selalu diberitahu oleh ibubapa kepada anak mereka sekiranya ada orang "bertudung" (merujuk kepada penganut agama islam) datang berkunjung bila Perayaan Hari Gawai Dayak.

Tapi sekiranya anda tidak memakai tudung dan hanya senyum kembing serta diam sahaja kemungkinan mereka sediakan juadah apa yang ada termasuklah daging babi yang ber-aneka jenis masakkan , empuk, lazat dan mengenyangkan di hadapan anda. 

Jangan diam sahaja dan terus makan ( nampak sangat gelojoh ) tanya tuan rumah ini daging apa itu sayur apa dan sebagainya, kalau anda termakan ...nasib engkaulah labu...jangan nak salahkan mereka dan cuba ugut mereka pula sambil meninggikan suara dan berkata..
Amaran: Pastikan anda tidak berkata sedemikian."agama saya xxxxxxx, ini awak bagi saya makan babi tau tak! balik malaya saya akan saman seluruh rumah panjang yang tak bertamadun ini dan saman juga kerajaan sarawak". 
Pertuturan anda bila berkunjung ke rumah panjang harus dijaga, lebih - lebih lagi sekiranya berkunjung ke rumah panjang yang terletak jauh dalam kawasan pendalaman dan anda berada Borneo, jangan ada "tengkorak" tambahan menjadi koleksi mereka. 

Tengkorak "Musuh" masih dipamerkan di Rumah Panjai Mr.J di Rantau Sukat, Roban. Sarawak.
Nota Ringkas : Amalan Pemburuan kepala 
Pemburuan kepala ialah amalan memancung kepala seseorang selepas membunuhnya. Ia diamalkan pada zaman prasejarah di China, India, Nigeria, Nuristan, Myanmar, Borneo, Filipina, Taiwan, Jepun, Mikronesia, Melanesia, New Zealand, dan Lembangan Amazon. Sekiranya ada kesempatan Mr.J akan cerita mengenai Adat Pemburuan Kepala di Sarawak, Borneo.

Pendapat atau ungkapan seperti itu juga sering Mr.J dengar tetapi jangan risau biarpun penduduk rumah panjang jangan disangka mereka tidak mempunyai akaun facebook.
"jika berkunjung ke rumah panjang maka anda akan dipaksa untuk minum biarpun ianya bercanggah dengan ajaran kita.. kena paksa juga..." Itu hanya auta dan bukan fakta - Mr.J
Tapi tahukah anda apa akan terjadi jika anda "Puni / Punik" di Sarawak? Berkemungkinan anda telah disenaraikan sebagai "Senarai Buruan" oleh Keturunan "Bujang Senang" jika menghampiri mana - mana sungai di Sarawak dan juga akan ada nasib tak elok seperti contoh kemalangan berlaku ke atas anda.

Hal ini telah terjadi kepada Mr.J sendiri pada bulan November pada tahun 1999 di Sibu, Sarawak apabila mahu cepat balik daripada rumah panjang rakan sedangkan ketika itu emaknya telah menyediakan makanan untuk dimakan dan menyuruh saya makan dahulu paling tidak pun sekadar sentuh .

Oleh kerana ingin cepat Mr.J tidak mengendahkan dan terus memecut motosikal dan akhirnya tidak jauh daripada Hospital Besar Sibu tidak dijangka Mr.J telah mengalami kemalangan dengan sebuah kereta dimana tersepit di bawah kereta proton saga dan mengalami patah tulang kaki dan menjalani peperiksaan SPM di Hospital.

- Mr.J "Dakinek!~"

mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media

Makna Bulan dari Kalender Etnik Masyarakat Melanau di Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Kepelbagaian Etnik serta kemampuan untuk hidup harmoni yang dikongsi lebih daripada 50 Etnik di Sarawak, Borneo dan Kali ini Mr.J hendak berkongsikan tentang Makna Bulan dalam Masyarakat Melanau. 


Masyarakat Melanau adalah kebanyakkan menghuni kawasan pantai - pantai Sarawak seperti di Mukah dan sebagainya . Bahasa Melanau juga mempunyai perbezaan berdasarkan tempat dan dibawah ini adalah senarai Melanau.

"Melanau Matu-Daro , Melanau Dalat , Melanau Oya , Melanau Mukah , Melanau Belawai-Rajang  , Melanau Rejang , Melanau Balingian , Melanau Miri."

Mungkin kalau ada kesempatan lagi Mr.J akan cuba untuk menerangkan Makna Bulan dan kaitannya dalam kehidupan seharian masyarakat Melanau tersebut secara ringkas 

- Mr.J

mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media

Download Mp3 leka Main Asal Iban. - Pantun , Biau , Adat Basa , Leka Main Anak Mit

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Leka Main Iban dibagi ngagai tiga bagi. Kesatu iyanya Leka Main Pemerindang. Leka Main tu semina dikena ke pemrindang ati aja. Kedua iyanya Leka Main Adat Basa. Leka Main tu dikena meri basa. Ketiga iyanya Leka Main Invokasyen. Leka Main tu dikena dalam pengarap asal Iban.

1.

Pantun

Gelumbang Tsunami
Click to Download
2.
PantunLumba EkstremeClick to Download
3.
PelandaiPelandai KarungClick to Download
4.
KanaMabung Bepasuk NgepanClick to Download
5.
Gawai BesimpanNamaka TuahClick to Download
6.
Adat BasaKuta PengelaluClick to Download
7.
PenusahJaku Nusui PematiClick to Download
8.
Uti PeransangAi AnsahClick to Download
9.
Adat BasaMuka Kuta Pala TanggaClick to Download
10.
BiauMelah PinangClick to Download
11.BiauMelah Pinang -2Click to Download
12.
Adat BasaMuka KujukClick to Download
13.
PemerindangJaku BerambaiClick to Download
14.
Main Anak MitChai JuaiClick to Download
15.
Main Anak MitChak KendungClick to Download
16.
Main Anak MitBedandi Inda-indaClick to Download
17.
Main Anak MitAnjun JuliClick to Download
18.
Main Anak MitWa IndungClick to Download
19.
Main Anak MitPu ALuClick to Download
20.
Main Anak MitPang GelipangClick to Download
21.Main Anak MitBit-bit InchiClick to Download
22.
Main Anak MitRak-rak InsungClick to Download
23.
Main Anak MitPi-pi AwiClick to Download
24.
Main Anak MitDit-dit DimbuClick to Download
25.
Main Anak MitDom DunaClick to Download
26.
PemerindangRambanClick to Download
27.
PemerindangPantunClick to Download
28.
PemerindangSugiClick to Download
29.
PemerindangJawangClick to Download
30.
PemerindangTuk TungukClick to Download
31.Jalai BemanangPelianClick to Download
32.
PengapGawai BurungClick to Download
33.
Adat BasaSabak BebuahClick to Download
34.PengapTimang JalungClick to Download
35.PemerindangRenungClick to Download
36.Adat BasaBiauClick to Download

mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©