KUCHING :Dr Dusit Jaul diberi amaran oleh "Unit Cawangan Khas Bukit Aman" supaya HENTI Pertahankan Kaum DAYAK.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
KUCHING, Lima orang yang mendakwa mereka dari Unit Cawangan Khas Bukit Aman, Kuala Lumpur tanpa sebarang dokumen pengenalan diri lantas terus masuk tanpa kebenaran ke dalam kediaman Dr. Dusit Jaul .

Ketika itu hanya Isteri Dusit seorang diri di rumah, "mereka" telah memberi amaran serta "mengganggu" Isterinya, kejadian itu berlaku di  Tabuan Jaya iaitu pada 7 Oktober lalu, sekitar jam 10.45 pagi.

Menurut isteri Dusit, tiga daripada lima tetamu tidak diundang itu fasih berbahasa Iban, seorang berbangsa India dan seorang lagi Melayu.

Sekumpulan masyarakat Dayak berkumpul di hadapan Balai Polis
Dr Dusit Jaul iaitu salah seorang Ahli Dayak Informal Group (DIG) adalah seorang Pejuang Dayak yang kini berusaha mengembalikan memartabatkan hak-hak kaum Dayak tanpa rasa takut

Antara amaran "Mereka" adalah seperti dibawah:
1. Meminta Dusit berhenti bercakap mengenai perkara berkaitan hak-hak bangsa Dayak serta isu-isu semasa yang dihadapi kaum-kaum Dayak.

2. Mereka juga memberitahu mereka akan memberi amaran kepada Tan Sri James Masing pada tahun depan.


“Mereka" juga meminta Dr. Dusit mengikuti contoh beberapa ketua kaum Dayak yang baik dalam kerajaan. Tiga nama yang mereka sebut adalah Dato Sri Michael Manyin, Datuk Peter Nansian dan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu.

Dusit menambah, kumpulan yang sama juga sering kelihatan mengekorinya malah pada 4 sehingga 5 Oktober lalu, mereka mengekorinya sehingga ke Lubok Antu.

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Melikin : Penolong Pengurus Kanan Syarikat Ladang Sawit Cedera DITEMBAK manakala seorang MAUT!

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Danau Melikin, apa yang pasti kes ini kemungkinan ada kaitan dengan beberapa siri kes pencerobohan Tanah Adat NCR . 

Kerana sebelum itu Mr.J pernah mengupas tentang isu Pencerobohan Tanah NCR serta perkhidmatan Samseng Upahan syarikat 'ladang' dan beberapa siri dimana para penduduk Melikin ber'kampung' mengadakan Upacara "Miring" demi mempertahankan tanah mereka. 

Pada Tahun Lepas , seorang penduduk juga menjadi mangsa keganasan Samseng 'Ladang' Upahan. Seorang petani berusia 67 tahun dan penduduk kampung Kampung Tasik Krangas, Serian Surik Anak Muntal, diserang kejam di luar Sekolah Sg Menyan semalam, segera dimasukkan ke hospital Serian dan dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak akibat kecederaan serius yang dialami, dengan pergelangan tangan patah, kedua-dua kaki luka patah dan pelbagai.

Berikut adalah berita daripada Borneo Post 13/2/14

SERIAN: Seorang daripada tiga pekerja sebuah syarikat perladangan kelapa sawit di Melikin di sini yang ditembak dipercayai dengan senapang patah meninggal dunia akibat tembakan di dada serta mukanya, semalam.

Mangsa yang maut ialah John Wong Toh Kiong, 46, berasal dari Nyebong Padi, Sarikei manakala dua yang tercedera ialah penolong pengurus kanan syarikat berkenaan Andrew Wong King Kiat, 40, dan seorang lagi yang hanya dikenali sebagi Law.
Flash Back 2013: Siapakah Andrew Wong King Kiat? Kita baca dahulu biodatanya yang pernah mengugut dan mencederakan seorang penduduk Melikin dengan Senjata Tajam! # March 2013 # : Berita Tanah NCR: United TeamTrade Sdn Bhd mengupah Samseng untuk 'cubaan' membunuh Penduduk Danau Melikin di Serian. "Surik mengalami patah pergelangan tangan apabila beliau memegang tangan beliau untuk menyekat parang yang mengayunkan ke arah lehernya." - suspek bernama "(((Andrew Wong Kin Kit)))" ditahan.

Menurut Ketua Polis Daerah Serian, DSP Mohd Jamali Umi semasa kejadian John bersama dua lagi mangsa dalam perjalanan menuju ke pejabat mereka menaiki sebuah pikap jenis Toyota Hilux sekitar jam 12.10 tengah hari.

“Ketiga-tiga mangsa menaiki kenderaan jenis Hilux di jalan utama ladang sawit berkenaan menuju ke pejabat mereka yang terletak kira-kira satu kilometer di hadapan sebelum berlaku tembakan disyaki dari atas bukit sehingga terkena ketiga-tiga mangsa,” kata Jamali.

Menurutnya, John yang juga pemandu pikap tersebut terkena tembakan di bahagian dada dan muka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Law dan Andrew yang juga terkena tembakan di dada serta tangan dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

“Pihak kita masih menjalankan siasatan di tempat kejadian dengan bantuan daripada Unit Forensik serta Pasukan Gerakan Am (PGA), selain turut membuat sekatan jalan raya di beberapa lokasi untuk menjejaki suspek,” ujarnya.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Muhammad Sabtu Osman semasa dihubungi memberitahu pihaknya masih menyiasat motif kejadian tersebut.

“Motif masih dalam siasatan tetapi kita percaya mungkin tidak ada kaitan dengan isu tanah kerana difahamkan kebanyakan pekerja di ladang sawit berkenaan juga adalah penduduk kampung di kawasan berkenaan,” katanya.

Sejak setahun lalu, penduduk kampung di Melikin mendakwa tanah adat mereka telah dicerobohi secara haram dan mereka menjadi mangsa keganasan dan ugutan samseng yang didakwa diupah oleh syarikat perladangan.

Selain itu, mereka turut menuduh polis tempatan gagal bertindak terhadap laporan polis yang dibuat oleh mereka, tetapi ia disangkal oleh Jamali dalam satu sidang media pada November tahun lepas.

Menurut Jamali, mereka telah melakukan serbuan pada 30 September lepas di mana beberapa senjata berbahaya termasuk senapang dan peluru hidup telah dirampas daripada kuarters pekerja di ladang kelapa sawit di Balai Ringin.


Mr.J
+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in

NCR: Syarikat 'Menghalau" penduduk kampung, 400 Penduduk di sekitar Simunjan berkumpul di Balai Polis Simunjan, Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Kali ini kita ke berita mengenai kes tanah adat (NCR) yang tidak pernah selesai bahkan semakin banyak berlaku, dan kini ianya berlaku di Daerah Simunjan, Sarawak . 

Dianggarkan lebih daripada 400 para penduduk dari kawasan kampung iaitu Entanggor ,Arus , Bajong , Sampun, Ensika , Kesindu dan Tungkah mengadakan satu protes aman untuk menentang pencerobohan ke atas tanah adat mereka semalam. 

Ini kerana sebilangan pekerja daripada syarikat yang mempunyai pegangan sementara telah mengangu dan membuat ancaman serta 'menakut - nakutkan' para penduduk disitu. 

Menurut laporan daripada akhbar tempatan Sarawak , Syarikat itu menghantar surat bertarikh 13 Nov tahun ini memberitahu beberapa penduduk kampung melalui JKKK mereka untuk keluar dari kawasan itu dalam tempoh masa yang tertentu dan juga menuduh mereka setinggan di tanah kerajaan . 

Syarikat itu berkelakuan seperti watak dalam "video" yang mengemparkan rakyat sarawak dahulu dengan menuduh mereka setinggan di tanah kerajaan .

Ini bukanlah kes pertama pencerobohan tanah bahkan beratus - ratus kes , malah tidak keterlaluan jikalau Mr.J mengatakan ada 'sedikit' penglibatan pihak 'tertentu' dalam kepentingan politik serta 'rasuah' juga merupakan 'sumbangan' kepada kes ini. 

Kesimpulanya, siapa disebalik dalang kes tanah adat di Sarawak? Parti Politik? Syarikat Perladangan? 

 - Mr.J
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©