Gempar!! Penemuan anak patung di Singapura, dipercayai berpuaka & berhantu.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Rakyat Singapura kecoh dikejutkan dengan penemuan sebuah anak patung yang kelihatan mengerikan serta menakutkan di tepi sebatang pokok di kawasan Hougang, Singapura.

Anak Patung tersebut dikatakan berhantu dan berpuaka kerana dipercayai bergerak sendirian ketika lewat malamnya sehingga ada yang memberanikan diri membalutkan atau menutupkan mata anak patung tersebut dengan ayat - ayat suci.

Kelihatan seorang Ustad mendekati anak patung tersebut.
Ini bertujuan supaya anak patung tersebut tidak dapat melihat dan mengangu masyarakat di kawasan sekitar. Tidak diketahui dari mana kemunculan anak patung tersebut dan juga tidak diketahui samaada sosok tubuh anak patung itu masih lagi di sana atau tidak.

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Mitos "INDAI BILAI" dalam *kepercayaan masyarakat Iban di Rumah Panjang. - Ms DJP

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Indai Bilai dalam Masyarakat Iban dahulu terutamanya masyarakat kawasan luar bandar dan juga di rumah panjang adalh merujuk kepada makhluk yg bermuka "hantu".

Indai Bilai adalah dikatakan merujuk kepada topeng muka yang kelihatan amat hodoh serta menakutkan yang diperbuat daripada sejenis kayu. 

Tujuan utama adalah digunakan oleh golongan tua dirumah panjang bagi menakutkan budak - budak nakal serta degil atau yang tidak mendengar nasihat lebih - lebih lagi ketika saat berlakunya kematian di dalam rumah panjang. 

*Teringat saya (Ms Djp) pernah kena dulu. Masa berkabung bermain dengan rakan - rakan di ruai dengan meriahnya. Tiba - tiba keluar indai bilai yg buruk mukanya.. lari lintang pukang tak cukup tanah, apa yg lebih malang saya terkencing dlm seluar kerana terlalu takut. Hehe...

- Ms DJP




Berkahwin dengan Mayat Kekasih..Baca sahaja dan jangan "renung" gambar ini.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sanggupkah anda sekiranya 'dipaksa' ataupun 'terpaksa' mahupun 'rela' atas sebab sebuah ikatan Cinta yang Agung. 

Dibawah ini Mr.J kongsikan sebuah kisah mengenai "Cinta yang Agung" iaitu mengenai seorang gadis dan seorang pemuda, mereka telah menglansungkan Pertunangan tetapi malangnya sebelum genap tempoh untuk Maljis Perkahwinan gadis tersebut meninggal dunia. 

Dipercayai Jika anda menatap gambar tersebut dengan waktu relatif yang lama dan jika
si gadis tersenyum balik kepada anda...
Pada tahun 1920-an, seorang gadis berumur 17 tahun berasal dari sebuah desa di Cina, gadis ini berasal dari keluarga yang berada dan kaya raya. Oleh itu, dengan kekuatan wang yang ada, dia berhasil mendapatkan lelaki idamannya.

Lelaki tersebut berumur 19 tahun, dan cukup popular di mata para gadis kerana ketampanannya. Mereka bertunang, tetapi upacara pernikahan belum sempat dilaksanakan kerana si gadis meninggal dunia pada tahun 1922 disebabkan demam.

Si lelaki tidak ingin menjalani ritual tradisional menikah dengan orang yang telah mati, dan memutuskan untuk melarikan diri dan menjadi tentera. Tetapi, seperti yang telah disebutkan si gadis berasal dari keluarga yang kaya raya, anggota keluarganya berjaya membawa lelaki tersebut untuk kembali, kemudian dia dipaksa untuk menjalani ritual pernikahan dengan si gadis yang telah meninggal itu. 

Mereka terpaksa menyangga tubuh si gadis dengan papan kayu, agar dapat berdiri dengan tegak. Perhatikan bahawa kaki si gadis tidak menyentuh tanah secara penuh? Dan juga, dua baris huruf Cina, satu barisnya ditulis secara terbalik, yang dikatakan diperuntukkan bagi yang telah mati. 

Misteri Villa Nabila, 'Roh' Nabila tiada kaitan dengan 'kehilangan' budak bawah umur itu.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Tertarik pula Mr.J dengan kisah Villa Nabila iaitu sebuah Banglo lama yang terbiar di Johor Bahru dan telah di iktirafkan sebagai sebuah tempat paling berpuaka di peringkat antarabangsa. Kerajaan perlulah berbanga dengan pencapaian ini , bukan calang - calang tempat dapat kenal hantu made in malaysia. 
Banglo Villa Nabila adalah tempat terseram lapor sebuah portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia.   
Beberapa hari ini pelbagai situasi serta sebaran yang cukup menarik untuk dibaca di laman sosial dimana mengatakan lebih 20 budak bawah umur memasukki perkarangan Banglo Villa Nabila , mungkin kerana hendak mengambil 'feel' sebelum menonton filem 'Highland Tower' ataupun sekadar menguji daya tahan mental yang baru sahaja meningkat dewasa.

fb page dipercayai milik budak terencat akal
Jika anda 'google' mengenai Banglo Villa Nabila ini maka akan keluar pelbagai versi untuk dibaca dan yang pasti tiada sumber yang mengesahkan apa yang dicerita di sekitar internet.

Nabila dibunuh oleh orang gajinya.
Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. 

Dirompak dan dirogol serta dibunuh.
Ada beberapa cerita banyak mengatakan bahawa Keluarga Nabila telah dirompak oleh sekumpulan penyamun. Ketika itu keluarga Nabila tiada dirumah dan hanya tinggal Nabila seorang, Nasib tidak menyebelahi apabila Nabila bukan sahaja disamun tetapi dirogol bergilir - gilir dan dibunuh dengan kejam kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut. 

Bapa Nabila Mengamuk lalu membunuh semua ahli keluarganya. 
Turut banyak diceritakan Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya ( seperti kebiasaan cerita seram ) Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Nama sebenar Nabila adalah Christine.
Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Ini boleh 'disahihkan' dengan adanya pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit berdekatan dengan Banglo Villa Nabila.

Dan apa yang anda baca sebentar tadi adalah daripada beberapa sumber yang Mr.J cari di internet, terlalu banyak sub-story Villa Nabila ini. Seperti kisah - kisah yang lain juga semuanya dan perkara misteri harus dikaitkan dengan pembunuhan ataupun bunuh diri.

Baiklah , berbalik kepada kes terkini iaitu dikatakan seorang budak bawah umur yang ghaib selepas dikatakan mengikut rombongan pendek akal ke Villa Nabila sebaik sahaja mereka memasukki perkarangan Banglo tersebut dikatakan beberapa orang rakan mereka histeria dan kena rasuk dan budak - budak bawah umur tersebut terus berlari ketakutan.

Sehinggalah ketika itu dipercayai seorang lagi budak tertinggal di dalam Banglo tersebut dan hilang yang pasti Hantu Tetek tidak terlibat dalam insiden ini.

Teka - teki kehilangan budak bawah umur tersebut akhirnya terjawap apabila dia dijumpai disorokkan oleh Hantu Pontianak Harum Sundal Malam di Desa Mutiara pada sekitar pukul 2 pagi tadi 19/11/13.

Berikut adalah kenyataan daripada Ketua Polis Johor.
JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Shariff mengesahkan remaja berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang kononnya disorokkan di Villa Nabila ditemui bersama teman wanitanya di Desa Mutiara pada jam 12 tengah malam tadi. Harian Metro

Masih menjadi Misteri bagaimana budak tersebut 'mengeluarkan' diri daripada kumpulan budak poyo sehingga muncul di Desa Mutiara dan berada di Desa Mutiara bersama teman wanitanya yang pasti telah disahkan bukan pontianak mahupun hantu tetek di kediaman kekasihnya itu.  Macam sweet jer pasangan kekasih bawah umur ini.

- Mr.J 

Tonton Online Filem Highland Tower 2013 , anda percaya hantu atau tidak? terpulanglah.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Highland Tower, sebuah lagi filem terbitan MIG Metrowealth bagi tahun 2013 dan merupakan filem ke-84 yang akan ditayangkan di pawagam. Filem yang menampilkan konsep 'found footage' ini adalah sebuah filem yang bergenrekan seram yang mana dirakamkan dilokasi sebenar Highland Tower.

Filem ini bukanlah sebuah cerita yang merungkai kisah Highland Tower itu sendiri dan langsung tiada kaitan dengan tragedi tersebut. Filem ini diolah oleh pengarah yang sangat sinonim dengan filem seram iaitu Pierre Andre. Konsep sebegini jarang diketengahkan tidak kira melalui penerbitan MIG mahupun di Malaysia. 

Pihak MIG yakin ia mampu menarik minat para penonton terutamanya penggemar filem bergenre seram. Filem ini memaparkan aktiviti beberapa remaja yang nekad untuk masuk ke kawasan Highland Tower bagi merakam aktiviti paranormal di sana. Namun, apa yang mereka cari sebenarnya memang wujud dan telah mencabar keberanian mereka.

Mikail Andre dan Nizam Zaidi tidak menyangka projek dokumentari pendek mereka menjadi sebuah pengalaman yang tidak mungkin dapat mereka lupakan. Filem ini turut dibintangi oleh Eddy Rauf, Atikah Suhaime, Shima Anuar, Adibah Yunus dan Zairi Zainal.

Setiap kejadian yang berlaku di Highland Tower berjaya diolah dengan baik oleh Pierre Andre yang pastinya membuatkan penonton pasti tidak senang duduk apabila menontonnya. Penerbit juga tidak berfikir panjang untuk mengambil projek ini untuk dijadikan filem tontonan umum.

Tonton Online dibawah



Penunggu Rumah Flat Berpuaka - Mr.J

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Ini adalah kisah benar..kisah ini berlaku di kawasan flat dimana semasa mr j mencari umah sewa ternampak satu iklan murah jadi mr j pun menghubungi pengiklan tersebut.

Tawaram cukup murah sekali iaiti cuma Rm 150 sebulan tanpa deposit, rumah tersebut ingkat atas dgn tiga bilik. 

Bila masuk ke dalam rumah buat pertama kali macam biasa tapi bila malam menjelma seperti ada sesuatu yang tidak kena tapi Mr.J abaikan sahaja Mr j hanya tidur beralaskn beg di lantai sebab lori pindah barang esok.



Ketiga-tiga bilik tersebut berkunci dari dalam, sebab owner esok baru bagi kunci jadi mr j tidur diruang tamu.

Tiba-tiba...kreeeekkkkk bunyi pintu bilik master room terbuka secara tiba-tiba, Mr j pun tersentak tapi mengabaikan saja sebab mungkin kunci rosak atau angin.. 

Kreeeeekkkkk bunyi pintu bilik kedua dibuka seolah ada sesuatu yg keluar..tup tup tupbdom..bunyi seperti hentakkan kaki pada bilik ketiga.. Mr j terduduk dan memerhati kedua bilik yang dah terbuka dan agak keadaan agak gelap..

Tiba-tiba kreeeeekkkkk!!!!bilik ketiga terbuka dgn kuat seolah sesuatu yg amat marah membuka pintu! Mr j pun berkata dalam nada sinis dan menyindir. 

 "aku datai enda nemu utai..semina deka bermlm aja..nuan antu anang nguji aku laban semengat nuan ulih ku ambi nyadi ke ulunku!"

Tup!!bunyi pintu master room ditutup sendiri dgn kuatnya! Mr j rasa tak selamat malam itu terus menghubungi owner cakap tak jadi sewa rumah tersebut.. Malam tu juga mr j kuar dan terus ke kedai mamak sambil tunggu kwn mr j ambil.. Sempat bertanya kepada pemuda jual burger situ...cerita punya cerita .. Kawasan flat tu ada 1 keluarga bunuh diri sebab tak tahan di ngangu along. 

Adakah rumah yg mr j nak sewa sebentar tadi?..masih menjadi persoalan... 

Berhati bila dapat offer umah sewa yangg sangat murah. - mr j

- Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Masih Misteri : Kelibat Lembaga Aneh di sebuah Taman di Seremban, Negeri Sembilan .

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Kisah ini berlaku Setahun lepas di satu Taman di sekitar Seremban.. 

Waktu itu Mr.J mmg kaki pancing yang tegar sehinggakan sanggup curi-curi memancing di taman larangan memancing... 

Tepat pada jam 1 pagi...

Suasana dingin dan angin pagi menyapa , Mr j pun ke satu sudut yang agak tersorok demi mengelak dilihat oleh securiti taman... 

Kira-kira sejam kemudian.. 

Kelihatan sedikit gerakan di semak seperti ada sesuatu dan bunyi dengusan yang agah aneh kedengaran.. tanpa menghiraukan perasaan takut,mr j pun memberanikan diri cuba meneliti kawasan semak tersebut.. kedengaran dengusan dan juga suara aneh wanita... bulu roma mr j semakin rancak berdiri...jantung kencang berdegup.. 


Antara takut dan ingin tahu mula bermain difikiranku.. aku teruskan juga kerana bagiku hantu jin iblis adalah hamba bagiku sekiranya dptku tangkap.. ku capai botol kosong yang berselerak di taman..dan mulutku membacakan ayat dalam Bahasa Iban.. 

'mundik kili,mundik kiba, panjai rekung,pandak rekung,ilang lesap pegaiku,semengat antu empu aku' 

Terkejut selepas mengamati hantu tersebut berdua..samar-samar.. ku amati dengan kuat.. tidak puashati ku ambik sebijik batu kecil dan ku jampi terus ku baling ke arah tersebut... 

'abang.. ada orgla bang'.. susuk lembaga tersebut berkata...

Aku terus lari sekuat hati sehingga sampai sekarang masih trauma dan masih menjadi misteri ..

- mr j 


Tutorial : Bagaimana mencantumkan file 001 , 002 , 003 dengan HjSplitter?

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Edisi Paranormal Mr.J : Hantu Minta Makanan

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Edisi Paranormal Mr.J:

Kisah Benar Pernah Tengah BBQ dimana M.r J sedang memengang kepak ayam tiba-tiba terasa ada 'sesuatu' menolak tangan Mr.J hingga kepak ayam tersebut jatuh ketanah. 

Bak Kata orang Dayak, andai makanan yang kita pegang jatuh dari tangan kita seperti ada 'tolakkan' atau 'tepisan' sesuatu maka ia bererti ada 'sesuatu' bersama dengan anda sedang kelaparan. 


Jadi ambil makanan tersebut menggunakan 'Tangan Kiri' dan baling ke Kiri sambil berkata :

"Maaf, nah ini makanan untuk "kamu" sila jangan kacau aku lagi".

Anda boleh menggunakan petua ini sekiranya merasakan ada sesuatu yang tak kena bila anda tengan memasak atau menyediakan makanan.

 - Mr.J 

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Download Full Movie: Paranormal Activity 4

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Cerita ini berlaku pada tahun 2011, lima tahun selepas Katie membunuh Mikha kekasihnya, adiknya Kristi, suami Daniel beliau dan mengambil bayi mereka, Hunter. 

Kisah memberi tumpuan pada Alex dan ibunya, mengalami barangan pelik sejak jiran baru berpindah di bandar.


Pesakit Jantung dan Ibu mengandung adalah TIDAK DIBENARKAN menonton Filem ini kerana dikhuartiri akan menyebabkan tekanan atau ganguan Emosi .

Download Sekarang :
RapidShare : Part 1
RapidShare : Part 2

Saksikan Trailer 



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Hantu ikut menaiki penerbangan dalam pesawat AirAsia di Miri, Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
MIRI - Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu mendakwa dia terlihat kelibat bayangan 'hantu' dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang Miri di sini.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran bayangan 'hantu' yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan.

Menurut lelaki itu, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal bertugas.

Gambar Hiasan.

"Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang.

"Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramugari bertugas, saya tiada pilihan lain melainkan terjun dari pesawat," katanya ketika ditemui di Hospital Miri di sini semalam.

Menceritakan lebih lanjut, Chong yang merupakan seorang staf AirAsia memberitahu, ketika mula memasuki pesawat, keadaan adalah tenang sebelum dia mengambil tempat duduk bersama teman wanitanya.

Bagaimanapun, ketika sedang melalui lorong untuk mencari tempat duduknya, tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak menyenangkan lalu menoleh ke belakang pesawat sebelum melihat suatu kelibat hitam yang menakutkan di situ.

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©