"Tekalung" , Kulit Kayu pelbagai guna di Sarawak. - Ms DJP

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
"Tekalung" (bahasa iban) adalah sejenis kulit kayu yg banyak fungsinya dalam keperluan harian masyarakat Dayak IBAN pada suatu masa dulu. Mungkin anak muda sekarang tidak kenal apa itu Tekalung.

Tetapi untuk menjadikannya sebagai 'tekalung' adalah bukan mudah dan bukan juga boleh kita kopek dari sebarang pokok.

Proses membuatnya memerlukan masa kerana kulit kayu perlu di rendam sehingga lembut kemudian apabila separuh kering kulit kayu akan di pukul dengan menggunakan sejenis kayu yg telah di buat acuan bagi meratakan sehingga betul menipis dan keras seperti sehelai kain.

Adalah tekalung yg sudah siap di proses. Dan pemukul nya sekali. ( gambar dari kampung budaya ) 

Tekalung pada zaman dulu banyak kegunaan antaranya untuk membuat baju burung atau boleh di jadikan tali raga ( baduk) kerana ianya amat tahan dan tidak mudah putus.

P/s: jika anda ada info lain atau sebutan lain tentang tekalung ini boleh kongsikan di ruang komen.

*teringat zaman budak2 dulu rajin sungguh tolong atuk pukul2 tekalung sebab suka tengok bekas pemukul itu terbentuk bergaris2 kat tekalung. Hihihi~


"Nampi" (Bahasa Iban) - Kaedah lama mengasing bendasing daripada Padi di Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
"Nampi" (Bahasa Iban) - adalah sejenis perbuatan bagi mengasingkan benda - benda asing daripada beras / padi / lingkau / nyeli semasa musim menuai. Biasanya di buat untuk mengasingkan hampas daripada berasnya selepas mengisar padi.

Perbuatan 'Nampi' ini tidak boleh di lakukan tanpa 'elemen' utamanya iaitu "chapan" ( bahasa iban). Kalau dulu - dulu semua kaum wanita termasuk anak-anak dara wajib pandai nampi. Sekarang saya dah tak pasti lagi. Silap-silap kebanyakkan anak dara sekarang pun tidak mengenalik apa itu "chapan"

Perbuatan nampi ini juga memerlukan kemahiran mengawal pergerakan tangan dengan fleksibel atau beras anda akan seluruhnya tumpah ke tanah.

~Sila sebutkan "nampi" ini dlm bahasa anda, My fren Sabahan, macam mana kamurang sebut ini?

-MizzDjp‬


+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in

Apa itu Nasi Pulut "Kelupis" ? - MsDjp

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
"Kelupis" (dalam bahasa iban) - adalah sejenis makanan tradisional kaum dayak di sarawak termasuk kaum iban. Ia di perbuat daripada nasi pulut yg di perisakan dengan santan atau berintikan sambal udang/ikan bilis atau serunding di dalam nya mengikut selera masing-masing.

Kelupis ini di bungkus dengan sejenis daun khas yang boleh di perolehi dari hutan iaitu "daun irik" (dlm bahasa iban) Tapi jgn keliru, kerana daun irik ini hampir menyerupai daun kunyit. Silap2 nasi kelupis anda berbau kunyit pula.


Kelupis ini biasanya kerap di hidangkan semasa ada perayaan tertentu seperti meraikan hari jadi atau hari perkahwinan, upacara miring atau kematian juga untuk kenduri doa selamat sambil di hidangkan bersama kopi o panas atau teh tarik.

Kelupis ini boleh di ibarat 'pengerat silaturahim' sesama sendiri terutama bg kaum wanita kerana memerlukan agak ramai tenaga untuk membuatnya jika di perkukan dalam kuantiti yg banyak. Proses membuatnya juga agak rumit dan memerlukan kecekapan yg tinggi.

Sila sebutkan nama mknan ini dlm bahasa ibunda anda..

#MizzDjp

Sekadar 'SMS" ...balasnya cuma ..."k ... y ....bah... ok...ya..."

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Setuju atau Tidak? Apa Pendapat anda? atau pernah mengalaminya? atau mungkin juga sedang mengalaminya. - Mr.J


+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©