Empangan atau Penghapusan Etnik Minoriti Kaum Penan di Sarawak?

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.

Berginilah Realiti bagaimana Empangan Bakun di Sarawak telah mula beroperasi.. kelihatan seluruh perkampungan masyarakat di situ telah ditengelami air empangan. 

Mungkin ada yang tertanya - tanya apa yang terjadi kepada penduduk disitu? dimanakah mereka sekarang? serta bagaimana kehidupan mereka sekarang? 

Mr.J tidak mampu untuk memberikan jawapan kepada pertanyaan tersebut tetapi hanya mereka yang mengalami nasib tersebut lebih tahu.

Empangan Bakun merupakan salah satu diantara 12 Buah Empangan yang bakal dibina di Sarawak kebanyakkannya dibina dikawasan pendalaman. Jika tidak silap Mr.J , keluasan Empangan Bakun adalah seluas sebuah negara singapura.

Beberapa minggu yang lepas saudara Abun Sui Anyit juga mengetuai bantahan pembinaan Empangan Murum serta menghantar 'memorandum' kepada Perdana Menteri Malaysia. rotes yang dibuat oleh penduduk pendalaman Murum iaitu masyarakat Penan.

Seramai 20 Masyarakat Penan dari pendalaman Sarawak nekad terbang ke Kuala Lumpur.
Apa yang Mr.J lihat disini adalah sikap 'mengabai' atau 'lepas tangan' yang dilakukan oleh pemimpin atau wakil rakyat di kawasan berkenaan. 

Mungkin juga 'hadiah' yang 'besar' bakal diterima oleh sebilangan 'manusia' yang mempunyai kepentingan disitu sekiranya tidak menyokong atau membantu masyarakat penan dalam siri bantahan empangan murum.

Bagaimana pula dengan pihak kerajaan Sarawak? Pihak Kerajaan Sarawak bagaikan telah kehilangan deria pendengaran ataupun telah mengalami penyakit rabun mata tahap kritikal dan disebabkan itulah tiada apa - apa 'tindakkan' positif daripada kerajaan Sarawak sehingga menyebabkan rombongan lingkungan 20 masyarakat Penan bersusah payah untuk terbang ke Kuala Lumpur dengan tujuan menyerahkan 'memorandum' bantahan empangan murum.

Pasukan Bersenjata Penuh dihantar bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini dilakukan oleh Masyarakat Penan. Mr.J hampir tidak percaya dengan satu gambar yang dikongsi oleh ramai pengguna laman sosial dengan menyatakan bahawa "Pasukan" tersebut kelihatan berjaga - jaga di kawasan Murum.

Lengkap bersenjata penuh, bagaikan bertemu dengan musuh negara
Apapun harapan Mr.J kepada Bumi Kenyalang ini adalah semoga perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang aman serta tidak sama langsung melibatkan pertumpahan darah. 

Terlalu banyak isu dan cerita yang hendak Mr.J kongsikan tetapi sebilangannya agak P&C untuk Negara Sarawak maka dengan itu Mr.J perlu berhati - hati dalam setiap perkongsian didalam blog ini.

- Mr.J

Kempen membantah Nama "Taib Mahmud Court" di University of Adelaide mendapat Perhatian Pihak Luar.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
KM Sarawak iaitu Taib Mahmud kini dikecam oleh beberapa pihak luar serta Aktivis luar negara khususnya di Australia berkenaan dengan isu sebuah 'Court' yang dinamakan Namanya iaitu "Taib Mahmud Court". 

Pihak University of Adelaide turut dikecam oleh beberapa persatuan penuntut dan juga ngo luar dengan melakukan Kempen di laman sosial di "Change Taib Mahmud Court NOW" . 

Mr.Mark Parnell turut mendesak serta memprotes. 

Laman tersebut dibuka atas kesedaran daripada pihak penuntut dan aktivis di Australia apabila mereka mengesyaki bahawa kenapa dan siapakan si penderma 'Taib Mahmud" dan kenapa perlu menamakan 'Court' tersebut atas nama dia.


Setelah banyak 'risikan' yang dibuat oleh beberapa individu mendapati Bahawa 'Taib Mahmud' adalah individu yang banyak melakukan pencemaran serta mengakibatkan beberapa ekosistem alam semuajadi di Tasmania iaitu melalui Syarikat Pembalakaan Ta Ann yang dimilikki oleh saudaranya iaitu Hamid Sepawi .


Penan People at Sarawak, Borneo Protest.

Sepertimana Rakyat Sarawak, Borneo juga mengetahui bahawa di Sarawak juga banyak yang telah kehilangan Tanah adat bergitu juga pelbagai isu yang melibatkan pembalakkan 'haram tapi halal' sehingga ada yang mencetuskan kekecohan berlaku . 

Masyarakat Penan juga kehilangan tempat tinggal , punca sumber makanan dan hidupan liar juga semakin mengalami kepupusan di Sarawak.


Kempen tersebut diusahakan dan disokong oleh Adelaide University Student Representative Council's Ethnocultural Department.

- Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Harian Metro meminta maaf setelah dikecam hebat oleh rakyat Sarawak!

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Berikutan dengan kisah akhbar dan juga online Harian Metro yang memaparkan artikel bertajuk "Ibuku Isteriku , Bapaku suamiku" secara tidak langsung dikecam hebat oleh rakyat sarawak dan juga ketua - ketua masyarakat Penan .

Penyiaran tersebut menampakkan ketidak "sensitifnya" harian metro terhadap puluhan kaum - kaum di Sarawak.

Keratan Akhbar Harian Metro 17 May 2012 mukasurat 4.

Penerbitan tersebut dipercayai tiada kebenaran ataupun hanya melalui lisan individu - individu sahaja dan tidak merujuk kepada Ketua Masyarakat di Sarawak.

Orang kaya penan iaitu Temenggung Hassan Sui juga memberikan 'amaran' kepada Harian Metro sekiranya tidak tahu menahu mengenai penduduk pribumi Sarawak adalah lebih baik jauhkan diri bercerita mengenai isu tersebut.

Perkawinan sedarah adalah dilarang sama sekali dalam adat kaum penan dan jauh sekali seperti mana dilaporkan oleh Harian Metro tempoh hari.


Keratan daripada online harian metro 17 May 2012 .

Kenyataan Harian metro tersebut telah membuatkan nganguan psikologi dan "ejekkan" rakan - rakan kepada kaum penan dan sebilangan kaum penan banyak menuntut di Universiti tempatan turut merasai "ganguan" tersebut.

Warga Maya Rakyat Sarawak turut mewujudkan beberapa laman kumpulan di facebook bagi menolak dan meminta kenyataan maaf di muka hadapan akhbar harian metro seperti mana harian metro menyiarkan tajuk serta ilustrasi gambar besar di hadapan akhbar tersebut.

Bukan sekadar isu ini sahaja membuatkan rakyat Sarawak berasa amat marah , bergitu juga dengan penerbitan 'Belajar Bahasa' yang menyiarkan Alihan Bahasa yang salah . Sila rujuk di artikel yang lepas di http://www.pengerindu.com/2012/05/harian-metro-membuat-kesilapan-yang.html .



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

1 Perabot Kayu dari Sarawak adalah 1 Nyawa Masyarakat Penan di Sarawak. Kisah Upik .

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Douglas Uggah Embas berkata kepada Utusan Borneo "Sarawak berpotensi penyumbang utama eksport perabot" .

Sedang anda duduk serta makan di Meja makan yang diperbuat daripada kayu anda kemungkinan tidak sedar bahawa Meja anda itu pernah berdarah dan darahnya adalah masyarakat Penan di Sarawak yang berjuang matian untuk menjaga Hutan dicerobohi Pembalak daripada Sarawak...

PRODUK BERKUALITI: Uggah melihat kepingan kayu yang digunakan untuk membuat kerusi ketika melawat pameran pada Seminar Pembangunan Industri Perabot Sarawak, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Pengarah Institut Rekaan dan Inovasi UNIMAS Prof Madya Dr Khairul Adlin Abdul Rahman, Songan, Nancy, Abdul Latif dan Sarudu. Rujuk Borneo Post 15/2/2012

Anda berbangga memilikki Perabot Kayu Jati tak kira dari manapun anda kemungkinan tidak tahu bagaimanakah sejarah perabot tersebut sehingga sampai di tangan anda.

Ikuti Kisah nukilan Mr J khas untuk penduduk Sarawak.Borneo dan juga untuk semua warga dunia. Kisah ini dedikasi kepada anda semua.

Upik (bukan nama sebenar) adalah keturunan Penan yang hidup dikawasan tanah bukit yang mempunyai cuaca yang cukup nyaman sekali ditambah lagi dengan suara - suara hutan , burung berkicauan di pagi hari .

Seperti hari - hari biasa , Upik hanya memakai "sirat" dan membawa "sumpit" untuk masuk kedalam hutan tanpa rasa takut atau gelisah kerana hutan adalah tempat permainan upik dan rakan - rakan sejak berkurun lamanya.

Perabot anda guna sekarang adalah daripada Pokok yang ditebang sekarang ,
kami kehilangan tempat tinggal .

Sedang Upik "menyumpit" tiba - tiba dia terdengar bunyi deruman serta kelihatan beberapa pokok raksasa tumbang bunyi yang tidak pernah sekali didengari di kawasan kampungnya itu , lantas Upik berlari ke rumah dan memaklumkan kepada Tuai Kampungnya mengenai bunyi yang didengarinya itu.

Tuai Rumah segera memanggil semua penduduk kampung terutamanya lelaki untuk membincangkan hal yang disampaikan oleh Upik tadi . Akhirnya setelah kata sepakat dicapai mereka bersama upik pergi ke tempat yang dikatakan tadi untuk mengetahui bunyi deruman serta kejadian pokok - pokok raksasa tumbang.

Alangkah terkejutnya mereka bergitu juga Upik apabila mendapati hampir sebahagian hutan diseberang kawasan gunung tempat mereka tinggal telah tiada dan yang ada adalah berpuluh - puluh lori besar yang membawa kayu - kayan . Kini mereka sedar bahawa tempat yang dihuni sejak ratusan tahu dahulu telah dicerobohi oleh pembalak - pembalak yang entah dari mana.

Upik mengetahui tidak lama lagi kawasan hutan mereka juga bakal diceroboh oleh pembalak , Upik berfikir sejenak adakah kerajaan Sarawak bakal melindungi mereka? jawapannya Tidak kerana sumber kayu - kayan di Sarawak adalah hasil yang sangat menguntungkan bagi kerajaan , Upik dan masyarakat Penan yang lain hanyalah di ibaratkan "Parasit" dalam keuntungan mereka dan hanya membuat ganguan demi kekayaan "mereka".

Tegas Kesuma - saw mill chewing up Sarawak's precious Meranti to make plywood.

Akhirnya Upik dan semua masyarakat Penan harus berbuat sesuatu untuk tempat yang diduduki sejak ratusan tahun lamanya. Zaman "Rajah Putih" iaitu James Brooke Governor Sarawak tidak pernah mengangu keturunan mereka tetapi setelah pemerintah "White Hair Rajah" iaitu Ketua Menteri Sarawak sekarang kehidupan masyarakat Penan semakin terancam .


Upik perlu berjuang demi masyarakat mereka iatu memanggil kesemua kaum disetiap pelosok hutan di Sarawak dan menyebarkan tentang apa yang telah berlaku di sebentar tadi. Upik dan rakan - rakan bersumpah demi keturunan mereka bahawa akan melakukan apa sahaja demi tempat mereka .


Sedikit demi sedikit utusan daripada Upik dan rakan - rakan untuk mengumpulkan semua masyarakat Penan untuk membuat bantahan terhadap pencerobohan hutan tempat tinggal mereka telah sampai ke seluruh Sarawak , Upik tiada cara lain walaupun sedikit demi sedikit hutan mereka digodolkan . Kini "Utusan - utusan" Upik dan rakan - rakan berjaya sampai ke luar negara biarpun mengambil masa bertahun - tahun .


Bantahan turun diadakan di beberapa buah negara , Upik pelik Kerajaan Malaysia tidak berani untuk masuk campur dalam urusan dalaman Sarawak . Upik terpaksa akur , kini Upik tidak mempercayai Polis atau mana - mana anggota kerajaan .

Semakin ramai masyarakat bersimpati dengan nasib si Upik dan juga rakan - rakannya tetapi tiada apa yang mampu Upik boleh buat selain menghalang lori - lori besar masuk ke kawasan hutan mereka biarpun nyawa mereka kemungkinan terancam tetapi Upik sedar bahawa mereka tidak lagi berjuang bersendirian malah mereka mempunyai banyak rakan dari seluruh dunia yang bersama - sama berjuang dengan Upik biarpun Upik tidak mengenali mereka yang Upik tahu kemungkinan mereka keturunan Raja mereka dahulu iaitu " White Rajah " kerana warna kulih mereka sama itu sahaja yang Upik tahu.

Upik kini berjuang berhabisan demi tanah yang mereka duduki selama ratusan tahun dan kini Upik terpaksa berjuang bersendirian bersama - sama rakannya .

Rakan Upik tidak kisah walaupun kemungkinan bakal ditembak ataAdd Imageupun dibunuh oleh pembalak - pembalak yang mencerobohi kawasan mereka , senjata Upik hanyalah Tombak dan Sumpit.

Upik pasti dia tidak bersendirian kini kerana dia ada "anda" yang membaca kisah Upik ini boleh menjadi rakannya biarpun tak mampu untuk mengadai nyawa bersama upik tetapi anda mampu untuk menyebarkan Kisah Upik ini kepada seluruh dunia mengenai apa yang berlaku kepada Masyarakat Penan sekarang.

Bantulah Upik dan Masyarakat Penan dengan "Share" Kisah ini di Facebook mahupun Blog anda.



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©