Semoga Perogol & Pembunuh Rinnie Tiew dipenggal Kepala serta digantung di Tepi Jalan.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Ternyata hari ini Mr.J agak emosional sedikit, bahkan dalam hati ini bagaikan ingin mencapai parang serta terus hunuskan dan sembelih serta cungkil biji mata dan paling akhir sekali Mr.J akan penggalkan kepala 10 Orang "Individu" yang masih lagi berkeliaran di sekitar Roban-Kabong , Saratok dan Sibu.
SIBU: Mayat budak perempuan berusia 12 tahun yang ditemui mati di tepi Jalan Roban-Kabong di Roban Sabtu lalu dibawa ke Hospital Sibu semalam untuk bedah siasat.
Bedah siasat ke atas mayat terbabit akan diadakan esok (Selasa). 
Menurut sumber, pakar patologi akan diterbangkan dari Kuching bagi menentukan punca kematian mangsa selepas menghadiri majlis perkahwinan di sebuah rumah panjang. 
Mangsa dikenali sebagai Rinnie Tiew pergi ke majlis perkahwinan bersama bapa dan abangnya di sebuah rumah panjang yang terletak kira-kira 15 minit dari rumah panjang mereka. 
Mangsa dikatakan pergi ke majlis tersebut pada sebelah petangnya dan mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel pada keesokan harinya. Bahagian muka dan mata di sebelah kirinya dikatakan lebam. 
Terdapat juga kesan cakaran kuku pada badan dan kaki mangsa.
Rinnie adalah anak bongsu daripada enam adik-beradik. Kali terakhir mangsa dilihat memakai seluar putih berjalur hitam dan kemeja-T biru gelap.
10 Individu tidak perikemanusiaan telah merogol dan membunuh seorang kanak-kanak berusia 12 Tahun yang mayatnya kemudiannya ditinggalkan di tepi jalan.  

- Mr.J, semoga Roh Rinnie Tiew mendapat pembelaan yang seadilnya.

mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media

2 Kes Bunuh Berlaku semalam di Sarawak . Lelaki dibunuh di Kediaman dan dibuang di Parit Berdekatan dengan Sekolah St. Mary Sibu, Sarawak

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
SIBU: Semalam ( 15 July 2013 ) lingkungan 9 malam berlakunya kejadian Bunuh di Sibu, Sarawak dimana Identiti Mangsa masih belum dikenalpasti  . ( Punca Judi 'HOLO' ) 

Mangsa dipercayai diseret dari lokasi ini.

Mangsa ditemui mati hanya menggunakan Seluar Jean di dalam parit tertutup berdekatan Sekolah St. Mary , dan dipercayai mangsa diseret dari kediaman dan dibuang ke dalam parit tersebut. 

Mayat Mangsa dibuang ke dalam Parit ini

Terdapat beberapa titisan darah di hadapan kediaman mangsa. Mangsa dipercayai tinggal di rumah kongsi yang disediakan oleh majikannya dan kini siasatan masih dijalankan.

Gambar - Man Wayne

Punca Pengaduhan dan Pembunuhan tersebut adalah kerana Judi 'Holo' .
SIBU – Judi boleh mengundang pelbagai angkara, termasuk maut. Ini terbukti apabila seorang pendatang Indonesia yang menang dalam permainan ‘Holo’, sejenis judi yang begitu digemari rakyat Indonesia, ditemui mati dibelasah di Jalan Awang Ramli di sini malam Ahad. Mayat Hares Ismail, 61, yang mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita Sabah, ditemui terperosok di dalam longkang berhampiran tapak pembinaan Pusat Islam Sibu pada kira-kira pukul 9 pagi, dengan kesan kecederaan pada bahagian kepala dan lehernya.

Seorang pendatang Indonesia, yang dipercayai kalah teruk kepada mangsa, disyaki mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu. Sebelum itu, lelaki berkenaan dilihat menyerang Hares dengan sebatang besi kerana tidak berpuas hati dengan kekalahannya.

Polis juga mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman tiga pekerja tempatan selama seminggu bagi membantu siasatan kes itu.

Timbalan ketua polis Sibu Supt Zayadi Sebli berkata polis sedang menyiasat bagaimana mayat mangsa boleh berada di dalam longkang kira-kira 10 meter dari tempatnya diserang.

Katanya mangsa, dari Kampung Sim Sim, Sandakan, Sabah dan pemilik kad pengenalan merah, didapati sering menganjurkan judi ‘Holo’ untuk pekerja tempatan dan Indonesia di tapak pembinaan itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa bersama empat yang lain, termasuk seorang pekerja dari Indonesia, berjudi sebelum mula meneguk minuman keras pada Sabtu malam. “Kemudian, tiga pekerja tempatan dilaporkan melihat pekerja dari Indonesia itu mengikut Hares setelah permainan selesai.

“Mereka bergaduh dan Hares diserang dengan sebatang besi serta meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya. Beliau berkata pekerja berkenaan memberitahu polis bahawa suspek kalah teruk kepada Hares semasa berjudi. -BERNAMA


Manakala pada hari yang sama juga tetapi di Bahagian Lundu , Sarawak .

LUNDU: Seorang lelaki mati dipukul dengan objek keras di kepala dan badan , mangsa bernama
Chin Sap Yak@Azwandi Abdullah, 41, sedang makan bersama seorang rakan di rumahnya apabila dua lelaki dikenali menyuruh dia keluar dari rumah.

“Mangsa dipukul menggunakan kayu dan objek keras sebelum kedua-dua suspek melarikan diri menggunakan motosikal,” 

- Mr.J 


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Berita Miri: Warga Emas Undang Dana, 84, beras­al dari Namam, Durin dibunuh kejam!

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Kejadian ini mengemparkan penduduk disekitar Desa Indah 3, Bandar Baru Permyjaya Miri berikutan dimana Seorang warga emas yang tinggal bersendirian ditinggalkan anaknya yang keluar bekerja. (Sabtu malam 20/10/12 ) 

Difahamkan mengikut info yang diberikan , mangsa cedera parah disekitar muka , lengan dan rusuk dipercayai ditumbuk dan dipukul mengunakan objek tumpul serta tusukan objek tajam di bahagian rusuk. 

Motif pembunuhan berdasarkan kesan ditempat kejadian serta kecederaan adalah Samun dan bunuh dan penjenayah kemungkinan lebih daripada 2 orang. 

Jiran - Jiran tidak mengetahui berikutan jiran tiada dirumah dan juga hujan lebat. Mungkin Penjenayah mengambil kesempatan dalam Hujan yang lebih atau rumah mangsa telah di'perhatikan' terlebih dahulu.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©