Ulat Sagu, Ulat Mulung atau Butod serta Khasiatnya.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.


Ulat Sagu, Tinduh, Ulat Mulung ( Panggilan di Sarawak ) atau Butod ( Panggilan di Sabah ) itulah nama bagi sejenis Ulat yang didapati di dalam pohon sagu yang telah tumbang atau reput. Ianya tidak seperti ulat yang anda cuba bayangkan dengan pelbagai "imaginasi" jijik anda itul. 

Kempen Protes Bangladesh ke Sarawak
Ulat Sagu ini adalah diantara ulat yang paling "bersih" kerana hanya memakan isi sagu manakala isi sagu merupakan protein yang tinggi.

Kalau tak silap Mr.J beberapa tahun yang lepas di Pasar Tamu Serian, ulat mulung ini dijual seharga 20 sen seekor atau RM30 sekilogram tetapi kini ia melonjak kepada 50sen seekor. Rasanya cukup enak dan berlemak adalah faktor utama kenaikkan harga ulat sago.

Ulat mulong dikatakan mempunyai beberapa khasiat termasuk dapat mengurangkan masalah kegemukan manakala minyaknya pula berkhasiat untuk melebatkan rambut. Bukan itu sahaja, pengambilan atau makan Ulat sago secara berterusan dapat mencantikkan kulit muka kelihatan gebu dan semakin cerah.

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

SARAWAK : (GASAK) Pertubuhan Gerakan Anak SARAWAK.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
SARAWAK, 19 October 2014. Mungkin sudah tiba masanya masyarakat Sarawak khususnya Masyarakat Dayak yang sering kaling kita dengarkan terlalu banyak isu seperti kes tanah adat dan juga sebagainya.

Bak kata perpatah "Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh", diharap ramai belia muda Sarawak lebih peka kepada persekitaran mereka supaya 'anda' tidak mudah di pijak mahupun di rendahkan oleh masyarakat "luar" seperti contoh pembawakan anasir rasist dan perkauman.

Gerakan Anak Sarawak (GASAK)
Gerakan Anak Sarawak (GASAK) adalah untuk semua individu. Syarat kemasukkan adalah Warganegara Kelahiran SARAWAK sahaja.

Pertubuhan ini kemudikan oleh En. Abun Sui serta di bantu Nicholas Mujah dan beberapa orang yang kuat dlm bidang hak asasi yang lain .

Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) HQ Non-Governmental Organization (NGO) sebagai platform utama nya.

Info:  Persatuan Dayak juga ada di Semenangjung Malaysia.
Di Semenangjung Malaysia juga ada beberapa Persatuan NGO Dayak yang ada di Malaysia, ramai yang tidak tahu Persatuan Dayak diwujudkan untuk membantu atau sebagai "Duta" tidak rasmi warga Sarawak di semenangjung malaysia.
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Makna Bulan dari Kalender Etnik Masyarakat Melanau di Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Kepelbagaian Etnik serta kemampuan untuk hidup harmoni yang dikongsi lebih daripada 50 Etnik di Sarawak, Borneo dan Kali ini Mr.J hendak berkongsikan tentang Makna Bulan dalam Masyarakat Melanau. 


Masyarakat Melanau adalah kebanyakkan menghuni kawasan pantai - pantai Sarawak seperti di Mukah dan sebagainya . Bahasa Melanau juga mempunyai perbezaan berdasarkan tempat dan dibawah ini adalah senarai Melanau.

"Melanau Matu-Daro , Melanau Dalat , Melanau Oya , Melanau Mukah , Melanau Belawai-Rajang  , Melanau Rejang , Melanau Balingian , Melanau Miri."

Mungkin kalau ada kesempatan lagi Mr.J akan cuba untuk menerangkan Makna Bulan dan kaitannya dalam kehidupan seharian masyarakat Melanau tersebut secara ringkas 

- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Dianggarkan 12 buah rumah Penduduk Kampung Tian Matu, Daro musnah dijilat api. 8/10/2013

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
DARO- Dianggarkan 12 buah rumah penduduk Kampung Tian di Matu , Daro musnah akibat kebakaran seawal pukul 2 pagi tadi - 8/10/13 . Menurut sumber , kebakaran adalah berpunca daripada litar pintas salah sebuah rumah . 


Tiadanya Balai Bomba dikawasan sekitar memaksa penduduk kampung menunggu Pasukan Balai Bomba dari kawasan daerah Mukah dan api berjaya dipadamkan pada pukul 6 pagi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Pada tahun ini juga , kebakaran yang terburuk berlaku adalah yang melibatkan penempatan penduduk masyarakat Melanau di Sibu iaitu Kampung Datu Lama serta membabitkan hampir 100 rumah .

- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Jerunai atau Kelideng upacara pengembumian seram Masyarakat Melanau di Sarawak suatu ketika dahulu.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Negara Sarawak terkenal dengan pelbagai kaum serta bermacam - macam kepercayaan tersendiri , baiklah kali ini Mr.J hendak bercerita serta berkongsi sedikit mengenai Orang Melanau dan juga ritual 'seram' mereka suatu ketika dahulu . 

Terlebih dahulu Kaum Melanau moden sekarang terdiri daripada 3 kepercayaan iaitu Melanau Islam ( Majoriti sekitar Daro ) , Melanau Kristian ( Majoriti di sekitar Dalat , Igan ) dan Melanau Asli ( masih kepada adat lama ).

Tulang si mati dipindahkan ke dalam lubang di bahagian tengah Jerunai (keranda) setinggi kira-kira 10 meter. 

Disini Mr.J hendak mengkhususkan satu upacara yang boleh dianggap agak 'keterlaluan' ( maafkan saya ) iaitu apabila seseorang Bangsawan Melanau meninggal dunia maka akan disemadikan di satu tiang yang cukup besar dan kuat iaitu daripada Kayu Tebelian manakala akan diletakkan korban manusia ( selalunya  'hamba' akan disemadikan bersama.
Bagi mengiringi roh bangsawan Melanau yang telah mati, seorang gadis daripada golongan hamba atau 'dipen' dalam bahasa Melanau akan dikorbankan. Si gadis tersebut diikat di atas puncak Jerunai tanpa makanan dan minuman. 
Mereka percaya apabila si gadis mati kebuluran, rohnya akan menjaga tuan iaitu golongan bangsawan yang disemadikan di dalam lubang Jerunai. 
Mengikut cerita lama masyarakat Melanau, mereka yang menyusuri sungai akan memercikkan air untuk diminum oleh si gadis yang merintih meminta dilepaskan dari puncak Jerunai. Itu kisah yang disampaikan dari generasi lama kepada generasi muda dan buktinya masih ada sehingga kini.
Amalan tersebut dikatakan telah dilakukan semasa "Kerajaan Malano/Melanau" ratusan tahun yang lampau, dan pada abab ke 19 sedikit demi sedikit amalan tersebut tidak dilakukan setelah kedatangan Agama Kristian di Sarawak.

Ini adalah sebahagian daripada sejarah Kaum Melanau suatu ketika dahulu yang masih kekal diingati , andai anda ke Sarawak Khusunya ke kawasan Dalat dan Mukah anda akan melihat pelbagai makanan menarik contohnya Tebaloi dan juga makanan esotik seperti Ulat Sago turut dijual di pasar - pasar berdekatan.

- Mr.J


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Sibu, Sarawak : Gambar Deretan Rumah Kampung di Kampung Hilir - Kampung Dato Musnah dijilat api. - 19 June 2013

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sebentar tadi lingkungan jam 3 petang , beberapa deret rumah kampung di sekitar jalan Kampung Hilir - Kampung Dato yang berhampiran dengan Masjid Jalan Awang Ramli Amit di Sibu , Sarawak hangus dijilat Api .

Punca kebakaran masih dalam siasatan , sehingga kini 5:30 petang beberapa buah kenderaan Bomba serta anggota memamdamkan Kebakaran tersebut.


Kebakaran tersebut agak susah dikawal berikutan cuaca panas serta angin yang beribut.



Dianggarkan lebih daripada 30 buah Rumah Musnah Hangus dan sehingga kini 6:00 petang api masih lagi marak ke rumah lain akibat angin kuat , pasukan Bomba sedang berusaha untuk memadamkan kemaraan Api.

Gambar Ihsan daripada Man Wayne

Video di sekitar Lokasi Kejadian

Sibu: “Sebaik tiba di rumah, saya lihat penduduk berlari sambil menjerit api... api... api dan ada juga yang menangis,” kata Mohamad Nur Hafiz Majidi, 28, ketika menceritakan kebakaran membabitkan hampir 100 rumah di Kampung Datu Lama, di tepi Sungai Rajang di sini, semalam.


Kebakaran yang berlaku sekitar 3.45 petang itu menyebabkan lebih 1,000 penduduk kampung tradisi berkenaan tinggal sehelai sepinggang selepas gagal menyelamatkan barangan berharga berikutan api marak dengan cepat selain kedudukan rumah terlalu rapat.

Menurutnya, api dipercayai bermula dari sebuah rumah tidak berpenghuni sebelum merebak ke rumah bersebelahan.“Rumah tidak berbumbung itu sudah lama ditinggalkan pemiliknya. Kebakaran bermula dari rumah itu, mungkin disebabkan cuaca terlalu panas sebelum merebak rumah lain.




"Satu - satunya Weblog yang mengeluarkan Isu Semasa di Sabah & Sarawak . Undi Sekarang Blog Ini untuk Anugerah DIGI WWWOWW"

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Resepi Mr.J : Bagaimana membuat Umai Udang Sarawak yang Simple tapi Hot!

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Hari Cuti selalunya Mr.J membuat pelbagai jenis masakan, tiba-tiba kali ini terasa nak makan Umai Sarawak  bukan apa anak jati Sarawak sentiasa merindukan tradisi makanan tradisional Sarawak.

Banyak yang menanyakan bahan-bahan serta bagaimana Umai disediakan bila Mr.J postkan gambar Umai Udang di Facebook Pengerindu, jadi hari ini Mr.J terangkan langkah penyediaannya.

Anda semua pernah tak cuma rasa Umai? Cara penyediaannya adalah tidaklah sesusah yang difikirkan dan apa yang perlu ada adalah Bahan Utama adalah Udang , Bawang Merah Besar , Cili , Garam dan Perahan Air Limau Nipis.

Antara Bahan Asas untuk membuat Umai Udang.

Penyediaan pula tidaklah rumit yang disangka , potong halus cili dan bawang besar tadi manakala Limau Nipis Airnya diambil ( diperah ) .

Toskan Udang yang telah dibuang kepala serta kulitnya dan dipotong kecil selepas itu masukkan semua ramuan diatas tadi dan gaul hingga sebati , tambahkan sedikit garam dan siap untuk dimakan bersama nasi panas.

Umai Udang Mr.J yang telah siap , nampak menyelerakan bukan?

Apalagi, cubalah sekarang .



Tutorial : Bagaimana mencantumkan file 001 , 002 , 003 dengan HjSplitter?
Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Harian Metro membuat kesilapan yang mengundang kemarahan Rakyat Sarawak!.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Harian Metro mengundang kemarahan sebilangan Rakyat Sarawak apabila "membijakkan" diri mengajar dalam Bahasa Iban iaitu Etnik Terbesar di Sarawak . Akhbar yang bertarikh 30 April 2012 di Segmen Belajar Bahasa iaitu Bahasa Melayu - Bahasa Iban.

Alihan Bahasa Melayu kepada Bahasa Iban adalah Salah dan ianya adalah alihan Bahasa Melayu kepada Bahasa Melanau iaitu salah satu etnik di Sarawak juga.


Ini bukanlah kesilapan yang pertama, kesilapa yang kedua pula bertarikh 29 Februari 2012 dimana di Segmen Belajar Bahasa iaitu Bahasa Melayu kepada Bahasa Melanau adalah SALAH dan ianya adalah Bahasa Bidayuh.

Dimanakah kredibiliti "editor" untuk mengelakkan hal sebegini berlaku? . Isu ini cukup hebat dibahasakan dibeberapa buah laman di facebook dan turut mencetuskan isu "ketidak sensitifnya" Harian Metro terhadap etnik - etnik di Sarawak.

Mr. J sarankan kepada Harian Metro supaya membeli senaskah ebook ini terlebih dahulu.




Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©