Bilakah Adat Tradisi Lama 'Kayau' atau Pemburuan Kepala di Haramkan di Sarawak?

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Pulau Borneo , Pulau yang dikenali dengan pelbagai misteri oleh dunia luar . Pulau Borneo Moden sekarang terbahagi kepada 3 Negara iaitu Sarawak , Brunei , Kalimantan .

Borneo diduduki oleh majoriti keturunan Dayak dan beberapa sub etnik kecilnya . 

Gambar dipercayai semasa Pengaduhan Besar diantara Etnik Asal Borneo iaitu Dayak dengan etnik pendatang iaitu Madura.

Espedisi “Ngayau” diberhentikan oleh Kerajaan Negara Sarawak yang diperintah oleh Raja Vyner Brooke pada tahun 1932 setelah kerajaan melancarkan espedisi “Ngayau” secara besar-besaran menentang suku kaum Dayak Iban yang dikenali sebagai “Kayau Delok” di Ulu Batang Ai, Lubok Antu yang mana suku kaum Dayak Iban diketuai oleh “Tuai Kayau” bernama Asun, Kana dan Kendawang seperti apa yang ditulis oleh mendiang Benedict Sandin dalam buku yang berjudul “Peturun Iban” dalam tahun 1962.


Bergitu juga di Kawasan Kalimantan, Borneo :Espedisi “Ngayau” juga telah diharamkan oleh kerajaan di Indonesia semasa pemerintahan Belanda yang dikenali sebagai “Perjanjian Tumbang Anoi” di daerah Damang Batu pada tahun 1874.


Tengkorak Musuh masih disimpan dan dijaga rapi di rumah panjang Mr.J

Mr.J
+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in

Operasi 'mencari' Katak , Sayur Mindin/Kemiding di Sekitar Port Dickson.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Selamat Kembali dan salam sejahtera kepada semua pembaca , kali ini Mr.J hendak bercakap mengenai aktiviti hujung minggu Mr.J semalam bersama rakan - rakan Askar yang berasal daripada Sarawak yang berkhidmat di Negeri Sembilan.

Semalam iaitu 29 Jun dimana Mr.J offday dan fikirkan apa yang mahu dibuat, akhirnya Mr.J menghubungi rakan Mr.J iaitu seorang berbangsa Bidayuh yang berkhidmat sebagai Tentera di sini. 

Borak punya borak akhirnya kami mengambil keputusan untuk BBQ bersama 'Air Hujung Minggu' tapi sebelum itu kami 'mencari' Katak Pamak di sekitar Bandar Port Dickson , sebenarnya tidak mencari tetapi hanya membeli di Tokey Katak tersebut di persimpangan Bulatan Port Dickson dan harganya pula adalah RM 11 untuk 1 Kilo .

Ada Berani? Isinya Manis kalau dimasak kicap halia ... - mr.j

Setelah itu , Mr.J dan rakan mencari Sayur Hutan yang cukup popular di Sarawak iaitu Sayur Pucuk Lemiding atau Kemiding . Lokasinya adalah kawasan hutan kelapa sawit yang terbiar . 

Pembaca semua tahu tak Sayur Lemiding? atau pernahkah anda merasanya? kalau tak pernah sila rujuk gambar Mr.J dibawah dan lihat bagaimana bentuk Lemiding/Kemiding tersebut.

Sayur Kemiding cukup sedap bila dimasak dengan belacan dan ikan bilis serta sedikit cili . 

Setelah segala 'urusan' tersebut selesai maka Mr.J dan rakan singgah di Pasar Besar Seremban untuk mendapatkan 'Telinga Babi serta Lidah Babi' untuk BBQ petang tersebut dan harganya cukup murah sekali dengan harga di Sarawak iaitu 1 Telinga Babi berharga RM 2 bergitu juga dengan Lidah Babi . 

Ini adalah Daging Katak Pamak yang telah dimasak , cukup menyelarakan. - Mr.J

Cara untuk memasak Daging Katak Pamak ini tidaklah bergitu rumit sekali cuma penyediaan 'membunuh' katak tersebut yang agak 'menyusahkan' , ada yang tidak suka dimasak dengan Kulitnya dan ada juga yang suka dimasak sekaligus bersama kulit.

Bahan - bahan asas yang dicampur dalam masakan adalah Halia , Serai , Cili , Lengkuas serta Bawang Putih yang ditumbuk halus setelah itu masukkan kedalam kuali dan gaul sebati serta tambahkan dengan Kicap . 

Ini Pula Sayur Kemiding/Lemiding yang telah dimasak.. - Mr.J

Manakala penyediaan Sayur Kemiding adalah dengan mengoreng bersama sedikit belacan , ikan bilis , bawang merah sedikit garam serta ajinomoto . Gaulkan sehingga lembut dan slurrppp boleh siap dimakan.

Dan yang ini pula usus...cuba teka. - Mr.J

- Mr J Peminat Makanan Esotik.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Jom Kenal: Masyarakat Punan di Sarawak, Borneo . "Jik Kayo , Jik Tuju"

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Mungkin ramai yang tidak tahu tentang kewujudan Masyarakat Punan apatah lagi melihat , baiklah kali ini Mr.J hendak bicara serba sendikit mengenai Masyarakat Punan ini. Tapi sebelum itu Mr.J memohon maaf sekiranya ada silap .

Etnik Punan terbahagi kepada Punan Pedan, Bah dan Biau. Tiada perbezaan antara ketiga-tiga puak tersebut. 

Bagi Mr.J , masyarakat Punan memilikki kulit yang cerah dan jikalau melihat mereka di kawasan Bandar mungkin anda tidak dapat membezakan antara etnik masyarakat Cina .

Boleh dikatakan semua penempatan mereka bertumpu di kawasan berbukit dan berhampiran sungai.'Punan Bah' adalah kumpulan etnik yang terdapat di Sarawak, Malaysia. Mereka adalah berbeza, tidak berkaitan dengan Masyarakat Penan .

Felicia, merupakan anak Punan pertama yang menjawat jawatan bertaraf penguasa di Jabatan Imigresen Malaysia.

Kebanyakkan golongan terutamanya yang lebih muda, lebih berpendidikan, secara beransur-ansur berhijrah ke kawasan bandar seperti Bintulu, Sibu, Kuching dan Kuala Lumpur dalam mencari kehidupan yang lebih baik. 

Walau bagaimanapun, mereka tidak meninggalkan rumah panjang mereka sama sekali. Ramai masih akan pulang ke rumah - terutamanya semasa perayaan utama seperti Pesta Menuai / atau perayaan Bungan kerana ia dikenali di kalangan Punan.

Permandang Rumahpanjang Masyarakat Punan, Sarawak. PNA

Sebelum kedatangan Kristian ke Sarawak , Borneo , masyarakat Punan menganuti agama tradisional adalah satu bentuk animisme dikenali sebagai "Besavik".

Sedikit Bahasa Punan :
1. Nu denge nu? - Apa khabar awak?
2. Nu ngaro no? - Siapakah nama anda
3. Tupu koman si - Sudah makan tengahari / makan / sarapan?
4. Tupu moum seh kou? - sudah mandi kamu?

Ini baru sebahagian daripada Ratusan Etnik yang ada di Borneo dan masih banyak lagi akan dikongsikan kepada semua pembaca.

- Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Apakah Maksud Ukiran Tatu 'Bunga Terung 'di Badan Masyarakat Dayak Khususnya Dayak Iban?.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Salam Sejahtera , ramai yang bertanya kepada Mr.J apakah maksud Tatu 'Bunga Terung' yang selalu dicacah di bahagian Bahu orang Sarawak khasnya Masyarakat Dayak Iban.

Untuk pengetahuan semua , lelaki Iban yang mempunyai tatu Bunga Terung adalah kerana mereka dikatakan mempunyai tanggungjawap yang besar dalam sesebuah keluarga mereka .

Dahulu sebelum proses mencacah Tatu dibadan , maka harus ada upacara 'miring' diadakan seperti memohon keberkatan kepada dewa - dewa perang .


Tatu tersebut dikatakan mempunyai semangat spritual yang tinggi kepada si pemilik tatu iaitu ianya memberi kekuatan kepada bahu kerana segala aktiviti berat akan dipikul di bahu , seperti contoh memikul bebanan sebagai anak laki-laki kepada keluarganya.

Selain itu corak 'pusaran' didalam tatu Bunga Terung tersebut dikatakan melambangkan sebuah kehidupan baru dan mendapat 'kuasa' daripada perut berudu.

Tatu ini juga penting bagi anak lelaki Dayak yang keluar merantau atau mengembara jauh daripada kawasan mereka dan ianya dikatakan sebagai azimat kekal 'mantera wheel'.


Dizaman moden ini tatu bercorak tradisional merupakan sebagai 'IC/Kad Pengenalan' kepada Masyarakat Dayak , seperti contoh sekiranya seseorang individu tersebut merantau atau mengembara dan tersempak dengan seorang individu lain yang mempunyai corak tatu 'Bunga Terung' maka dia tahu bahawa individu tersebut adalah daripada Kaumnya.

Tonton Dokumentari Mengenai Adat Bertatu


Kini Proses mencacah tatu tidaklah serumit dahulu dengan adanya mesin tatu sendiri .

Setakat ini sahaja yang Mr.J dapat kongsikan kepada semua pembaca dan Mr.J minta maaf sekiranya ada silap mengenai erti serta makna Bungai Terung tersebut , mungkin anda lebih mengetahuinya dan mungkin anda boleh kongsikan di ruangan komen di bawah untuk tatapan pembaca lain.

- Mr.J


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Esotik Borneo : Bagaimanakah Rasanya Katak ( Pamak / Raong ) , sedap ?

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Di Borneo terlalu banyak benda menarik untuk diceritakan , daripada masyarakat yang berbilang bangsa , kaum dan agama serta adat yang berlainan bergitu juga dalam bab makanan.

Kalau dalam posting yang lepas Mr.J menyenaraikan tiga jenis makanan kegemaran Mr.J yang agak 'memualkan' bagi sebilangan daripada anda maka kali ini Mr.J akan menceritakan sedikit tentang Bagaimana rasannya Isi Katak ? Ingat bukan sebarang Katak boleh dimakan .

Katak 'Pamak & Raong' diternak dan merupakan makanan Mewah di Restoran

Lazimnya ada dua jenis katak yang boleh dimakan dalam Bahasa Dayak Sarawak kami memanggilnya sebagai 'Pamak' dan 'Raong' , saiznya adalah berbeza dengan katak biasa dan saiznya adalah lebih besar daripada katak biasa.

Untuk mendapatkan "Pamak dan Raong" bukanlah sesuatu yang diambil mudah , selalunya ia akan muncul pada waktu malam selepas petang matahari terbenam . Lokasi kesukaan katak tersebut adalah di celah - celah batu sungai dan juga di sawah padi serta kawasan yang berair.

Rasanya Manis dan lebih sedap daripada Ayam .

Ramai yang ingin tahu rasanya bagaimana? bagi Mr.J rasanya cukup enak sekali walaupun dimasak dengan apa cara dan selalunya ia dimasak sup dan juga BBQ . 

Slurpp, terliur Mr.J sewaktu menaip mengenai Katak ini...

Harganya kalau di pasar basah bukanlah murah dan boleh dikatakan agak sedikit mahal , tetapi kalau nak murah maka kena rajin keluar malam - malam menyelusuri anak sungai sambil membawa lampu suluh , ini kerana lampu suluh merupakan satu cara yang menarik untuk 'melekakan' serta untuk menangkap katak tersebut . 

Katak Raong yang dijual di Pasar Selangau yang telah dibuang kulit.

Pelbagai persoalan diajukan kepada Mr.J samaada ianya Halal ataupun Haram bagi Muslim tetapi Mr.J tidak dapat menjawap soalan anda kerana Mr.J boleh makan semuanya :) , mungkin anda boleh bertanyakan kepada Pemimpin agama anda masing - masing.

- Mr.J boleh makan ular , katak , kura - kura , rusa , babi , kelawar ... semuanya boleh~ .. fear factor!

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Mr.J Review Panasss!! Mengenai Kemenangan Pasukan Sarawak selaku Juara Liga Perdana 2013 . Live? Astro? RTM? .

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Panas!!! , itulah yang boleh Mr.J ungkapkan kepada penduduk Sarawak khasnya khususnya Kelab Penyokong Sarawak . Kekecewaan terhadap media malaysia iaitu Astro dan juga RTM yang tidak pernah sama sekali menyiarkan perlawanan secara langsung bila melibatkan Pasukan Sarawak .

Sekiranya melibatkan Perlawanan biasa mungkin itu masih boleh diterima tetapi semalam Perlawanan Juara dan Penerimaan Piala Liga Perdana 2013 di Stadium Negeri Sarawak apabila Sarawak muncul juara setelah melibas, membaham , mengunyah skuad Kuala Lumpur dengan 4 berbalas 0 , Pasukan Sarawak juga tidak pernah KALAH sepanjang Perlawanan Liga Perdana 2013.


Pasukan Sarawak yang menang 17 daripada 21 perlawanan yang dicatatkan oleh skuad 'Ngap Sayot' bimbingan Robert Albert itu membolehkan mereka mengumpul 55 mata, berkelebihan empat mata ke atas pencabar terdekat, Sime Darby FC dengan saingan liga berbaki satu perlawanan.


Empat gol skuad 'Ngap Sayot' pada perlawanan di Kuching itu dijaringkan oleh Muamer Salibasic pada minit ke-20, Ronny Harun (minit ke-68), Joseph Kalang Tie (minit ke-85) dan Guy Bwele (minit ke-88).


Khabar angin Bahawa Penyokong Sarawak akan memboikot Astro serta ada yang telah mencabut piring Astro serta membakarnya .

 Gambar yang menarik , pasti tidak akan keluar di Media sebab 'No Live No Problem'

Video Jaringan 4 Gol Sarawak


Pilih Kasih! , ini bukan rancangan Pilih Kasih versi Bolasepak tetapi itulah kenyataan yang diterima penduduk Sarawak. Selalunya kita lihat di media mahupun dikaca TV sekiranya perlawanan yang penting pasti akan keluar secara langsung tetapi tidak bagi skuad Sarawak, atas sebab? hanya mereka dan keluarga astro sahaja yang mengetahui.


Apa - apapun Semangat Rentap Agi Idup Agi Ngelaban! dan juga semakan Puaka Buaya Bujang Senang tetap unggul!! , Liga Super nantikan kemunculan kami!!.


- Mr.J Boikot Astro lebih baik kami di Sarawak pakai Parabola!.

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Jom Kenal: Mengenali Masyarakat Bidayuh di Sarawak, Borneo .

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Salam sejahtera , pernahkah anda melihat dengan dekat Masyarakat Bidayuh atau pernahkah anda mendengar Bahasa mereka? . Mungkin ada juga yang tidak mengenai etnik Bidayuh ini.

Masyarakat Bidayuh kebanyakkan mendiami kawasan di bahagian Kuching , Serian dan juga di barat Kalimantan.

Masyarakat Bidayuh ini terbahagi kepada beberapa sub-etnik kecil iaitu : 
Selakau/Lara (Daerah Lundu)
Jagoi/Singai (Daerah Bau)
Biatah (Daerah Kecil Padawan)
Bukar/Sadong (Daerah Serian)
Bidayuh Baru / Bidayuh Moden (Kawasan Tengah Antara Padawan Dengan Bau)

Jangan Tidak Tahu , Masyarakat Bidayuh ini telah berjaya di Arena Sukan dan mengharumkan nama Negara  di mata dunia iaitu siapa tidak kenal dengan Dayung Bidayuh yang memenangi Pingat dalam Kejohanan Olimpik Dunia 2012 iaitu Pandelela Rinong yang juga merupakan Atlet Wanita malaysia yang mencipta sejarah di arena akuatik.

Siapa lebih cantik? mestilah Pandelela Rinong~ .. hihihihi..

Baiklah , Mr.J hendak teruskan mengenai masyarakat Bidayuh ini. Masyarakat Bidayuh ini juga seperti Masyarakat Dayak Iban yang Khasnya kita ketahui tinggal di Rumah Panjang dan bergitu juga Masyarakat Bidayuh tetapi ciri Rumah Panjang untuk masyarakat Bidayuh adalah berbeza dengan Masyarakat Iban. Rumah Panjang Bidayuh agak lebih tinggi tiangnya daripada Masyarakat Iban.

Rumah Bidayuh, Kampung Budaya, Sarawak

Manakala dari segi Bahasa pula , tone alunan Bahasa Bidayuh serta bunyinya agak berlainan dengan Sub-Etnik Bidayuh yang lain dan anda akan 'mengesan' kelainan bahasa mereka sekiranya mendengar percakapan masyarakat Bidayuh daripada kawasan lain . 


Seperti Contoh , Bidayuh dari kawasan Serian menyebut "makan" ialah "ma-an" manakala suku Bidayuh dari kawasan Padawan pula menyebut "makan" sebagai "man". Kebanyakkan masyarakat Bidayuh menganuti Agama Kristian.

Tetapi sekarang , kebanyakkan Masyarakat Bidayuh Moden tidak lagi tinggal di Rumah Panjang dan kerana ramai anak Bidayuh telah berjaya dalam kerjaya dan berkerja di sekitar bandar dan juga luar negara. Tetapi mereka tetap akan balik ke rumah panjang apabila musim perayaan.

- Mr J "apa yang anda tahu mengenai Masyarakat Bidayuh? sila komen dibawah."

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

3 Jenis Makanan Kegemaranku. Babi Pangang , Kasam Ikan dan Ulat Sago.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Perhatian : Sila Jangan teruskan membaca sekiranya anda ada penyakit 'mual' atau 'loya'. Sebilangan makanan kegemaran Mr.J disini adalah tidak halal.

Mr.J ini kadang-kala mempunyai citarasa makan makanan yang boleh dianggap 'pelik' bagi sesetengah tempat tetapi dianggap normal ataupun biasa disesebuah tempat.

1 . Babi Pangang  ( Borneo Style )
Wah , inilah daging kegemaran Mr.J selalunya sebelum memangang daging babi ini Mr.J akan mengaulkan dengan 'asam boi' serta halia tumbuk , sedikit madu dan juga garam serta ajinomoto.


Rasanya cukup enak bila dipangang secara api kecil .. apalagi bila hiburan bersama rakan - rakan dihujung minggu sambil minum dengan beer sejuk.. 

2. Kasam Ikan 'But' ( Ikan yang disimpan didalam balang kaca sehingga hancur tulangnya )
Ini lagi satu kegemaran Mr.J , iaitu Kasam Ikan , tak kiralah ikan apa yang hendak dibuat kasam tapi Kasam Ikan Borneo Style adalah sangat berbeza dengan semenangjung kerana kasam ikan iaitu Ikan akan dijeruk di balang dengan daun 'kepayang' dan beberapa campuran lain .

Kasam Ikan Semah by Indunemugaya.

Selepas disimpan didalam Balang Kaca selama beberapa minggu maka , isi ikan tersebut akan menjadi lembut bergitu juga tulang ikan , kasam ikan sesuai dengan ikan yang mempunyai banyak tulang . Rasanya cukup sedap tapi baunya menusuk kalbu.. sama macam petai.. bau busuk tapi ramai suka bergitu juga Kasam Ikan ini . :)


3. Ulat Sago 
Ulat Sago , ulat yang cukup banyak dengan protein tinggi dan juga rahsia kepada kecantikkan kulit wanita di Sabah & Sarawak .

Untuk mendapatkan Ulat Sago ini, anda perlu menebang sepohon sago dan membiarkannya selama 2-3 minggu untuk membenarkan Ibu Ulat Sago ini membiakkan anak mereka .


Ulat Sago hanya memakan Sago sahaja dan ianya selamat dimakan bergitu sahaja ataupun digoreng dan dipangang seperti sate. Jangan tidak tahu , harga ulat sago ini cukup mahal iaitu sekitar 50sen ke 1myr seekor.

- Mr.J makan Otak Kera pun sedap.

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Sibu, Sarawak : Gambar Deretan Rumah Kampung di Kampung Hilir - Kampung Dato Musnah dijilat api. - 19 June 2013

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sebentar tadi lingkungan jam 3 petang , beberapa deret rumah kampung di sekitar jalan Kampung Hilir - Kampung Dato yang berhampiran dengan Masjid Jalan Awang Ramli Amit di Sibu , Sarawak hangus dijilat Api .

Punca kebakaran masih dalam siasatan , sehingga kini 5:30 petang beberapa buah kenderaan Bomba serta anggota memamdamkan Kebakaran tersebut.


Kebakaran tersebut agak susah dikawal berikutan cuaca panas serta angin yang beribut.



Dianggarkan lebih daripada 30 buah Rumah Musnah Hangus dan sehingga kini 6:00 petang api masih lagi marak ke rumah lain akibat angin kuat , pasukan Bomba sedang berusaha untuk memadamkan kemaraan Api.

Gambar Ihsan daripada Man Wayne

Video di sekitar Lokasi Kejadian

Sibu: “Sebaik tiba di rumah, saya lihat penduduk berlari sambil menjerit api... api... api dan ada juga yang menangis,” kata Mohamad Nur Hafiz Majidi, 28, ketika menceritakan kebakaran membabitkan hampir 100 rumah di Kampung Datu Lama, di tepi Sungai Rajang di sini, semalam.


Kebakaran yang berlaku sekitar 3.45 petang itu menyebabkan lebih 1,000 penduduk kampung tradisi berkenaan tinggal sehelai sepinggang selepas gagal menyelamatkan barangan berharga berikutan api marak dengan cepat selain kedudukan rumah terlalu rapat.

Menurutnya, api dipercayai bermula dari sebuah rumah tidak berpenghuni sebelum merebak ke rumah bersebelahan.“Rumah tidak berbumbung itu sudah lama ditinggalkan pemiliknya. Kebakaran bermula dari rumah itu, mungkin disebabkan cuaca terlalu panas sebelum merebak rumah lain.




"Satu - satunya Weblog yang mengeluarkan Isu Semasa di Sabah & Sarawak . Undi Sekarang Blog Ini untuk Anugerah DIGI WWWOWW"

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Bilakah Adat Tradisi Lama 'Kayau' atau Pemburuan Kepala di Haramkan di Sarawak?

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Pulau Borneo , Pulau yang dikenali dengan pelbagai Misteri oleh dunia luar . Pulau Borneo Moden sekarang terbahagi kepada 3 Negara iaitu Sarawak , Brunei , Kalimantan .

"Undi Blog ini sekarang juga untuk Anugerah Digi WWWOOWW ."

Borneo diduduki oleh majoriti keturunan Dayak dan beberapa sub etnik kecilnya . 

Gambar dipercayai semasa Pengaduhan Besar diantara Etnik Asal Borneo iaitu Dayak dengan etnik pendatang iaitu Madura.

Espedisi “Ngayau” diberhentikan oleh Kerajaan Negara Sarawak yang diperintah oleh Raja Vyner Brooke pada tahun 1932 setelah kerajaan melancarkan espedisi “Ngayau” secara besar-besaran menentang suku kaum Dayak Iban yang dikenali sebagai “Kayau Delok” di Ulu Batang Ai, Lubok Antu yang mana suku kaum Dayak Iban diketuai oleh “Tuai Kayau” bernama Asun, Kana dan Kendawang seperti apa yang ditulis oleh mendiang Benedict Sandin dalam buku yang berjudul “Peturun Iban” dalam tahun 1962.


Bergitu juga di Kawasan Kalimantan, Borneo :Espedisi “Ngayau” juga telah diharamkan oleh kerajaan di Indonesia semasa pemerintahan Belanda yang dikenali sebagai “Perjanjian Tumbang Anoi” di daerah Damang Batu pada tahun 1874.

Tengkorak Musuh masih disimpan dan dijaga rapi di rumah panjang Mr.J

- Mr.J "Undi Blog ini sekarang juga untuk Anugerah Digi WWWOOWW ."


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Apa itu Air 'Tuak' ? yang dikenali sebagai Air Panjang Umur bagi Masyarakat Dayak di Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Air Tuak , adalah sejenis minuman yang wajib ada apabila tibanya waktu Perayaan Hari Gawai Dayak pada setiap Jun di Sarawak adalah tidak 'Ngam' sekiranya tiada Air Tuak semasa Hari Gawai.

"Jom Undi Blog ini untuk Anugerah Digi WWWOW!!!"

Air Tuak mempunyai persamaan dengan Air 'Tapai' di Sabah tetapi berbeza cara pembuatannya mengikut 'aliran' sekitar penempatan masing - masing.

Air Tuak sentiasa diletakkan di 'Ruai' Rumah Panjai sewaktu Hari Gawai.

Penyediaan Air Tuak ini perlu menjalanani beberapa fasa dan juga beberapa Patang Larang . Seperti yang diberitahu kepada Mr.J bahawa sekiranya si penyedia atau si pembuat air Tuak.

Individu yang membuat air Tuak tidak boleh membawa makanan atau buah - buahan yang bersifat 'Masam' berdekatan dengan kondisi tempat simpanan air Tuak kerana kuartir akan menyebabkan Air Tuak menjadi 'Masam' dan tidak boleh diminum maka akan dibuat dan ini akan mengakibatkan pelbagai Kerugian diantaranya kerugian masa dan penat lelah.

Dahulu Air Tuak diperam didalam Tempayan selama beberapa bulan malah beberapa Tahun. - Mr.J

Bahan - bahan untuk membuat Tuak terdiri daripada Nasi Pulut , Ranggi dan Gula serta tiada bahan kimia digunakan dan ianya adalah selamat dan lebih bersifat semulajadi mesra alam. Bagaimanapun Proses membuatnya adalah rumit sekali.

Tempoh masa untuk diperam adalah linkungan 3 Bulan ke beberapa tahun lebih lama Tuak tersebut diperam maka lebih 'Jernih' serta 'Kuat' rasanya dan lebih 'bernilai' bagi masyarakat Dayak khasnya Masyarakat Iban.

Anda teringin hendak merasai sendiri pengalaman menyambut Hari Gawai Dayak di Sarawak? Jom Ikut Mr.J balik kampung tahun depan.

- Mr.J "Jom Undi Blog ini untuk Anugerah Digi WWWOW!!!"


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

XPDC BROGA HILL @ BUKIT BEROGA : 15 Jun 2013 by Alvin Harrison Paulus.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
XPDC ke BROGA HILL @ BUKIT BEROGA B34 Tarikh: 15 Jun 2013.

"Sudahkah anda Vote untuk Blog ini? Jika Belum Sila Klik disini."

Broga atau Beroga sebuah pekan berhampiran dengan Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di antara sempadan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Broga terletak 12 km ke Barat bandar Semenyih (kordinat GPS E: 101 54.088, N: 2 56.345) 


Perjalanan: 50 km dari Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. (kira-kira 1 jam perjalanan dari kuala lumpur) 

Sesi fotografi matahari terbit tetapi sesi fotografi tidak berjalan lancar akibat jerebu. (pandangan lensa kamera DSLR amat terhad) , mencuba untuk mendaki bukit broga berketinggian 400 meter dari aras laut. 

Menjejakkan kaki sendiri di bukit Broga. (dahulu hanya tahu nama bukit broga) 

Tersalah jalan walaupun menggunakan GPS menyebabkan perjalanan dari Petaling Jaya ke bukit broga mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit berbanding 1 jam jika tidak tersalah jalan. 

Bayaran meletak kenderaan akan dikenakan sebanyak RM 2 untuk sekali kemasukan & tiada had masa ditetapkan. Jangan terkejut kerana tempat meletak kenderaan di kaki bukit broga kelilingi oleh pokok sawit & pokok getah. Tempat meletak kenderaan juga di awasi oleh pihak penjaga tempat letak kenderaan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kejadian kecurian & vandalism 


Sekiranya anda sampai di kaki bukit broga keadaan masih lagi gelap & anda terlupa membawa lampu suluh, jangan risau kerana telah ada gerai-gerai kecil yang menjual lampu suluh yang disertakan dengan bateri, air minuman, tongkat, tuala kecil & berbagai lagi keperluan asas untuk pendakian bukit yang ringan. 

Pendakian dari kaki bukit broga ke puncak bukit broga mengambil masa kira-kira 2 jam. (sebab aku banyak sangat berhenti rehat, semput daaa...) 

Sekumpulan Rombongan Sarawak turut kelihatan.

Bertemu dengan sekumpulan orang-orang Sarawak yang pelbagai bangsa & berasal dari hampir kesemua daerah di Sarawak. Mereka juga membawa bendera Sarawak untuk dikibarkan ketika mereka berada di puncak bukit broga. Setelah berbual sedikit dengan kumpulan orang-orang Sarawak tersebut.

Cik Elda Elizabeth & DeaSenorita Joseph

Saya difahamkan yang mereka adalah kumpulan muda-mudi dari sebuah Gereja di Kuala Lumpur. Terdapat juga orang-orang Sabah di dalam kumpulan tersebut kerana dari 'slang' mereka berbual sesama sendiri, saya agak yakin yang mereka adalah orang-orang sabah.


Artikel Daripada Rakan PengeRindu.com : Lagi Gambar Menarik di Fb:  Alvin Harrison Paulus.

Bersama Kami di Facebook Page.


1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©