CINTA : "kekasih yang dulu hilang, kini datang kembali pulang.."

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Mungkin ini istilah lirik lagu ...."kekasih yang dulu hilang, kini datang kembali pulang.." - Mr.J

Hari Jumaat (17/10), merupakan hari yang paling membahagiakan buat artis Raffi Ahmad dan Nagita Slavina. Sebab, mereka mengikat janji suci sebagai pasangan suami istri.

Namun dipastikan tak ada bekas kekasih Raffi yang hadir dalam pernikahan pengacara kaya tersebut. Berbeda dengan Risna (22) di Kecamatan Kajang, Kabupaten Bulukumba, Sulawesi Selatan.

Foto Rais yang mengenakan pakaian adat bugis tengah mendekap mantannya yang menangis di depan istrinya tersebar di jejaring sosial.
Risna dengan tabah datang ke pernikahan bekas kekasihnya, Rais (25) dengan pasangannya. Ternyata dia tak kuasa melihat pemuda yang menjadi kekasihnya selama tujuh tahun itu bersanding dengan wanita lain di pelaminan.

Risna langsung memeluk dan menangis di dakapan Rais. Dia sudah tak memikirkan ada istri Rais di sebelahnya. Suasana yang awalnya gembira, berubah menjadi haru.

Para undangan dan keluarga Rais pun terkejut bahkan ada menangis melihat kejadian tersebut.

Keluarga Rais mengatakan, pihaknya sudah pernah melamar Risna karena mereka sudah berpacaran sejak 2005 lalu. Namun ditolak oleh keluarga Risna dengan berbagai alasan.

“Jodoh di tangan Tuhan, bukan manusia yang menentukan,” jelas keluarga Rais.

Sumber : ooomedianetwork
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Mengenai Isu "Malaysia mengklaim tarian Dayak dan slogan Unity in Diversity". Itu bukan masalah Dayak!.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Salam Borneo & Salam Saudara Dayak,
( Seluruh Suku di Tanah Borneo "Sabah, Sarawak, Brunei & Kalimantan ).

Hari ini Mr.J ingin berkongsi satu pendapat atau lebih kepada menjadi "penasihat" untuk beberapa media khususnya media "sampah" yang kadangkala dilihat sering menjadi punca satu "perbalahan" berlaku. 

Selang beberapa hari lepas Mr.J ada terbaca satu artikel di Media Indonesia iaitu laman sesawang "BeritaSatu.Com" rasanya berpangkalan bukan dari Tanah Borneo.

Portal tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan seperti "Malaysia mencuri / mengklaim Budaya Dayak" yang telah mungkin membuatkan masyarakat di Indonesia mengecam lazimnya yang tidak senang itu adalah masyarakat luar Indonesia yang tidak pernah menjejak kaki ke Tanah Borneo di mana Borneo ini terdiri daripada majoritas etnik Dayak.


Apa pula respon masyarakat Dayak di Kalimantan dan juga Masyarakat Dayak di Sarawak? mereka tampil memberi penjelasan di portal tersebut bahkan ada yang mengutuk sehinggakan ada yang menyelar bahawa pemerintah Indonesia sering mengabaikan Kalimantan bahkan Membunuh masyarakat Dayak di Kalimantan ( tidak kurang pula dengan masyarakat Dayak di Sarawak dengan isu tanah adat yang dirampas ) dengan perusahaan "sawit" sehingga menyebabkan "Jantung Borneo" semakin parah.

Disini Mr.J hendak tegaskan bahawa hubungan Masyarakat Dayak di kedua belah wilayah adalah sangat akrab ini kerana mereka masing - masing satu keluarga yang besar cuma bedanya hanyalah perbatasan sempadan Indonesia dan Malaysia. 

HD Wall "Dayak Borneo" by Mr.J
Kedua - dua wilayah iaitu Sarawak dan Kalimantan masing - masing mempunyai masalah yang hampir serupa iaitu kurangnya "kemajuan" tetapi kedua - duanya merupakan "Periuk Nasi".

Kedua wilayah itu "hub penting" bagi ekonomi seperti pengeluar minyak, balak serta ekonomi pelancongan bagi Kerajaan Malaysia & Indonesia tapi malangnya kedua - dua wilayah itu sering "diabaikan" atau mungkin jarak pusat kerajaan pemerintah yang jauh luar bahkan merentasi lautan menjadi alasan untuk "mengabaikan" wilayah tersebut.


Mungkin juga Isu ini sekadar hanya mahu "menaikkan" rating portal tersebut tetapi bagi Mr.J portal sebegitu sekadar portal sampah!, jelek deh!

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

"Entambah / Kesindap" spesis Kelawar Gergasi berjaya ditembak jatuh.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Gambar yang dikirim sahabat "Pengerindu Fb Page", percaya atau tidak dengan kewujudan "Kelawar Raksasa" dan jika di Sarawak setahu Mr.J yang paling besar adalah spesis Kelawar yang dipanggil dengan nama "entambah" oleh masyarakat di sana tapi tidaklah sebesar seperti dalam gambar dibawah ini.

Kelawar Gergasi
rasanya mungkin agak enak - mr.j
Jika anda mempunyai sedikit sebanyak tentang spesis ini bolehlah kongsi bersama pembaca di ruangan komen dibawah.
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Komunis dan Gerakan Kiri di Tanah Borneo. Penjajahan atau Perjuangan? - Comrade Dean

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
SURAT adalah dimana para pengujung atau sesiapa sahaja yang ingin berkongsikan pendapat, isu semasa, permikiran serta apa sahaja yang anda rasa ingin dikongsikan di WeBlog ini dengan menghantar ke email admin@pengerindu.com .

Comrade Dean - " IBAB Yang berbunyi..."
Selama kini aku tidak pernah ambil peduli tentang gerakan kiri ataupun komunism di Borneo. Jikalau tidak kerana komrad dari North Borneo menyuruh lakukan research maka aku masih lagi bebal dalam dunia komunism dan masih hanya tahu dan mengenali mereka yang didalam perjuangan menentang penjajah di Tanah Melayu ini sahaja, dan tidak satu sosok tubuh komrad pun yang aku kenal dan mengetahui kisah gerakan kiri dan komunis dari Borneo. Ini juga pengalaman bermakna bagi aku.

Salute Mi Familia.

Gerakan kiri dan komunis bermula tanggal 19 September 1971. Yang mana lokasi gerakan ini bertempat di Sarawak. Dinamakan Pasukan Rakyat Kalimantan Utara atau dengan panggilan PARAKU. Ia adalah sebuah parti politik di bawah North Kalimantan Communist Party sub sayap bersenjata. PARAKU ini diketuai oleh Wen Min Chyuan berbangsa Cina. Keanggotaan parti sayap bersenjata ini majority adalah dari etnik Cina. 

Wen Min Chyuan juga adalah ahli bagi Organisasi Komunis Sarawak dan pernah menganggotai Sarawak United People’s Party selama 4 tahun bermula dari tahun 1960. Bermulanya PARAKU ini adalah berpunca dari Konfrantasi Indonesia – Malaysia yang berlangsung selama 3 tahun, dimana dikala itu pegangan tampok pemerintahan Indonesia di bawah Bung Karno. Kala ini Bung Karno melihat Malaysia adalah sebuah boneka Colonial English walaupun dikala ini ia sudah Merdeka dari penjajahan. 

Bung Karno juga melihat apa yang cuba Tunku Abdul Rahman ungkapkan pada tahun 1961 Mei, dimana Tunku Abdul Rahman menyatakan gagasan MALAYSIA yang meliputi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa bertanyakan terlebih dahulu kepada penduduk-penduduk asal Kalimantan Utara dan mengibaratkan Kalimantan Utara ini milik penuh Persekutuan Tanah Melayu, telah mengakibatkan berlakunya penolakan penduduk. Dan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ini adalah semata - mata menjadi paksi Colonial English di Asia Tenggara ini. Bung Karno telah nampak akan hal ini dan menganggap dan percaya setiap rakyat di tanah yang mereka pijak layak menentukan kehendak mereka sendiri. 

Maka bermulanya gerakan kiri dan komunis di Sarawak, yang mana bertempat di kota- kota Sarawak. Kelompok – kelompok ini keahlian nya hampir kesemuanya adalah dari Cina dan kaum Iban. Dengan Kalimantan Utara dtumbuhi hutan dara yang unik maka mereka ini lah yang layak menjadi inti dalam perjuangan mengangkat senjata dan melaungkan “Ganyang Malaysia”.

Disember 8 1962, Syekh A.M Azahari kepimpinan Parti Rakyat Brunei telah mengproklaimkan berdirinya Negara Nasional Kalimantan Utara yang meliputi Sarawak, Sabah dan Brunei. Ini adalah kerana pada tahun 1962 telah berlaku revolusi Anti – Malaysia di Brunei. Ini adalah suatu tindakan yang bagus kerana, mereka melihat terlaksananya Federasi Malaysia segala sosio, budaya, agama dan politik akan dimanopoli oleh Persekutuan Tanah Melayu. Sekarang kita telah saksikan bagaimana Federasi Malaysia ini terbentuk apabila melihat perbezaan sosio dan politik diantara Semenanjung dan Tanah Borneo ini. 

Dan atas pembentukan Federasi Malaysia ini juga ribuan masyarakat Cina yang berfahamanan komunis telah lari meninggalkan Sarawak, dan yang tinggal adalah Pasukan Gerila Rakyat Sarawak atau dengan singkatan PGRS.
Pulau Borneo 

Proklaiman Syekh A.M Azhari terhadap Sarawak, Sabah dan Brunei telah mengakibatkan keteganggan diantara Tentera Nasional Kalimantan Utara yang ditubuhkan untuk mempertahankan Negara Nasional Kalimantan Utara dengan tentera Colonial English yang masih berpengkalan di Persekutuan Tanah Melayu walaupun dikala ini ia sudah Merdeka. Tetapi Syekh A.M Azahari tidak dapat menahan tekanan dari pihak English dan mempertahankan pemerintahan pusat di Kalimantan Utara maka ia memindahkan pemerintahan ke Manila dan kerajaan Indonesia memberi asylum politik kepada Syekh A.M Azhari bersama Panglima Abang Kifli ke Jakarta. 

Bibit – bibit tahun mendatang merupakan tekanan yang perlu dialami oleh Parti Komunis Sarawak, dimana mereka telah berpindah dari Kalimantan Utara ke Kalimantan Barat. Tiga tokoh iaitu Yap Chung Ho, Wong Ho, Liem Yen Hwa, dan Yacob dari Sarawak Advance Youth Association (SAYA) telah ditemukan dengan dua tokoh dari Parti Komunis Sarawak iaitu Wen Min Tjuen dan Wong Kee Chok di Kalimantan Barat pada tahun 63, demi membahas garis perjuangan dan akhirnya mendapat sokongan dan bantuan dari Syekh A.M Azahari dan Panglima Abang Kifli beserta dengan Tentera Nasional Kalimantan Utara nya.

Syekh A.M Azahari (Brubei), Kelompok Yap Chung Ho (Sarawak), dan Soebandrio (Indonesia) telah mengadakan pertemuan yang pertama di Sintang dan mengagaskan satu pasukan bersenjata yang diberi nama Pasukan Gerila Rakyat Sarawak (PGRS) dan Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) sub pecahan dari Tentera Nasional Kalimantan Utara. Basis pasukan ini dimulakan dengan sepuluh orang anak buah Yap Chung Ho yang dilatih di Bogor selama sebulan, kemudian nya kembali ke Asuangsang untuk melatih lagi seramai 60 pasukan yang menanti mereka tamat latihan di Bogor. 

Semasa episode “Ganyang Malaysia”, ramai sukarelawan yang membantu perang dengan Malaysia. Mereka terdiri dari para pelarian dari Sarawak, yang umumnya etnik Tionghoa dan partisipan komunis, juga sukarelawan dari Singkawang, Bengkayang, dan berbagai wilayah di Indonesia yang terdiri atas berbagai etnik seperti Melayu, Dayak, dan Tionghoa. Seramai 28 ahli dari Sarawak United People Party telah dilatih militer di Dodiktif 18 – Tandjungpura, Bengkayang pada Mei dan Jun 1964.

Bung Karno, Mantan Presiden Indonesia
Mereka ini adalah pelarian yang lari ke Kalimantan Barat. Paraku-PGRS bahu-membahu bersama TNI dan sukarelawan Indonesia untuk menghadapi pasukan Malaysia yang dibantu bala tentara Gurkha, English, dan Australia sepanjang masa konfrontasi. Wilayah perbatasan antara Kalimantan Barat dengan Kalimantan Utara menjadi garis depan medan pertempuran. Seorang peneliti Tionghoa, Benny Subianto, mengungkapkan kehebatan gerilawan Paraku - PGRS ketika melawan pasukan Gurkha English. 

Kedua pasukan itu hampir berhasil menghancurkan garnisun 1/2 British Gurkha Rifles dalam sebuah serangan terhadap distrik Long Jawi pada 28 September 1963. Dari fakta-fakta sejarah tersebut, Paraku - PGRS tampak menjadi pahlawan bagi Indonesia selama era konfrontasi.

Kelicikan Pemerintah Indonesia, melalui BPI (Badan Pusat Intel), membuat “kisah” PGRS - PARAKU tidak menjadi hebohan publik pada tahun 1963 - 1965 (sebelum G 30 S). Seperti yang dihuraikan L.H. Kadir, saksi sejarah, mantan Wakil Gabenor Kalbar 2003 - 2008, pada masa konfrontasi bekerja sebagai pegawai negeri di Putusibau (1963 - 1965) dan Mahasiswa APDN (1965 - 1968):
“Sekitar tahun 1963 - 1964 tidak ada pernyataan dukungan Indonesia terhadap PGRS/PARAKU. Masyarakat hanya tahu bahwa ada pergolakan rakyat di perbatasan. Setahu saya setelah peristiwa G 30 S baru ada di koran berita tentang PGRS/PARAKU. Sebelum itu yang dikenal sukwan... Sewaktu masih di Putusibau, saya pernah mengantar sukwan dari Putusibau untuk berlatih di perbatasan. Saya dengan speed ke Semitau diperintah Dandim Hartono supaya mengantar. Orang-orang yang saya antar Cina semua waktu itu. Mereka bawa senjata, ada pula amoi-amoi, banyak perempuan. Ada juga dokter dua orang, mereka latihan di Badau.”
Dan bermulanya era hitam PARAKU – PGRS apabila konfrantasi Indonesia – Malaysia berakhir dengan pendamaian dan kata sepakat. Kata sepakat yang menyatakan bahawasanya PARAKU – PGRS di cop sebagai CT atau Communist Terrorist. Setelah mereka bergadai nyawa dan membantu, berganding bahu bersama – sama TNI akhirnya apa yang terjadi pada gerakan kiri dan komunis di Persekutuan Tanah Melayu berlaku jua pada PARAKU – PGRS. 

Dan akibat telah di cop sebagai CT maka, gerakan memburu mereka telah bermula. Meletus berbagai peperangan diantara TNI dan PARAKU – PGRS dimana TNI dikala itu dibantu oleh Malaysia – English, dan salah satunya adalah yang terjadi di Pangkalan Udara Sanggau Ledo, Bengkayang, Kalimantan Barat. Di masa ini juga PARAKU – PGRS mendapat jolokan baru iaitu Gerombolan Tjina Komunis (GTK). Semenjak itu berlaku Operasi Sapu Bersih 1, 2 dan 3 bermula pada April 1967 hingga Desember 1969 dibawah komando Brigadir Jenderal AJ Witono.

Peristiwa Mangkok Darah terjadi apabila pelaksanaan Operasi Saber I tidak memuaskan. Faktor-faktor kegagalan disebabkan kurangnya tenaga tempur, dan pihak PGRS - PARAKU lebih mengenal keadaan medan dan dapat menarik simpati kaum pribumi yaitu suku Dayak setempat. PGRS - PARAKU juga mudah berpecah dan menyusup ke dalam masyarakat untuk menghilangkan diri dari dikesan. 

Hal itu disebabkan masyarakat dan kampung-kampung Tionghoa tersebar luas sampai ke daerah pendalaman seluruh Kalimantan Barat. Dalam Operasi Saber, terjadi peristiwa Mangkok Merah pada bulan Oktober - November 1967. 

Mangkok Darah
Peristiwa Mangkok Merah dipicu oleh terjadinya penculikan dan kekerasan yang dialami Temenggung Dayak di Sanggau Ledo. Tahun 1967, seorang guru orang Dayak ditemukan dibunuh di Sungkung, Kecamatan Siding, Kabupaten Bengkayang. 3 September 1967 ada sembilan orang Dayak diculik di Kampung Taum dan baru ditemukan tidak bernyawa oleh masyarakat dan TNI pada 5 September 1967. TNI mempropagandakan kekerasan itu dilakukan oleh GTK alias Paraku - PGRS. 

Propaganda diperkuat penemuan sembilan mayat oleh Rejimen Para Komando Angkatan Darat (RPKAD) yang disahkan sebagai mayat tokoh-tokoh Dayak. Gerakan pembasmian PGRS - PARAKU pada 14 Oktober 1967 dikenal dengan sebutan “Demonstrasi Suku Dayak”. Gerakan ini kemudian menyebar luas menjadi luapan emosi etnik Dayak, hingga upacara mangkok merah diadakan.

Gerakan ini menjadi sentimen rasial dengan mengfokuskan etnik Tionghoa sebagai anggota PGRS - PARAKU dan menjadi korban gerakan demonstrasi. Gerakan ini mengakibatkan pengusiran besar-besaran etnik Tionghoa menuju ke Kota Pontianak, menimbulkan masalah beban perkongsian di kota-kota penampungan, derita psikis yang dialami keluarga korban pembantaian, dan lumpuhnya sirkulasi perdagangan di daerah pedalaman Kalimantan Barat. 

Setelah gerakan Suku Dayak, kegiatan-kegiatan PGRS - PARAKU mulai menurun. Tekanan-tekanan Pasukan Indonesia menyebabkan PGRS - PARAKU semakin tersepit. Putusnya jalur logistik dengan mengusirnya ribuan orang Tionghoa menyebabkan banyak anggota PGRS - PARAKU yang menyerahkan diri. Presiden Soeharto dikala itu, dalam pidato kenegaraan 16 Agustus 1968, secara khusus mengucapkan terima kasih kepada Suku Dayak di Kalbar yang telah membantu pemerintah menumpas sisa-sisa gerombolan PGRS - PARAKU di Kalbar.

Maka dengan ini, kita dapat menyimpulkan perjuangan gerakan kiri dan komunis di Sarawak ini telah dinodai dengan bibit hitam kelicikan pemerintahan dua negara Malaysia dan Indonesia. Setelah dipergunakan, akhirnya dihapuskan demi kerakusan atau lebih sesuai dikatakan ketakutan pemerintah Malaysia dan Indonesia keatas PARAKU – PGRS ini kerana parti ini dengan cepat melebarkan sayap nya. Maka SOP perlu dilaksanakan iaitu penghapusan terus menerus hingga kebanyakan ahli - ahli PARAKU – PGRS ini menyerah diri sepenuhnya. 

Sesuatu yang kita maklum ini akan berlaku, tetapi yang menyedihkan kita apabila, sejarah sebenar itu dimanipulasikan tanpa menghuraikan hal – hal yang sebenarnya. Hal – hal dimana para perjuang gerakan kiri dan komunis ini di salah erti kan oleh generasi sekarang. Setelah mereka berjuang demi Negara Nasional Kalimantan Utara ini dari Federasi Malaysia, akhirnya mereka telah dikhianati kembali. Pengakhiran yang cukup menyedihkan. Sesuatu yang memang dijangka akan berlaku bagi setiap gerakan kiri dan komunis di mana – mana sahaja. 

Gerakan kiri dan komunis akan di pandang serong biarpun mereka telah berjuang dengan nyawa demi matlamat dan ambisi yang mungkin sama dengan sekutu – sekutu nya, tetapi dikhianati juga oleh sekutu –sekutu nya apabila mereka telah dapat apa yang mereka inginkan. Keinginan untuk MEMERINTAH dan BERKUASA.

Salute Mi Familia untuk semua pendokong gerakan kiri dan komunis, khusus nya untuk para pejuang gerakan kiri dan komunis di Tanah Borneo.

- Comrade Dean - " IBAB Yang berbunyi..."
- Reff : world wide web

SURAT adalah dimana para pengujung atau sesiapa sahaja yang ingin berkongsikan pendapat, isu semasa, permikiran serta apa sahaja yang anda rasa ingin dikongsikan di WeBlog ini dengan menghantar ke email admin@pengerindu.com .

Miri: Tragis! Kerana "Curang" Si Suami mengelar leher Isteri dan kelar leher Sendiri.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Miri: Seorang suami dikatakan menyembelih isterinya sehingga mati sebelum mengelar lehernya sendiri dalam pergaduhan yang dipercayai bermula selepas lelaki itu menuduh wanita terbabit mempunyai kekasih dalam kejadian di sebuah rumah pekerja ladang kelapa sawit di Kuala Suai, dekat sini, semalam.

Pergaduhan pasangan suami isteri warga Indonesia itu berakhir dengan tragedi apabila wanita berkenaan mati dipercayai akibat dikelar di leher menggunakan pisau buatan sendiri oleh suaminya kira-kira jam 3 pagi.

ANGGOTA polis membawa lelaki terbabit ke hospital untuk rawatan lanjut.
Salasiah Jamal, 35, berketurunan Bugis dari Makasar ditemui terbaring di bilik tidurnya dengan kecederaan di leher selain luka di tengkuk manakala suaminya, Tompok Nyarak, 39, dalam keadaan kritikal selepas mengelar lehernya sendiri.

Difahamkan, insiden terbabit disedari adik lelaki Salasiah yang terjaga daripada tidur selepas terdengar jeritan kakaknya meminta tolong dan dia pergi memeriksa terkejut mendapati pasangan itu terbaring berlumuran darah di dalam bilik.

Penyelia ladang Hendra Jumalang berkata, ketika kejadian dia sedang tidur dan dikejutkan dengan kehadiran adik mangsa dikenali sebagai Agus, 21, mengetuk pintu rumahnya.

- Mr.J Via Hmetro

Islam dan Kristian mari kita bergandingan tangan.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Toleransi diantara Agama . inilah yang kita sebagai manusia yang mempunyai hati , jantung , jiwa , darah sama merah inginkan.

Bukankah setiap Agama itu mengajar erti Tolenrasi serta Kebaikkan? Adakah dengan "membakar" Patung / Kitab / Rampas Buku sesebuah Agama lain akan menyelesaikan masalah? Tidak.


Adakah "mereka" yang terpekik / terlolong / terjerit / memaki hamun bila 'dikatakan' untuk mempertahankan 'Agama' itu sudah dijanjikan "syurga"?. Malah sampai ada yg bersetuju 1000% akan masuk syurga sedangkan 'prilaku' sendiri sudah menujukkan 'budi pekerti' yang agak 'memualkan'.

Tidak apa , biarlah NGO-NGO tersebut dengan 'perjuangan murni' mereka. Yang Penting kita mahu kedamaian hidup bersama-sama.

- Mr.J

+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in

Bilakah Adat Tradisi Lama 'Kayau' atau Pemburuan Kepala di Haramkan di Sarawak?

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Pulau Borneo , Pulau yang dikenali dengan pelbagai misteri oleh dunia luar . Pulau Borneo Moden sekarang terbahagi kepada 3 Negara iaitu Sarawak , Brunei , Kalimantan .

Borneo diduduki oleh majoriti keturunan Dayak dan beberapa sub etnik kecilnya . 

Gambar dipercayai semasa Pengaduhan Besar diantara Etnik Asal Borneo iaitu Dayak dengan etnik pendatang iaitu Madura.

Espedisi “Ngayau” diberhentikan oleh Kerajaan Negara Sarawak yang diperintah oleh Raja Vyner Brooke pada tahun 1932 setelah kerajaan melancarkan espedisi “Ngayau” secara besar-besaran menentang suku kaum Dayak Iban yang dikenali sebagai “Kayau Delok” di Ulu Batang Ai, Lubok Antu yang mana suku kaum Dayak Iban diketuai oleh “Tuai Kayau” bernama Asun, Kana dan Kendawang seperti apa yang ditulis oleh mendiang Benedict Sandin dalam buku yang berjudul “Peturun Iban” dalam tahun 1962.


Bergitu juga di Kawasan Kalimantan, Borneo :Espedisi “Ngayau” juga telah diharamkan oleh kerajaan di Indonesia semasa pemerintahan Belanda yang dikenali sebagai “Perjanjian Tumbang Anoi” di daerah Damang Batu pada tahun 1874.


Tengkorak Musuh masih disimpan dan dijaga rapi di rumah panjang Mr.J

Mr.J
+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in

Siapakah Pencipta Asal Lagu Neng Neng Nong Nang Neng Nong ( Kuingin Kita Lama Pacaran TRIAD ) .

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Dia bagaikan pemuda biasa yang sukakan musik membawa gitar untuk mencari ilham , tetapi suaranya agak tidak dapat dikomersilkan . Tanpa menghiraukan apa orang lain kata maka dia menguatkan semangat untuk mencuba nasib di Indonesial Idol 2012.

Tanpa menghiraukan Juri iaitu Ahmad dhani dan dua juri yang lain , jari jemari dia terus memulakan petikkan intro musik ciptaannya dia sendiri .


Ketiga - tiga juri tersebut diam seketika buka kerana kelembutan suaranya tetapi keberhasilan lirik lagu yang cukup unik sekali , itulah dia si pencipta lagu asal Mohd Redo namanya pencipta lirik Neng Neng Nong Nang Neng Nong ( Kuingin Kita Lama Pacaran ) .

Lagu tersebut dibeli secara langsung terus sewaktu masa audisi tersebut dengan harga yang diminta Mohd Redo adalah sebanyak 10 Juta Rupiah kepada Ahmad Dhani tetapi dalam ditawar kembali dan dipersetujui dengan harga 5 Juta Rupiah dan Royalti setiap jualan dan sebagainya.

Itulah dunia , tiada siapa tahu apa akan jadi kepada nasib manusia .


- Mr.J


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Keunikkan dan Keistimewaan Pasar Serikin, Sarawak .

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Tahukah anda di Sarawak, Borneo terdapat satu Pasar yang dinamakan Pasar Serikin yang bersempadanan dengan negara jiran iaitu Kalimantan, Borneo . 

Pasar Serikin ini sejauh lebih kurang 57 kilomenter daripada Bandar Kuching dan juga mengambil masa selama lebih kurang 50minit bergantung kepada 'kelajuan' yang anda bawa.

Cenderahati yang berbentuk Pahlawan Dayak .

Terdapat pelbagai barangan yang dijual daripada cenderahati hinggalah ke kain - kain serta pelbagai barangan rotan , harganya pula cukup murah sekali . Kawasan Pasar Serikin umpama kawasan pertemuan diantara dua negara iaitu Sarawak dan Kalimantan .

Diantara barangan menarik yang dijual

Bagaimana pula dengan Harga? sudah tentu harganya lebih murah berbanding ditempat lain dan keistimewaannya pula anda boleh meneruskan konsep tawar - menawar sehinggalah kedua - dua diantara anda dan perniaga bersetuju .

Di Pasar Serikin pula ada menjual pelbagai jenis haiwan esotik seperti Cicak Tokek dan bermacam - macam lagi itulah sebabnya Mr.J kata Pasar Serikin ini unik kerana mengabungkan penduduk Sarawak dan Kalimantan sambil berniaga sambil itu boleh mengeratkan hubungan diantara dua negara.


- Mien EzzuMin
- Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Sultan/Saitan of Sulu Jamalul Kiram memohon Indonesia Campur Tangan Tetapi Rakyat Indonesia lebih Pintar dan Bijak tidak Mahu Pemimpin Indonesia masuk campur.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Menurut sumber dari Merdeka.com terkini Saitan Sulu iaitu Kiram ataupun lebih dikenali sebagai Sos Tiram memohon bantuan daripada Kerajaan Indonesia untuk membantu mereka ( penganas sulu ) menyerang Malaysia.

Dan sekiranya Indonesia membantu maka Sultan/Saitan Sulu Kiram akan memberikan wilayah Sabah & Sarawak.
MERDEKA.COM. Sultan Sulu Muizul Lail Kiram mengaku sangat frustasi terhadap konflik perebutan Sabah dan Serawak dengan Malaysia. Sebab itu, dia meminta bantuan Indonesia buat merebut kembali wilayah di utara Pulau Kalimantan itu.

Rata - rata komen daripada rakyat Indonesia tidak setuju dengan Saitan Kiram .


Ingat , Harus diingati masyarakat Dayak di Kepulauan Borneo tidak bersetuju dengan Sultan Kiram Bahkah Gerakan FPI ( Front Pembela Islam ) juga tidak dibenarkan masuk ke Kalimantan .


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Foto “Penampakan Yesus” di Solo .

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.

Foto “Penampakan Yesus” di Solo , Beberapa hari setelah pengeboman Gereja Bethel Injil Sepenuh (GBIS) Kepunton Solo, Indonesia yang mengorbankan dua orang tewas yaitu pelaku bom bunuh diri itu sendiri dan seorang jemaat serta melukai sejumlah orang lainnya.



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Bayi perempuan dijual dengan harga RM 17 ribu. Batu Kawa,Kuching .

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
KUCHING: Seorang bayi perempuan berusia tiga hari yang dipercayai dalam proses untuk dijual dengan harga RM17,000 oleh seorang lelaki tempatan diselamatkan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Batu Kawa, di sini, semalam.

Susulan serbuan jam 6.50 pagi itu, polis menahan ibu bayi berkenaan, seorang warga Indonesia berusia 27 tahun dan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zulkifli Hassan berkata, sebelum serbuan ke rumah itu, polis menerima maklumat mengenai suspek yang sedang mencari pembeli bayi itu dengan harga yang ditetapkan.


Susulan itu, katanya, sepasukan anggota daripada Unit Anti Pemerdagangan Orang dan Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak melakukan serbuan ke rumah berkenaan pada waktu urus niaga dirancang jam 6.30 pagi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, polis menemui seorang warga Indonesia mendukung seorang bayi perempuan berusia tiga hari dan sedang berunding dengan seorang lelaki warga tempatan.

“Ketika disoal siasat, bayi perempuan itu baru tiga hari dilahirkan di sebuah hospital kerajaan di sini dan meminta bantuan lelaki itu untuk mencari pembeli yang berminat.

“Siasatan lanjut mendapati wanita itu menetapkan harga RM17,000 untuk menjual bayi berkenaan kepada mana-mana individu yang berminat di sekitar negeri ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Suspek dibawa ke IPK untuk siasatan lanjut dan ditahan reman atas kesalahan cubaan menjual anak, manakala bayi malang berkenaan dihantar ke pusat perlindungan sementara.

Zulkifli berkata, status bayi berkenaan masih belum diketahui dan polis masih menyiasat sebab dia dijual serta kaitannya dengan suspek lelaki warga tempatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14, Akta Anti Perdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Sementara itu, Ketua Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pihaknya sedang berusaha untuk mengenal pasti sejauh mana aktiviti penjualan bayi di negeri ini sama ada ia dijalankan secara individu atau ada sindiket di sebaliknya.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan ini diminta menghubungi balai polis berhampiran. Hmetro.

p/s : kesian kepada pasangan yang tak ada baby..

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Download Filem " Gerimis Mengundang " (2012) SDTV 480p 400MB

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Kisah bermula adalah seorang juruterbang muda yang kacak untuk Air Sabah, Kota Kinabalu, Zamani bertemu dengan seorang wanita muda yang cantik dan manis, Mikha, yang berlaku kepada anak perempuan wakil Republik Indonesia Kedutaan, Pak Harjo.


Kejadian berlaku disebabkan salah faham antara kedua-dua Apabila Pak Harjo, bapa Mikha telah hilang akibat kemalangan Malangnya yang berlaku Apabila beliau dalam perjalanan ke Tamparuli, Sabah. Sebagai masa berlalu, dua perasaan yang kuat untuk satu sama lain Dibangunkan.

Cinta akan menjadi sehingga akhir?


Download :
Part 1 : http://adf.ly/9ib5U
Part 2 : http://adf.ly/9ib77


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

AMARAN Tsunami Tiba di Perairan Pantai Semenangjung Malaysia 11/04/2012 .

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sebanyak 27 buah negara di kawasan Lautan Hindi telah mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi kuat yang berlaku di Aceh petang ini. Antara negara tersebut ialah Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives, Britain, Malaysia, Mauritius, Seychelles, Pakistan, Somalia, Oman, Madagascar, Iran, UAE, Yemen, Bangladesh, Tanzania, Mozambique, Kenya, Africa Selatan dan Singapura dan beberapa negara kepulauan di Lautan Hindi.

Tsunami Alert : ETA
Jangkaan Tsunami Di Malaysia & Singapura 11 April 2012

1. Georgetown -09:11pm 11th April 2012 MY Time
2. Port Dickson -02:10am 12th April 2012 MY Time
3. Singapore -07:51am 12th April 2012 MY Time

Menurut PTWC, bila terjadi tsunami akibat gempa ini maka boleh menjangkau kawasan persisir sejumlah negara di sekitar Samudera Hindia seperti India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maladewa, Malaysia, dan Madagaskar.


Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.Sumber: Amaran Tsunami Aceh Bakal Melanda Malaysia 11 April 2012.




Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Terkini : Gempa Bumi sedang melanda sekarang. 11 April 2012 .

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
11/04/2012 - Lingkungan Jam 4.30pm(masih berlanjutan dibeberapa buah tempat sebentartadi)

‎8.9 scale earthquake in West Coast of Nothern Sumatera

Gegaran dirasai : Kampong Kota Lama Kanan, Perak. Malaysia
Gegaran dirasai : Sekitar Segambut.. Malaysia.
Gegaran dirasai : Sekitar Indonesia
Gegaran dirasai : Jln Ipoh kl, Malaysia ( sekejap dirasai )
Gegaran dirasai : Medan. Indonesia
Gegaran dirasai : Bota, Perak. 9 (hampir dirasai 5minit )
Gegaran dirasai : Parit Buntar dan Nibong Tebal, gegaran kuat, terhayun selama 5 minit
Gegaran dirasai : Sungai Boluh Selangor, Malaysia
Gegaran dirasai : Sekinchan, selangor. sekitar jam 04.50 ptg selama lebih kurang 3 minit
Gegaran dirasai : Putrajaya bergoyang 5 minit
Gegaran dirasai : Seluruh Pulau Pinang merasai .
Gegaran dirasai : Kulim dan alor setar , Kedah . Malaysia
Gegaran dirasai : Bangsar, KL ( gegaran selama 10minit , terdapat kerosakkan berlaku)
Gegaran dirasai : Permatang Pauh
Gegaran dirasai : PFCC Puchong
Gegaran dirasai : Sg petani pun bergegar..kami semua cabut lari keluar umah..serammmm
Gegaran dirasai : kuala perlis, perlis
Gegaran dirasai : Setapak.
Gegaran dirasai :



* Sumber gegaran adalah daripada Status Facebook rakan - rakan facebook Fanpage pengeRindu.com & komen .

Lagi Update dibawah :

Info dari Student Malaysia di Acheh

Update Gempa di Aceh : Doakan kami student Malaysia di sini selamat. Sekarang dalam operasi menyelamatkan diri. Muslimat telah kami pindahkan ke Masjid Unsyiah. Untuk Muslimin mereka telah pergi ke tempat yang jauh dari kawasan Darussalam dan pusat kota.
Kami telah maklumkan ke Konsulat di Medan dan Kedutaan di Jakarta.

TERBARU: Doakan kami, air sedang naik ke tanah tinggi. (Sumber : Abdullah Hakimi)


*Update susulan akan dilakukan sebentar lagi.

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Berhenti ke Sempadan Kalimantan (Pontianak,Bandar Mamanas) buat sementara. FPI vs Dayak .

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Adakah tragedi berdarah di Negara Jiran iaitu Kalimantan,Borneo akan berulang kembali? . Terkini Rakyat di Kepulauan Borneo ( Sabah , Sarawak dan Brunei ) adalah digesa untuk menyekat dahulu keinginan untuk ke Kalimantan pada masa sekarang kerana diberitakan Ada sedikit pergolakan antara agama atau bangsa masih terjadi disana .

Berikut adalah Lintas Langsung dari Twitter Mr.J bersama seorang rakan dari Kalimantan iaitu Alexander Mering juga sebagai Bloggers www.wisnupamungkas.blogspot.com.
Front pembela islam conflict with dayak group in pontianak, bandar memanas, orang2 bawa pedang dan senjata tajam,.
Enti bisi bala kaban deka bejalai ba' pontianak, tagang aja sida dulu, laban kami agi balat kiroh, belayak ngau FRon Pembela Islam (FPI)

Semoga perbalahan di Kalimantan cepat selesai tanpa pertumpahan darah.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Si Ibu ditembak , mereka diancam kepupusan ( Kisah Orang Utan yang menyayat hati )

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Satu hari si Ibu mengendong anaknya berjalan - jalan untuk mencari makanan dan tidak seperti dahulu kalau dahulu Si Ibu hanya perlu berjalan disekitar tempat tinggal sahaja tetapi sekarang Si Ibu dan anak terpaksa berjalan sejauh berpuluh kilometer demi mencari makanan seperti pucuk daun hutan.


Si anak pula masih kecil dan belum mengenal erti kehidupan , Si Ibu masih ingat beberapa tahun dahulu perkampungan mereka diceroboh oleh sekumpulan pembalak haram dan masa itu juga Si Ibu terkenangkan Si Ayah mati ditembak oleh pembalak dan bukan itu juga rakan - rakannya turut menjadi buruan beberapa pemburu haram dan juga penembak upahan yang diupah oleh pihak tertentu untuk membasmi mereka daripada tempat tinggal .

" Ibu , kenapa mereka tangkap kita ?" Si Anak berkata kepada Ibunya .

Si Ibu hanya terdiam sambil berlinangan airmata mengenang nasib yang tidak pasti lagi.

Mereka meneruskan perjalanan bagi mengisi perut setelah beberapa ketika mereka sampai ke satu tempat yang banyak buah - buahan . Si Ibu tersenyum lalu memanjat pokok rambutan sambil memberikan kepada anaknya.

Tiba - Tiba "Bang!!!!!"

Si Ibu jatuh dari dahan pokok rambutan sambil mengerang kesakitan .

Si anak terus berlari mendapatkan Ibunya .

"Ibu - ibu , apa mereka buat pada Ibu.." Si Anak.

"Anakku , hidup kita semakin susah didunia ini. Jagalah diri baik - baik , Ibu tak dapat lagi......" balas Si Ibu sambil menahan kesakitan yang amat sangat.

"Ibu!!!! bangun Ibu!!! ..."

Si Ibu terbaring menahan kesakitan akibat ditembak.

Si Anak yang masih belum mengerti apa yang diberlaku kepada Ibunya terus menyembunyikan diri dicelah - celah semak dan hanya memerhatikan Ibunya dari jauh . Beberapa manusia dilihat membawa Ibunya ke suatu tempat .


Kini Si Anak tinggal bersendirian didalam hutan , spesis orang utan semakin pupus akibat penebangan hutan daripada pembalak - pembalak dan juga pemburu haram . Kini tiada siapa tahu nasib Si Anak Orang Utan tersebut.

Itu hanya sebilangan kisah daripada Hutan Hujan Borneo ( Sabah , Sarawak , Brunei , Kalimantan ) dimana beratus - ratus orang utan dibunuh akibat pembalakan yang rakus .

Jika anda mempunyai kesedaran selepas membaca kisah ini sila share kisah ini kepada rakan anda .

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©