Kenapa sebilangan Masyarakat Luar sering mengatakan "orang sarawak" banyak pakai ilmu hitam?.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sarawak , sebuah tempat yang cukup misteri dari dahulu bahkan sering dikaitkan dengan penggunaan ilmu hitam yang terunggul sekali sehingga mampu menyantau ataupun menyihir anak gadis dari tempat lain khususnya gadis - gadis di semenangjung malaysia.

Suatu ketika dahulu , kehadiran rakyat - rakyat pemuda pemudi Sarawak ke Semenangjung Malaysia amat tidak disenangi oleh masyarakat disekeliling bahkan ada yang 'memomokkan' anak - anak mereka tentang penggunaan Ilmu Sihir dalam masyarakat Sarawak.

"...orang sarawak ini banyak pakai ilmu...kalau pergi ke sarawak nanti anak dara kita tak akan mahu balik sini lagi...jangan berkawan dengan orang sarawak...." 

Itu adalah sebahagian kata - kata sinis daripada masyarakat luar terhadap Rakyat Sarawak. Mr.J tidak tahu kenapa mentaliti sebilangan masyarakat tersebut masih lagi dibawah tahap kurang sedar atau lebih senang Mr.J katakan adalah mentaliti tahap "badigol".

Mungkin mereka lihat dari sejarah lampau iaitu melibatkan tradisi amalan pemburuan kepala dan justeru itu pelbagai andaian dibuat seolah direka bagi menakut - nakutkan anak - anak gadis mereka terhadap orang sarawak terutama seperti Mr.J yang berwajah seakan Pasha Biru ( ini dah keluar tajuk nih ..).

Mr.J tidak mahu mengulas lebih panjang disini kerana Mr.J tahu mungkin anda mempunyai kisah tersendiri yang seakan sama dengan apa yang Mr.J tuliskan.

- Mr.J

+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in

9 Jenis Ilmu "Hitam" / "Mistik" Orang Dayak di Borneo.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Masyarakat Dayak sering digeruni semenjak dari dahulu lagi bahkan telah banyak membantu askar - askar British menentang penjajahan Jepun dahulu. Masyarakat Dayak adalah menghuni di Kepulauan Borneo iaitu dimana terbahagi kepada 4 Bahagian Negara iaitu Brunei Darusalam , Sarawak , Sabah dan Kalimantan.

Dibawah ini Mr.J kongsikan nama serta "perkara" yang berkaitan dengan amalan mistik ataupun Ilmu mempertahankan diri masyarakat Dayak.

Panglima/Pahlawan Dayak di Kalimantan merupakan Pangkat Tertinggi di sana dan sering mengiring orang kenamaan VIP untuk sesuatu urusan. Gambar daripada - Mestre Iwan fb


1 . Penumbuk 9 Pintu
Membuatkan tumbukan anda menjadi mimpi buruk kepada pihak lawan.

2 . Jampi Berat Tanah
Membuatkan tulang anda tidak mampu menampung berat badan anda sehinggakan semuanya patah dan menyebabkan kematian.

3 . Panah Terung
mempunyai persamaan dengan ilmu hitam di Jawa. Dihantar menggunakan jampi dan orang yang menerimanya akan pasti meninggal dunia selepas badannya bertukar menjadi ungu seperti terung selama 3 hari.

4 . Panah Lombok
Salah satu daripada ilmu hitam juga dan jika terkena badan kita, badan kita akan terasa pedas dan menjadi merah. Kita juga akan sentiasa merasa haus dan air yang diminum juga akan terasa pedas. Badan kita akan menjadi lemah dan akan meninggal dunia dalam masa 1 minggu selepas terkena ilmu hitam ini.

5 . Bulu Perindu
Digunakan untuk menawan hati orang yang kita sukai. Jangan percaya sekiranya ada yang menawarkan untuk menjual kepada and kerana ilmu ini tidak dapat dipindahkan kecuali diperolehi sendiri daripada dunia ghaib.

6 . Minyak Bintang
Minyak yang digunakan untuk menyembuhkan patah tulang. Tulang akan pasti bercantum dalam masa 1 minggu walaupun parah.

Azimat sakti yang diperolehi selepas seseorang itu berjaya mengalahkan jin Babi yang tinggal di dalam hutan belantara Borneo. Membuatkan pemakainya menjadi kebal kepada segala senjata dan terutamanya peluru.

8 . Pedang Setan
Boleh melayang sendiri untuk mencari kepala musuh dimanapun mereka bersembunyi.

9 . Balsem Hitam
Disapu atau dititikkan ke objek-objek yang selalu digunakan oleh musuh kita. Mangsa akan meninggal dunia dalam masa 4 hari dengan simptom-simptom seperti serangan sakit jantung. - dipetik daripada Dayak People.


+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in

Taktik Pelaris Air iaitu Meludah ke dalam bungkusan Air Soya di Bangi!

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Kejadian ini dikatakan cukup "ceridak" bak dalam Bahasa Sarawak ianya memberi makna pengotor , memualkan dan boleh menyebabkan keloyaan terlampau.

Hal ini berlaku di Bangi, Selangor dimana seorang penjaja air soya tepi jalan dikatakan menggunakan kuasa 'sihir' ataupun 'pelaris' dengan meludah setiap bungkusan dalam plastik air sebelum memasukkan air soya.


Kejadian ini telah diupload oleh seorang penguna laman sosial yang kini disebar bagi tujuan kesedaran dan mohon ada tindakkan daripada pihak berkuasa.Tetapi tidak disahihkan bila kejadian ini berlaku.

Selepas ini Mr.J rasa ramai yang agak 'cuak' untuk membeli air di tepi jalan.. bayangkan berapa banyak yang telah 'menghirup' ludah si perniaga tersebut.

- Mr.J tak sangka masih ada pengamal 'ajaran sesat'.

+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in

Bahasa "Paloi" menunjukkan keperibadian yang "selekeh" atau pra matang.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Bahasa "Paloi" itulah kata yang boleh Mr.J katakan disini hanya si "Paloi" sahaja yang tahu setiap perkataan tersebut. Mungkin agak "kasar" sedikit jika Mr.J membahasakan pengunaan Bahasa tersebut sebagai 'Paloi' tetapi itulah realiti.

Mungkin anda juga mempunyai nama - nama samaran bagi pengunaan bahasa tersebut seperti contoh si bongok .

Tahukah orang tua anda membaca mesej anda sekiranya dalam pengunaan bahasa 'paloi' tersebut? .

Sumber gambar facebook sharing:

Pengunaan Bahasa menunjukan prilaku seseorang individu tersebut dan juga mempengaruhi setiap wataknya . Andai pengunaan bahasa yang "buruk" maka secara tidak langsung individu luar akan melabelkan anda seorang yang tidak mempunyai kekemasan dalam etika kehidupan atau bagi Mr.J adalah "Paloi".


Andai anda dalam kecemasan dan menghantar sms kepada rakan anda kemungkinan ia mengambil masa berjam - jam untuk mengungkai maksud setiap perkataan tersebut.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©