Apa yang anda harus tahu apa Tekanan yang dialami oleh Lelaki Kacak? - Mr.J

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Ramai wanita berangapan Lelaki Kacak adalah seorang yang tidak boleh didekati dengan dekat kerana mereka bijak menyusun kata andai leka maka dengan senang 'wanita' berada dalam 'dakapan' Lelaki Kacak.

Ternyata itu adalah gambaran ramai wanita kerana banyak menonton drama di TV , tapi pada realitinya Lelaki Kacak ini sebenarnya mereka berasa amat kesunyian (ini yg mr.j rasa nih) kerana sering dijauhi oleh kebanyakkan wanita .

Mr.J adalah Putera Katak asalnya.. Jika dicium dua kali Mr.J menjadi Katak semula.
Tidak diketahui sebab sebenar wanita tidak mahu mendekati Lelaki kacak mungkin kurang yakin "iyalah .. orang kacak tipulah tak ada gf" tapi sebaliknya setiap wanita impikan mendapat bf yang hinsum mcm si admin lelaki di PengeRindu.com . ( lelong - lelong )

Apa yang anda harus tahu apa Tekanan yang dialami oleh Lelaki Kacak?
1. Seringkali dibawa menjadi penyebab pengaduhan dua orang wanita di pejabat / jiran tetanga / anak dara sebelah rumah sewa paling kurang pun masam muka dengan kawan sendiri.

2. Selalu cuba untuk mengelakkan untuk bergaul bersama rakan - rakan wanita kerana risau akan menyebabkan diperguna oleh rakan wanita tersebut menjeleskan rakan wanita yang lain.

3. Biarpun Lelaki Kacak kata "I still Single" tetapi jawapan tersebut hanya menjadi bahan gelak si wanita sahaja.

4. Lelaki Kacak juga sering dipergunakan oleh si wanita untuk membalas dendam dan juga untuk menunjuk-nunjuk dihadapan rakan wanita yang lain.

5. Sering berasa putus asa hendak bercinta .. padahal baru sahaja hendak cuba 'mengayat' di sms..perkenalkan diri status 'single' terus dikata .."yerlah tak caya sungguh, muka hinsum pun xada tmn".

6. Lelaki Kacak lebih senang tergangu emosinya dalam percintaan, ini kerana apabila dalam hubungan cinta selalunya lelaki kacak lebih suka bermanja sangat sangat dgn kekasihnya..bahkan boleh merajuk walaupun hanya kerana sesuatu perkara yang remeh.

7. Lelaki Kacak tidak suka ditanya soalan yang sama berkali-kali dalam 1 hari .

8. Lelaki Kacak tidak suka bila mendapat tahu kekasihnya bangun lebih lewat daripadanya.
".. Dahlah Lewat Bangun lepastu suruh saya pigi tapau nasi pula.."

9. Jangan Pernah menipu hubungan anda, mungkin Lelaki Kacak 'anda tidak berduit' tapi jangan menipu perasaan anda.. Wang atau Cinta.. kerna sekiranya anda kantoi maka dia tidak teragak - agak menghalau anda ketika itu juga.

10. Lelaki Kacak memang agak senang jatuh cinta 'satu malam' kerana mereka ini sering dianggap 'playboy' oleh kaum wanita. Mungkin sebab seringkali mendengar perkataan Playboy dikaitkan dengannya maka , apa salahnya saya menjadi Playboy yang betul.

- Mr.J "betul kan.. "

+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in

"saya tahu dia akan pujuk saya juga" ramai wanita berkata demikian. - Mr.J

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Bercinta, adalah dimana satu hubungan diantara dua jiwa yang saling mengambil berat diantara satu sama lain, tetapi sering terjadi dalam hubungan itu adalah ketika "krisis" iaitu melibatkan 'prilaku' bergaduh serta merajuk sampai berbulan-bulan kerana masing-masing tidak mahu mengalah ataupun "suka dipujuk daripada memujuk" akhirnya bakal membuatkan salah seorang kehilangan cinta.

"..........saya tahu dia akan pujuk saya juga .........." ramai wanita berkata demikian - Mr.J

Selalunya "krisis" dimulakan dalam "sms" daripada "perbualan" kerana dalam "sms" pengunaan simbol seperti tanda "! ? ...... !!!! %@!$" lebih memberikan makna mendalam bila membaca apatah lagi ianya sebuah 'sms' yang bakal disimpan untuk tujuan "mencari kesalahan" diantara satu sama lain.

Selepas beberapa ketika masing - masing mula mencipta satu bentuk keegoan dalam "sms" maka telefon bimbit selalunya akan ditutup kerana mungkin sebagai tanda "protes atau mogok". Selalunya ianya tidak akan berakhir tetapi akan dilanjutkan ke laman sosial seperti facebook.

Bermula dengan memuatnaik rasa kekesalan, kesedihan dan kadang kala diselit kerinduan, ternyata dalam keadaan ketika itu rasa rindu dan cinta masih lagi menebal cuma disebabkan rasa keegoan untuk meminta maaf mahupun mengalahkan diri sehinggakan masing - masing diantara kedua pihak terus tidak 'menegur' satu sama lain walhal setiap hari setiap masa kedua - dua pihak mengharapkan deringan 'sms' atau panggilan.

"......In a Relationship to Single....." maka hal ini akan terjadi tetapi adakah benar - benar dalam hati serta perasaan tersebut sama sepertimana yang tertera di wall?, sudah seperti kebiasaannya rakan - rakan di jaringan sosial pun akan memberikan kata - kata "semangat".

Bagaimana pula dengan reaksi pihak saudara dan ahli keluarganya?. Mungkin Hubungan anda itu telah terjalin lama dan dikenali oleh ahli keluarga masing - masing maka perubahan "status" laman sosial anda itu bakal "mengejutkan" .

Tapi apakah daya, mungkin anda akan berkata bahawa "ini adalah jodoh dan mungkin sidia bukanlah jodoh saya" sambil mengenang kembali memori saat indah suatu ketika dahulu. 

Tapi bagi Mr.J apa yang berlaku bukanlah disebabkan istilah "Tiada Jodoh" , lazimnya istilah tersebut adalah merujuk kepada individu yang bersikap seperti "Tidak kisah" atau meletakkan keputusan yang melibatkan diri sendiri pada orang lain mengenai sesuatu hal sedangkan hal tersebut mungkin boleh dilakukan atau diselesaikan.

Istilah "Memujuk" bagi Mr.J adalah satu perkara seperti tahap kesabaran memancing sehingga mematahkan
pancing bila lama menunggu.
Baiklah, kini anda dan sidia telah lebih sebulan tidak bertanyakan khabar berita bukan kerana benci tetapi mungkin masih mengharapkan "dipujuk" tetapi malangnya dia yang selalu memujuk anda bahkan selalu mengalah dengan sikap anda sedangkan anda tahu bahawa anda bersalah tetapi anda membiarkan kerana merasa seperti "Permaisuri" setiap kali dipujuk.

Tetapi kali ini anda mungkin silap, ternyata dia yang suka mengalah serta memujuk anda dahulu walaupun anda tahu anda tidak pernah memujuknya kini terasa seperti 'jauh'. Segalanya  berubah dan ketika itu anda mula mencapai telefon bimbit dan menghantar mesej bertanya khabar, meminta maaf dan sebagainya .

Anda buat pertama kalinya menghubungi untuk meminta maaf serta memujuk tetapi  nombor yangnya telah tidak diguna lagi. 

Maka ketika itu anda bagaikan kesedihan dan mula merasakan satu penyesalan, anda tidak berputus asa dan anda akan cuba menghubungi rakannya bahkah mendail atau menghantar pesanana berkali - kali kepada nombornya sedangkan anda tahu nombornya telah tidak digunakan lagi.

Saat itu anda akan tahu bahawa apa yang dirasainya terdahulu ketika sidia menghantar pesanan berkali - kali bahkan juga mendail kepada anda tetapi anda hanya mengabaikan bahkan 'suka' bila membaca 'sms' pujukkan daripadanya.

Suatu ketika dahulu anda berkata ".......saya tahu dia akan pujuk saya juga ........"

- Mr.J

+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©