PELIK : Ular lumpuh akibat serangan "Hama" / Kutu Penghisap Darah..eh.."ama ukoi" kok kami Iban. - Mr.J

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
PELIK, mungkin inilah salah satu contoh daripada peribahasa malaysia iaitu "Bersatu Teguh Bercerai Roboh". Selalunya "Ama Ukoi" ini berada di sekitar celah telingga anjing dan juga di badang kucing, kerjanya adalah menghisap darah sehingga kembung dan ia akan melepaskan "lovebite" seterusnya berehat apabila sudah kekenyangan.
"Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh"
Gambar diatas diambil daripada perkongsian di laman sosial facebook dan menunjukkan ratusan "Ama Ukoi" menyerang kepala ular sehingga mengakibatkan "lumpuh" seketika.

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

"Entambah / Kesindap" spesis Kelawar Gergasi berjaya ditembak jatuh.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Gambar yang dikirim sahabat "Pengerindu Fb Page", percaya atau tidak dengan kewujudan "Kelawar Raksasa" dan jika di Sarawak setahu Mr.J yang paling besar adalah spesis Kelawar yang dipanggil dengan nama "entambah" oleh masyarakat di sana tapi tidaklah sebesar seperti dalam gambar dibawah ini.

Kelawar Gergasi
rasanya mungkin agak enak - mr.j
Jika anda mempunyai sedikit sebanyak tentang spesis ini bolehlah kongsi bersama pembaca di ruangan komen dibawah.
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

BONGKAR! Pembunuh Kucing yang sebenar, Kontroversi Kucing dipijak dengan Kasut Tumit Tinggi hingga MATI.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Seorang penguna laman sosial yang berdaftar dengan nama samaran iaitu "Amoyy Mongek" telah mengemparkan para pengguna laman sosial facebook yang lain terutamanya daripada Malaysia, ini berikutan beberapa gambar anak kucing yang dibunuh diseksa dengan kejam sehingga mati malah dipijak dengan kasut tumit tinggi di bahagian mata sehingga pecah.

Gambar tersebut telah menaikkan kemarahan kepada para pencinta haiwan di malaysia khususnya para "cat lovers". Tetapi , setelah Mr.J meneliti gambar tersebut dan mengenalpasti bahawa gambar tersebut adalah gambar seorang wanita dipercayai lokasi di China dan bukannya gambar asli milik akaun ""Amoyy Mongek" yang meng upload di akaunnya.

Baca berita mengenai Perempuan China ini di http://adf.ly/rlani
Tidak dapat dipastikan apakah motif utama pengguna laman sosial tersebut mengupload gambar orang lain dengan meletakkan kapsyen seaakan 'dia' membunuh kucing tersebut kerana mencuri makanannya.

Setelah diselidik dan disiasat oleh Mr.J, maka itu hanya satu "gurauan" budak sekolah yang kehausan menambah followers dan like facebooknya.

- Mr.J

2 Ekor Anak Babi yang "Comilnyerrr" meluru masuk ke dalam rumah.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Tidak ada istilah lain melainkan "Comel" bagi Mr.J mengambarkan kecomelan anak babi ini, dengan warna berceloreng dengan kecomelan hidungnya maka dinobatkan kecomelan diantara Hamster dan Anak Babi kini milik anak babi. errkk , ok Mr.J dah mula merapu apa pun kita terus ke berita yang disiarkan harian metro tersebut.

Comelkan..
Melaka: Lima sekeluarga menempuh detik cemas apabila rumah didiami dimasuki dua anak babi hutan di Taman Paya Rumput Indah, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, dua haiwan liar yang dipercayai datang dari hutan berhampiran meluru masuk ke dalam rumah berkenaan ketika pemiliknya Azimi Bachik, 40, mahu menutup pintu pagar kediaman terbabit.

Lebih malang, keluarga itu terpaksa menunggu lebih sejam sebelum haiwan disangka musang dan terperangkap di dalam bilik air rumah mereka berjaya ditangkap oleh dua lelaki bersama anggota bomba.


》Mr.J《

Kepercayaan dan Mitos : "Hanya Bunyi Guruh dan Petir sahaja yang akan melepaskan Gigitan Kura dan Lelabi".

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Hidup bersama dengan pelbagai etnik kaum di Sarawak cukup membuatkan anda mendapatkan pelbagai cerita menarik bahkan amalan serta budaya yang unik sekali.

Kali ini Mr.J hendak berceritakan sedikit mengenai satu *kepercayaan ( tidak pasti sama ada mitos ) mengenai "Gigitan Kura - Kura ataupun Lelabi".

Sewaktu kecil dahulu Mr.J sering diperdengarkan kisah ataupun Pantang Larang sebegini iaitu:
"jari jaga enggai ke diketup lelabi / kura , bunyi guntur kilat baru 'ia' ngeleka ke jari nuan" maksudnya adalah berbunyi "sila jaga jari anda bila menjenguk / menlihat kura/labi-labi kerana khuartir akan digigit 'nya' , hanya bunyi guruh serta kilat barulah 'dia' akan melepaskan jari anda" .

Ini pula dicium labi - labi.
Telah menjadi kebiasaan bagi kanak - kanak apabila melihat sesuatu haiwan di kandang akan berasa teruja bahkan suka menyentuh , mungkin ianya adalah sejenis 'amaran nasihat' kepada kanak - kanak nakal supaya tidak menganggu haiwan tersebut.

Tapi tidak dinafikan bahawa gigitan Kura - Kura mahupun Labi - Labi cukup sakit sekali bahkan ada beberapa berita pernah menyiarkan bahawa gigitan haiwan tersebut mampu memutuskan jari anda. 

Jadi, sila awasi anak anda sekiranya anda anda membela haiwan peliharaan seperti labi - labi ataupun kura - kura kerana bila terkena gigit hanya bunyi guruh serta kilat yang mampu membuatkan haiwan tersebut melepaskan gigitan tersebut.

Mr.J

Apa itu AMBAL / SIPUT BULUH , bersama Ms DJP

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
~AMBAL/SIPUT BULUH~ bersama MizzDjp.

Ambal -atau lazim nya di kenali sebagai siput buluh atau lala atau nama lain nya berbeza-beza sebutan, bergantung kepada sesebuah tempat dan bangsa adalah sejenis makanan laut yang boleh di temui di sekitar pantai laut.

Di sarawak, ambal seringkali di temui di sekitar pantai asajaya, Kuching terutama pada musim ambal sekitar bulan october hingga februari. Siput buluh ini amat mudah di cari dan memerlukan 'teknik tertentu' kerana ianya bersembunyi di pasir pantai dan jumlah ambal yg bersembunyi bergantung kepada pasang surutnya air laut.

Secara teknikal, pencari ambal akan menggunakan sejenis kayu di reka khas yang di namakan sebagai 'PENUNGGAL' untuk melancarkan proses pencarian ambal dan sejenis buluh kecil kira2 sebesar sebatang pensil yang sudah di isi dengan serbuk kapur untur memaksa ambal keluar dari persembunyian di dalam pasir pantai.

Lazimnya, ambal seringkali mendapat sambutan yg menggalakkan dan boleh di beli di pasar2 basah sekitar kuching sarawak. Pencari ambal dikhabarkan boleh menjana pendapatan seharian yg agak lumayan dengan menjual ambal dan harga pasaran di anggarkan boleh mencecah sehingga RM18 hingga RM30 sekilogram bergantung kepada jenis ambal tersebut.

Di Kuching, ambal boleh kita temui di jual oleh peniaga ditepi-tepi jalan sekitar kawasan tabuan dan kota samarahan dengan harga rm18 sekilogram. Ambal atau siput buluh ini amat Sedap di makan di masak kari, atau kukus cicah bersama sambal,limau dan cili atau cara lain nya bergantung kepada selera individu. Rasanya seakan akan siput sungai dan mudah di makan tanpa perlu menyedut nya terlebih dahulu.

Siput Buluh atau disebut "Ambal" di Sarawak.

~MizzDjp teringin nak mencuba mencari ambal suatu hari nanti. Ambal ialah feveret seafood mizzdjp selain ketam, sotong dan obor-obor.

#MizzDjp

Seekor Anjing 'berdoa' ke Gereja setiap hari selepas mengikuti upacara kematian tuannya.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Ini adalah kisah pahit manis yang boleh membuatkan anda sedikit berasa 'hiba'. Seekor Anjing baka German Shepherd yang bernama Tommy kini setiap hari mengunjungi Gereja selepas mengikuti upacara kematian tuannya.

Tonton Video di ipost.
Tommy mula melawat setiap hari gereja seperti seakan - akan berdoa supaya Tuannya aman damai di 'sana'.

Anjing sepertimana yang kita tahu adalah seekor haiwan yang sangat setia kepada tuanya dan sangat mengingati bahkan pernah terjadi dimana seekor anjing melawan seekor kerbau yang mengamuk daripada membunuh tuanya.

- Mr.J
+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in

Kepercayaan: Kesan jika anda "Puni / Punik" (Kempunan) di Sarawak. Ini bukan kisah Batu Belah Batu Bertangkup.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sinonimnya kalau diajukan mengenai Negara Sarawak pastinya jawapan yang diberi akan menyatakan tentang Rumah Panjang, Hari Gawai Dayak, Kek Lapis, Ikan Terubuk, Tarian, "Headhunters" dan tidak ketinggalan "Bujang Senang".

Ada satu kepercayaan masyarakat di Sarawak yang berkait-rapat atau boleh dikatakan punca seseorang itu menjadi mangsa kepada keganasan Buaya di sekitar sungai - sungai yang ada di Sarawak.

Andai masyarakat melayu di semenanjung malaysia akan ditelan oleh batu belah batu bertangkup jikalau 'kempunan' seperti digambarkan dalam filem klasik lain pula jika di tempat Mr.J iaitu di Borneo.

Kempunan disebut "Puni / Punik" dalam masyarakat Sarawak manakala di Sabah pula disebut "Tapun" mungkin rakan pembaca dari Sabah boleh kongsikan apa yang berlaku sekiranya tidak "tapun" dulu...

Ringkasnya ianya merujuk kepada prilaku individu yang menolak pemberian mahupun dari segi makanan daripada individu lain.

Jika anda merancang untuk ke Rumah Panjang mahupun Rumah Etnik lain di Sarawak pastikan anda tidak "menolak" bila diberi makanan ataupun minuman oleh si tuan rumah lebih - lebih lagi jika Rumah Panjang. 

Jika anda menolak 'pemberian' (lebih kepada makanan, buah tangan) , mereka juga tahu bahawa anda tidak bermakna untuk tidak menghormati mereka dan paling kurang pun anda haruslah menyentuh 'pemberian' mereka sebagai tanda anda telah menerima. 

"Tidak mahu sentuh dan tak mahu terima makanan atau minuman kerana ianya bercanggah dari ajaran ugama saya". 

Ayat diatas mungkin jarang digunakan oleh masyarakat luar bila melancong ke Sarawak tetapi tidak dinafikan sememangnya ada , tapi anda tidak payahlah berkata sedemikia kerana masyarakat di sana sudah tahu berdasarkan penampilan serta loghat percakapan anda.

Gagasan 1Malaysia sebenarnya sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini dan ia lebih ketara dan jelas dalam amalan hidup rakyat Sarawak.

"jika ada orang pakai "tudung" datang maka jangan kasi dia minum tuak kasi dia minum ai uren sahaja dan kasi tau apa jenis jamuan lauk yang kita ada.. kasitau sama dia.. yang itu daging babi..tidak boleh makan...pantang larang dia punya tuhan...yang itu daging ayam dalam buluh boleh makan..." 

Atas adalah contoh ungkapan peringatan yang diberikan Tuai Rumah kepada penghuni rumah panjang serta selalu diberitahu oleh ibubapa kepada anak mereka sekiranya ada orang "bertudung" (merujuk kepada penganut agama islam) datang berkunjung bila Perayaan Hari Gawai Dayak.

Tapi sekiranya anda tidak memakai tudung dan hanya senyum kembing serta diam sahaja kemungkinan mereka sediakan juadah apa yang ada termasuklah daging babi yang ber-aneka jenis masakkan , empuk, lazat dan mengenyangkan di hadapan anda. 

Jangan diam sahaja dan terus makan ( nampak sangat gelojoh ) tanya tuan rumah ini daging apa itu sayur apa dan sebagainya, kalau anda termakan ...nasib engkaulah labu...jangan nak salahkan mereka dan cuba ugut mereka pula sambil meninggikan suara dan berkata..
Amaran: Pastikan anda tidak berkata sedemikian."agama saya xxxxxxx, ini awak bagi saya makan babi tau tak! balik malaya saya akan saman seluruh rumah panjang yang tak bertamadun ini dan saman juga kerajaan sarawak". 
Pertuturan anda bila berkunjung ke rumah panjang harus dijaga, lebih - lebih lagi sekiranya berkunjung ke rumah panjang yang terletak jauh dalam kawasan pendalaman dan anda berada Borneo, jangan ada "tengkorak" tambahan menjadi koleksi mereka. 

Tengkorak "Musuh" masih dipamerkan di Rumah Panjai Mr.J di Rantau Sukat, Roban. Sarawak.
Nota Ringkas : Amalan Pemburuan kepala 
Pemburuan kepala ialah amalan memancung kepala seseorang selepas membunuhnya. Ia diamalkan pada zaman prasejarah di China, India, Nigeria, Nuristan, Myanmar, Borneo, Filipina, Taiwan, Jepun, Mikronesia, Melanesia, New Zealand, dan Lembangan Amazon. Sekiranya ada kesempatan Mr.J akan cerita mengenai Adat Pemburuan Kepala di Sarawak, Borneo.

Pendapat atau ungkapan seperti itu juga sering Mr.J dengar tetapi jangan risau biarpun penduduk rumah panjang jangan disangka mereka tidak mempunyai akaun facebook.
"jika berkunjung ke rumah panjang maka anda akan dipaksa untuk minum biarpun ianya bercanggah dengan ajaran kita.. kena paksa juga..." Itu hanya auta dan bukan fakta - Mr.J
Tapi tahukah anda apa akan terjadi jika anda "Puni / Punik" di Sarawak? Berkemungkinan anda telah disenaraikan sebagai "Senarai Buruan" oleh Keturunan "Bujang Senang" jika menghampiri mana - mana sungai di Sarawak dan juga akan ada nasib tak elok seperti contoh kemalangan berlaku ke atas anda.

Hal ini telah terjadi kepada Mr.J sendiri pada bulan November pada tahun 1999 di Sibu, Sarawak apabila mahu cepat balik daripada rumah panjang rakan sedangkan ketika itu emaknya telah menyediakan makanan untuk dimakan dan menyuruh saya makan dahulu paling tidak pun sekadar sentuh .

Oleh kerana ingin cepat Mr.J tidak mengendahkan dan terus memecut motosikal dan akhirnya tidak jauh daripada Hospital Besar Sibu tidak dijangka Mr.J telah mengalami kemalangan dengan sebuah kereta dimana tersepit di bawah kereta proton saga dan mengalami patah tulang kaki dan menjalani peperiksaan SPM di Hospital.

- Mr.J "Dakinek!~"

mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media

Air Sungai Rajang bakal meningkat pada paras bahaya.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sungai Rajang merupakan terbesar dan terpanjang di *Asia.
Paras air Sungai Rajang cecah paras berjaga-jaga dan para penduduk berdekatan dinasihati bersiap sedia untuk menghadapi kemungkin limpahan air Sg. Rajang yang boleh menyebabkan banjir berlaku di beberapa tempat kawasan khusunya Negeri seperti Sibu dan Kapit.

Semalam beberapa kawasan di Sibu, Sarawak ditengelami air pasang 'besar' dari limpahan Sg. Rajang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Sibu, Abdul Mutalib Rashid memberi jaminan anggota serta peralatan menyelamat akan digerakkan dengan segera sekiranya keadaan memerlukan.

“Cuti anggota kita juga telah dikawal tetapi belum dibekukan memandangkan keadaan masih belum serius lagi,” ujarnya. Mengenai peralatan, beliau memberitahu pihaknya telah menyediakan beberapa buah bot, lori serta kenderaan pelbagai guna untuk kegunaan semasa banjir. katanya di Borneo Post

Info Tentang Sungai Rajang
Sungai Rajang merupakan sungai yang terpanjang di Negara Bersekutu Malaysia. Ia terletak di negeri Sarawak. Panjangnya 563 km dari Banjaran Iran di tengah pulau Borneo ke Laut China Selatan di Barat. Sungai ini boleh dimudiki hingga pekan Kapit, Sarawak. Di bahagian hulu sungai, balak diangkut mengunakan jalan sungai ini.

Katak 'Gagal' menipu rakyat Sarawak mengenai 'Penubuhan' Persatuan Perkasa di Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sebelum jari jemari Mr.J menari lebih ligat lagi di papan kekunci ini terlebih dahulu pernahkah anda menikmati sesuatu makanan yang boleh dikategorikan sebagai 'esotik' ataupun pelik bagi anda?. Katak, ramai yang geli dengan katak tetapi ianya merupakan makanan yang lazat bagi Mr.J.

Daging Katak yang empuk.
Reputasi spesis haiwan amfibia tersebut yang mampu bernafas di air, darat serta di dalam tempurung kelapa sedikit sebanyak telah tercalar.

Ini kerana Duta Katak iaitu Ibrahim Ali tidak memberi banyak 'imej' positif kepada spesis amfibia tersebut, walaupun telah diberikan status Duta Katak oleh masyarakat malaysia yang prihatin.

Kalau tidak silap Mr.J iaitu dua hari yang lepas apabila Ketua Kumpulan Perkasa atau lebih dikenali sebagai Bapa Perkauman iaitu Ibrahim Ali telah berkata serta menyelar beberapa NGO di Sarawak yang mahukan Pertubuhannya itu di Halang masuk ke Sarawak.

Bagaimanapun Bapa Perkauman itu berkata dengan riak sekali bahawa kita ( Merujuk kepada Sarawakian serta NGO Sarawak ) ketinggalan maklumat kerana PERKASA telah wujuddi semua negeri sejak empat tahun lalu, termasuk bumi kenyalang , Sarawak.

Bagi membuat atau memasak daging katak yang empuk anda perlukan rempah yang sesuai bergitu juga apa yang dikatakan oleh Ibrahim Ali haruslah disokong sebulatnya oleh pengikutnya iaitu Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali juga berkata Perkasa sememangnya sudah bertapak di Sarawak sejak 2009 dan kini mempunyai lebih dari 3,000 ahli di negeri bumi kenyalang itu.

Kicap dan Halia juga perlu dicampur dalam masakan daging katak supaya aura wanginya naik. Nampaknya  kelibat bakal penganti kepada Ibrahim Ali sudah kelihatan disitu mungkin Syed Hassan Syed Ali calon yang sesuai.

Tetapi malang berganda menimpa Ibrahim Ali dan Syed Hasan khususnya Pertubuhan Perkasa apabila Pendaftar negeri Pertubuhan (ROS) memberi respon yang sangat memalukan iaitu Tidak ada Perkasa di Sarawak. 

"Sebagai satu sebagai rekod kami di ROS Sarawak, Perkasa tidak mempunyai cawangan di Sarawak." - ROS
Kehadiran 'Perkasa' tidak disenangi di Sarawak termasuk Kepimpinan Parti Komponen BN iaitu PBB.
Pejabat Pendaftar negeri Pertubuhan (ROS) menerima pelbagai pertanyaan ekoran kenyataan Perkasa yang mengatakan telah bertapak di Sarawak sejak tahun 2008 serta ahli seramai 3,000 orang.

'Perkasa' atau Pertubuhan NGO yang dikenali sebagai Pertubuhan Rasis atau juga Geng 'Bapa Perkauman' di Sabah dan Sarawak.

"Bagaikan minum Cap Apek tidak bertabas" itulah perumpamaan yang Mr.J dapat beri kepada Perkasa dalam isu ini. 

Sudahkah anda membaca Pantun Sentap yang dikhaskan kepada Ibrahim Ali oleh Masyarakat Sabah dan Sarawak?

- Mr.J

Pantun Sentap rakyat Sabah & Sarawak kepada Ibrahim Ali 'Ging Perkasa'. Mohon Terasa.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Tidak dinafikan bahawa khususnya rakyat malaysia bukan sahaja orang melayu malah orang bukan melayu juga pandai bermain dengan pantun.

Hal ini terselah di facebook rasmi blog apabila Mr.J memberikan 'cabaran' atau 'kuiz' berbentuk Pantun tetapi harus mempunyai syarat iaitu setiap pantun harus ada perkataan 'Ibrahim Ali' .


Kreatif, rakyat Sabah dan Sarawak bijak bermain 'Pantun' . 

Dibawah ini adalah beberapa pantun yang telah diberikan oleh 'likes' fb page pengerindu.com , hakcipta pantun adalah milik sepenuhnya individu tersebut sila kekalkan nama pencipta rangkap pantun tersebut.

Chakoi Chang K - 
Kura-kura dlm perahu,
anak buaya main congkak.
Kalau Ibrahim Ali katak nak tahu.
Bumi Sarawak bukan utk awak.... Katak....

Eillen I-
Lompat si katak lompat,
lompat lah tinggi-tinggi,
cepat lah adik cepat,
kita singkir kan Ibrahim Ali....

Oroci Maru - kanan kiri kanan kiri, fakyu ibrahim ali..

Gabriel K. U -
Budak hitam bermain api,
Katak dimasak didalam kuali,
Sapa tak kenal si Ibrahim Ali,
Memang patut PERKASA dikeji.

Harry Prince O - ibrahim ali a.k.a apai sali, apai sali a.k.a ibrahim ali.

GamanGudol J-
Ibrahim ali nama diberi,
Berkati kati katak kena sembelih,
Isu agama hobinya tak terperi
Perkaumannya siapa nak beli......

Ladde Rawing W -
dua tiga kuching berlari,
mana sama si kuching belang,
dua tiga si katak lompat,
baru sama dengan ibrahim ali.

Genesis D Lang -
Lompat si katak lompat,
lompatlah tinggi-tinggi,
hebat brahem ali hebat,
dipenjara pun xsampai sehari.

Junior Darius -
Bumi borneo bumi kami,
ibrahim ali boleh blaah.
Jangan main sama kami,
hilang kepala jangan menyesal.
Perkasa sampah buat semak,
slogan palsu mcam tai.
Baik balik duduk diam,
jangan kacau kami disini.    "macam sajak saja pula perserta ini . :)" - Mr.J

Mincda S -
Dulu pas sekarang pekasa
ITU dia Ibrahim Ali
Sabah sarawak sori saja ba
Ko punnya ideologi kami tak sudi

Chris L -
Lelaki PERKASA lemah dan lesi,
Imbangkan tenaga dgn tongkat ALI.
Ngo PERKASA perkauman basi,
BORNEO bangkit mengharamkan IBRAHIM ALI.

-MizzDjp-
Mantera Tok bomoh tersalah baca,
Nujum pak belalang tersilap jampi,
Ibrahim ali kalo tak nak hilang kepala,
Jgn mimpi nak datang negara kami.

Vhertsz Panggau Libau - 
Burung kuncit terebai tinggi..
Tinggi nimpai pun keladan...
Datai kitu mh d ibrahim ali...
Enti ke nyepi leka sembilan... kahkahkah    "Steady akih pangau libau! Wakaka- Wynchester Unyau "

Didi N -
Ibrahim ali, si katak sombong,
Bapa perkauman, berbau racist,
Kalo berani datanglah sekarang,
badan ko habis di siat-siat.

Avean Freda G -
Katak dimasak di dalam kuali ,
Ibrahim ali u mari u mati.

Agi idup agi ngelaban ,
Makin dik mansang makin dilaban.

Leka dabai dibelah dua,
Dik kitu sigi dibelah tiga.

James Rikah - 
Ibrahim Ali dipotong potong,
Dipotong Guna Parang Ilang,
Kalau Berani janganlah datang,
nanti dipotong Kepala pun Hilang.

Boy Zack -
Tua-tua ibrahim ali,
Rumah kata pergi,
Kubur kata mari,
Ngam la tu kau jadi BABI!

Mincda S -
Ibrahim Ali sia sudah bilang
Jangan ko datang kami sik pandang

Di sabah bikin pusas
Di Sarawak gaga ka tabas

Geeluke Lee - Kacang putih kacang merah Piiiraaahhh ibrahim ali..

Sekudan Tuai Dz -
Bumi borneo nama diberi
Kaya dgn ektniknya yg bersatu hati
Hentikan saja hasrat kau ibrahim ali
Kalau tak nak kepala kau hilang

Richie M - 
Awal pagi gALI Perigi,
Perigi digALI pakai Mandi,
Tua tua Si Ibrahim Ali,
Datang sini lu Langsi.

Prakhakpak Brooktook -
Anak cina mencari tali
Tali disimpan didalam peti
Jgn kau cuba2 ibrahim ali
Pijak borneo lu mati.

Tony Yesudas J -
hari hujan katak menyanyi,
katak menyanyi di dalam kuali
piiraahh kaw ibrahim ali,
haram jadah kaw masuk ke negara kami.

Pengandai Tuai II -
Dari bintulu hendak ke miri,
Membeli durian untuk pak ucu,
Kalau nak tahu siapa hantu,
Itu lh dia Ibrahim Ali.

Patrick Daim N-
Cari katak dimalam hari,
Katak dimasak di dalam kuali,
Ibrahim ali memang aku benci,
Pijak borneo pasti mati.

Bujang Sebindang -
Gagah PERKASA di malam hari..
Buat persediaan si pengantin lelaki..
Lainlah pula PERKASA si Ibrahim Ali...
Terlalu RACIST dan mementingkan diri..

Wil Fred Sweden -
kalah tidak dpt penalti,
Ibrahimovich score 2 gol mlm td,
Macam bodo je mcm bodo je ibrahim ali,
Hari hari katak kena maki
makan nyamai gulai maggi.

Nail L-
pgi2 ibrahim ali makan magie.
.mkan magie guna jari..
tahap bodo ibrahim ali
mkin menjadi..
bodo dia mkan tahi..

Sentew C-
Negara sarawak perkasa dan kebal,
semua rakyat bersatu hati,
IBRAHIM ALI kata nak bakar BIBLE,
pijak tanah sarawak je dia mesti mati.

Kate C-
Ibrahim ali si katak gelaran dibagi , sudahlah lali jangan sampai pas ni kena gelar babi..

Anderson T-
tua2 makin menjadi..
itulah dia ibrahim ali..
ni kau pekak ke kau tuli..
org bg chan sruh pegi nak mati

Anderson T-
pg2 minum kopi..
minum kopi tomgkat ali..
jangan berani2 kau ibrahim ali


Seluruh Ketua Parti Komponen Barisan Nasional di Sarawak termasuk Parti Taib Mahmud iaitu PBB menyuruh Ibrahim Ali supaya 'GET LOST' dari Sarawak.

Tidak semestinya rakan kongsi BN setuju semua perkara terutamanya bila melibatkan 'Agama' serta keharmonian lebih dari 30 etnik di Sarawak. 

“We are much better off without them (Perkasa),”. - Tan Sri James Masing

Perkasa “is not welcome in Sarawak”. - PBB

"Sebarang percubaan oleh kumpulan-kumpulan dari luar negeri, terutamanya mereka yang mempunyai sikap perkauman dan radikal, akan merebak ke negeri ini dan mengganggu keharmonian yang sedia ada di kalangan penduduk tempatan hendaklah dihentikan dari awal lagi." - T.Sri Mawam Ikom

“Abrahyince Altly Perthcassa spesis katak berbahaya dan harus dimandulkan supaya tidak beranak-pinak". - Mr.J

Wajib baca  ➳  Apa Itu "Abrahyince Altly Perthcassa"

- Mr.J

Come on Lah... Itu hanya Burger Babi ...

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Amaran : Anda dilarang keras membaca artikel ini sekiranya anda mempunyai mentaliti seperti Persatuan Katak Katik Se-Malaysia kerana khuartir setelah membaca artikel ini akan membuatkan anda 'terkeluar landasan agama' dengan tiba-tiba sahaja walaupun tanpa bimbingan.

Mr.J hari ini tertarik dengan satu laporan di warta online Sinar Harian iaitu mengenai Daging Burger Babi , The Best Pork Burger In Town! . 

Seperti kebiasaan bila waktu terkujuh katak akan berbunyi dengan nyaring sekali seperti sudah dijangkakan Persatuan Pertubuhan Wira Katak Katik Se-Malaysia tidak termasuk Sabah & Sarawak mengecam dengan lantang sekali mengenai isu tersebut.

"GEORGETOWN - Burger Babi Terbaik Di Bandar Ini! Perkataan dalam bahasa Inggeris itu jelas boleh dilihat pada kain rentang di depan sebuah kios yang terletak di tingkat bawah tanah sebuah pusat beli belah terkemuka di negeri ini." Sinar Harian 4/11/2013

Bagi Mr.J tiada apa yang pelik dan hendak dibangkitkan dalam isu tersebut atau kemungkinan ada orang 'melayu' iaitu yang pergi makan Burger Babi tersebut , ataupun Burger Babi tersebut belum lagi di 'tax' GST 6% membuatkan 'mereka' cepat mengelabah.

Andai katalah semua minda rakyat jelata berfikiran seperti ahli - ahli Pertubuhan Wira Katak Katik maka hancurlah sebuah Negara Persekutuan yang terbentuk sejak 16 September 1963 yang bernama Negara Persekutuan Malaysia .

Berbalik kepada kisah Burger Babi The Best In Town yang dikecam hebat , be fair lah kita sebagai rakyat malaysia bersikap bertolak ansur dan besar - besar signboard sana tulis PORK janganlah menyibuk hal orang lain bagaimana jika Melayu menjual Burger Lembu dan ketika itu wujud Pertubuhan seperti Persatuan Katak menyalahkan Perniaga Burger Lembu kerana menyingung sensiviti penganut Hindu?.

Info ini tidak bermakna mengalakkan anda makan Babi.
Come on lah Kami di Sabah & Sarawak boleh menjaga hubungan antara Agama & Bangsa lebih baik sedangkan kami ada lebih daripada 40 Etnik , Bangsa dan Agama daripada S.Malaysia yang hanya ada 3 Bangsa Utama tetapi tak pernah senang untuk duduk bersama. 

Walaupun Kami di Sabah dan Sarawak sering dihina dengan tinggal di pokok , hidup didalam gua , makan manusia dan sebagainya tetapi keutuhan diantara Kaum dan Agama kami tinggi berbanding yang baru hendak memulakan slogan '1Malaysia'.

Fobia sangat dengan istilah 'Babi' tetapi perangai Babi lebih elok daripada sebilangan manusia yang pengampu , perasuah dan sebagainya. 

Tidak ada keraguan kerana kedai tersebut dan 'Terpampang Jelas" Tulisan PORK diluar Premisnya dan tidak menjadi isu Perkataan PORK boleh melemahkan Iman anda.

Opps, btw sebelum itu Negara Malaysia ini bukanlah Negara Islam kerana apa yang Mr.J tahu Negara Islam mestilah Negara yang Tiada Casino , Kilang Arak dan sebagainya .

- Mr.J suka makan katak .

mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media

Koperal Hilda ak Wilson dari Saratok, Sarawak mencipta sejarah sebagai Wanita Pertama PDRM Kendali Anjing K9.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Daripada minat serta kasih sayang yang mendalam terhadap haiwan ciptaan Tuhan iaitu Anjing membuatkan seorang wanita kelahiran Saratok , Sarawak mencipta sejarah dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila dipilih sebagai pengendali anjing wanita pertama . 

Mr.J kekadang kesian kepada sebilangan 'individu' yang boleh dikatakan agak bodoh bila setiap kali marah sering menamakan individu lain 'Anjing' bahkan sifat anjing ternyata lebih baik daripada sebilangan manusia .

Bukan itu sahaja , anjing sering dibicarakan sebagai seekor haiwan yang jijik malah kotor serta hina oleh 'sesetengah' individu yang cetek akalnya , sepertimana yang kita selalu baca dan lihat disekeliling .

Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencipta sejarah tersendiri apabila buat julung kali seorang anggota polis wanita dipilih sebagai pengendali anjing wanita pertama.

Koperal Hilda ak Wilson, 29, berkata minat membela anjing sejak kecil antara faktor anak bongsu dari empat beradik itu menyertai unit K9 PDRM.

“Saya menjalani kursus selama empat bulan di Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk mengendali anjing K9 jenis Labrador bernama Da Hei, sebelum menjalankan tugas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL),” katanya.

Wanita berasal dari Saratok, Sarawak itu dijangka memberi dorongan dan perangsang kepada lebih ramai anggota polis wanita untuk menceburkan diri bertugas dalam Unit K9 PDRM.

“Cabaran dihadapi untuk mengendali anjing K9 adalah memastikan haiwan itu patuh pada arahan.

“Anjing berkenaan perlu menjalani latihan kemahiran seperti duduk, baring dan mengesan dadah,” katanya ketika ditemui selepas Persembahan Khas unit K9 di PULAPOL Kuala Lumpur, semalam.

- Mr.J via Sinar Harian

mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media

Bila Bangladesh 'menjajah' Sibu , Sarawak .. kambing melepak di bandar.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Tidak pernah sekali permandangan seperti ini berlaku di Sibu , Sarawak dahulu dan untuk pengetahuan semua 10 tahun yang lepas tidak ada kelihatan walau 1 Bangla berada di Bumi Kenyalang tetapi kini kuantiti kelihatan semakin meningkat .

Selepas Bandaraya Kuala Lumpur 'dijajah' Bangla, nepal , myammar kini giliran Sarawak pula. 'Bangla' invasion sedang berperingkat di Sibu, Sarawak. Satu hari nanti tidak mustahil ada warganegara malaysia yang lahir di Sarawak tapi bukan orang dayak, orang melanau , kayan, kenyah , kelabit , bidayuh , penan, punan TETAPI Bangla, Myammar, Pakistan , Nepal .

Lokasi tersebut adalah di sekitar Premier Hotel Sibu, Sarawak

Apakah dasar kerajaan negeri banyak membenarkan pekerja asing tersebut berada dan berkerja di Sarawak walhal ramai rakyat Sarawak sendiri terpaksa 'lari' dari negara sendiri akibat kekurangan pekerjaan yang diberikan untuk anak tempatan.

- Mr.J 

mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media

Berhutang Nyawa Kepada Anjing, maka kini Pasangan Melayu Suami Isteri membela lebih 700 ekor Anjing liar.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Siapa sangka suatu ketika dahulu mereka dikatakan agak tidak senang dengan kehadiran anjing liar ditempat mereka tetapi selepas satu kejadian aneh mereka kini membela dan menjaga hampir 700 ekor anjing liar serta memberikan perlindungan kepada anjing tersebut.


Pasangan bernama Md Azmi Ismail, 55, dan isterinya Halija Idris, 65, dari Alor Setar , Kedah seringkali menerima cacian , makian serta umpatan dari masyarakat sekeliling .


Berhutang nyawa pada anjing Sementara itu, Halija berkata, dia terhutang nyawa sebanyak dua kali kepada anjing peliharaannya di mana nyawanya pernah diselamatkan oleh haiwan itu daripada mengalami kecelakaan dalam dua kejadian berbeza pada tahun 2011 lalu. 
Dalam kejadian pertama, dia hampir dipatuk ular senduk namun diselamatkan anjing bernama Poppy, kemudia dia diselamatkan pula seekor anjing digelar Adik ketika dia hampir lemas akibat tergelincir dan jatuh ke dalam sungai. 
“Saya tak pandai berenang. Masa itu, semua ahli keluarga juga tidak ada. Jadi apabila diselamatkan anjing peliharaan, saya rasa seolah-olah macam mati hidup semula kerana ketika itu saya rasakan tiada harapan lagi untuk hidup,” katanya di Sinar Harian.
Apa - apapun kita bukanya Malaikat atau Tuhan untuk menentukan hidup manusia lain , kita mencaci dan menghina juga menyamakan diri kita dengan iblis . Apa yang dibuat oleh pasangan tersebut amat murni dan jarang sekali berlaku di malaysia . Mungkin bagi pencinta haiwan di malaysia perkara tersebut biasa sahaja.

- Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Fakta Haiwan yang dibuat oleh Manusia tetapi Sebaliknya.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Manusia telah lama mencipta Fakta yang agak mengelirukan sejak berzaman-zaman lalu tetapi betulkah fakta tersebut ataupun sebaliknya? Disini setelah memerhatikan perbuatan beberapa jenis haiwan yang dikaitkan maka timbul di fikiran Mr.J betul ke apa yang sebut selama ini mengenai haiwan - haiwan itu. Ternyata ianya bercanggah sekali.

Anjing dan Kucing
Anjing sering dikaitkan dengan musuhnya Kucing tetapi Kucing bukanlah Makanan Anjing.

Ikan dan Kucing
Kucing sering dikaitkan dengan makanan iaitu Ikan tetapi Tahukah Anda Kucing tidak akan terjun ke sungai untuk mencari Ikan.

Cacing dan Ikan
Ikan juga sering dikaitkan dengan memakan cacing tapi Tahukah anda Ikan tidak boleh keluar dari air untuk mencangkul dan mengali untuk mencari Cacing.

Ayam dan Jagung
Ayam selalu dikaitkan dengan Jagung Tapi Ayam tidak pernah menanam Jagung.


Kambing dan Hujan/Air
Istilah Kambing takut Hujan tidak dapat digunapakai sekarang kerana tidak semua kambing tidak mandi dan adakalanya kita akan lihat kambing bermain hujan di sekitar jalan kampung




Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Pernah tak anda makan Ikan Lumi / Lumik @ Ikan Alien .

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Ikan Lumi adalah sejenis ikan dasar laut dan banyak disekitar perairan Mukah, Sarawak dan ikan ini tidak dijual setiap hari kerana ianya bermusim waktu ditangkap oleh Nelayan.

Harga Ikan Lumi Sekilo agak murah iaitu sekitar RM2 - RM 10 ( mengikut musim , kalau banyak maka harga turun ) di Centra Market Sibu, Sarawak. Ikan ini memilikki tulang yang sangat lembik dan kemungkinan dari situlah Ikan ini mendapat nama . 

Rasa ikan ini mengalahkan ayam goreng dan cara memasaknya kebanyakkan dengan mengoreng dengan tepung ( rujuk gambar diatas ) , cukup enak sekali dimakan sambil cecah sos cili . Anda boleh juga memasak dengan cara sup . 


1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Anugerah Paling Popular dimenangi oleh Babi dan Siapakah yang Layak menjadi Babi?

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Anugerah Paling Popular di Malaysia seharusnya diberikan kepada Babi kerana Babi telah mengunguli carta sejak lebih sedekad lalu dan kini untuk Tahun 2012 Babi masih lagi mempertahankan kejuaraannya selaku juara bertahan .

Bertuah sungguh Babi kerana namanya sentiasa diingati seluruh lapisan masyarakat di malaysia ini bahkan sehingga ke seluruh nusantara .

Babi hidup sederhana dan tidak seperti artis - artis ataupun yang gila glamor , sangat rendah diri dan hidup Babi sentiasa tunduk.

Pencabar terdekat Babi adalah Anjing , ya anjing masih lagi tidak mampu untuk mencabar kredibiliti dan populariti Babi .

Siapa Pengundi mereka? Siapa lagi kalau bukan anda yang membaca posting Mr.J ini dan cuba ingat balik bilakah kali terakhir anda mengundi Babi tadi ? adakah semalam semasa anda terpijak tahi kucing dan terus mengundi Babi ? atau apabila anda tension maka automatik anda akan mengundi Babi?

Wah, secara kasarnya anda kemungkinan telah menyeru atau dengan bahasa eloknya "mengundi" Babi lebih daripada 5 kali sehari . Taniah kerana Idola anda Babi telah menang! Maka kini anda boleh mengambil Hadiah anda di bawah ini , sila Print dan Lekatkan di Dinding ada seperti mana anda mengagungkannya dan menyeru nama Babi setiap hari.


Mr.J mencadangkan kepada anda yang suka menyeru Babi ini sila tenung wajah Babi ini secara lebih terperinci , nescaya ianya seperti Muka Individu yang gemar menyebut dan memaki orang lain dengan menggunakan Nama "Babi" maka dialah Babi itu.

Siapakah Babi Sebenarnya?
Babi boleh diistilahkan sebagai PIG ataupun Kerbau Pendek .

Siapakah yang layak menjadi Sebahagian daripada Hidup Babi?
Sesiapa sahaja pun Boleh tidak kira apa jua bangsa anda . Yang penting anda yang selalu menyebut dan menyeru Babi setiap hari. 

Bolehkah Saya Menjadi Babi?
Ya! Andalah Babi sekiranya dalam 1 Minggu anda pernah mengeluh dan memarahi orang biarpun dalam hati sambil menjerit "Babi betul" dan sebagainya.


Setakat ini sahaja Sesi Kaunseling Mr.J.


1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Bongkar: Misteri "Hilaian Ketawa" di Hutan Terjawap!!

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Gambar "Tanpa Editing". :)

Selama ini ramai masyarakat disajikan dengan cerita hantu seram dan ada juga yang tidak seram , kali ini Mr.J sajikan beberapa "fukta" mengenai kemungkinan "hilaian ketawa" yang seringkali mengangu para pemburu mahupun yang mengemari aktiviti lasak di dalam hutan.

Selepas meneliti beberapa rakaman yang agak seram maka dengan itu Mr.J yakin bahawa merekalah ( ayam hutan ) penyebab 'misteri hilaian ketawa' di dalam hutan.


Sering kali kita terdengar momokkan dan juga beberapa cerita tentang kisah bunyi aneh seperti hantu ketawa  di hutan tetapi kini ianya sebenar hanyalah hasil daripada "Ayam Hutan" yang mempunyai kokokkan 'ketawa' .

Tak percaya lagi? mari kita lihat video dibawah:

Video tersebut adalah dimana Pertandingan "Ayam Ketawa" yang dianjurkan di Negara Indonesia di sana "Ayam Ketawa" bukanlah sesuatu yang pelik malah "Ketawa" ayam yang luarbiasa ataupun menyerupai ketawa manusia maka dialah Pemenang.

-Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Video Detik terakhir Pemenang Makan Seranga meninggal dunia , Edward Archbold , Miami .

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
MIAMI - Seorang lelaki tidak sempat meraikan kejayaannya dalam pertandingan memakan serangga di Selatan Florida, apabila meninggal dunia selepas menelan puluhan serangga hidup termasuk cacing, kelmarin. Pertandingan pelik anjuran kedai Reptilia Ben Siegel itu, disertai lebih 30 peserta yang dikehendaki memakan serangga bagi merebut hadiah utama seekor ular sawa.
Dalam kejadian, Edward Archbold, 32, mengadu tidak sedap badan kemudian jatuh pengsan di hadapan kedai itu sebelum meninggal dunia.

"Badan mangsa mungkin dicemari bakteria atau patogen lain dan saya tidak fikir serangga itu tidak selamat untuk dimakan," kata Profesor Serangga Universiti California, Riverside, Michael Adams.Michael berkata, ia mungkin berlaku jika individu itu alah terhadap serangga.

Sementara itu, tiada mana-mana peserta lain dalam pertandingan itu mengalami masalah seperti Archbold."Kami memohon maaf dan bersimpati dengan apa yang menimpa Archbold," kata pemilik Ben Siegel. - AP

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©