DRAMA & FILEM : Tonton Filem Pendek EVANLINA dari Palinglah Production diarahkan oleh Chryan Christopher.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
EVANLINA, Sebuah Filem Pendek berdurasi 30 minit dikarya oleh Palinglah Production iaitu sebuah produsi "bebas" freelance diterajui oleh anak muda Sarawak iaitu Saudara Chryan Christopher serta Skrip hasil olahan Willey Nyawai dan Madam Patricia Ganing sebagai Penasihat.

Sipnosis "Evanlina".
Kisah "Evanlina" bermula seorang gadis Iban dari Sarawak yang pergi untuk menunaikan hasrat ibunya, untuk membawa abangnya iaitu Douglas Jawan kembali ke kampung halaman mereka,setelah abangnya itu sekian lama pergi meninggalkan mereka tanpa mengirim khabar berita.


Selina berhadapan dengan pelbagai dugaan di dalam misi untuk mencari serta untuk membawa kembali abangnya ke kampung. Dia menjejakkan kaki ke sebuah tempat yang begitu asing baginya. Namun disitu juga dia menemui cinta bersama dengan seorang jejaka dari Sabah, iaitu EVAN. Mampukah selina menyatukan kembali keluarganya? Terlafazkan Cinta Evan dan Selina?

Evan.watak utama dilakonkan oleh Alfino Albert berasal daripada Kota Kinabalu, Sabah, Borneo

Selina, iaitu Heroin dalam filem pendek ini dibawa oleh Angela Lang seorang penuntut di University Pendidikan Sultan Idris yang berasal daripada Kapit, Sarawak. Borneo. Angela Lang juga adalah adik kepada rakan Mr.J dalam Drama Bersiri Iban Taiko di TVi 180 RTM Astro iaitu Donny Lang.

Douglas Jawan. watak Pembantu Utama dibawa oleh Willey Nyawai juga penulis Skrip untuk filem pendek ini.

Beberapa buah lagu daripada Bryan Rundi seperti Keran Ka Nuan dan Pengerindu Nadai Penyangkai dari  Loudness Empire Band turut dimuatkan.

Ayuh kita terus tonton Filem Pendek Evanlina di bawah atau tonton di Channel Youtube PalingLah Production atau anda boleh berkunjung ke Facebook Page PalingLah Production. 


Apa Komen Pembaca? Sila tinggalkan Komen anda dibawah ini atau boleh juga email terus kepada Mr.J di alamat emel admin@pengerindu.com.
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

DRAMA & FILEM : (VIDEO) Official MTV DRAMA "IBAN TAIKO" & sedikit ringkasan menarik.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
IBAN TAIKO, sebuah Drama Iban yang bergenre aksi, mendebarkan, serta bakal membuat para penonton khususnya masyarakat di Sarawak dan Sabah teruja dan pastinya tidak akan melepaskan mahupun ketinggalan untuk menonton setiap episodnya.

Ketua Kongsi Gelap "Taiko Joseph" di lakonkan oleh Bruce S Walker dan kiri kuncunya iaitu Jackz Sparrow .
Pastinya Drama ini akan memberi impak yang mendalam kerana disebalik pelbagai babak gengsterism, penyeludupan, pelacuran, ugutan sehingga penonton akan dibawa menyelami beberapa situasi mencemaskan.

Drama Iban Taiko ini banyak menerapkan nilai keakraban serta nilai bersatu teguh diantara penghuni Rumah Panjang.

Tertangkap atau Lolos? Mr.J melakonkan watak Cha Bu. 
Episod yang seterusnya bakal menyebabkan para penonton bermain dengan teka - teki bahkan persoalan mengenai "Labuh Pengerindu" , wajar atau tidak segalanya terjawap di Drama Iban Taiko.

Walaupun genre drama ini adalah aksi tetapi setiap episodnya penuh dengan nilai moral tersendiri, contohnya sifat tamak, mata duitan dan banyak lagi.

Tanpa belas kasihan. Shalena sebagai Stacy  ditampar oleh Carlos yang dilakonkan oleh Julio.
Pelbagai mesej yang hendak disampaikan kepada penonton dalam drama ini dimana masyarakat luar selalu memandang rendah keupayaan masyarakat pendalaman seperti penghuni rumah panjang khususnya golongan muda bergitu juga sering dikatakan "ketinggalan zaman".

Perebutan Cinta atau Perangkap Cinta? (kiri) Zenna sebagai Melisa
Pastikan anda menonton Drama Iban Taiko, ini kerana Mr.J yakin drama ini bakal menjadi satu fenomena baru di Sarawak khususnya bagi masyarakat Dayak Iban.

Di bawah ini adalah Musik Video "MTV DRAMA IBAN TAIKO" dan di dalam MTV tersebut pembaca boleh melihat sedikit babak ataupun adegan Para Pelakon Drama Iban Taiko.


Tajuk Lagu : IBAN TAIKO
Penyanyi : Kumpulan LA PROJECT
Pencipta Lagu & Lirik : Jesley Jabu / Mathius Mambang
Terbitan : Allen Tinggie Trading Sdn Bhd (ATTSB)

Jangan lupa kunjungi Facebook Rasmi Drama Iban Taiko supaya anda boleh mengikuti perkembangan semasa.

Sipnosis Drama Iban Taiko :

Donny Lang sebagai Freedie
Ianya Mengisahkan Seorang Pemuda Iban bernama Freddie yang bertarung nyawa melawan samseng samseng yang dihantar oleh seorang peniaga kaya.

Perniaga yang mengaut keuntungan dari kegiatan haram yang mana peniaga tersebut berminat dengan kampung beliau yang mempunyai kayu balak bermutu tinggi dan tanah yang strategik untuk kawasan penanaman sawit serta pembangunan hartanah.

Freddie trepaksa menempuh banyak rintangan serta berhadapan dengan maut sekiranya beliau terus berani mempertahankan tanah pusaka peninggalan nenek moyang nya.

_________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©