Bagaimanakah Masyarakat Melayu & "Bukan Melayu" yang beragama Islam menyambut ''Merry Christmas" bersama Kristian Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.

Berikut dibawah adalah pengalaman penulis iaitu Mohammad Nazrin Hatta iaitu seorang penganut Agama Islam di Sarawak. 

Masyarakat Sarawak terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dan menurut statistik, Sarawak mempunyai penduduk yang majoriti beragama Kristian yang ramai terdiri daripada kaum Bumiputra BUKAN Melayu seperti bangsa Iban, Bidayuh, Melanau, Kayan, Kenyah, Orang Ulu, Bisaya dan Lun Bawang. 

Agama Islam adalah agama kedua terbesar. Saya sebagai seorang Muslim dari Sarawak tidak merasa apa-apa ancaman walaupun berasal dari tempat yang majoriti penduduknya beragama Kristian.

Melihat paderi, biarawati, mubaligh Kristian di sana sini sudah menjadi kebiasaan buat kami umat Islam di Sarawak. 

Ramai ibu bapa yang beragama Islam di Sarawak menghantar anak mereka ke sekolah Kristian, salah seorang daripada para pelajar Muslim yang bersekolah di sekolah Kristian adalah saya sendiri.

Senarai sekolah Kristian yang ada di Kuching, Sarawak adalah St. Thomas` School, St. Mary`s School, St. Joseph`s School, St. Theresa`s School, Catholic English School, St. Paul`s School, dan banyak lagi sekolah mubaligh Kristian. Namun tiada kes pelajar Islam murtad apabila bersekolah di sekolah Kristian di Sarawak.

Sambutan Krismas di Sarawak adalah paling meriah berbanding dengan tempat lain di Malaysia. Sebulan lebih sebelum Krismas, banyak shopping complex telah dihiasi dengan hiasan seperti pokok Krismas, lampu dan yang paling bestnya, lagu Krismas yang tidak berhenti dimainkan. Namun, itu tidak memberi impak dan issue kepada kami umat Islam di Sarawak.

Christmas visit to the house of the Lord Bishop of Southeast Asia, Rt. Revd. Datuk Bolly Lapok at St. Thomas` Cathedral (Anglican Diocese) Kuching City, SARAWAK KINGDOM
Pada Hari Krismas, kami umat Islam berkunjung ke rumah rakan kami yang beragama Kristian atas dasar persaudaraan dan penyatuan antara agama. Rakan kami yang beragama Kristian di Sarawak juga mengetahui sedikit sebanyak tentang halal/haram menurut perspektif agama Islam kerana kami saling berkongsi ilmu tentang agama Islam kepada mereka, sama juga dengan mereka.

Juga berkongsi ilmu tentang agama Kristian kepada kami umat Islam di Sarawak tetapi atas dasar ilmu, bukan untuk murtad atau memurtadkan sesiapa. 

Mr.J juga adalah bekas pelajar sekolah Mubaligh Kristian iaitu SMB Sacred Heart Sibu, Sarawak.
Saya pernah mengunjungi rumah rakan kepada ibu saya yang beragama Kristian Katolik berbangsa Iban semasa Hari Krismas. Jika anda ingin tahu, makanan yang dihidangkan kepada kami memang 100% HALAL kerana yang memasak lauk2 hidangan semasa rumah terbuka Hari Krismas rakan ibu saya itu adalah jirannya, yang merupakan seorang Muslim. 

Rakan ibu saya yang beragama Kristian Katolik ini memberi upah memasak lauk kepada jirannya yang Muslim ini utk hidangan ketika rumah terbuka Hari Krismas beliau. Bahan untuk memasak dibeli oleh rakan ibu saya sendiri cuma jirannya yang beragama Islam ini tolong memasak lauk utk dihidangkan ketika rumah terbuka Hari Krismas tersebut dengan menggunakan bahan - bahan yang telah dibeli tadi. 

Semua masakan dimasak di rumah jirannya yang Muslim itu. Apabila sudah habis dimasak, lauk itu dihantar dalam perkakas ke rumah rakan ibu saya yang beragama Kristian Katolik ini untuk dihidangkan kepada para tetamu semasa rumah terbuka Hari Krismas keesokan harinya. 

Kesimpulanya, kami masyarakat Sarawak tiada issue antara satu sama lain kerana kami telah belajar dan diajar untuk BERTOLERANSI dan MENGHORMATI AGAMA LAIN sejak kami masih kecil lagi. Dan itulah uniknya tentang Sarawak. 

Oleh Saudara Mohammad Nazrin Hatta @ Naz Ryan Winchester Hatta ~ Anak Negara Sarawak ~

- Mr.J, memang patut Ibrahim Ali Ngo Pertubuhan Perkasa Perjuang 'Melayu' dihalang masuk ke Sarawak kerana boleh mengugat keharmonian di Sarawak.

Tattoo/tatu " Bungai Terung 'Naga' " oleh Eamon dari Seven InkTattoo Seremban Jaya.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Dua hari yang lepas tatkala masyarakat Kristian sibuk menyiapkan dan mempersiapkan menyambut Perayaan Krimas tetapi lain pula dengan Mr.J .

Mr.J telah lengkap mencacah Tattoo yang diberi nama oleh "Bungai Terung 'Naga"'" yang juga direka oleh Mr.J sendiri dengan mengabungkan diantara Naga dan Corak Tradisional "Bungai Terung" Dayak Iban .


Mr.J bersama Tattoo Artist iaitu En. Solomon yang juga berasal daripada Sarawak.

Lokasi Seven InkTattoo di sekitar Seremban Jaya , Negeri Sembilan dan sekiranya anda ingin mendapatkan perkhidmatan beliau ( Eamon ) anda boleh terus hubunginya :) atau layari facebooknya di https://www.facebook.com/eamon.inktattoo .

Sakit? ramai yang bertanya soalan seperti itu , jawapannya mula - mula memanglah sakit sikit tapi selepas itu tiadalah rasa . Kalau tak tahan sakit malulah Mr.J sebagai anak jati Sarawak yang juga darah berasal daripada darah Dayak yang terkenal dengan Tradisi "Memburu Kepala" suatu ketika dahulu di Borneo.

Sekian daripada Mr.J .

1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Pengerindu.com Mengucapkan Merry Christmas & Happy New Year 2012 kepada Semua.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Selamat menyambut Hari Krimas yang mulia pada tahun ini dan juga Selamat Menyambut kedatangan Tahun baru 2013 kepada seluruh pembaca yang mengunjungi blog ini.

Dengan ini saya Mr.J mewakili blog/fbpage memohon maaf sekiranya ada membuatkan sebilangan anda tersinggung secara langsung dan tak langsung dan juga bakal tersingung.



1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©