Artikel Harian Metro & The Borneo Post membuat pembaca Keliru. - Rokok Eletronik atau Pistol?

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Kepala Mr.J telah mengalami migrain bahkan ribuan pembaca juga turut mengalami nasib yang sama iaitu siptom - siptom kemurungan selepas membaca satu artikel mengenai kejadian yang menyebabkan kematian di Bintulu, Sarawak.

Sudah pastinya pada masakini pembaca akan mendapatkan maklumat tidak hanya tertaluk kepada satu sumber sahaja bahkan mungkin 2 atau 3 sumber bagi mendapatkan berita yang sahih serta tepat.

Dua Artikel yang memaparkan berita yang berbeza pada satu kejadian yang sama.
Diatas ini adalah kenyataan yang berbeza mengenai kejadian tersebut, sehingga sekarang mr.j tidak pasti apakah penyebab kematian itu samaada disebabkan sejenis rokok eletronik ataupun sejenis senjata pistol yang canggih.


Untuk pengetahuan, Harian Metro adalah berpangkalan di Semenangjung Malaysia dan The Borneo Post adalah di Sarawak. 

Atau mungkin ada pihak yang mahu menyembunyikan penggunaan Pistol Pen ataupun senjata tersebut senang untuk dibawa dan didapati di Pasar Malam sekitar Sarawak atau juga mungkin ada pihak yang sengaja mahu mencari kelemahan mengenai rokok elektronik.

Tapi bagi Mr.J yang pasti itu bukanlah rokok eletronik jika dilihat dari segi fizikalnya.
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

MH17 : Jenazah Meling anak Mula akan tiba di Bintulu.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sebak rasa didada apabila melihat gambar keluarga mendiang Meling anak Mula yang terbabit dalam nahas di dalam Kapal Terbang Malaysia Airlines MH17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh pemberontak antarabangsa.

Beliau meninggalkan keluarganya iaitu Simbut berasal dari Sungai Arip Balingian dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Maryline Sindun, 18, Benedict Bana, 15 dan Gabriel, 8. 

Menurut khabar daripada Berita Harian, Jenazah Meling Mula akan tiba di Bintulu esok iaitu pada 3 Oktober 2014 manakala waktu masa tidak dipastikan. - Mr.J

BINTULU: Jenazah seorang daripada mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17, Meling Mula yang akan tiba di Bintulu esok akan disemadikan di tanah perkuburan Batu 2, Jalan Bintulu-Miri, Sabtu ini.

Isteri mendiang, Simbut Kedit, berkata sejurus selepas tiba di sini, jenazahnya akan dibawa ke kediaman mereka di Flat Sungai Plan, Tanjung Kidurong dan seterusnya ke Dewan Sungai Plan untuk urusan penghormatan terakhir.

"Saya belum lagi dimaklumkan waktu sebenar jenazah suami saya akan tiba di Lapangan Terbang Bintulu tetapi setelah menanti sekian lama saya bersyukur akhirnya jenazah dapat dibawa kembali ke Bintulu," katanya kepada BERNAMA hari ini.

Simbut meminta kerjasama semua media untuk menghormati privasi keluarga apabila jenazah dibawa ke kediaman mereka dengan tidak membuat sebarang liputan di sana nanti.

"Saya memohon kerjasama media untuk menghormati privasi keluarga kami tetapi media boleh membuat liputan di Dewan Sungai Plan," katanya.

Anak - anak mendiang Meling anak Mula sebak ketika ditemui media.
Simbut berkata, beliau setakat ini belum memutuskan sama ada mahu kembali ke kampung halaman sendiri atau mencari pekerjaan untuk menyara hidup.

"Tumpuan kini ialah untuk memastikan anak-anak saya terus bersekolah," katanya sambil menambah setakat ini beliau belum menerima sebarang bantuan daripada kerajaan setelah suaminya disahkan meninggal dunia.

Mendiang Meling ialah pekerja luar pantai untuk syarikat berpangkalan di Kuala Lumpur dan telah bertugas dua tahun enam bulan di luar negara.

Beliau berasal dari Betong manakala Simbut berasal dari Sungai Arip Balingian dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Maryline Sindun, 18, Benedict Bana, 15 dan Gabriel, 8.

Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, dalam satu kenyataan, berkata jenazah Meling bersama dengan empat lagi jenazah mangsa MH17 akan tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 8.30 pagi esok.

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Terkini: Ratusan Pekerja Sarawak Mogok kerana dibuang kerja tanpa sebab (Projek Score??) Similajau Bintulu, Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Ratusan pekerja Sarawak ( Lingkungan bermula pada awal pagi ini iaitu sekitar jam 8 pagi tadi, 28/1/2013 ) kini mogok dan membuat penghadang Jalan di sekitar Similajau Bintulu, Sarawak.


Mengikut sumber yang diperolehi oleh pihak pengerindu , permulaan kerja tidak seperti hari - hari biasa kini terjawab apabila sebilangan ratusan para pekerja Sarawak diberhentikan kerja tanpa notis dan sebab serta sebilangan lagi gaji mereka dipotong oleh syarikat mereka.

Kejadian ini berlaku di Similajau Bintulu, Sarawak dan dipercayai daripada Syarikat bernama Hiap Seng iaitu Sub-Con kepada Company Chiyoda , Tokoyama* .


Lagi berita lanjut akan menyusul.

Gambar dari:  Kemayang Pengerindu , KQayrel Bounce

 Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Berita Sarawak : "Aku bayar dendam aku" - Perjanjian Buaya dan Kaum Dayak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Bintulu: “Aku bayar dendam aku,” kata Angsa Indang, 45, sambil membelah perut Bujang Suai iaitu seekor buaya sepanjang 13 meter yang disyaki membaham anak bongsunya sebulan lalu ketika mandi di Sungai Suai, dekat sini.

Reptilia yang dikatakan membunuh Jerry Apat, 11, murid tahun lima Sekolah kebangsaan Kampung Iran itu berjaya ditangkap dua pawang buaya, Nyegang Nawing dan Agong Rayang dari Sungai Temiang, Bakong menggunakan umpan daging babi kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.


Buaya jantan yang turut diberi nama jolokan S Jibeng oleh penduduk setempat itu dikatakan digeruni kerana dipercayai pernah mengganas dan meragut nyawa manusia berdasarkan beberapa kesan luka tembakan pada kepala dan ekor termasuk mata kiri yang buta.

Pemburuan menggunakan kaedah tradisional itu dimulakan petang Isnin lalu menggunakan pancing lebih 10 mata kail bertali rotan dan berumpan daging babi itu berhasil membunuh buaya berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

Sebaik bangkai reptilia itu ditarik ke darat, Angsa dilihat menghampirinya sambil melepaskan kemarahan dengan beberapa kali menghamburkan kata-kata “aku bayar dendam aku”, “kenapa kacau aku” dan “kau bunuh anak aku”. hmetro.

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©