BONGKAR! Pembunuh Kucing yang sebenar, Kontroversi Kucing dipijak dengan Kasut Tumit Tinggi hingga MATI.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Seorang penguna laman sosial yang berdaftar dengan nama samaran iaitu "Amoyy Mongek" telah mengemparkan para pengguna laman sosial facebook yang lain terutamanya daripada Malaysia, ini berikutan beberapa gambar anak kucing yang dibunuh diseksa dengan kejam sehingga mati malah dipijak dengan kasut tumit tinggi di bahagian mata sehingga pecah.

Gambar tersebut telah menaikkan kemarahan kepada para pencinta haiwan di malaysia khususnya para "cat lovers". Tetapi , setelah Mr.J meneliti gambar tersebut dan mengenalpasti bahawa gambar tersebut adalah gambar seorang wanita dipercayai lokasi di China dan bukannya gambar asli milik akaun ""Amoyy Mongek" yang meng upload di akaunnya.

Baca berita mengenai Perempuan China ini di http://adf.ly/rlani
Tidak dapat dipastikan apakah motif utama pengguna laman sosial tersebut mengupload gambar orang lain dengan meletakkan kapsyen seaakan 'dia' membunuh kucing tersebut kerana mencuri makanannya.

Setelah diselidik dan disiasat oleh Mr.J, maka itu hanya satu "gurauan" budak sekolah yang kehausan menambah followers dan like facebooknya.

- Mr.J

2 Ekor Anak Babi yang "Comilnyerrr" meluru masuk ke dalam rumah.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Tidak ada istilah lain melainkan "Comel" bagi Mr.J mengambarkan kecomelan anak babi ini, dengan warna berceloreng dengan kecomelan hidungnya maka dinobatkan kecomelan diantara Hamster dan Anak Babi kini milik anak babi. errkk , ok Mr.J dah mula merapu apa pun kita terus ke berita yang disiarkan harian metro tersebut.

Comelkan..
Melaka: Lima sekeluarga menempuh detik cemas apabila rumah didiami dimasuki dua anak babi hutan di Taman Paya Rumput Indah, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, dua haiwan liar yang dipercayai datang dari hutan berhampiran meluru masuk ke dalam rumah berkenaan ketika pemiliknya Azimi Bachik, 40, mahu menutup pintu pagar kediaman terbabit.

Lebih malang, keluarga itu terpaksa menunggu lebih sejam sebelum haiwan disangka musang dan terperangkap di dalam bilik air rumah mereka berjaya ditangkap oleh dua lelaki bersama anggota bomba.


》Mr.J《

Dua remaja dipaksa "Mengigit" buntut & leher itik kerana kesalahan mencuri Itik, Hukuman Prikemanusian.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Hukuman yang diberi adalah sangat perikemanusian jika dilihat oleh Mr.J kerana ianya tidak melibatkan kecederaan fizikal kepada si persalah. Mungkin Hukuman seperti ini boleh dimasukkan ke dalam undang - undang negara persekutuan malaysia.

CHINA, Dua remaja ditangkap mencuri itik di sebuah kampung Guangxi menerima hukuman diserahkan oleh penduduk setempat, yang memaksa kanak-kanak lelaki untuk berlutut ke bawah dengan itik dalam mulut mereka untuk bertaubat bagi jenayah mereka.

Hukuman yang amat Perikemanusiaan.
Setelah menemui apa yang pencuri telah dilakukan, sekumpulan penduduk kampung memilih untuk tidak memanggil polis, tetapi untuk menghukum kanak-kanak lelaki itu sendiri, melaporkan Shanghaiist melalui Kemudahan Wang bersih.

Pertama, mereka memaksa remaja, kedua-dua berusia sekitar 14 tahun, untuk meminta maaf secara terbuka oleh melutut di atas jalan raya dengan itik menjuntai dari mulut mereka.

Satu kampung kelihatan marah dengan diikat kaki dua itik bagi setiap kanak-kanak lelaki dan mereka digantung di leher mereka.


》Mr.J《

Binatang Misteri yang dilaporkan oleh Borneo Post sebenarnya adalah Haiwan di Jata Negara Sarawak "Borneo Badger".

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Selang beberapa hari akbar Borneo Post melaporkan tentang Binatang Aneh yang dijumpai oleh pekerja Indonesia di Serian. Tetapi Itu bukanlah Aneh bagi Mr.J dan kalau nak tahu binatang tersebut adalah "Borneo Badger" yang mana suatu ketika dahulu adalah Binatang Rasmi untuk Jata Negara "Sarawak" .

Borneo badger (Mydaus javanensis lucifer) sub spesis kepada "Sunda stink badger (Mydaus javanensis javanensis) rare & endanger spice of Borneo dan adalah maskot serta Lambang kepada Jata Negara Sarawak ketika dahulu.

Dia muncul sebab hutan Sarawak banyak dah kena tebang , jadi salahkan siapa?


Dum Spiro Spero!

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Dendam Keturunan "Bujang Senang" menganas lagi! Buaya "Bujang Saribas" Betong kini membalas dendam selepas "Bujang Sebelak" Maut!

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Tidak pun sampai seminggu siri pembalasan terhadap Buaya "Bujang Seblak" di Roban maut di tangan manusia kini Keturunan Buaya "Bujang Senang" dari Saribas iaitu "Bujang Saribas" kini membalas dendam terhadap rakan mereka Bujang Seblak.


Ini adalah gambar sebenar 'Bujang Seblak' roban , Sarawak yang berjaya ditangkap mengunakan khimat Pawang Buaya Sarawak.

Disinilah tempat tempat Drahman Chali dilibas dan dibaham dibawa ke tengah sungai oleh Buaya Saribas.
BETONG - Belum reda kisah buaya Bujang Sebelak mengganas di Sungai Anak, Roban baru-baru ini, satu lagi siri keganasan reptilia tersebut berlaku di Sungai Meruang, Batang Saribas dekat sini pagi semalam.

Kali ini mangsa terbaharu ialah seorang penduduk Kampung Hulu Beladin, Drahman Chali, 55, yang dibaham ketika mahu mencuci tangan pada pukul 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Sarifuddin Mustafa berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya, Mohammad Nor Bujang, 51, sedang mengikat dan membuat rakit batang rumbia untuk dibawa ke kilang.

Menurutnya, mangsa kemudian mengajak Mohammad Nor makan terlebih dahulu sebelum menyambung kerja mereka dan dia pergi ke bahagian rakit batang rumbia untuk mencuci tangan sementara rakannya itu berada di daratan.

"Bagaimanapun, tiba-tiba seekor buaya telah melibas Drahman sebelum menarik mangsa ke dasar sungai lalu hilang sebelum timbul seketika di permukaan dalam jarak 50 meter daripada pandangan rakannya.

"Mohammad Nor yang terkejut dengan kejadian itu telah cuba menyelamatkan mangsa dengan terjun ke sungai itu namun buaya berkenaan semakin jauh ke tengah sungai," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sebelum ini Mr.J ada mengaitkan seri keganasan Buaya - Buaya di Sarawak atas kerana kemungkinan salah seorang "manusia" atau keturunan "manusia jelmaan" iaitu keturunan "Bujang Senang" telah melanggar perjanjian "lampau".

Maka Keturunan Bujang Senang telah membuat "perjanjian" dengan masyarakat Dayak khasnya Dayak Iban bahawa barang siapa yang "membunuh" keturunan mereka maka mereka juga akan membalas dengan "kematian" . Sila baca di "Perjanjian Bujang Senang dengan Masyarakat Sarawak Khasnya dan Sarawak amnya."


Update 8/7/2012 : Mayat Mangsa dijumpai .

PUSA: Mayat mangsa sera-ngan buaya yang diberi jolo-kan Bujang Saribas pada 4 Julai lepas, Drahman Chali, 55, dijumpai terdampar di kawasan Sungai Engkaras, seberang Kampung Medang di sini, pagi semalam.

Mayat Drahman ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh penduduk Kampung Medang pada kira-kira jam 7.30 pagi di lokasi yang meng-ambil masa kira-kira 30 minit perjalanan menggunakan bot laju dari lokasi serangan.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke jeti Kampung Seberang Pusa sebelum dihantar ke Hospital Betong.



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Update : Berakhirnya Riwayat (Buaya) Bujang Seblak Mati!

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.

SARATOK 2 Julai - Genap 14 hari selepas membaham seorang wanita, Siah Munsong, seekor buaya ganas yang digelar Bujang Seblak seberat lebih 200 kilogram tumpas di tangan pawang buaya tersohor dari Betong, Indet Sanabong, 49.

Bujang Seblak berjaya ditangkap - adakah Dendam berakhir?

Buaya jantan itu disahkan sebagai Bujang Seblak berdasarkan kesan dua tembakan iaitu pada mata dan rahang kiri yang dilepaskan penduduk kampung dalam usaha mendapatkan mayat Siah, 42, yang digonggong reptilia itu selama empat jam pada petang 19 Jun lalu.

Buaya sepanjang 3.65 meter dengan lebar badan kira-kira 0.8 meter itu ditangkap hidup-hidup oleh pawang berkenaan pada pukul 8 pagi ini selepas memakan umpan daging anjing yang dipasang di Sungai Nyiar, di hilir Sungai Anak, Roban petang semalam. utusan.



Lanjutan Kisah Balas Demdam "Bujang Seblak" Seorang bomoh buaya yang didakwa sudah berdialog secara batin dengan buaya-buaya ...di Sungai Sebelak di sejak malam kelmarin mengakui dia memerlukan sekurang-kurangnya tiga hari untuk menangkap Bujang Sebelak yang telah membunuh seorang suri rumah baru-baru ini.

Read more: http://www.pengerindu.com/2012/06/perjanjian-buaya-bujang-senang-dengan.html

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Perjanjian Buaya ( Bujang Senang ) dengan Kaum Dayak .Operasi memburu Bujang Sebelak! RH Nanga Sungai Anak , Embol Asum bertekad membalas dendam.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Roban adalah Kampung Halaman Mr.J , Bujang Sebelak perlu dibunuh untuk melunaskan dendam. Untuk pengetahuan Semua , kaum Dayak terutamannya Dayak Iban iaitu suku Mr.J sendiri amat masih teguh memegang adat lama .

Gambar yang dipercayai Buaya Bujang Senang yang telah ditangkap .


Buaya atau dipanggil Bujang Senang mahupun pelbagai gelaran diberi sudah mampu mengerunkan mangsanya.
Enti nitih janji asal (lisan/jerita tuai) mensia enggau baya munya,sapa dulu mungkal dulu nanjal,sida ya deka tulah lalu tau dbunuh penangka ulih munas ke bansa ke dulu mungkal..dendam nya deka dibai sepemanjai purih cda ia... tang enti mensia speneka ati dulu mungkal dulu nanjal bebunuh ke jelu tok ngulih ke djual nya ke salah. xnemu sumber lisan ke bukai gak. Genesis D Lang
Seperti kisah lisan yang disampaikan oleh orang Iban iaitu Buaya ini adalah bersifat pendendam .

Menurut kisah lisan yang disampaikan , bahawasanya Bujang Senang ( Buaya Sarawak ) ini adalah manusia yang disumpah kerana telah melakukan sesuatu kesalahan yang amat besar .


Maka Keturunan Bujang Senang telah membuat "perjanjian" dengan masyarakat Dayak khasnya Dayak Iban bahawa barang siapa yang "membunuh" keturunan mereka maka mereka juga akan membalas dengan "kematian" .

…Buaya yang paling tersohor di Sarawak ini Buaya Hitam Putih yang diberi nama Bujang Senang. Bujang Senang menjadi mashur apabila sekumpulan buaya jenis ini mengamuk dan membaham manusia di sekitar Sungai Batang Lupar, Sri Aman, pada awal tahun 1990-an.
"Perjanjian" itu telah dipersetujui oleh ketua masyarakat Dayak Iban dengan Ketua Keturunan Bujang Senang.

Keturunan Bujang Senang akan tetap memburu "dendamnya" walaupun hingga ke generasi yang lain sehingganya dendamnya terbalas.

Dari kisah lisan yang lain juga , Keturunan Bujang Senang ( Manusia yang disumpah menjadi Buaya ) akan naik ke daratan menjelma menjadi seorang yang sangat kacak pada waktu bulan purnama .

Gambar diatas adalah salah satu "bujang senang" yang berjaya ditangkap mengunakan Pawang Buaya , Bujang Senang Niah , Miri .


SARATOK - Ketua rumah panjang Nanga Sungai Anak, Roban di sini, Embol Asum, 48, yang kehilangan isteri selepas dibaham seekor buaya tekad untuk memburu haiwan yang dikenali sebagai Bujang Sebelak bagi melunaskan dendam antara mereka.


Embol berkata, penduduk kampung telah menahan pukat di kuala Sungai Anak bagi mengelakkan buaya sepanjang kira-kira lima meter dan ukur lilit sebesar tong dram itu terlepas ke Sungai Sebelak.

"Perasaan geram dan marah saya hanya akan hilang selepas berjaya memburu binatang bermata satu itu (buta mata sebelah kiri).



"Saya mahu menghapuskan buaya itu yang telah menyebabkan dua anak perempuan saya kehilangan ibu mereka," tegasnya ketika ditemui di sini kelmarin.



Tambahnya, dia juga akan menggunakan khidmat bomoh buaya bagi menangkap reptilia itu yang dipercayai telah membunuh dua lagi mangsa di Sungai Sebelak sejak tahun 2010.


Update : 26 June 2012 :


Lanjutan Kisah Balas Demdam "Bujang Seblak" Seorang bomoh buaya yang didakwa sudah berdialog secara batin dengan buaya-buaya ...di Sungai Sebelak di sejak malam kelmarin mengakui dia memerlukan sekurang-kurangnya tiga hari untuk menangkap Bujang Sebelak yang telah membunuh seorang suri rumah baru-baru ini.

Indet anak Sanabong, 49, mengakui Bujang Sebelak yang membaham hingga mati Siah Munsong, 42, ketika mandi di jeti Sungai Anak minggu lalu amat degil untuk timbul berbanding buaya lain. , terbukti bila daging anjing putih mentah yang digunakan sebagai umpan gagal menarik perhatian buaya tersebut.

Sekurang-kurangnya 10 ekor buaya sudah timbul dan berkumpul di satu permukaan sungai berkenaan selepas diberi amaran, namun Bujang Sebelak enggan berbuat demikian.kelibat Bujang Sebelak tidak kelihatan,


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©