Hantu Kamba & "Sumpit Lachau" dalam masyarakat Dayak Iban di Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Ini Hantu "Tuyuk:"
Salam Sejahtera, hari ini Mr.J hendak berkongsi sedikit mengenai nama Hantu dalam Bahasa Sarawak khususnya dalam Bahasa Iban serta 'usikkannya' kepada manusia. Atau  mungkin ditempat anda juga mempunyai "Hantu" yang seakan sama 'modus operandi' seperti dibawah cuma berbeza warganegara saja.

Hantu Kamba 
Hantu ini sering didendangkan kepada para bahawa Hantu Kamba akan memburu kanak - kanak yang serta yang suka bermain diluar rumah pada waktu petang sehingga lewat senja. 

Serangan atau usikkan hantu tersebut adalah 'main' hide & seek dengan menangkap serta menyembunyikan kanak - kanak yang degil dan kebiasaanya mangsa akan disembunyikan tidak jauh dari tempat dimana kanak - kanak tersebut bermain. 

Semak Tebal Potensi kepada Hantu Kamba.
Potensi besar tempat Hantu Kamba menyembunyikan mangsa adalah di kawasan seperti 'longgokan' semak tebal, pepohon kayu besar, sekitar kaki bukit, pondok terbiar serta tidak terkecuali juga dalam kawasan halaman rumah . 

Melalui kisah cerita lisan yang pernah Mr.J dengar rata - ratanya Hantu Kamba akan 'menamatkan permainan sembunyinya' setelah merasa puas hati menghukum "budak degil" tersebut. 

Paling cepat mangsa dijumpai mungkin dalam tempoh tidak kurang daripada 2 jam dan paling lama adalah dianggarkan selama seminggu.

Hantu Kamba ada persamaan dengan Hantu Tetek di S.Malaysia tetapi Mr.J tidak dapat memastikan samaada Hantu Kamba mempunyai Tetek yang berjuntai sepertimana gambar kepada Hantu Tetek.

Moralnya dalam Hantu Kamba adalah bertujuan untuk mengelakkan kanak - kanak bermain sampai senja sehingga malamnya tidak dapat belajar ataupun membuat kerja sekolah kerana kepenatan bermain.

"Sumpit Lachau"
Ada satu lagi Hantu yang Mr.J hendak kongsikan iaitu "Hantu" yang muncul bila waktu Hujan Panas dan Hantu tersebut dikatakan menggunakan Senjata lama iaitu "Sumpit".

"Kena Sumpit 'Lachau' andai anda terdedah kepada Hujan Panas" itu adalah diantara amaran atau nasihat yang diberikan oleh masyarakat Iban seandainya berlakunya Hujan di waktu Panas.
Info : Lachau juga adalah nama sebuah daerah di Bahagian Sri Aman, Sarawak
Tetapi Mr.J masih agak kurang pasti samaada "Lachau" adalah Hantu ataupun kerana "Lachau" adalah nama bagi sejenis cicak hutan di Sarawak.

Individu yang degil serta keluar terkena hujan panas akan dikatakan jatuh sakit ini kerana dipercayai telah disumpit oleh "Lachau". Walaubagaimanapun, kita boleh mengelakkan daripada terkena sumpitan 'halimunan' tersebut iaitu dengan menyelitkan rumput lalang di cuping telinga kerana ini bertujuan menghalimunankan anda daripada pandangan mata si "Lachau".

Setakat ini yang Mr.J kongsikan dan terima kasih kepada anda yang sudi menjenguk Mr.J disini, mungkin malam nanti Mr.J akan kongsikan mengenai "Hantu Koklir" pula Okey.

- Mr.J

mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | liputan media

SRI AMAN: Samei anak Epat @ DJ Sam dari RaSA FM cedera parah ditikam.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.

SRI AMAN – Seorang deejay sambilan sebuah stesen radio milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang beroperasi di daerah ini cedera parah selepas ditikam seorang lelaki dalam kejadian samun dekat Sri Jaya Park di sini kelmarin.

Kejadian pukul 8.45 malam itu mengakibatkan DJ Sam atau nama sebenarnya, Samei anak Epat, 31, yang bertugas di RaSA FM cedera di rusuk kanan dan perut akibat ditikam dengan pisau di rumahnya.

Samei anak Epat @ DJ Sam dibawa ke Hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mat Jusoh Muhammad berkata, dalam kejadian itu seorang suspek yang bersenjata pisau telah memecah masuk kediaman mangsa yang terletak di tingkat satu rumah flat tersebut.

- Mr.J via Kosmo



mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media

Video & Gambar : SMK Simangang Sri Aman , Sarawak hangus dijilat api. - 8 July 2013.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Difahamkan melalui sumber sosial facebook "Iban" , sebuah sekolah di Sri Aman Sarawak iaitu SMK Simangang telah hangus dijilat api petang tadi ( 8 July 2013 ) .

Keadaan Sekolah SMK Simangang hangus dari atas.

Kejadian dikatakan bermula dari Blok Tingkatan sehingga ke Blok Pentadbiran dan berlaku dalam lingkungan pada pukul 5 petang ini ( 8 July 2013 ). Punca masih dalam siasatan .


Video Kebakaran SMK Simanggang Sri Aman, Sarawak


- Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©