Operasi 'mencari' Katak , Sayur Mindin/Kemiding di Sekitar Port Dickson.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Selamat Kembali dan salam sejahtera kepada semua pembaca , kali ini Mr.J hendak bercakap mengenai aktiviti hujung minggu Mr.J semalam bersama rakan - rakan Askar yang berasal daripada Sarawak yang berkhidmat di Negeri Sembilan.

Semalam iaitu 29 Jun dimana Mr.J offday dan fikirkan apa yang mahu dibuat, akhirnya Mr.J menghubungi rakan Mr.J iaitu seorang berbangsa Bidayuh yang berkhidmat sebagai Tentera di sini. 

Borak punya borak akhirnya kami mengambil keputusan untuk BBQ bersama 'Air Hujung Minggu' tapi sebelum itu kami 'mencari' Katak Pamak di sekitar Bandar Port Dickson , sebenarnya tidak mencari tetapi hanya membeli di Tokey Katak tersebut di persimpangan Bulatan Port Dickson dan harganya pula adalah RM 11 untuk 1 Kilo .

Ada Berani? Isinya Manis kalau dimasak kicap halia ... - mr.j

Setelah itu , Mr.J dan rakan mencari Sayur Hutan yang cukup popular di Sarawak iaitu Sayur Pucuk Lemiding atau Kemiding . Lokasinya adalah kawasan hutan kelapa sawit yang terbiar . 

Pembaca semua tahu tak Sayur Lemiding? atau pernahkah anda merasanya? kalau tak pernah sila rujuk gambar Mr.J dibawah dan lihat bagaimana bentuk Lemiding/Kemiding tersebut.

Sayur Kemiding cukup sedap bila dimasak dengan belacan dan ikan bilis serta sedikit cili . 

Setelah segala 'urusan' tersebut selesai maka Mr.J dan rakan singgah di Pasar Besar Seremban untuk mendapatkan 'Telinga Babi serta Lidah Babi' untuk BBQ petang tersebut dan harganya cukup murah sekali dengan harga di Sarawak iaitu 1 Telinga Babi berharga RM 2 bergitu juga dengan Lidah Babi . 

Ini adalah Daging Katak Pamak yang telah dimasak , cukup menyelarakan. - Mr.J

Cara untuk memasak Daging Katak Pamak ini tidaklah bergitu rumit sekali cuma penyediaan 'membunuh' katak tersebut yang agak 'menyusahkan' , ada yang tidak suka dimasak dengan Kulitnya dan ada juga yang suka dimasak sekaligus bersama kulit.

Bahan - bahan asas yang dicampur dalam masakan adalah Halia , Serai , Cili , Lengkuas serta Bawang Putih yang ditumbuk halus setelah itu masukkan kedalam kuali dan gaul sebati serta tambahkan dengan Kicap . 

Ini Pula Sayur Kemiding/Lemiding yang telah dimasak.. - Mr.J

Manakala penyediaan Sayur Kemiding adalah dengan mengoreng bersama sedikit belacan , ikan bilis , bawang merah sedikit garam serta ajinomoto . Gaulkan sehingga lembut dan slurrppp boleh siap dimakan.

Dan yang ini pula usus...cuba teka. - Mr.J

- Mr J Peminat Makanan Esotik.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Cuti Mr.J dimafaatkan sepenuhnya dengan Beer "Carlbergs" , Mancing serta BBQ .

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Salam sejahtera semua , hari ini barulah Mr.J masuk kerja setelah 3 hari bercuti sempena Hari Deepavali . Kalau cuti lebih daripada 2 hari maka Mr.J akan membuat aktiviti memancing seperti mana pengemar - pengemar pemancing di seluruh dunia. 

Jangan seperti Istilah "Katak dalam Tempurung", keluarlah melihat tempat orang maka anda akan tahu adat serta budaya orang luar daripada anda daripada anda menghakimi mereka atas kerana perbezaan budaya. - Mr.J 15/11/12

Kali ini Mr.J memilih lokasi di kawasan Pantai Port Dickson tapi taklah area kawasan pantai sebab pantai Port Dickson sedang banyak penyelengaran .

Mr.J bertolak pada malam Isnin selepas dijemput oleh rakan Mr.J yang tinggal di Port Dickson iaitu Solomon serta Isterinya dan anak - anak mereka untuk pengetahuan semua anak - anak Solomon barulah 1Malaysia iaitu kacukan Sarawak + Negeri Sembilan = Sarawak Sembilan.


Gambar diatas menunjukkan bagaimana seorang propa pancing dengan skill yang pernah terpancing kura - kura beberapa tahun lepas.


Carlberg dengan Mr.J serta rakan memang tidak boleh dipisahkan semasa pergi bercuti walaupun dalam kereta ( jangan memandu bila mabuk k ) . Harga 1 carton Carlbergs Beer agak murah sedikit iaitu RM 109.00 kemungkinan ada diskaun sempena Perayaan Deepavali.


Ini adalah gambar kaki seekor Putera Duyung dari Sarawak dan ini kali pertama Putera Duyung melihat kakinya setelah minum beberapa Tin Beer .


Kami juga ber'bbq' semasa memancing , memang tidak dibazirkan mana - mana organ ayam buktinya sila lihat gambar dibawah dimana Mr.J meng'bbq'kan Kaki Ayam.


Cuaca yang agak baik pada masa itu , nasib baiklah Mr.J bomoh hujan sambilan mampu meramal Hujan dengan menelan seekor anak katak hidup - hidup . :P


Bila melihat Lautan yang luas serta permadangan awan petang umpama kerinduan kepada si dia semakin kuat , hanya masa sahaja mengadili keadaan.


Dunhill serta Winston , rokok dimalaysia sekarang sudah naik 20sen maka kira sekotak RM10* justeru itu perokok - perokok haruslah diberikan Sijil Penghargaan kerana telah menjadi Tunjang kemeningkatan ekonomi malaysia sejak 20 tahun yang lepas.


Mr.J juga sempat menghidangkan "Umai" kepada keluarga rakan Mr.J iaitu Umai Udang , apa yang anda lihat pada gambar diatas ada semangkuk air limau nipis dan semangkuk isi udang yang telah dipotong kecil.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Video Teknik Memancing Belut Oleh Mr.J

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Teknik memancing Ikan Belut yang seakan - akan Ikan keli ini diketahui secara tidak langsung iaitu semasa Mr.J selesai melemparkan pancing dan pergi ke celah - celah batu untuk mencuci tangan.


Terkejut apabila melihat satu kepala seakan - akan Kepala Ular tetapi setelah Mr.J amati maka ianya hanyalah sekumpulan Belut dan untuk pengetahuan semua Belut ini bernilai di sekitar Korea , Jepun dan beberapa buah negara asia yang lain cuma di malaysia sahaja orang anggap belut ini tidak berharga.

Apa - apapun semalam Mr.J menikmati makanan yang sangat mahal iaitu belut.. hahaha saksikan Video bagaimana Belut tersebut dipancing.





Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©