PELIK : Ular lumpuh akibat serangan "Hama" / Kutu Penghisap Darah..eh.."ama ukoi" kok kami Iban. - Mr.J

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
PELIK, mungkin inilah salah satu contoh daripada peribahasa malaysia iaitu "Bersatu Teguh Bercerai Roboh". Selalunya "Ama Ukoi" ini berada di sekitar celah telingga anjing dan juga di badang kucing, kerjanya adalah menghisap darah sehingga kembung dan ia akan melepaskan "lovebite" seterusnya berehat apabila sudah kekenyangan.
"Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh"
Gambar diatas diambil daripada perkongsian di laman sosial facebook dan menunjukkan ratusan "Ama Ukoi" menyerang kepala ular sehingga mengakibatkan "lumpuh" seketika.

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

"Entambah / Kesindap" spesis Kelawar Gergasi berjaya ditembak jatuh.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Gambar yang dikirim sahabat "Pengerindu Fb Page", percaya atau tidak dengan kewujudan "Kelawar Raksasa" dan jika di Sarawak setahu Mr.J yang paling besar adalah spesis Kelawar yang dipanggil dengan nama "entambah" oleh masyarakat di sana tapi tidaklah sebesar seperti dalam gambar dibawah ini.

Kelawar Gergasi
rasanya mungkin agak enak - mr.j
Jika anda mempunyai sedikit sebanyak tentang spesis ini bolehlah kongsi bersama pembaca di ruangan komen dibawah.
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

2 Ekor Anak Babi yang "Comilnyerrr" meluru masuk ke dalam rumah.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Tidak ada istilah lain melainkan "Comel" bagi Mr.J mengambarkan kecomelan anak babi ini, dengan warna berceloreng dengan kecomelan hidungnya maka dinobatkan kecomelan diantara Hamster dan Anak Babi kini milik anak babi. errkk , ok Mr.J dah mula merapu apa pun kita terus ke berita yang disiarkan harian metro tersebut.

Comelkan..
Melaka: Lima sekeluarga menempuh detik cemas apabila rumah didiami dimasuki dua anak babi hutan di Taman Paya Rumput Indah, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, dua haiwan liar yang dipercayai datang dari hutan berhampiran meluru masuk ke dalam rumah berkenaan ketika pemiliknya Azimi Bachik, 40, mahu menutup pintu pagar kediaman terbabit.

Lebih malang, keluarga itu terpaksa menunggu lebih sejam sebelum haiwan disangka musang dan terperangkap di dalam bilik air rumah mereka berjaya ditangkap oleh dua lelaki bersama anggota bomba.


》Mr.J《

Lelita atau Lelitak sejenis "lintah" atau siput tanpa cengkerang.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
LELITA namanya menurut Masyarakat IBAN dan sebilangan masyarakat pribumi Sarawak yang lain. Ramai yang 'geli' memegang bahkan melihat apatah lagi 'makan'.

Rasanya pula mr.j sendiri pun tak tahu sebab belum pernah rasa tapi naluri ini mengatakan akan merasa bila balik ke Sarawak nanti.

Gambar daripada Elizeberth Jenn Fredo Fb
Mungkin ramai diantara anda sedang terfikir mahu meninggalkan komen seperti "banyak lagi benda nak makan tak kebulur lagi nak makan 'lintah' ini" tapi sebelum itu Mr.J hendak mengingatkan anda bahawa inilah perbezaan masyarakat dan tidak semua orang mengangap Durian itu enak. adiozzz~

》Mr.J《

Misteri : Kena Tindih di Malam Jumaat.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Semalam aku bermimpi ataupun separuh sedar, badanku ditindih, tanganku seakan dicekam kuat oleh sesuatu yang aku sediri tidak nampak. Aku meronta melawan di dalam hati aku sambil berkata.

"hoi sial punya saitan hantu iblis, jika kau kuat sepertiku maka munculkan dirimu dihadapanku" jeritku melalui suara hati, ini kerana mulutku tak mampu mengeluarkan suara.

Tiba - tiba tanganku boleh bergerak , suara aku kembali serta badanku berunsur hilang rasa ditindih, aku duduk sejenak tanpa berlengah terus ku capai telefon bimbit dan ku buka lampunya.. 

11:58PM waktu tengah malam dan kebetulan adalah malam Jumaat.

Di dalam situasi ini, kita merasakan dalam keadaan sedar bahkan mampu melihat objek - objek disekeliling kita tetapi kita tak mampu untuk mengerakkan tubuh badan bahkan jemari kita. Suara pula seakan disekat oleh sesuatu.

Ini adalah pengalaman Mr.J dan bukan kali pertama ianya sudah berkali - kali. Adakah anda mempunyai pengalaman yang sama? Jika Ya , mari kongsikan dengan Mr.J di ruangan komen di bawah.

Mr.J

Hanyut di lautan selama 1 tahun, darah penyu sebagai air 'bersih' hidupnya seakan filem "Cast Away".

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
MAJURO, Kepulauan Marshall - Seorang nelayan El Salvador yang terkandas di laut bersyukur kepada Tuhan kerana dia masih hidup sejurus tiba dengan sebuah bot polis di sini semalam setelah dia hanyut di atas bot lebih setahun.

Nelayan berusia 37 tahun itu, Jose Salvador Albarengo berkata, dia minum darah penyu dan menangkap ikan dan memakannya mentah- mentah serta burung dengan tangan kosong untuk terus hidup.

Albarengo memberitahu pemberita akhbar MailOnline, dia juga meminum air kencingnya sendiri kerana ketiadaan air bersih.

Albarengo ditemui dalam keadaan kusut masai dan berambut panjang di sebuah pulau terumbu karang dekat sini pada Khamis lalu. Dia dipercayai hanyut selama 16 bulan.

Dua orang lelaki menemuinya selepas bot Albarengo sepanjang 7.3 meter terdampar di pulau tersebut yang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Ebon Atoll.

Dia kemudian dihantar ke sini dengan menaiki sebuah bot polis.

Wajah nelayan itu mirip aktor Tom Hanks yang berjambang semasa dia berlakon dalam filem Cast Away yang ditayangkan pada tahun 2000.

Dalam cerita itu, Hanks yang berlakon sebagai seorang kakitangan syarikat penghantar surat dan bungkusan, terdampar di sebuah pulau di Lautan Pasifik selepas pesawat yang dinaikinya terhempas.



Albarengo memberitahu pihak berkuasa, dia keluar belayar untuk menangkap ikan jerung pada penghujung Disember 2012 dari Mexico yang terletak sekitar 10,000 kilometer dari sini.

Namun, dia dan seorang rakannya yang berusia antara 15 hingga 18 tahun telah dihanyutkan ombak selepas bot yang dinaikinya ditiup angin dan mereka kemudiannya sesat di lautan.

Namun, rakannya itu telah meninggal dunia sebulan selepas mereka hanyut di lautan.

Seorang pembikin filem yang berpangkalan di sini, Jack Nieden- thal memberitahu agensi berita Reuters, Albarengo turun dari bot tersebut dengan mukanya dipenuhi janggut.

"Dia mengalami kesukaran untuk berjalan, kedua-dua kakinya amat kurus. Saya tidak bersedia untuk menganggap kisahnya itu sebagai satu penipuan," tambahya.

Seorang jururawat lelaki kemudian membantunya menuruni tangga bot tersebut sebelum membawanya ke hospital bagi menjalani rawatan.

"Dia sepatutnya keluar menangkap ikan selama sehari sahaja tetapi dihanyutkan ombak akibat tiupan angin utara," kata Duta Amerika Syarikat (AS) ke Kepulauan Marshall, Tom Armbruster kepada media.

Nelayan itu memberitahu Armbruster, dia berasal dari El Salva- dor tetapi telah menetap di Mexico selama 15 tahun.

Armbruster menjadi penterjamah kerana nelayan tersebut hanya boleh berbahasa Sepanyol.

Nelayan itu tinggal di Tapachula dekat sempadan Mexico dengan Guatemala dan bekerja untuk syarikat Camoronera Dela Costa.

Albarengo berkata, dia mahu menghubungi keluarganya iaitu isteri dan seorang anak perempuan- nya di El Salvador.

Namun begitu, dia tidak dapat mengingati nombor telefon rumahnya itu.

Edidor Marshall Islands Journal, Giff Johnson berkata, semasa ditemui dua orang penduduk, nela- yan tersebut hanya memakai sepasang seluar dalam.

Menurutnya, terdapat air di dalam bot gentian kaca yang dinaiki- nya itu.

Ketua Imigresen Kepulauan Marshall, Damien Jacklick berkata, pihak berkuasa akan berusaha untuk mendapatkan lebih banyak maklumat daripadanya.

Menurutnya, Jabatan Luar kepulauan itu merancang untuk menghubungi beberapa pegawai di luar negara bagi membolehkan dia dihantar pulang.

Namun, nelayan itu menyatakan, dia tidak dapat mengingati semua kejadian yang berlaku semasa botnya hanyut. - Agensi

Miri: Misteri kehilangan coli dan seluar dalam pekerja sebuah pusat kecantikan serta refleksologi di Jalan Sida terbongkar!.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Miri: Pengusaha dan pekerja sebuah pusat kecantikan serta refleksologi di Jalan Sida di sini, berada dalam kebingungan selepas mengetahui dalang yang terbabit bagi beberapa kejadian pakaian dalam wanita digantung di depan premis perniagaan itu sejak Disember lalu.

Pemilik premis yang dikenali sebagai Amie, 40-an, membuat penemuan mengejutkan itu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang menunjukkan perbuatan itu dilakukan seorang lelaki warga emas yang juga pekerja restoran bersebelahan premis itu.

Amie berkata, setakat ini kejadian sama berlaku sebanyak empat kali sejak pertengahan Disember lalu menyebabkan dia dan 10 pekerja wanita lain sentiasa berjaga-jaga kerana bimbangkan keselamatan mereka diancam lelaki gila seks itu.

Dalam kejadian terbaru semalam, Aimie berkata, dia dan beberapa pekerjanya terkejut apabila mendapati lebih 10 pakaian dalam wanita terpakai seperti coli dan seluar dalam digantung pada bidai di hadapan premis perniagaannya pada jam 9.30 pagi.

Katanya, dia tidak mengetahui motif individu yang melakukan perbuatan itu, namun hasil rakaman CCTV yang dipasang di luar premis itu mendapati ia dilakukan pekerja restoran bersebelahan.

“Saya tidak tahu apa niat lelaki itu kerana selama ini dia langsung tidak pernah bertegur sapa dengan saya atau pekerja saya dan tingkah lakunya yang pelik itu membimbangkan kami,” katanya, semalam.

Katanya, tindakan lelaki terbabit menakutkannya, apatah lagi apabila dimaklumkan pekerjanya bahawa lelaki terbabit sering berlegar-legar di hadapan premisnya hampir setiap hari.

Berikutan itu katanya, dia membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya sudah menerima laporan berkenaan dan mendapatkan keterangan daripadanya bagi membantu siasatan.

Katanya, setakat ini, belum ada tangkapan dilakukan, namun pihaknya akan mendapatkan maklumat mengenai identiti suspek dengan majikannya, sekali gus mengenal pasti motif tindakannya.

- Mr.J via Hmetro

+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in

Seekor Anjing 'berdoa' ke Gereja setiap hari selepas mengikuti upacara kematian tuannya.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Ini adalah kisah pahit manis yang boleh membuatkan anda sedikit berasa 'hiba'. Seekor Anjing baka German Shepherd yang bernama Tommy kini setiap hari mengunjungi Gereja selepas mengikuti upacara kematian tuannya.

Tonton Video di ipost.
Tommy mula melawat setiap hari gereja seperti seakan - akan berdoa supaya Tuannya aman damai di 'sana'.

Anjing sepertimana yang kita tahu adalah seekor haiwan yang sangat setia kepada tuanya dan sangat mengingati bahkan pernah terjadi dimana seekor anjing melawan seekor kerbau yang mengamuk daripada membunuh tuanya.

- Mr.J
+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in

Berkahwin dengan Mayat Kekasih..Baca sahaja dan jangan "renung" gambar ini.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sanggupkah anda sekiranya 'dipaksa' ataupun 'terpaksa' mahupun 'rela' atas sebab sebuah ikatan Cinta yang Agung. 

Dibawah ini Mr.J kongsikan sebuah kisah mengenai "Cinta yang Agung" iaitu mengenai seorang gadis dan seorang pemuda, mereka telah menglansungkan Pertunangan tetapi malangnya sebelum genap tempoh untuk Maljis Perkahwinan gadis tersebut meninggal dunia. 

Dipercayai Jika anda menatap gambar tersebut dengan waktu relatif yang lama dan jika
si gadis tersenyum balik kepada anda...
Pada tahun 1920-an, seorang gadis berumur 17 tahun berasal dari sebuah desa di Cina, gadis ini berasal dari keluarga yang berada dan kaya raya. Oleh itu, dengan kekuatan wang yang ada, dia berhasil mendapatkan lelaki idamannya.

Lelaki tersebut berumur 19 tahun, dan cukup popular di mata para gadis kerana ketampanannya. Mereka bertunang, tetapi upacara pernikahan belum sempat dilaksanakan kerana si gadis meninggal dunia pada tahun 1922 disebabkan demam.

Si lelaki tidak ingin menjalani ritual tradisional menikah dengan orang yang telah mati, dan memutuskan untuk melarikan diri dan menjadi tentera. Tetapi, seperti yang telah disebutkan si gadis berasal dari keluarga yang kaya raya, anggota keluarganya berjaya membawa lelaki tersebut untuk kembali, kemudian dia dipaksa untuk menjalani ritual pernikahan dengan si gadis yang telah meninggal itu. 

Mereka terpaksa menyangga tubuh si gadis dengan papan kayu, agar dapat berdiri dengan tegak. Perhatikan bahawa kaki si gadis tidak menyentuh tanah secara penuh? Dan juga, dua baris huruf Cina, satu barisnya ditulis secara terbalik, yang dikatakan diperuntukkan bagi yang telah mati. 

Tahukah anda Manusia di Bumi mempunyai Duta "Alien" dan dia adalah warga malaysia yang dilantik oleh UN (PBB).

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Rakyat Malaysia khususnya harus berasa bangga kerana dipilih menjadi Manusia Pertama yang akan dihantar berjumpa dengan "Alien" seandainya Kapal Angkasa Alien iaitu UFO mendarat dibumi. Ramai juga manusia didunia ini lebih - lebih lagi rakyat malaysia. Kalau tak silap Mr.J dia dilantik dalam bulan September 2010.

Mazlan Othman telah dilantik oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) atau UN menjadi wakil mahupun Duta kepada Penduduk dunia dan akan menjadi individu yang sangat penting di era zaman peradapan manusia apabila beliau akan membuat "1st - contact" dengan Tamadun Alien suatu hari nanti.

Rakyat Malaysia diangkat menjadi Duta Alien satu-satunya Duta Alien dalam peradapan manusia
Mazlan Othman, seorang astrofizik Malaysia dan kini telah diberi jawatan di ketua Pejabat PBB iaitu Bahagian Hal Ehwal Angkasa Lepas (Unoosa). Sekiranya sesiapa yang melihat atau tersempak mahupun ada menyembunyikan "Alien" anda boleh terus menghubungi Pejabat PBB (UN) No Telefon sila google sendiri.


Sekiranya ada Alien yang mendarat di Bumi tanpa diketahui oleh Nasa dan Alien tersebut mahu berjumpa dengan "Ketua Manusia" maka harus diingati bahawa di Bumi kita ada Duta Alien iaitu Puan Mazlan Othman.

- Mr.J tahu Alien pasti akan muncul satu hari nanti.

mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media

Berhutang Nyawa Kepada Anjing, maka kini Pasangan Melayu Suami Isteri membela lebih 700 ekor Anjing liar.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Siapa sangka suatu ketika dahulu mereka dikatakan agak tidak senang dengan kehadiran anjing liar ditempat mereka tetapi selepas satu kejadian aneh mereka kini membela dan menjaga hampir 700 ekor anjing liar serta memberikan perlindungan kepada anjing tersebut.


Pasangan bernama Md Azmi Ismail, 55, dan isterinya Halija Idris, 65, dari Alor Setar , Kedah seringkali menerima cacian , makian serta umpatan dari masyarakat sekeliling .


Berhutang nyawa pada anjing Sementara itu, Halija berkata, dia terhutang nyawa sebanyak dua kali kepada anjing peliharaannya di mana nyawanya pernah diselamatkan oleh haiwan itu daripada mengalami kecelakaan dalam dua kejadian berbeza pada tahun 2011 lalu. 
Dalam kejadian pertama, dia hampir dipatuk ular senduk namun diselamatkan anjing bernama Poppy, kemudia dia diselamatkan pula seekor anjing digelar Adik ketika dia hampir lemas akibat tergelincir dan jatuh ke dalam sungai. 
“Saya tak pandai berenang. Masa itu, semua ahli keluarga juga tidak ada. Jadi apabila diselamatkan anjing peliharaan, saya rasa seolah-olah macam mati hidup semula kerana ketika itu saya rasakan tiada harapan lagi untuk hidup,” katanya di Sinar Harian.
Apa - apapun kita bukanya Malaikat atau Tuhan untuk menentukan hidup manusia lain , kita mencaci dan menghina juga menyamakan diri kita dengan iblis . Apa yang dibuat oleh pasangan tersebut amat murni dan jarang sekali berlaku di malaysia . Mungkin bagi pencinta haiwan di malaysia perkara tersebut biasa sahaja.

- Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Video : Anak Beranak "Ho Van Thanh & Ho Van Lang" yang hilang selama 40 tahun kini dijumpai.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Pelik dan Ajaib , itulah yang Mr.J dapat mengambarkan keatas dua beranak ini , mereka seolah - olah terperangkap dalam mesin masa lampau dan mereka masih tidak tahu bahawa Perang Dunia telahpun lama tamat.

Anaknya Ho Van Lang 41 tahun hanya bercawat kulit kayu bila dijumpai manakala ayahnya Ho Va Than 82 tahun .

HANOI - VIETNAM, Dua beranak ditemui selepas dilaporkan hilang ketika perang Vietnam 40 tahun lalu.Media melaporkan, Ho Van Thanh, 82, dan anaknya Ho Van Lang, 41, ditemui di hutan di tengah Vietnam. Mereka ditemui dua lelaki ketika mereka sedang meneroka hutan. 

Dua beranak itu didakwa tinggal di rumah dalam kawasan hutan tebal," menurut laporan itu kepada MailOnline.


Pegawai puak Tay Tra, di wilayah Quang Ngai berkata, Thanh yang dalam keadaan uzur itu masih boleh bertutur dalam bahasa etnik Cor, manakala Lang hanya memahami beberapa perkataan sahaja.Kali terakhir mereka memasuki hutan ini pada 1973.

Ketika itu mereka melarikan diri selepas tentera Amerika Syarikat mengebom rumahnya hingga mengorbankan isteri dan dua anak lelaki mereka," katanya. - Sinar Harian

- Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Operasi 'mencari' Katak , Sayur Mindin/Kemiding di Sekitar Port Dickson.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Selamat Kembali dan salam sejahtera kepada semua pembaca , kali ini Mr.J hendak bercakap mengenai aktiviti hujung minggu Mr.J semalam bersama rakan - rakan Askar yang berasal daripada Sarawak yang berkhidmat di Negeri Sembilan.

Semalam iaitu 29 Jun dimana Mr.J offday dan fikirkan apa yang mahu dibuat, akhirnya Mr.J menghubungi rakan Mr.J iaitu seorang berbangsa Bidayuh yang berkhidmat sebagai Tentera di sini. 

Borak punya borak akhirnya kami mengambil keputusan untuk BBQ bersama 'Air Hujung Minggu' tapi sebelum itu kami 'mencari' Katak Pamak di sekitar Bandar Port Dickson , sebenarnya tidak mencari tetapi hanya membeli di Tokey Katak tersebut di persimpangan Bulatan Port Dickson dan harganya pula adalah RM 11 untuk 1 Kilo .

Ada Berani? Isinya Manis kalau dimasak kicap halia ... - mr.j

Setelah itu , Mr.J dan rakan mencari Sayur Hutan yang cukup popular di Sarawak iaitu Sayur Pucuk Lemiding atau Kemiding . Lokasinya adalah kawasan hutan kelapa sawit yang terbiar . 

Pembaca semua tahu tak Sayur Lemiding? atau pernahkah anda merasanya? kalau tak pernah sila rujuk gambar Mr.J dibawah dan lihat bagaimana bentuk Lemiding/Kemiding tersebut.

Sayur Kemiding cukup sedap bila dimasak dengan belacan dan ikan bilis serta sedikit cili . 

Setelah segala 'urusan' tersebut selesai maka Mr.J dan rakan singgah di Pasar Besar Seremban untuk mendapatkan 'Telinga Babi serta Lidah Babi' untuk BBQ petang tersebut dan harganya cukup murah sekali dengan harga di Sarawak iaitu 1 Telinga Babi berharga RM 2 bergitu juga dengan Lidah Babi . 

Ini adalah Daging Katak Pamak yang telah dimasak , cukup menyelarakan. - Mr.J

Cara untuk memasak Daging Katak Pamak ini tidaklah bergitu rumit sekali cuma penyediaan 'membunuh' katak tersebut yang agak 'menyusahkan' , ada yang tidak suka dimasak dengan Kulitnya dan ada juga yang suka dimasak sekaligus bersama kulit.

Bahan - bahan asas yang dicampur dalam masakan adalah Halia , Serai , Cili , Lengkuas serta Bawang Putih yang ditumbuk halus setelah itu masukkan kedalam kuali dan gaul sebati serta tambahkan dengan Kicap . 

Ini Pula Sayur Kemiding/Lemiding yang telah dimasak.. - Mr.J

Manakala penyediaan Sayur Kemiding adalah dengan mengoreng bersama sedikit belacan , ikan bilis , bawang merah sedikit garam serta ajinomoto . Gaulkan sehingga lembut dan slurrppp boleh siap dimakan.

Dan yang ini pula usus...cuba teka. - Mr.J

- Mr J Peminat Makanan Esotik.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Esotik Borneo : Bagaimanakah Rasanya Katak ( Pamak / Raong ) , sedap ?

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Di Borneo terlalu banyak benda menarik untuk diceritakan , daripada masyarakat yang berbilang bangsa , kaum dan agama serta adat yang berlainan bergitu juga dalam bab makanan.

Kalau dalam posting yang lepas Mr.J menyenaraikan tiga jenis makanan kegemaran Mr.J yang agak 'memualkan' bagi sebilangan daripada anda maka kali ini Mr.J akan menceritakan sedikit tentang Bagaimana rasannya Isi Katak ? Ingat bukan sebarang Katak boleh dimakan .

Katak 'Pamak & Raong' diternak dan merupakan makanan Mewah di Restoran

Lazimnya ada dua jenis katak yang boleh dimakan dalam Bahasa Dayak Sarawak kami memanggilnya sebagai 'Pamak' dan 'Raong' , saiznya adalah berbeza dengan katak biasa dan saiznya adalah lebih besar daripada katak biasa.

Untuk mendapatkan "Pamak dan Raong" bukanlah sesuatu yang diambil mudah , selalunya ia akan muncul pada waktu malam selepas petang matahari terbenam . Lokasi kesukaan katak tersebut adalah di celah - celah batu sungai dan juga di sawah padi serta kawasan yang berair.

Rasanya Manis dan lebih sedap daripada Ayam .

Ramai yang ingin tahu rasanya bagaimana? bagi Mr.J rasanya cukup enak sekali walaupun dimasak dengan apa cara dan selalunya ia dimasak sup dan juga BBQ . 

Slurpp, terliur Mr.J sewaktu menaip mengenai Katak ini...

Harganya kalau di pasar basah bukanlah murah dan boleh dikatakan agak sedikit mahal , tetapi kalau nak murah maka kena rajin keluar malam - malam menyelusuri anak sungai sambil membawa lampu suluh , ini kerana lampu suluh merupakan satu cara yang menarik untuk 'melekakan' serta untuk menangkap katak tersebut . 

Katak Raong yang dijual di Pasar Selangau yang telah dibuang kulit.

Pelbagai persoalan diajukan kepada Mr.J samaada ianya Halal ataupun Haram bagi Muslim tetapi Mr.J tidak dapat menjawap soalan anda kerana Mr.J boleh makan semuanya :) , mungkin anda boleh bertanyakan kepada Pemimpin agama anda masing - masing.

- Mr.J boleh makan ular , katak , kura - kura , rusa , babi , kelawar ... semuanya boleh~ .. fear factor!

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

3 Jenis Makanan Kegemaranku. Babi Pangang , Kasam Ikan dan Ulat Sago.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Perhatian : Sila Jangan teruskan membaca sekiranya anda ada penyakit 'mual' atau 'loya'. Sebilangan makanan kegemaran Mr.J disini adalah tidak halal.

Mr.J ini kadang-kala mempunyai citarasa makan makanan yang boleh dianggap 'pelik' bagi sesetengah tempat tetapi dianggap normal ataupun biasa disesebuah tempat.

1 . Babi Pangang  ( Borneo Style )
Wah , inilah daging kegemaran Mr.J selalunya sebelum memangang daging babi ini Mr.J akan mengaulkan dengan 'asam boi' serta halia tumbuk , sedikit madu dan juga garam serta ajinomoto.


Rasanya cukup enak bila dipangang secara api kecil .. apalagi bila hiburan bersama rakan - rakan dihujung minggu sambil minum dengan beer sejuk.. 

2. Kasam Ikan 'But' ( Ikan yang disimpan didalam balang kaca sehingga hancur tulangnya )
Ini lagi satu kegemaran Mr.J , iaitu Kasam Ikan , tak kiralah ikan apa yang hendak dibuat kasam tapi Kasam Ikan Borneo Style adalah sangat berbeza dengan semenangjung kerana kasam ikan iaitu Ikan akan dijeruk di balang dengan daun 'kepayang' dan beberapa campuran lain .

Kasam Ikan Semah by Indunemugaya.

Selepas disimpan didalam Balang Kaca selama beberapa minggu maka , isi ikan tersebut akan menjadi lembut bergitu juga tulang ikan , kasam ikan sesuai dengan ikan yang mempunyai banyak tulang . Rasanya cukup sedap tapi baunya menusuk kalbu.. sama macam petai.. bau busuk tapi ramai suka bergitu juga Kasam Ikan ini . :)


3. Ulat Sago 
Ulat Sago , ulat yang cukup banyak dengan protein tinggi dan juga rahsia kepada kecantikkan kulit wanita di Sabah & Sarawak .

Untuk mendapatkan Ulat Sago ini, anda perlu menebang sepohon sago dan membiarkannya selama 2-3 minggu untuk membenarkan Ibu Ulat Sago ini membiakkan anak mereka .


Ulat Sago hanya memakan Sago sahaja dan ianya selamat dimakan bergitu sahaja ataupun digoreng dan dipangang seperti sate. Jangan tidak tahu , harga ulat sago ini cukup mahal iaitu sekitar 50sen ke 1myr seekor.

- Mr.J makan Otak Kera pun sedap.

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Resepi Mr.J : Perut Usus Ayam Masak Nenas dan cara penyediaanya.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Perut Ayam? eerkk mesti ramai yang berasa loya tekak bila melihat gelungan perut ayam dan juga bau-bauan yang agak busuk bila perut ayam dibelah.

Tapi tidak bagi Mr.J , sebagai seorang anak Dayak Mr.J telah dilatih secara formal dengan melihat dan memerhati serta belajar bagaimana Perut/Usus Ayam dimasak dan menjadi satu hidangan yang cukup menyelerakan.

Dimana penyediaan dilakukan dengan teliti dan bersih. - Mr.J

Untuk makluman semua , perut ayam boleh diambil secara percuma di kedai-kedai yang menjual ayam segar dan sebagainya Tetapi perut ayam di Sarawak mempunyai harga tersendiri .

Jadi Mr.J setiap hujung minggu sehingga satu plastik penuh perut ayam yang dihantar rakan Mr.J yang menjual ayam sebab disini masyarakat di semenangjung malaysia tidak memakan perut ayam dan mungkin tidak pernah lihat dan rasa.

Bagaimanakah cara penyediaan Perut Ayam?
Caranya tidaklah semudah yang disangka dan tidaklah sesusah yang dilihat dan apa yang perlu adalah jiwa yang 'kental' bagi menghadapi 'bau' yang agak kurang menyelerakan tapi bau ini akan hilang setelah proses membelah usus/perut ayam tersebut.

Bahan yang diperlukan adalah.
1: Buah Nenas
2: Serai
3: Bawang Putih
4: Cili yang ditumbuk halus.

Bahan seperti Serai , Bawang Putih dan Cili ditumbuk sehingga lumat terpulanglah kepada anda beberapa banyak kuantiti yang diperlukan bergantung kepada kuantiti usus ayam tersebut. Serai dan Bawang Putih merupakan Asas untuk memberikan aroma yang cukup menyelerakan. 

1: Masukkan bahan yang ditumbuh tadi ( bahan 2-4 ) kedalam kuali yang berminyak .
2: Gaulkan sehingga aroma serai naik.
3: Masukkan Usus Ayam yang telah dibersikan dan dicuci serta dibelah ( rujuk gambar No. 2 & 3 ).
4: Gaulkan sehingga sebati dan aroma semakin naik.
5: Masukkan Nanas yang telah dihiris nipis. ( untuk Sweet Sour )
6: Akhir sekali masukkan garam , ajinomoto secukup rasa.

Gaul dalam lingkungan 20minit dan ianya masak sedap dihidangkan bersama Beer dan Arak . Selamat Mencuba.

- Mr.J


Tutorial : Bagaimana mencantumkan file 001 , 002 , 003 dengan HjSplitter?

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Babikah Biri-biri itu? Kes 'Daging Babi' di NSK Selayang.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Semalam Saya Puas cakap kat satu Isu Gambar yang dipercayai Daging Babi di NSK Slayang. Aku dah cakap bukan Babi tapi ..Pernah anda lihat frozen lamb? Biri-biri agak gemok dari kambing.

Itulah saya sarankan tanya dahulu kepada pemakan Babi Tegar seperti Mr.J ini untuk mengesahkan tu babi ke bukan..


Pernah anda lihat frozen lamb? Biri-biri agak gemok dari kambing. Malaysia memang import biri-biri frozen tetapi TIDAK import babi frozen. ( Kerana Malaysia Ada Projek Ternakan Babi sendiri )



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Kenapa Sultan/Saitan of Sulu Jamalul Kiram mengatakan ada Unit Khas Komando Malaysia hendak membunuhnya?Jawapannya disini.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Kenapa Sultan/Saitan of Sulu si Kiram/Tiram membuat sidang media mengatakan bahawa pertahanan Malaysia menghantar unit khas komando untuk membunuhnya. Ceritanya bergini...

Baru-baru ini seorang budak lelaki dekat rumah Jamalul Kiram telah menunjukan wang syiling 50sen Malaysia kepadanya. 


Menurut budak lelaki itu, seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam memberikan syiling itu padanya. 

Lelaki yang tidak dikenali itu juga mengambil gambar rumah Kiram dari jarak dekat. Kiram punyalah takut sebab katanya, itu membuktikan ada ejen khas atau komando kita telah bersedia hendak membunuhnya. 

Siapa 'Lelaki Misteri' tersebut yang memberi 50sen malaysia kepada budak lelaki untuk disampaikan kepada Kiram? 


 Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Fakta Haiwan yang dibuat oleh Manusia tetapi Sebaliknya.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Manusia telah lama mencipta Fakta yang agak mengelirukan sejak berzaman-zaman lalu tetapi betulkah fakta tersebut ataupun sebaliknya? Disini setelah memerhatikan perbuatan beberapa jenis haiwan yang dikaitkan maka timbul di fikiran Mr.J betul ke apa yang sebut selama ini mengenai haiwan - haiwan itu. Ternyata ianya bercanggah sekali.

Anjing dan Kucing
Anjing sering dikaitkan dengan musuhnya Kucing tetapi Kucing bukanlah Makanan Anjing.

Ikan dan Kucing
Kucing sering dikaitkan dengan makanan iaitu Ikan tetapi Tahukah Anda Kucing tidak akan terjun ke sungai untuk mencari Ikan.

Cacing dan Ikan
Ikan juga sering dikaitkan dengan memakan cacing tapi Tahukah anda Ikan tidak boleh keluar dari air untuk mencangkul dan mengali untuk mencari Cacing.

Ayam dan Jagung
Ayam selalu dikaitkan dengan Jagung Tapi Ayam tidak pernah menanam Jagung.


Kambing dan Hujan/Air
Istilah Kambing takut Hujan tidak dapat digunapakai sekarang kerana tidak semua kambing tidak mandi dan adakalanya kita akan lihat kambing bermain hujan di sekitar jalan kampung




Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Dhab (Uromastyx aegyptia) Biawak yang Halal dimakan.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Tidak tahu pula bahawa orang Muslim boleh makan Biawak , mungkin asing bagi masyarakat malaysia kerana ramai yang mengangap Biawak adalah sejenis pemakan Bangkai dan dianggap Kotor serta Jijik . 

Tetapi lain di Negara Arab iaitu Sejenis Biawak Padang Pasir yang diberi nama "Dhab" merupakan makanan esotik kegemaran masyarakat Arab Muslim disana.(Pastikan anda tidak makan Biawak di Malaysia sekarang kerana Biawak yang terdapat di Malaysia ini berlainan dengan Biawak Dhab Padang Pasir) 

Fakta menarik mengenai Biawak Pasir ini adalah :
Usia dhab bisa menjangkau sampai 700 tahun. Ia dikatakan hanya akan kencing 4 tahun sekali dan berubah kelamin pada setiap 2 tahun. Ia mampu bertahan dengan lingkungan habitatnya yang panas dan kering tanpa meminum air.


Dhab si Biawak Pasir akan dihidangkan dengan masakkan Nasi Beriani , dan kalau di Malaysia kita hanya pernah makan dan nampak Nasi beriani ayam dan daging yang terdapat di Malaysia.

Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata: Nabi saw. pernah ditanya tentang dhab dan Nabi menjawab: Aku tidak suka memakannya, tetapi aku tidak mengharamkannya. (Shahih Muslim No.3598)

Sumber Rujukkan : Wikipedia

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©