Mr.J sebagai "MAN TOL" di Telemovie Komedi "Bibik Ku Madu Ku" Arahan Fahizal Abdullah untuk RTM.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Maafkan Mr.J kerana beberapa hari ini tidak dapat nak "update entry" terbaru di blog, ini kerana Mr.J berada di Kampar, Perak untuk pengambaran Telemovie Bibik Ku Madu Ku. Ayuh, mari ikuti sedikit sebanyak mengenai telemovie tersebut serta sedikit mengenai watak Mr.J kali ini.


Bibik Ku Madu Ku itulah Judul Telemovie bergenre komedi yang diarahkan oleh En. Fahizal Abdullah Terbitan daripada "Ray Lee" 7ujuh Warisan.

Kali ini Mr.J diberi peluang untuk sekali lagi berlakon oleh En.Fahizal Abdullah dalam Telemovie bergenre Komedi, kali ini boleh dikatakan agak "nervous" sedikit kerana Telemovie "Bibik Ku Madu Ku" turut dibintangi oleh Pelakon berpengalaman serta sememangnya "tip top" seperti Jasmin Hamid yang serba boleh  dan Redzuan Hashim, siapa yang tidak mengenali mereka sememangnya mempunyai "level" sendiri dalam bidang lakonan.


Gerun juga Mr.J yelah Mr.J diibaratkan baru di level Pra-Sekolah manakala Jasmin Hamid dan Redzuan Hashim telah lama graduate serta memegang Ijazah. Ha, lihat bertapa jauhnya Mr.J .
Untuk makluman semua pembaca iaitu En.Fahizal Abdullah juga adalah Pengarah kepada Drama bergenre Aksi 13 Episod iaitu berjudul "IBAN TAIKO".   Drama Iban Taiko 13 Episod tersebut dijangka akan keudara di RTM TVi 180 Astro pada bulan November ini, ketika itu Mr.J memegang watak sebagai Chabu.
Mr.J pula diberi untuk mengalas watak sebagai "Man Tol" iaitu seorang pekerja resort di "Sahom Farm Retreat Resort" yang berlokasi di Kampar, Perak. 

Man Tol adalah seorang pekerja yang lambat "pick up" atau dengan bahasa senang difahami iaitu "selenge / lurus bendul" Man Tol merupakan rakan kepada Munir iaitu seorang yang kuat cemburu manakala Fatimah yang juga pekerja resort yang sama adalah kekasih Munir.



 Sedikit rakaman di Sebalik Tabir . Post by Jacky Juing Jonathan.

Ha, itulah sedikit sebanyak tentang watak Mr.J sebagai Man Tol dan kalau sebelum ini Mr.J memegang watak Aksi, Pergaduhan serta Samseng dalam Drama yang lepas iaitu Iban Taiko tapi kali ini jadi seorang yang "blur, lurus bendul agak selenge". 

Rasanya setakat ini sahaja yang Mr.J kongsikan dan untuk keseluruhan ceritanya tunggu sahaja akan datang di RTM, Telemovie ini juga sesuai untuk tontonan seisi keluarga .

- Mr.J

"IBAN TAIKO" Drama 13 Episod yang penuh AKSI dari Sarawak. - Sipnosis & Ulasan -

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
IBAN TAIKO, Mr.J tahu pasti ramai yang seakan dapat meramalkan bahkan ada dikalangan pembaca sekarang tengah berimaginasikan sebuah adegan pergaduhan melibatkan gengster ataupun kongsi gelap.

Tentu ramai yang ingin bertanya serta dipenuhi rasa ingin tahu khususnya rakyat Sarawak dan lebih - lebih lagi masyarakat Iban. 

Di sebalik Takbir Mr.J sebagai Chabu
Drama ini diterbitkan oleh seorang anak tempatan Sarawak yang berbangsa Iban iaitu En.Hereward Gramong dari Syarikat Allen Tinggie Trading Sdn Bhd yang berpangkalan di Sarikei, Sarawak. 

Drama ini di arahkan oleh saudara Fahizal Abdullah dimana beliau juga pernah mengarahkan Drama seperti ER 5 (EJEN RAHSIA 5), Kisah Bujang Sepah dan beberapa lagi Drama yang lain di Semenangjung Malaysia. Beliau juga secara tidak langsung merupakan Pengarah Pertama yang mengarahkan Drama berbahasa Iban. 

Drama ini ditulis oleh Aisurazy/ Rizalwan/ Fahizal Abdullah/ Priscilla Allen. Drama Iban Taiko mempunyai keunikkan tersendiri kerana keseluruhan Drama adalah menggunakan Bahasa Iban (sarikata disediakan) dimana Bahasa Iban ada bahasa terbesar di Sarawak.  

Mungkin tidak agak keterlaluan jikalau Mr.J melabelkan Drama Iban Taiko adalah sebuah Drama berepisod yang terulung serta yang pertama dalam Bahasa Iban yang akan ditayangkan di TVi pada November ini.

Penuh Aksi serta Konflik!
Drama ini dibintangi oleh para pelakon yang hebat dan yang penting kesemua pelakon Drama Iban Taiko adalah anak jati Sarawak. 

Diantara Para Pelakonnya adalah Donny Lang, Stevenson, Chabu, Shaleyna, Richie M, James Ruai, Bruce, Julio, Orton, Jackz Sparrow, Junaida, Zenna, Anne serta banyak lagi dan juga ehem... Mr.J juga diberi peluang dalam Drama Iban Taiko ini dan yang pasti anda pasti tidak suka karekter Mr.J dalam Drama Iban Taiko.

Bagi Mr.J ianya adalah satu perkembangan menarik dalam industri filem, drama atau telemovie di Sarawak.

Ini Kerana kita khususnya rakyat Sarawak amat jarang didedahkan bahkan mungkin tidak pernah sama sekali didedahkan drama atau filem yang mantap dari Sarawak apatah lagi yang disiarkan di saluran television.

Drama Iban Taiko turut dijayakan oleh para angota PDRM Cawangan Sarikei (IPD Sarikei) serta Kuching. Jutaan Terima Kasih kepada Pihak PDRM. Baiklah disini Mr.J ringkaskan sedikit Drama Iban Taiko ini. 

Diantara Babak menarik dalam Drama Iban Taiko
Ianya Mengisahkan Seorang Pemuda Iban bernama Freddie yang bertarung nyawa melawan samseng samseng yang dihantar oleh seorang peniaga kaya.

Perniaga yang mengaut keuntungan dari kegiatan haram yang mana peniaga tersebut berminat dengan kampung beliau yang mempunyai kayu balak bermutu tinggi dan tanah yang strategik untuk kawasan penanaman sawit serta pembangunan hartanah. 

Freddie trepaksa menempuh banyak rintangan serta berhadapan dengan maut sekiranya beliau terus berani mempertahankan tanah pusaka peninggalan nenek moyang nya. 

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang cerita ini sila ikuti Facebook IBAN TAIKO untuk perkembangan semasa atau nantikan saja di Channel 180 TVI RTM.
Lokasi Pengambaran adalah disekitar Sibu, Sarikei dan juga Pakan serta dibeberapa tempat di Sarawak. Drama ini sememangnya wajib ditonton oleh seluruh rakyat malaysia amnya serta khususnya rakyat Sarawak kerana yang pasti ianya merupakan fenomena baru dalam dunia hiburan Sarawak.

- Mr.J
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©