Kenapa UMNO tidak mahu Negara Sabah & Negara Sarawak menarik diri dari Negara Persekutuan Malaysia?

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Untuk pengetahuan UMNO tidak dibenarkan oleh Kerajaan Sarawak untuk menyebarkan Ideologi "Dakwah" mereka jauh sekali bertapak kerana ianya dilihat kepada lebih bersifat "bangsa" simbolik "Keris" serta "Ketuanan Melayu".Tidak dapat melambangkan etnik lebih dari 40 kaum di Sarawak.

Mantan KM Sarawak berkali - kali pernah berkata "Pastikan Politik RASIS UMNO" tidak dibawa ke Sarawak.
Mari Kita lihat dari Presepsi Manakah UMNO tidak dibenarkan di Sarawak melalui rekod Arkid Berita

Melayu Sarawak harus bersatu- Utusan Borneo August 29, 2014 , Jumaat
Adenan yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, bukan sahaja parti pembangkang tetapi Sarawak turut tidak menerima kewujudan UMNO, yang juga merupakan parti berasal dari Semenanjung Malaysia, meskipun ia Barisan Nasional (BN).
1:  Ketua Menteri Sarawak yang LAYAK menjadi Perdana Menteri - Rujuk Sumber 12: Taib kata UMNO Parti RASIS - Rujuk Sumber 23: Sinisnya Kritikan Menteri Sarawak terhadap UMNO -Rujuk Sumber 3
Perlukah Umno ke Sarawak?
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud mengumumkan akan bersara pada 28 Februari ini (8 hari dari sekarang) selepas mempengerusikan mesyuarat BN Sarawak.

Beliau berkata jangan beri parti rasis, Umno bertapak di negeri bumi Kenyalang itu.Kenapa Taib begitu marah kepada Umno?

Dibawah ini adalah petikan berita harian 29/11/14 tentang individu yang bertindak menghasut Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan segelintir individu yang bertindak menghasut Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan hanya akan berunding dengan kumpulan kecil ini jika mereka mendesak isu royalti atau kuasa dibincangkan.

"Kita tidak akan sesekali biarkan isu Sabah dan Sarawak ini diperbesarkan.

"Apa yang penting, jika mereka fikir ada hak tertentu seperti royalti dan kuasa yang perlu dibincangkan, kita boleh runding tetapi untuk bawa Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia... kita tidak akan benarkan sama sekali," katanya pada sidang media selepas berucap pada sesi penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Peningkatan & Kelantangan Kumpulan - Kumpulan "Bersuara" untuk "Keluar".
Mungkin ini adalah malapetaka kerana suatu ketika dahulu, ngo pro kerajaan pernah berkata "Jika tak suka Malaysia Sila keluar Malaysia!" , maka inilah simpulan bahasa termakan kata sendiri.

Dengan rasa sakit yang amat sangat dikalangan anak Sabah & Sarawak akhirnya satu demi satu, sikit demi sedikit akhirnya membentuk satu "Pengikut" yang kini dijumlahkan lebih puluhan ribu walau tiada angka rasmi dicatatkan bagi penyokong reforendum "Sabah Sarawak Keluar Malaysia". 

Dari Individu ke kumpulan, satu masa nanti bakal "mengoncang" dunia!.
Ini tidak dicampurkan sekali dengan beberapa pecahan kumpulan "Pro - Reforendum" di Sarawak contohnya Pertubuhan yang semakin menjadi sebutan rakyat Sarawak sekarang iaitu "S4S" ( Sarawak for Sarawakians ) , SAPA, dan beberapa lagi kumpulan lain. 

Dari dahulu lagi, Anak Watan Sarawak sudah merasakan akan "ditindas" jika bersama dalam Pembentukkan Malaysia.
Tujuan mereka nyata iaitu menuntut kemerdekaan buat kali kedua mutlak, kerana selama ini dalam pembentukkan malaysia tidak ubah seperti Sabah & Sarawak "dijajah" dalam pelbagai sektor bermula dari hasil minyak dan eko pelancongan sehingga ke jawatan pegawai dalam perkhidmatan awam. 

JADI PERSOALANNYA Kenapa UMNO tidak mahu Negara Sabah & Negara Sarawak menarik diri dari Negara Persekutuan Malaysia?

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

SARAWAK : "TIDAK MAHU Parti Politik dari Semenanjung Malaysia masuk ke Sarawak". KM SARAWAK.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
KOTA SAMARAHAN: “Jika UMNO masuk ke Sarawak, akan tiada lagi PBB dan parti-parti komponen negeri yang lain,” katanya Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di dalam sesi soal jawab sempena Konvensyen Patriotisme Negara di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) semalam.

Ketua Menteri Sarawak yang berpendirian Tetap.
Pada sidang tersebut, Adenan juga turut bertegas serta menjamin bahawa beliau TIDAK AKAN membenarkan UMNO tumbuh serta berakar di Sarawak.
“Jika UMNO masuk ke Sarawak, akan tiada lagi PBB dan parti-parti komponen negeri yang lain,” katanya.
Ini kerana menurutnya Masyarakat Sarawak adalah sangat Unik kerana kita adalah rakyat Sarawak dan komposisi Sarawak adalah berbeza daripada Semenanjung Malaysia.
“Kita telah ada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di mana setiap kali pilihan raya, kita telah memenangi kerusi dan berkhidmat kepada rakyat… jadi, kenapa hendak mengubahnya.
Bukan UMNO sahaja tetapi mana-mana parti politik dari Semenanjung Malaysia masuk ke Sarawak termasuk parti pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS.
“Ya, memang kami akan menyokong Barisan Nasional tetapi kami akan melakukannya dengan cara sendiri,” katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa Walaupun terus tinggal dalam Negara Persekutuan "Malaysia", ini tidak bermakna bahawa kita akan mengangguk sahaja apa yang dikatakan oleh Putrajaya (kerajaan pusat)… tidak, kita mesti menuntut hak-hak perlembagaan kami di negara ini.
“Perlembagaan ini menyediakan ekonomi untuk Sarawak dan kita harus menuntutnya,” katanya.
_____________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Tahukah anda Manusia di Bumi mempunyai Duta "Alien" dan dia adalah warga malaysia yang dilantik oleh UN (PBB).

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Rakyat Malaysia khususnya harus berasa bangga kerana dipilih menjadi Manusia Pertama yang akan dihantar berjumpa dengan "Alien" seandainya Kapal Angkasa Alien iaitu UFO mendarat dibumi. Ramai juga manusia didunia ini lebih - lebih lagi rakyat malaysia. Kalau tak silap Mr.J dia dilantik dalam bulan September 2010.

Mazlan Othman telah dilantik oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) atau UN menjadi wakil mahupun Duta kepada Penduduk dunia dan akan menjadi individu yang sangat penting di era zaman peradapan manusia apabila beliau akan membuat "1st - contact" dengan Tamadun Alien suatu hari nanti.

Rakyat Malaysia diangkat menjadi Duta Alien satu-satunya Duta Alien dalam peradapan manusia
Mazlan Othman, seorang astrofizik Malaysia dan kini telah diberi jawatan di ketua Pejabat PBB iaitu Bahagian Hal Ehwal Angkasa Lepas (Unoosa). Sekiranya sesiapa yang melihat atau tersempak mahupun ada menyembunyikan "Alien" anda boleh terus menghubungi Pejabat PBB (UN) No Telefon sila google sendiri.


Sekiranya ada Alien yang mendarat di Bumi tanpa diketahui oleh Nasa dan Alien tersebut mahu berjumpa dengan "Ketua Manusia" maka harus diingati bahawa di Bumi kita ada Duta Alien iaitu Puan Mazlan Othman.

- Mr.J tahu Alien pasti akan muncul satu hari nanti.

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©