KUCHING :Dr Dusit Jaul diberi amaran oleh "Unit Cawangan Khas Bukit Aman" supaya HENTI Pertahankan Kaum DAYAK.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
KUCHING, Lima orang yang mendakwa mereka dari Unit Cawangan Khas Bukit Aman, Kuala Lumpur tanpa sebarang dokumen pengenalan diri lantas terus masuk tanpa kebenaran ke dalam kediaman Dr. Dusit Jaul .

Ketika itu hanya Isteri Dusit seorang diri di rumah, "mereka" telah memberi amaran serta "mengganggu" Isterinya, kejadian itu berlaku di  Tabuan Jaya iaitu pada 7 Oktober lalu, sekitar jam 10.45 pagi.

Menurut isteri Dusit, tiga daripada lima tetamu tidak diundang itu fasih berbahasa Iban, seorang berbangsa India dan seorang lagi Melayu.

Sekumpulan masyarakat Dayak berkumpul di hadapan Balai Polis
Dr Dusit Jaul iaitu salah seorang Ahli Dayak Informal Group (DIG) adalah seorang Pejuang Dayak yang kini berusaha mengembalikan memartabatkan hak-hak kaum Dayak tanpa rasa takut

Antara amaran "Mereka" adalah seperti dibawah:
1. Meminta Dusit berhenti bercakap mengenai perkara berkaitan hak-hak bangsa Dayak serta isu-isu semasa yang dihadapi kaum-kaum Dayak.

2. Mereka juga memberitahu mereka akan memberi amaran kepada Tan Sri James Masing pada tahun depan.


“Mereka" juga meminta Dr. Dusit mengikuti contoh beberapa ketua kaum Dayak yang baik dalam kerajaan. Tiga nama yang mereka sebut adalah Dato Sri Michael Manyin, Datuk Peter Nansian dan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu.

Dusit menambah, kumpulan yang sama juga sering kelihatan mengekorinya malah pada 4 sehingga 5 Oktober lalu, mereka mengekorinya sehingga ke Lubok Antu.

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Melikin : Penolong Pengurus Kanan Syarikat Ladang Sawit Cedera DITEMBAK manakala seorang MAUT!

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Danau Melikin, apa yang pasti kes ini kemungkinan ada kaitan dengan beberapa siri kes pencerobohan Tanah Adat NCR . 

Kerana sebelum itu Mr.J pernah mengupas tentang isu Pencerobohan Tanah NCR serta perkhidmatan Samseng Upahan syarikat 'ladang' dan beberapa siri dimana para penduduk Melikin ber'kampung' mengadakan Upacara "Miring" demi mempertahankan tanah mereka. 

Pada Tahun Lepas , seorang penduduk juga menjadi mangsa keganasan Samseng 'Ladang' Upahan. Seorang petani berusia 67 tahun dan penduduk kampung Kampung Tasik Krangas, Serian Surik Anak Muntal, diserang kejam di luar Sekolah Sg Menyan semalam, segera dimasukkan ke hospital Serian dan dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak akibat kecederaan serius yang dialami, dengan pergelangan tangan patah, kedua-dua kaki luka patah dan pelbagai.

Berikut adalah berita daripada Borneo Post 13/2/14

SERIAN: Seorang daripada tiga pekerja sebuah syarikat perladangan kelapa sawit di Melikin di sini yang ditembak dipercayai dengan senapang patah meninggal dunia akibat tembakan di dada serta mukanya, semalam.

Mangsa yang maut ialah John Wong Toh Kiong, 46, berasal dari Nyebong Padi, Sarikei manakala dua yang tercedera ialah penolong pengurus kanan syarikat berkenaan Andrew Wong King Kiat, 40, dan seorang lagi yang hanya dikenali sebagi Law.
Flash Back 2013: Siapakah Andrew Wong King Kiat? Kita baca dahulu biodatanya yang pernah mengugut dan mencederakan seorang penduduk Melikin dengan Senjata Tajam! # March 2013 # : Berita Tanah NCR: United TeamTrade Sdn Bhd mengupah Samseng untuk 'cubaan' membunuh Penduduk Danau Melikin di Serian. "Surik mengalami patah pergelangan tangan apabila beliau memegang tangan beliau untuk menyekat parang yang mengayunkan ke arah lehernya." - suspek bernama "(((Andrew Wong Kin Kit)))" ditahan.

Menurut Ketua Polis Daerah Serian, DSP Mohd Jamali Umi semasa kejadian John bersama dua lagi mangsa dalam perjalanan menuju ke pejabat mereka menaiki sebuah pikap jenis Toyota Hilux sekitar jam 12.10 tengah hari.

“Ketiga-tiga mangsa menaiki kenderaan jenis Hilux di jalan utama ladang sawit berkenaan menuju ke pejabat mereka yang terletak kira-kira satu kilometer di hadapan sebelum berlaku tembakan disyaki dari atas bukit sehingga terkena ketiga-tiga mangsa,” kata Jamali.

Menurutnya, John yang juga pemandu pikap tersebut terkena tembakan di bahagian dada dan muka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Law dan Andrew yang juga terkena tembakan di dada serta tangan dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

“Pihak kita masih menjalankan siasatan di tempat kejadian dengan bantuan daripada Unit Forensik serta Pasukan Gerakan Am (PGA), selain turut membuat sekatan jalan raya di beberapa lokasi untuk menjejaki suspek,” ujarnya.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Muhammad Sabtu Osman semasa dihubungi memberitahu pihaknya masih menyiasat motif kejadian tersebut.

“Motif masih dalam siasatan tetapi kita percaya mungkin tidak ada kaitan dengan isu tanah kerana difahamkan kebanyakan pekerja di ladang sawit berkenaan juga adalah penduduk kampung di kawasan berkenaan,” katanya.

Sejak setahun lalu, penduduk kampung di Melikin mendakwa tanah adat mereka telah dicerobohi secara haram dan mereka menjadi mangsa keganasan dan ugutan samseng yang didakwa diupah oleh syarikat perladangan.

Selain itu, mereka turut menuduh polis tempatan gagal bertindak terhadap laporan polis yang dibuat oleh mereka, tetapi ia disangkal oleh Jamali dalam satu sidang media pada November tahun lepas.

Menurut Jamali, mereka telah melakukan serbuan pada 30 September lepas di mana beberapa senjata berbahaya termasuk senapang dan peluru hidup telah dirampas daripada kuarters pekerja di ladang kelapa sawit di Balai Ringin.


Mr.J
+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in

NCR: Syarikat 'Menghalau" penduduk kampung, 400 Penduduk di sekitar Simunjan berkumpul di Balai Polis Simunjan, Sarawak.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Kali ini kita ke berita mengenai kes tanah adat (NCR) yang tidak pernah selesai bahkan semakin banyak berlaku, dan kini ianya berlaku di Daerah Simunjan, Sarawak . 

Dianggarkan lebih daripada 400 para penduduk dari kawasan kampung iaitu Entanggor ,Arus , Bajong , Sampun, Ensika , Kesindu dan Tungkah mengadakan satu protes aman untuk menentang pencerobohan ke atas tanah adat mereka semalam. 

Ini kerana sebilangan pekerja daripada syarikat yang mempunyai pegangan sementara telah mengangu dan membuat ancaman serta 'menakut - nakutkan' para penduduk disitu. 

Menurut laporan daripada akhbar tempatan Sarawak , Syarikat itu menghantar surat bertarikh 13 Nov tahun ini memberitahu beberapa penduduk kampung melalui JKKK mereka untuk keluar dari kawasan itu dalam tempoh masa yang tertentu dan juga menuduh mereka setinggan di tanah kerajaan . 

Syarikat itu berkelakuan seperti watak dalam "video" yang mengemparkan rakyat sarawak dahulu dengan menuduh mereka setinggan di tanah kerajaan .

Ini bukanlah kes pertama pencerobohan tanah bahkan beratus - ratus kes , malah tidak keterlaluan jikalau Mr.J mengatakan ada 'sedikit' penglibatan pihak 'tertentu' dalam kepentingan politik serta 'rasuah' juga merupakan 'sumbangan' kepada kes ini. 

Kesimpulanya, siapa disebalik dalang kes tanah adat di Sarawak? Parti Politik? Syarikat Perladangan? 

 - Mr.J

Berita Tanah NCR: United TeamTrade Sdn Bhd mengupah Samseng untuk 'cubaan' membunuh Penduduk Danau Melikin di Serian.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Inilah yang berlaku di Sarawak sekarang bagi yang mempertahankan tanah adat NCR dari diceroboh oleh syarikat-syarikat yang kebanyakkan mengupah 'samseng' untuk menghalau dan mengertak serta menakutkan penduduk.

Mungkin anda berminat untuk membaca kisah "Kejadian Bakong di Sarawak dahulu" .

Tidak dinafikan banyak kes yang melibatkan Syarikat Perladangan di Sarawak dikatakan berkompromi 'orang-orang berkuasa' bagi meneruskan aktiviti kekejaman dan merampas Tanah Adat penduduk dan segala berita ini tidak akan mampu dapat disalurkan kepada media-media Perdana yang dikuasai oleh kerajaan Sarawak dan hanya disiarkan oleh Media Alternatif UNITED DAILY NEWS sahaja.



Tetapi Tidak lagi , satu persatu pembongkaran dan kekejaman syarikat perladangan kelihatan banyak 'bersekongkol' dengan 'individu' yang mempunyai kepentingan dalam sesebuah 'parti politik'.

Danau Melikin iaitu dipegang YB bahagian tersebut ( tidak perlulah dinyatakan atas keselamatan penulis ) kelihatan 'tidak berupaya' malah banyak membuat sikap 'lepas tangan' dalam hal ini.

Sepertimana kes yang dinyatakan oleh YB See Chee How dibawah : 

Rosni ( Isteri Surik ) menunggu di luar hospital kelihatan sedih dan letih.

Seorang petani berusia 67 tahun dan penduduk kampung Kampung Tasik Krangas, Serian Surik Anak Muntal, diserang kejam di luar Sekolah Sg Menyan semalam, segera dimasukkan ke hospital Serian dan dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak akibat kecederaan serius yang dialami, dengan pergelangan tangan patah, kedua-dua kaki luka patah dan pelbagai.

Menurut kepada isterinya, Rosni Langap, Surik mengalami patah pergelangan tangan apabila beliau memegang tangan beliau untuk menyekat parang yang mengayunkan ke arah lehernya.

Mangsa Surik ak Muntai yang mengalami kecederaan parah di kaki, lutut & tangan.

Eksekutif Pentadbiran Syarikat Perladangan United TeamTrade Sdn Bhd, yang Surik kenalpasti kepada polis, sebagai salah satu penyerang, telah ditangkap dan ditahan selama 3 hari.

Perkara mengenai tanah NCR penduduk di Danau Melikin telah dibawa ke Mahkamah Tinggi di Kuching.

Saya ( YB See Chee How ) telah menulis surat kepada Pesuruhjaya Polis Negeri Sarawak dan Tan Sri KPN, dengan harapan bahawa mereka akan mengambil notis peribadi perkara ini.

Sumber YB See Chee How.



Update: (pics yang diambil di hospital Serian pada hari kejadian)

Pembedahan di Hospital Umum Sarawak mengambil masa hampir 5 jam semalam. Pakar bedah yang baik dibaiki tendon yang telah dipotong dan bersalut patah pergelangan tangan beliau. 

Juga mereka dibaiki kecederaan lututnya. Dia perlu hidup tetapi kekal pada risiko jangkitan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Sebagai hasil daripada serangan kejam, Surik mempunyai pelbagai kecederaan termasuk patah teruk berpecah kedua-dua tulang di pergelangan tangan kanan, dengan luka luka tercalar dari 4cm x 2cm parang. Dia mempunyai patah bersalut. Beliau juga mempunyai tendon cut dibaiki.



Beliau juga mengalami kecederaan pada kedua-dua lutut. Terdapat keretakan di kedua-dua tempurung lutut dan pakar bedah telah dikeluarkan tendon terperangkap dalam salah satu keretakan tempurung lutut. Rupa-rupanya kecederaan lutut disebabkan oleh trauma tumpul, dipukul dengan objek keras.

Pada masa ini, lengan kanan dan kakinya adalah dalam cast plaster.

Menurut kepada rakan doktor yang melawat Surik pagi ini, kecederaan serius. Beliau memuji pakar bedah di SGH untuk kerja-kerja baik mereka tetapi tidak boleh pasti sama ada Surik akan dapat menggunakan tangan kanannya seperti biasa dan berjalan biasanya dalam masa depan. 

Beliau, bagaimanapun, optimistik bahawa Surik mempunyai peluang yang baik pemulihan penuh dengan fisioterapi yang baik dan galakan.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Konflik Tanah diantara waris Keluarga Hj. Wahed dan penduduk setinggan Kpg "1Malaysia" di Tanah Padang Kerbau,Pujut Miri. Sarawak

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.

Kampung 1Malaysia bukan lagi isu oleh penduduk setinggan di Kawasan Tanah Padang Kerbau, Pujut. Kenyataan pegawai Land & Survey jelas dan terang menyatakan bahawa penduduk di situ adalah setinggan.

Waris keluarga Hj. Wahed berhak membuat tuntutan di mahkamah kerana kawasan tersebut telah di teroka sejak tahun 1930an oleh arwah Hj. Wahed dan keluarga pada masa itu. Segala dokumen sebagai sokongan adalah bukti yang kukuh tuntutan mereka.

Pihak Land & Survey telah melarang sama sekali segala jenis dan bentuk pembinaan rumah dikawasan tersebut.

Jika waris berjaya membuat tuntutan maka setinggan harus keluar daripada kawasan berkenaan dengan serta merta. Kawasan tanah itu juga akan di pagar kerana pihak penuntut akan membuat kerja pertanian.

Penduduk setinggan sudah dimaklumkan berkenaan perkara trsebut. Tetapi ada seberapa penduduk setinggan masih tidak berpuas hati dan menyatakn mereka adalah peneroka sejak tahun 1980an.

Penguam Keluarga Hj.Wahed membuat laporan polis bersama dengan Cik Zulhaida di Balai Polis Sentral Miri.

Dominic Ng Menjalankan tugas sebagai peguam yg dilantik oleh waris Keluarga Hj. Wahed. Kini timbul pula lagi satu isu dimana Mantan YB Padungan (Dominic Ng) menerima ugutan bunuh melalui pangilan telefon dimana dipercayai dibuat oleh sebilangan penduduk setingan Kampung 1Malaysia kerana tidak berpuas hati dengan tuntutan tersebut.

Untuk pengetahuan semua nama "Kpg 1Malaysia" dinamakan sendiri oleh penduduk tersebut sedangankan tanah yang mereka duduk adalah milik keluarga Hj. Wahed yang pertama sekali meneroka pada tahun 1930an dan disahihkan dengan beberapa bukti yang kukuh.


Rakaman perbualan Ugutan BUNUH Peguam Dominique Ng Kim Ho (gambar diatas) telah diserahkan kepada IO oleh Zulhaidah Suboh petang semalam (16 July 2012) di Balai Polis Sentral Miri.

* Bersambung .


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©