EKSKLUSIF HALLOWEEN : Berdialog dengan Hantu, "Berhenti beri Presepsi Buruk Terhadap Hantu".

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Artikel ini ditaip dan diterjemahkan oleh Mr.J dari alam "lain", ketika Mr.J sedang menaip artikel ini kelihatan beberapa sekumpulan Pocong sedang berhimpun sambil berteriak "Bubarkan Ikatan Kaki kami, Kami mahu berjalan dan bukanya Melompat!!" teriak salah seorang perserta di perhimpunan itu.

Bergitu juga bunyi hilaian tragis Langsuir sambil disahut oleh gemaan ketawa oleh saudara jauh mereka iaitu Pontianak dari arah bertentangan amat membangkitkan suasana hening pilu sekali.

"BERJALAN HAK KAMI!!" Pocong mahukan Perubahan dan bukannya terus "Melompat"
Tiada apa yang dapat diluahkan bahkan mulut anda akan terasa kaku sekiranya anda berada disini. Berat mata memandang berat lagi bahu mereka yang memikulnya, rasanya mungkin peribahasa melayu ini cukup sesuai untuk membandingkan mereka.

Kami hanya minta tolong manusia bukakan ikatan kaki..
Salah seorang daripada himpunan tersebut memberitahu kepada Mr.J bahawa ketika ini rakan mereka iaitu Vampire dari luar negara sedang sibuk melakukan jamuan untuk malam nanti dan mencari pakaian yang terbaik untuk digayakan ini kerana Perayaan Halloween hanya datang sekali setahun sahaja iaitu 31 Oktober.

Dahulu pernah "hantu - hantu" ini pernah berjasa dengan manusia tetapi sifat manusia seperti bongkak dan ego yang tinggi menyebabkan hubungan "silahturahim" diantara manusia telah terhakis.

Mungkin anda pernah mendengar kisah di mana cerita mengenai penduduk kampung meminjam sejumlah perkakas dengan penduduk Bunian seperti periuk belanga, piring, gelas dan sebagainya apabila ada maljis keramaian. Tetapi manusia ini diseumpamakan diberi betis hendak dada ayam dengan sering tidak mengembalikan secara jujur dengan ada yang mengambil kesempatan untuk disimpan dirumah dan sebagainya.

Bukan itu sahaja banyak nilai - nilai murni tersemat di kalangan hantu, jembalang atau mambang lantak korang nak sebut apa janji hantu iaitu bagaimana pemuda kurus keding kerepot bernama Badang menjadi kuat seperti Hulk?

Menurut penceritaan mulut ke mulut sebelum ketibaan emel mengatakan bahawa Mambang Tanah yang tercekik tulang ikan akibat terpaksa mencuri ikan dalam bubu si Badang.

Mambang Tanah merayu untuk tidak "dibunuh" dan minta dilepaskan, atas dasar nilai silahturahim antara manusia dan makhluk halus masih utuh ( rujuk kisah bunian di perengan atas tadi ) maka Badang pun melepaskan Mambang tersebut, melihat keadaan seperti itu membuatkan Mambang Tanah berasa sebak dengan keikhlasan Badang dan menawarkan untuk memberikan "kekuatan" kepada Badang dan inilah nilai bertolak ansur terjalin.

Tentu pembaca akan mengatakan bahawa "hantu tetap hantu dan mereka jin!!". Tapi kita tidak tahu kenapa Mambang Tanah terpaksa mencuri ikan badang, mungkin beliau telah tersesat dalam hutan ataupun sumber ikan di kawasannya telah pupus akibat pencemaran pembalak haram. Whos Know?

Kemalangan di Highway bukan dilakukan oleh ahli kami.
Seperti luahan nasib Pontianak juga yang bukan selalu memunculkan diri dan yang sebenarnya Pontianak mahu mencari teman berborak atau sekadar mengadu kisah sahaja kerana dia juga pernah merasa menjadi manusia dan dia juga tidak pernah meminta untuk menjadi Pontianak.

Adakah hanya kerana dia terkorban bersama anaknya yang masih dalam kandungan maka manusia boleh memberikan pelbagai preseptif yang buruk. Mr.J sempat berborak seketika dengan Kak Ton ehh~ Kak Pon.

Beliau meminta manusia janganlah memandu selaju yang mungkin jika tersempak dengannya di jalan raya kerana boleh mengakibatkan kemalangan bahkan sehingga sekarang ramai rakan - rakan Kak Pon dipersalahkan dalam hal tersebut tetapi mereka manusia tidak merasakan kepayahan yang dirasai apabila terpaksa berjalan kaki sambil mengendong anak semata - mata untuk membeli lampin.

Sejak kecil dari berlapis - lapis keturunan manusia telah diterapkan nilai momokkan bahawa segala yang tidak baik itu dari makhluk halus eleh manusia tu baik sangatlahkan. 

Sebelum manusia pandai berdikari dari aspek kecantikkan diri terlebih dahulu manusia harus berterima kasih kepada hantu yang banyak memperkenalkan "susuk" pada zaman era kesultanan dahulu sehingga sekarang Hantu Susuk masih memberikan perkhidmatan dari pelbagai aspek seperti kaunseling kecantikkan luaran dan dalaman tetapi tidak seperti dahulu kalau dulu boleh diberikan percuma tapi kini tiada ianya agak mahal dan berpakej lebih - lebih lagi kemeningkatan kadar gst negara.

Tapi jangan risau kerana menurut penjelasan Hantu Susuk tahun depan akan ada 3 peringkat diskaun menarik ditawarkan sejajar dengan pemberian BR1M 3 kali setahun.

Baiklah, Mr.J rasa setakat ini sahaja liputan mengenai Halloween di malaysia dan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Halloween kepada seluruh rakyat malaysia dan hantu kirim salam "disinilah lahirnya sebuah cinta".

Ambillah waktu ini sebagai waktunya kita sebagai manusia bersama - sama merayakan serta bergembira dengan mahluk halus demi mengeratkan hubungan silahturahim dan sebagainya.

Hantu Para Pembesar yang mahu menawarkan Mr.J Pangkat Datuk.
Selepas selesai sesi berdialog, Mr.J telah ditawarkan untuk diberikan pangkat darjat membawa gelaran Datuk oleh pembesar "disana" tetapi terpaksa menolak atas sebab - sebab tertentu. *Sifat hantu pun dah menyerupai sifat manusia. 

Ketika ini Mr.J sedang menanti pernerbangan WH37Q untuk kembali ke "dunia" dan tersempak dengan bomoh 1malaysia & rakannya yang sedang giat mempromosikan air kelapa tua. 

- Mr.J 

Salam Halloween untuk Semua Manusia dan Seluruh Penghuni Bumi!

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Misteri : Kena Tindih di Malam Jumaat.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Semalam aku bermimpi ataupun separuh sedar, badanku ditindih, tanganku seakan dicekam kuat oleh sesuatu yang aku sediri tidak nampak. Aku meronta melawan di dalam hati aku sambil berkata.

"hoi sial punya saitan hantu iblis, jika kau kuat sepertiku maka munculkan dirimu dihadapanku" jeritku melalui suara hati, ini kerana mulutku tak mampu mengeluarkan suara.

Tiba - tiba tanganku boleh bergerak , suara aku kembali serta badanku berunsur hilang rasa ditindih, aku duduk sejenak tanpa berlengah terus ku capai telefon bimbit dan ku buka lampunya.. 

11:58PM waktu tengah malam dan kebetulan adalah malam Jumaat.

Di dalam situasi ini, kita merasakan dalam keadaan sedar bahkan mampu melihat objek - objek disekeliling kita tetapi kita tak mampu untuk mengerakkan tubuh badan bahkan jemari kita. Suara pula seakan disekat oleh sesuatu.

Ini adalah pengalaman Mr.J dan bukan kali pertama ianya sudah berkali - kali. Adakah anda mempunyai pengalaman yang sama? Jika Ya , mari kongsikan dengan Mr.J di ruangan komen di bawah.

Mr.J

Mitos "INDAI BILAI" dalam *kepercayaan masyarakat Iban di Rumah Panjang. - Ms DJP

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Indai Bilai dalam Masyarakat Iban dahulu terutamanya masyarakat kawasan luar bandar dan juga di rumah panjang adalh merujuk kepada makhluk yg bermuka "hantu".

Indai Bilai adalah dikatakan merujuk kepada topeng muka yang kelihatan amat hodoh serta menakutkan yang diperbuat daripada sejenis kayu. 

Tujuan utama adalah digunakan oleh golongan tua dirumah panjang bagi menakutkan budak - budak nakal serta degil atau yang tidak mendengar nasihat lebih - lebih lagi ketika saat berlakunya kematian di dalam rumah panjang. 

*Teringat saya (Ms Djp) pernah kena dulu. Masa berkabung bermain dengan rakan - rakan di ruai dengan meriahnya. Tiba - tiba keluar indai bilai yg buruk mukanya.. lari lintang pukang tak cukup tanah, apa yg lebih malang saya terkencing dlm seluar kerana terlalu takut. Hehe...

- Ms DJP




Misteri Villa Nabila, 'Roh' Nabila tiada kaitan dengan 'kehilangan' budak bawah umur itu.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Tertarik pula Mr.J dengan kisah Villa Nabila iaitu sebuah Banglo lama yang terbiar di Johor Bahru dan telah di iktirafkan sebagai sebuah tempat paling berpuaka di peringkat antarabangsa. Kerajaan perlulah berbanga dengan pencapaian ini , bukan calang - calang tempat dapat kenal hantu made in malaysia. 
Banglo Villa Nabila adalah tempat terseram lapor sebuah portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia.   
Beberapa hari ini pelbagai situasi serta sebaran yang cukup menarik untuk dibaca di laman sosial dimana mengatakan lebih 20 budak bawah umur memasukki perkarangan Banglo Villa Nabila , mungkin kerana hendak mengambil 'feel' sebelum menonton filem 'Highland Tower' ataupun sekadar menguji daya tahan mental yang baru sahaja meningkat dewasa.

fb page dipercayai milik budak terencat akal
Jika anda 'google' mengenai Banglo Villa Nabila ini maka akan keluar pelbagai versi untuk dibaca dan yang pasti tiada sumber yang mengesahkan apa yang dicerita di sekitar internet.

Nabila dibunuh oleh orang gajinya.
Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. 

Dirompak dan dirogol serta dibunuh.
Ada beberapa cerita banyak mengatakan bahawa Keluarga Nabila telah dirompak oleh sekumpulan penyamun. Ketika itu keluarga Nabila tiada dirumah dan hanya tinggal Nabila seorang, Nasib tidak menyebelahi apabila Nabila bukan sahaja disamun tetapi dirogol bergilir - gilir dan dibunuh dengan kejam kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut. 

Bapa Nabila Mengamuk lalu membunuh semua ahli keluarganya. 
Turut banyak diceritakan Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya ( seperti kebiasaan cerita seram ) Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Nama sebenar Nabila adalah Christine.
Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Ini boleh 'disahihkan' dengan adanya pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit berdekatan dengan Banglo Villa Nabila.

Dan apa yang anda baca sebentar tadi adalah daripada beberapa sumber yang Mr.J cari di internet, terlalu banyak sub-story Villa Nabila ini. Seperti kisah - kisah yang lain juga semuanya dan perkara misteri harus dikaitkan dengan pembunuhan ataupun bunuh diri.

Baiklah , berbalik kepada kes terkini iaitu dikatakan seorang budak bawah umur yang ghaib selepas dikatakan mengikut rombongan pendek akal ke Villa Nabila sebaik sahaja mereka memasukki perkarangan Banglo tersebut dikatakan beberapa orang rakan mereka histeria dan kena rasuk dan budak - budak bawah umur tersebut terus berlari ketakutan.

Sehinggalah ketika itu dipercayai seorang lagi budak tertinggal di dalam Banglo tersebut dan hilang yang pasti Hantu Tetek tidak terlibat dalam insiden ini.

Teka - teki kehilangan budak bawah umur tersebut akhirnya terjawap apabila dia dijumpai disorokkan oleh Hantu Pontianak Harum Sundal Malam di Desa Mutiara pada sekitar pukul 2 pagi tadi 19/11/13.

Berikut adalah kenyataan daripada Ketua Polis Johor.
JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Shariff mengesahkan remaja berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang kononnya disorokkan di Villa Nabila ditemui bersama teman wanitanya di Desa Mutiara pada jam 12 tengah malam tadi. Harian Metro

Masih menjadi Misteri bagaimana budak tersebut 'mengeluarkan' diri daripada kumpulan budak poyo sehingga muncul di Desa Mutiara dan berada di Desa Mutiara bersama teman wanitanya yang pasti telah disahkan bukan pontianak mahupun hantu tetek di kediaman kekasihnya itu.  Macam sweet jer pasangan kekasih bawah umur ini.

- Mr.J 

Mitos atau Nyata : Taring Babi Tunggal.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Orang Bandar jauh sekali pernah mendengar ataupun melihat dengan jelas apakah itu Taring Babi Tunggal.

Taring Babi Tunggal ini dipercayai boleh dijadikan azimat ataupun kekebalan dan ternyata dahulu di Sarawak dan juga sekitar kawasan Kepulauan Borneo para Pahlawan - Pahlawan Dayak banyak menggunakan Taring Babi Tunggal untuk tujuan senjata diri dan juga menjaga daripada lawan.

Gambar Jenis Taring Babi Tunggal dan pemakaian oleh Paglima / Paglima Dayak di Kalimantan.

Dayak Bangsa Dayak adalah Bangsa yang terbesar menghuni Kepulauan Borneo yang disempadankan oleh Sabah , Sarawak , Brunei dan Kalimantan.

Dayak di Sarawak terdiri daripada Dayak Ibanic yang dikategorikan kepada 2 Sub besar Dayak iaitu Dayak Darat ( Penan, Kadayan, Punan dan sekitar penghuni di kawasan Bukit dan Gunung ) & Dayak Laut ( Iban ataupun kawanan Dayak yang menghuni sekitar Sungai dan sebagainya )

Terlalu Banyak Sub Suku Dayak untuk disenaraikan dan anda boleh melihat senarai penuh Rantaian Sub Suku Dayak di "Kaum Dayak di Borneo" .

Panglima/Pahlawan Dayak di Kalimantan merupakan Pangkat Tertinggi di sana dan sering mengiring orang kenamaan VIP untuk sesuatu urusan. Gambar daripada - Mestre Iwan fb

Baiklah berbalik kepada tajuk utama iaitu mengenai Taring Babi Tunggal ( Mr.J dah lari tajuk pula tadi.. ) , Babi Tunggal dikatakan Babi yang sungguh besar dan tua serta dapat dinilai berdasarkan gelungan dan saiz Taring yang ada di celah giginya.

Menurut beberapa info Babi Tunggal adalah sebesar seekor Lembu Jantan yang dewasa dan berbulu lebat mempunyai 2 taring di atas dan 2 dibawah hanya orang - orang tertentu dapat menewaskan Babi Tunggal ini dan kerana itulah nilai dan kekebalan Taring Babi Tunggal ini tinggi.

Taring Babi Tunggal tidak akan bermakna sekiranya hanya memilikki secara "Kosong" maksud Mr.J adalah anda perlu mempunyai keilmuan batin untuk memilikkinya bukan sekadar menyimpan Taring Babi tetapi dari segi penjagaannya serta 'bacaan mantera' .

Setakat itu sahaja yang dapat Mr.J ceritakan mungkin anda mempunyai kisah sendiri mengenai Taring Babi Tunggal ini dan anda boleh kongsikan diruangan Komen dibawah.

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Semak 'Siapakah Anda pada Kehidupan Lepas" . - Past Life Analysis -

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sebentar tadi sedang Mr.J termenung dan duduk sambil menghisap sebatang rokok secara tidak difikirkan Mr.J memandang ke langit dan berkata dalam hati Jika betul Mr.J ada Kehidupan Lepas siapakah Mr.J dahulu?


Tanpa dilengahkan masa , Mr.J terus membuka google dan mencari menggunakan carian kata kunci "Past Life" dan paparan pertama adalah "Who were you in your last life?"

Diagnosis Hidup Mr.J pada kehidupan lampau.

Kehidupan diagnosis lalu anda: 
Saya tidak tahu bagaimana anda merasa tentang ia, tetapi anda adalah lelaki dalam incarnation.Kali Terakhir dilahirkan di suatu tempat di wilayah Wales moden sekitar tahun 1300.

Profesion anda adalah bahawa pahlawan, pemburu, nelayan atau wasi profil ringkas sacrifices. 
Patutlah Mr.J dilahirkan semula dalam keturunan Pahlawan Borneo yang mengamalkan Tradisi Pemburuan Kepala di Borneo.
Psikologi dalam kehidupan lampau anda: 
Anda sentiasa suka untuk perjalanan dan untuk menyiasat. Anda boleh menjadi detektif atau pengajaran spy.
Naluri Mr.J ada aura untuk menyiasat sesuatu sekiranya ada benda tidak kena, dan mungkin itu wujudnya blog ini .
Kehidupan terakhir anda lalu dibawa kepada penjelmaan semasa anda: 
Pengajaran anda adalah untuk menakluk cemburu dan marah pada diri sendiri dan kemudian mereka akan memilih anda sebagai panduan mereka. Anda perlu memahami bahawa kelemahan ini adalah disebabkan oleh ketakutan.

Anda ingat sekarang?
Ya , Baru Mr.J Ingat!


1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Mr.J dan sedikit kesimpulan mengenai "Alien, Tamadun dan Kecangihan Teknologi Lampau.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Manusia kini masih lagi kuno dan belum moden kerana masih belum merungkai fakta yang jelas mengenai pembinaan piramid atau adakah masyarakat lampau lebih moden dari kita sekarang? 

Siapakah membina Piramid ? Hebat sungguh Teknologi Tamadun lampau , kemungkinan piramid adalah dibentuk oleh 'mahluk asing' atau 'masyarat luar bumi' kerana jika diamati tiada satu teknologi yang boleh membina sebuah monumen yang tersergam besar dengan setiap bokah batu seberat 1 - 3 tan .


Raja Firaun Mesir adakah Raja tersebut benar - benar merupakah manusia dan kenapa Raja Firaun meng'bujur'kan ( menyarungkan sarung kepala ) berbentuk topi emas di kepala mereka, kemungkinan Raja tersebut telah dibantu oleh 'mahluk cergas dari luar bumi' iaitu Alien dan oleh kerana berjasa dan kuat perkasa serta mempunyai teknologi canggih maka dengan meniru gaya 'mahluk cergas/alien' dengan supaya menyerupai alien untuk mendapatkan 'martabat , darjat dan kekuatan' yang serupa dengan 'alien'.

Piramid yang masih menimbulkan persoalan.

Kejutan kepada Tamadun Manusia sekarang apabila Penemuan artifak emas berbentuk sebuah Pesawat kuno dan ini salah satu bukti bahawa masyarakat lampau lebih maju dari sekarang mungkin masa itu mereka telah membuat 'contact' dengan ufo/alien atau 'org luar' daripada planet bumi . 

Hal ini terbukti kerana bumi adalah dalam 1 galaksi sahaja dan di angkasa sana ada lebih jutaan galaksi yang tidak diketahui .


Manusia hanya mampu meneroka melalui teleskop sahaja dan kapal angkasa manusia hanya sampai di Planet Pluto dan tidak dapat terus perjalanan lebih jauh mungkin kerana Kapal Angkasa manusia tidak dapat menampung gas atau bahan api yang banyak.

Jadi persoalannya sekiranya masyarakat lampau lebih maju daripada manusia kini dan tetapi kemanakah masyarakat tersebut hilang? 

Menurut sebilangan daripada pengkaji planet serta sedikit daripada apa yang Mr.J faham melalui sumber - sumber yang didapati di Internet , kemungkinan masyarakat lampau tamadun mereka lebih agung dan lebih pintar dan mereka kemungkinan telah berpindah ke planet lain dengan menggunakan kapal angkasa mereka atas kemungkinan telah meramal bahawanya tahi bintang akan menimpa bumi waktu itu .

Adakah anda akan menjawap seperti "hanya Tuhan sahaja yang tahu?" mungkin ya tetapi tidak bagi segelintir manusia dan mereka akan terus kaji dan mengkaji seperti contoh sekiranya anda tidak dapat menjawap soalan peperiksaan adakah anda akan berdoa dan meminta pertolongan daripada "Tuhan" ? . 

Maafkan Mr.J kerana mungkin anda akan mengatakan bahawa Mr.J tidak mempercayai "Tuhan" dan itu terpulang kepada pemikiran individu dan juga pembaca semua.

Itu Sahaja kesimpulan daripada Mr.J selepas dua minggu menghabiskan serta memahami sedikit mengenai Ancient Aliens And Alien di History Channel. 



1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Gempar & Eksklusif !! Gambar Penampakan Hantu Langsuir Menganas!!

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Ini adalah Eksklusif bagaimana untuk mengambil gambar hantu dan caranya adalah 10 tin Carlsberg , 1 ekor ayam goreng , 4 bungkus kuaci dan 5 kotak rokok.

Gambar Rakan Mr.J iaitu Douglas telah diguna untuk kajian hantu ini ~ :)

Adakah anda percayai kepada Hantu pada masa sekarang ? Jika ya maka teruskan sahaja kerana Mr.J tidak mempunyai kuasa untuk menghalang anda untuk tidak percaya atau sebaliknya.

Bulan lepas kita dikejutkan beberapa akhbar mengenai 'gadis terakam gambar hantu' dan ramai yang percaya tetapi ramai lagi yang mengatakan bahawa itu adalah gambar palsu.

Jadi disini Mr.J ingin memperlihatkan kepada pembaca semua bahawa untuk membuat Gambar Hantu Palsu tidaklah bergitu susah sangat . 

Caranya hanya mengabungkan dua gambar iaitu gambar sebenar rakan anda dan juga gambar hantu yang boleh diperolehi di carian google.

Adakah anda rasa tertipu dengan Tajuk Mr.J kali ini ? " Gempar & Eksklusif !! Gambar Penampakan Hantu Langsuir !! " . Betullah , dibawah ini adalah Gambar Penampakkan Hantu Langsuir yang seakan - akan senyum dan bergembira .


Rujuk gambar diatas dimana Mr.J telah memanipulasikan Gambar Hantu dan Gambar Asal , semuanya tidak mustahil dan anda juga boleh membuat 'kecoh' dengan menggunakan Photoshop CS1 sahaja.

Tonton Tutorial Gambar Hantu dari Mr.J


Andai Mr.J lahir pada zaman 60an-90an mesti dah kaya Mr.J menjual gambar - gambar palsu untuk majalah misteri .


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Bongkar: Misteri "Hilaian Ketawa" di Hutan Terjawap!!

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Gambar "Tanpa Editing". :)

Selama ini ramai masyarakat disajikan dengan cerita hantu seram dan ada juga yang tidak seram , kali ini Mr.J sajikan beberapa "fukta" mengenai kemungkinan "hilaian ketawa" yang seringkali mengangu para pemburu mahupun yang mengemari aktiviti lasak di dalam hutan.

Selepas meneliti beberapa rakaman yang agak seram maka dengan itu Mr.J yakin bahawa merekalah ( ayam hutan ) penyebab 'misteri hilaian ketawa' di dalam hutan.


Sering kali kita terdengar momokkan dan juga beberapa cerita tentang kisah bunyi aneh seperti hantu ketawa  di hutan tetapi kini ianya sebenar hanyalah hasil daripada "Ayam Hutan" yang mempunyai kokokkan 'ketawa' .

Tak percaya lagi? mari kita lihat video dibawah:

Video tersebut adalah dimana Pertandingan "Ayam Ketawa" yang dianjurkan di Negara Indonesia di sana "Ayam Ketawa" bukanlah sesuatu yang pelik malah "Ketawa" ayam yang luarbiasa ataupun menyerupai ketawa manusia maka dialah Pemenang.

-Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Foto “Penampakan Yesus” di Solo .

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.

Foto “Penampakan Yesus” di Solo , Beberapa hari setelah pengeboman Gereja Bethel Injil Sepenuh (GBIS) Kepunton Solo, Indonesia yang mengorbankan dua orang tewas yaitu pelaku bom bunuh diri itu sendiri dan seorang jemaat serta melukai sejumlah orang lainnya.



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Dayak Iban Melikin "Sandau Ari" & Blockade "Perang" kepada United Team Trade & Memaju Jaya Sdn Bhd ( Gambar didalam )

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Gambar yang anda lihat dibawah ini adalah gambar dimana kebangkitan Dayak dimana tanah adat mereka 'dirogol' sesukahati oleh kompeni - kompeni yang tidak berhati perut .

"Perang" ini diantara Dayak Iban di Melikin dengan Kompeni United Team Trade serta Memaju Jaya Sdn Bhd.

Keturunan Dayak terdahulu terkenal dengan Tradisi mereka iaitu " Memenggal Kepala " musuh dan kini ianya tidak dipraktikkan lagi.

Gambar dibawah adalah upacara " Sandau Ari " iaitu meminta keberkatan daripada Roh - roh Pahlawan Dayak terdahulu dan juga "Miring" untuk memanggil Semangat yang "mati" supaya bersama dengan mereka untuk memerangi "orang - orang daripada menceroboh hak tanah adat mereka".


Seekor Babi dibunuh untuk memberkati dan Hatinya akan dikeluarkan dimana Hati Babi tersebut akan menjadi "Pertunjuk" atau 'Ramalan' mereka.



Turut kelihatan disana adalah Peter John Jaban ( singlet putih ) atau lebih dikenali sebagai "papa orang utan" di Radio Free Sarawak.



(Gambar dibawah) "Azimat" diberikan "kekuatan kembali" dan Roh diseru .


Ada sumber mengatakan bahawa semasa upacara tersebut dijalankan " kelawar keluar mengelilingi kampung tersebut dan menandakan Roh Pahlawan - Pahlawan Dayak kini bersama mereka . "



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©