Kenapa UMNO tidak mahu Negara Sabah & Negara Sarawak menarik diri dari Negara Persekutuan Malaysia?

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Untuk pengetahuan UMNO tidak dibenarkan oleh Kerajaan Sarawak untuk menyebarkan Ideologi "Dakwah" mereka jauh sekali bertapak kerana ianya dilihat kepada lebih bersifat "bangsa" simbolik "Keris" serta "Ketuanan Melayu".Tidak dapat melambangkan etnik lebih dari 40 kaum di Sarawak.

Mantan KM Sarawak berkali - kali pernah berkata "Pastikan Politik RASIS UMNO" tidak dibawa ke Sarawak.
Mari Kita lihat dari Presepsi Manakah UMNO tidak dibenarkan di Sarawak melalui rekod Arkid Berita

Melayu Sarawak harus bersatu- Utusan Borneo August 29, 2014 , Jumaat
Adenan yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, bukan sahaja parti pembangkang tetapi Sarawak turut tidak menerima kewujudan UMNO, yang juga merupakan parti berasal dari Semenanjung Malaysia, meskipun ia Barisan Nasional (BN).
1:  Ketua Menteri Sarawak yang LAYAK menjadi Perdana Menteri - Rujuk Sumber 12: Taib kata UMNO Parti RASIS - Rujuk Sumber 23: Sinisnya Kritikan Menteri Sarawak terhadap UMNO -Rujuk Sumber 3
Perlukah Umno ke Sarawak?
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud mengumumkan akan bersara pada 28 Februari ini (8 hari dari sekarang) selepas mempengerusikan mesyuarat BN Sarawak.

Beliau berkata jangan beri parti rasis, Umno bertapak di negeri bumi Kenyalang itu.Kenapa Taib begitu marah kepada Umno?

Dibawah ini adalah petikan berita harian 29/11/14 tentang individu yang bertindak menghasut Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan segelintir individu yang bertindak menghasut Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan hanya akan berunding dengan kumpulan kecil ini jika mereka mendesak isu royalti atau kuasa dibincangkan.

"Kita tidak akan sesekali biarkan isu Sabah dan Sarawak ini diperbesarkan.

"Apa yang penting, jika mereka fikir ada hak tertentu seperti royalti dan kuasa yang perlu dibincangkan, kita boleh runding tetapi untuk bawa Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia... kita tidak akan benarkan sama sekali," katanya pada sidang media selepas berucap pada sesi penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Peningkatan & Kelantangan Kumpulan - Kumpulan "Bersuara" untuk "Keluar".
Mungkin ini adalah malapetaka kerana suatu ketika dahulu, ngo pro kerajaan pernah berkata "Jika tak suka Malaysia Sila keluar Malaysia!" , maka inilah simpulan bahasa termakan kata sendiri.

Dengan rasa sakit yang amat sangat dikalangan anak Sabah & Sarawak akhirnya satu demi satu, sikit demi sedikit akhirnya membentuk satu "Pengikut" yang kini dijumlahkan lebih puluhan ribu walau tiada angka rasmi dicatatkan bagi penyokong reforendum "Sabah Sarawak Keluar Malaysia". 

Dari Individu ke kumpulan, satu masa nanti bakal "mengoncang" dunia!.
Ini tidak dicampurkan sekali dengan beberapa pecahan kumpulan "Pro - Reforendum" di Sarawak contohnya Pertubuhan yang semakin menjadi sebutan rakyat Sarawak sekarang iaitu "S4S" ( Sarawak for Sarawakians ) , SAPA, dan beberapa lagi kumpulan lain. 

Dari dahulu lagi, Anak Watan Sarawak sudah merasakan akan "ditindas" jika bersama dalam Pembentukkan Malaysia.
Tujuan mereka nyata iaitu menuntut kemerdekaan buat kali kedua mutlak, kerana selama ini dalam pembentukkan malaysia tidak ubah seperti Sabah & Sarawak "dijajah" dalam pelbagai sektor bermula dari hasil minyak dan eko pelancongan sehingga ke jawatan pegawai dalam perkhidmatan awam. 

JADI PERSOALANNYA Kenapa UMNO tidak mahu Negara Sabah & Negara Sarawak menarik diri dari Negara Persekutuan Malaysia?

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

SARAWAK : (VIDEO) Pesanan Khas KM Sarawak kepada "Sarawakians" yang berada di S.Malaysia.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
SARAWAK : Sepertimana setiap tahunnya, Ketua Menteri Sarawak akan melawat warga - warganya di Semenangjung Malaysia dalam Karnival Lan Berambek.

Kali ini bertempat di Perkarangan Stadium Bukit Jalil dan hanya dikhususkan kepada warga pemegang kad pengenalan malaysia yang mempunyai huruf "K" bermaksud Sarawak, yang berkahwin dengan orang sarawak dan sebagainya.

Karnival ini akan berlansung pada 31 Oktober sehingga 2 November 2014 dari 10 pagi ke 10 malam.







____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

SARAWAK : "TIDAK MAHU Parti Politik dari Semenanjung Malaysia masuk ke Sarawak". KM SARAWAK.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
KOTA SAMARAHAN: “Jika UMNO masuk ke Sarawak, akan tiada lagi PBB dan parti-parti komponen negeri yang lain,” katanya Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di dalam sesi soal jawab sempena Konvensyen Patriotisme Negara di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) semalam.

Ketua Menteri Sarawak yang berpendirian Tetap.
Pada sidang tersebut, Adenan juga turut bertegas serta menjamin bahawa beliau TIDAK AKAN membenarkan UMNO tumbuh serta berakar di Sarawak.
“Jika UMNO masuk ke Sarawak, akan tiada lagi PBB dan parti-parti komponen negeri yang lain,” katanya.
Ini kerana menurutnya Masyarakat Sarawak adalah sangat Unik kerana kita adalah rakyat Sarawak dan komposisi Sarawak adalah berbeza daripada Semenanjung Malaysia.
“Kita telah ada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di mana setiap kali pilihan raya, kita telah memenangi kerusi dan berkhidmat kepada rakyat… jadi, kenapa hendak mengubahnya.
Bukan UMNO sahaja tetapi mana-mana parti politik dari Semenanjung Malaysia masuk ke Sarawak termasuk parti pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS.
“Ya, memang kami akan menyokong Barisan Nasional tetapi kami akan melakukannya dengan cara sendiri,” katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa Walaupun terus tinggal dalam Negara Persekutuan "Malaysia", ini tidak bermakna bahawa kita akan mengangguk sahaja apa yang dikatakan oleh Putrajaya (kerajaan pusat)… tidak, kita mesti menuntut hak-hak perlembagaan kami di negara ini.
“Perlembagaan ini menyediakan ekonomi untuk Sarawak dan kita harus menuntutnya,” katanya.
_____________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Pihak cuba keluarkan Sabah & Sarawak daripada "Persekutuan" Malaysia akan dikenakan Tindakan Tegas.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengeluarkan Sabah dan Sarawak daripada Persekutuan Malaysia.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan pihak terbabit yang cuba mencetuskan pelbagai provokosi dan hasutan dalam media massa adalah mencabar Perlembagaan Negara.
"Mereka secara terbuka berkempen dan menyokong agenda untuk membawa isu itu dengan cara memansuhkan perjanjian Malaysia 1963 yang didakwa meminggirkan hak-hak Sabah dan Sarawak," katanya dalam kenyataan semalam.
Golongan itu turut mengugut untuk mengaitkan Kerajaan Britain dalam isu berkenaan kerana didakwa bertanggungjawab mengikat kedua-dua negeri itu di dalam perjanjian itu.

Sabah & Sarawak keluar daripada Negara Persekutuan Malaysia.
Menurutnya tindakan mereka boleh menggugat ketenteraman awam yang akan menghancurkan perpaduan dan kedaulatan negara.

Khalid menasihati pihak terbabit supaya tidak memainkan isu-isu sensitif dengan provokasi serta hasutan yang boleh menyebabkan berlakunya sebarang tindakan di luar batasan undang-undang dan Perlembagaan.
Selasa lepas, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menyelar pihak terbabit dengan menganggap cadangan mereka untuk membawa keluar Sarawak dan Sabah daripada Persekutuan Malaysia sebagai idea bodoh.
Pada 10 September lepas, tiga lelaki termasuk seorang pendatang tanpa izin warga Filipina yang dikaitkan dengan usaha pihak tertentu membawa keluar Sabah dari Malaysia, diperintahkan menjalani tahanan di pusat pemulihan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun.

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - you are the best bro!! thums up..
eyna nina - Mr j org iban?slm ni i ingatkn org melayu sbb awak pandai menulis dlm bahasa lancar tulisan kamu。
manpengayausibu - blog jacky memang best kreatif wei.
Amylea - hai mr.j ... suka sangat visit blog ni.. even bila surf je blog u ni i rasa something make me smile ..tak tau nape .."
____________________________________________________________________________

Breaking News: Ketua Menteri Sarawak Baru telah dilantik iaitu "Tan Sri Adenan Satem". Sarawak New CM

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Petra Jaya: Menteri Tugas Tugas Khas, Tan Sri Adenan Satem, 68, yang juga Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu berkuatkuasa 1 Mac ini.

Ia berikutan perletakan jawatan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang berkuatkuasa pada 28 Februari ini.Pelantikan Adenan diumumkan oleh Abdul Taib sendiri selepas mengadakan pertemuan bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri, di sini petang tadi bagi menghantar surat perletakan jawatannya.

KUCHING: Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud has announced that his successor is to be Tan Sri Adenan Satem, after he announced that he has handed over his resignation letter dated Feb 28 to Sarawak Yang di-Pertua Negri Tun Abang Muhammad Salahuddin. The Star 12/2/14

Adenan Satem will take over from Abdul Taib Mahmud as the Sarawak chief minister. Malaysiakini 12/2/14

-

Sebagai seorang anak jati Negara Sarawak apa yang anak muda seperti Mr.J mahukan adalah dengan wujudnya sebuah Negara yang Maju serta sistem pekerjaan untuk peluang anak Sarawak serta diharap KM Sarawak yang baru bersuara lantang dalam pelbagai isu seperti contoh isu Gaji Minimun yang tidak selari dengan Rakan Kongsi Persekutuan Malaysia iaitu Malaya.

Bukan itu Sahaja "Sarawak for Sarawakians" perlu dipertahankan serta menghalang mahupun 'menyenarai hitamkan' parti serta pertubuhan NGO - NGO yang bersifat 'Rasist' .- Mr.J


+Bio Mr.J | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | sarawak | sabahseen in
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©