Pantang Larang Masyarakat IBAN ketika Isteri mengandung.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Gambar Hiasan
Tidak Boleh melangkah kaki orang yang lebih Tua, kerana khuatir akan menyebabkan 'telur' anda membengkak atau membesar.

Perenggan di atas adalah salah satu daripada puluhan malah mungkin ratusan jenis Pantang Larang oleh Masyarakat Iban seperti Mr.J dan Pantang Larang diatas tadi memberi makna atau nasihat kepada golongan muda supaya hormat kepada orang tua. Selalunya ditujukan kepada kanak - kanak yang nakal yang suka melompat atau melangkah bahagian badan seperti kaki orang lebih tua sekiranya kawasan yang dilalui tersebut sempit.

Mungkin ada diantara kita yang berlainan bangsa mempunyai Pantang Larang yang seakan sama. Jika berkesempatan nanti iaitu pada posting yang akan datang Mr.J akan cuba menyenaraikan beberapa Pantang Larang masyarakat Iban yang lain atau anda juga boleh berkongsi Pantang Larang anda dengan Mr.J di ruangan komen dibawah.

Mengandung, apabila di dalam sesebuah keluarga mempunyai ahli keluarga yang sedang sarat mengandung maka boleh dikatakan hampir kesemua ahli keluarga terlibat sama, samaada dari segi perlindungan, pemerhatian ataupun memberi penerangan tentang Pantang Larang serta perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh si isteri mahupun pasangannya si suami.

Bagi Masyarakat Iban, apabila masuk bulan ke enam atau ketujuh maka Wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang, tetapi sekarang ramai yang memulakan Pantang Larang semenjak bulan kedua bahkan saat mengetahui isteri hamil.

Diantara Pantang Larang yang perlu dipatuhi oleh si isteri dan suami adalah:
  1. Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja.
  2. Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak.
  3. Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.
  4. Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu keranadikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.
  5. Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar.
  6. Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.
  7. Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat didalam rahim semasa dilahirkan.
Berikut yang baru sahaja anda baca di atas adalah Pantang Larang atau perkara - perkara yang tidak boleh dilakukan dan tidak dibenarkan ketika si isteri mengandung bergitu juga dengan si suami.

Secara Ilmiahnya apa yang Mr.J lihat kepada larangan atau Pantang Larang tersebut adalah lebih kepada satu bentuk nasihat atau kata - kata peringatan supaya tidak melakukan banyak pekerjaan dan diharuskan untuk berehat bergitu juga si suami juga haruslah sentiasa bersama si isteri saat mengandung ini bertujuan untuk menjaga keselamatan isteri.

Sekian, jumpa lagi..
- Mr.J

+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in

Isu Sebenar Kisah Kawin Muda & Cerai Talak Tiga? sebenarnya Kawin kerana telah diperkosa oleh...

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Diatas ini adalah satu berita yang dikeluarkan oleh astroawani sebentar tadi 29/11/13
Disini Mr.J melihat sedikit sebanyak Persoalan "Kawin Muda" bagi pasangan tersebut semakin terbongkar semenjak kisah cerai mereka diketahui ataupun diberitahu kepada media massa.

Terlebih dahulu beberapa hari yang lepas berita tersebut banyak mengejutkan ramai "kanak - kanak" yang bercinta dibawah umur dimana isteri Mohd Fahmi yang berusia 13 tahun telah diceraikan dengan talak tiga sekaligus menjauhkan jurang untuk mendekati dimasa akan datang. ( amboi macam ulasan bolasepak )

Bagaikan membuka "aib" sendiri dan itu yang dapat Mr.J katakan dalam kes tersebut apabila Ayah si perempuan "menjelaskan" perkara yang sebenar berlaku iaitu mereka dikahwinkan atas dasar satu kejadian yang sangat memalukan keluarga iaitu, “Saya kahwinkan dia kerana dia telah diperkosa”kata ayah  remaja perempuan Nor Fazira Saad .

Siapakah yang telah "memperkosanya", itu menjadi persoalan besar dan secara amnya kita tahu bahawa barang sesiapa yang membuat hubungan seks dibawah umur 21 tahun akan disabitkan sebagai kes "Rogol" walaupun secara rela , cinta atau kasih.

Dalam laporan di astrowani, Bapa kepada remaja perempuan tersebut menyatakan bahawa beliau telah membuat laporan polis pada 15 julai 2012 tetapi atas dasar "kasihan" atau "menjaga aib diantara keluarga" beliau telah menarik balik laporan tersebut.

Laporan itu ditarik balik bersebab iaitu apabila ibu bapa Mohd Fadmi ( si pemberi cerai talak 3 ) merayu kepada bapa Nor Fazira Saad serta memohon untuk menikahkan anak lelakinya dengan Nor Fazira Saad yang ketika itu Mohd Fami berusia 19 tahun dan Nor Fazira Saad 12 tahun.

- Mr.J
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©