SARAWAK : (GASAK) Pertubuhan Gerakan Anak SARAWAK.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
SARAWAK, 19 October 2014. Mungkin sudah tiba masanya masyarakat Sarawak khususnya Masyarakat Dayak yang sering kaling kita dengarkan terlalu banyak isu seperti kes tanah adat dan juga sebagainya.

Bak kata perpatah "Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh", diharap ramai belia muda Sarawak lebih peka kepada persekitaran mereka supaya 'anda' tidak mudah di pijak mahupun di rendahkan oleh masyarakat "luar" seperti contoh pembawakan anasir rasist dan perkauman.

Gerakan Anak Sarawak (GASAK)
Gerakan Anak Sarawak (GASAK) adalah untuk semua individu. Syarat kemasukkan adalah Warganegara Kelahiran SARAWAK sahaja.

Pertubuhan ini kemudikan oleh En. Abun Sui serta di bantu Nicholas Mujah dan beberapa orang yang kuat dlm bidang hak asasi yang lain .

Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) HQ Non-Governmental Organization (NGO) sebagai platform utama nya.

Info:  Persatuan Dayak juga ada di Semenangjung Malaysia.
Di Semenangjung Malaysia juga ada beberapa Persatuan NGO Dayak yang ada di Malaysia, ramai yang tidak tahu Persatuan Dayak diwujudkan untuk membantu atau sebagai "Duta" tidak rasmi warga Sarawak di semenangjung malaysia.
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

BELAGA : Bot Karam di Giam Mikai Belaga mengorbankan seorang Pembantu Kesihatan.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
BELAGA, 15 Oktober 2014. Seorang Pekerja iaitu Albercher Aaron ak Albert MEDICAL ASST. berbangsa Bidayuh dari Jabatan Kesihatan Punan Belaga terkorban apabila sebuah Bot yang dinaiki sekumpulan staff Jabatan Kesihatan telah karam di kawasan Giam Mikai. Rakan mangsa Ngui Koh Hua serta Davis Deskeen ak Akang terselamat.

gambar hiasan
Bot tersebut dipercayai dalam perjalanan dari Ng Merit ke Punan Bah di Belaga, punca dikatakan akibat perahu bot dikatakan telah terlanggar dengan objek keras. 

Mangsa dipercayai telah terjatuh ke dalam sungai tidak sedarkan diri dan terus diberi bantuan CPR bagaimanapun mangsa tidak dapat diselamatkan serta telah disahkan meninggal dunia di Hospital Bintulu, Sarawak.

Untuk rekod, kawasan sungai belaga telah meragut beberapa puluh nyawa. rujuk rekod Bot Karam

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Mengenai Isu "Malaysia mengklaim tarian Dayak dan slogan Unity in Diversity". Itu bukan masalah Dayak!.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Salam Borneo & Salam Saudara Dayak,
( Seluruh Suku di Tanah Borneo "Sabah, Sarawak, Brunei & Kalimantan ).

Hari ini Mr.J ingin berkongsi satu pendapat atau lebih kepada menjadi "penasihat" untuk beberapa media khususnya media "sampah" yang kadangkala dilihat sering menjadi punca satu "perbalahan" berlaku. 

Selang beberapa hari lepas Mr.J ada terbaca satu artikel di Media Indonesia iaitu laman sesawang "BeritaSatu.Com" rasanya berpangkalan bukan dari Tanah Borneo.

Portal tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan seperti "Malaysia mencuri / mengklaim Budaya Dayak" yang telah mungkin membuatkan masyarakat di Indonesia mengecam lazimnya yang tidak senang itu adalah masyarakat luar Indonesia yang tidak pernah menjejak kaki ke Tanah Borneo di mana Borneo ini terdiri daripada majoritas etnik Dayak.


Apa pula respon masyarakat Dayak di Kalimantan dan juga Masyarakat Dayak di Sarawak? mereka tampil memberi penjelasan di portal tersebut bahkan ada yang mengutuk sehinggakan ada yang menyelar bahawa pemerintah Indonesia sering mengabaikan Kalimantan bahkan Membunuh masyarakat Dayak di Kalimantan ( tidak kurang pula dengan masyarakat Dayak di Sarawak dengan isu tanah adat yang dirampas ) dengan perusahaan "sawit" sehingga menyebabkan "Jantung Borneo" semakin parah.

Disini Mr.J hendak tegaskan bahawa hubungan Masyarakat Dayak di kedua belah wilayah adalah sangat akrab ini kerana mereka masing - masing satu keluarga yang besar cuma bedanya hanyalah perbatasan sempadan Indonesia dan Malaysia. 

HD Wall "Dayak Borneo" by Mr.J
Kedua - dua wilayah iaitu Sarawak dan Kalimantan masing - masing mempunyai masalah yang hampir serupa iaitu kurangnya "kemajuan" tetapi kedua - duanya merupakan "Periuk Nasi".

Kedua wilayah itu "hub penting" bagi ekonomi seperti pengeluar minyak, balak serta ekonomi pelancongan bagi Kerajaan Malaysia & Indonesia tapi malangnya kedua - dua wilayah itu sering "diabaikan" atau mungkin jarak pusat kerajaan pemerintah yang jauh luar bahkan merentasi lautan menjadi alasan untuk "mengabaikan" wilayah tersebut.


Mungkin juga Isu ini sekadar hanya mahu "menaikkan" rating portal tersebut tetapi bagi Mr.J portal sebegitu sekadar portal sampah!, jelek deh!

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Kpl (B) Paul Nyopis Noyeat, Penerima Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) keturunan Bidayuh Meninggal Dunia.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Mendiang menderita strok
KUCHING: Penerima Pingat Panglima Gagah Berani (PGB), Kpl (B) Paul Nyopis Noyeat, 71, yang menerima pingat itu atas keberaniannya memerangi pengganas komunis meninggal dunia di Hospital Bau kira-kira 9.40 pagi (22/12/13) tadi akibat strok.

Mendiang adalah bekas anggota Rejimen Renjer Diraja yang terlantar akibat penyakit itu sejak tiga bulan lalu, merupakan penerima tunggal pingat PGB berketurunan Bidayuh.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Sarawak, Lt Kol Monday Juhid berkata pemergian Nyopis merupakan satu kehilangan besar kepada negara.

"Saya rasa amat sedih dengan kehilangan ini, tambahan pula Nyopis berasal dari satu daerah (Daerah Bau) yang sama dengan saya.

Selain itu keberanian Nyopis amat dikagumi sehingga dia dianugerahkan PGB, sekaligus merupakan penerima tunggal PGB berketurunan Bidayuh," katanya.

 Korporal (Rtd) Paul Nyopis Noyeat dan Major (Rtd) Michael Liman Bugat. 
Gambar sewaktu menyambut hari kemerdekaan Negara Sarawak.
Monday berkata mayat mendiang dijangka disemadikan di Kampung Rumih, Bau pada pukul 2 petang esok dan meminta masyarkat umum agar turut hadir beramai-ramai untuk memberi penghormatan terakhir.

- Mr.J via MyMerto

+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in

Kepercayaan: Kesan jika anda "Puni / Punik" (Kempunan) di Sarawak. Ini bukan kisah Batu Belah Batu Bertangkup.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sinonimnya kalau diajukan mengenai Negara Sarawak pastinya jawapan yang diberi akan menyatakan tentang Rumah Panjang, Hari Gawai Dayak, Kek Lapis, Ikan Terubuk, Tarian, "Headhunters" dan tidak ketinggalan "Bujang Senang".

Ada satu kepercayaan masyarakat di Sarawak yang berkait-rapat atau boleh dikatakan punca seseorang itu menjadi mangsa kepada keganasan Buaya di sekitar sungai - sungai yang ada di Sarawak.

Andai masyarakat melayu di semenanjung malaysia akan ditelan oleh batu belah batu bertangkup jikalau 'kempunan' seperti digambarkan dalam filem klasik lain pula jika di tempat Mr.J iaitu di Borneo.

Kempunan disebut "Puni / Punik" dalam masyarakat Sarawak manakala di Sabah pula disebut "Tapun" mungkin rakan pembaca dari Sabah boleh kongsikan apa yang berlaku sekiranya tidak "tapun" dulu...

Ringkasnya ianya merujuk kepada prilaku individu yang menolak pemberian mahupun dari segi makanan daripada individu lain.

Jika anda merancang untuk ke Rumah Panjang mahupun Rumah Etnik lain di Sarawak pastikan anda tidak "menolak" bila diberi makanan ataupun minuman oleh si tuan rumah lebih - lebih lagi jika Rumah Panjang. 

Jika anda menolak 'pemberian' (lebih kepada makanan, buah tangan) , mereka juga tahu bahawa anda tidak bermakna untuk tidak menghormati mereka dan paling kurang pun anda haruslah menyentuh 'pemberian' mereka sebagai tanda anda telah menerima. 

"Tidak mahu sentuh dan tak mahu terima makanan atau minuman kerana ianya bercanggah dari ajaran ugama saya". 

Ayat diatas mungkin jarang digunakan oleh masyarakat luar bila melancong ke Sarawak tetapi tidak dinafikan sememangnya ada , tapi anda tidak payahlah berkata sedemikia kerana masyarakat di sana sudah tahu berdasarkan penampilan serta loghat percakapan anda.

Gagasan 1Malaysia sebenarnya sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini dan ia lebih ketara dan jelas dalam amalan hidup rakyat Sarawak.

"jika ada orang pakai "tudung" datang maka jangan kasi dia minum tuak kasi dia minum ai uren sahaja dan kasi tau apa jenis jamuan lauk yang kita ada.. kasitau sama dia.. yang itu daging babi..tidak boleh makan...pantang larang dia punya tuhan...yang itu daging ayam dalam buluh boleh makan..." 

Atas adalah contoh ungkapan peringatan yang diberikan Tuai Rumah kepada penghuni rumah panjang serta selalu diberitahu oleh ibubapa kepada anak mereka sekiranya ada orang "bertudung" (merujuk kepada penganut agama islam) datang berkunjung bila Perayaan Hari Gawai Dayak.

Tapi sekiranya anda tidak memakai tudung dan hanya senyum kembing serta diam sahaja kemungkinan mereka sediakan juadah apa yang ada termasuklah daging babi yang ber-aneka jenis masakkan , empuk, lazat dan mengenyangkan di hadapan anda. 

Jangan diam sahaja dan terus makan ( nampak sangat gelojoh ) tanya tuan rumah ini daging apa itu sayur apa dan sebagainya, kalau anda termakan ...nasib engkaulah labu...jangan nak salahkan mereka dan cuba ugut mereka pula sambil meninggikan suara dan berkata..
Amaran: Pastikan anda tidak berkata sedemikian."agama saya xxxxxxx, ini awak bagi saya makan babi tau tak! balik malaya saya akan saman seluruh rumah panjang yang tak bertamadun ini dan saman juga kerajaan sarawak". 
Pertuturan anda bila berkunjung ke rumah panjang harus dijaga, lebih - lebih lagi sekiranya berkunjung ke rumah panjang yang terletak jauh dalam kawasan pendalaman dan anda berada Borneo, jangan ada "tengkorak" tambahan menjadi koleksi mereka. 

Tengkorak "Musuh" masih dipamerkan di Rumah Panjai Mr.J di Rantau Sukat, Roban. Sarawak.
Nota Ringkas : Amalan Pemburuan kepala 
Pemburuan kepala ialah amalan memancung kepala seseorang selepas membunuhnya. Ia diamalkan pada zaman prasejarah di China, India, Nigeria, Nuristan, Myanmar, Borneo, Filipina, Taiwan, Jepun, Mikronesia, Melanesia, New Zealand, dan Lembangan Amazon. Sekiranya ada kesempatan Mr.J akan cerita mengenai Adat Pemburuan Kepala di Sarawak, Borneo.

Pendapat atau ungkapan seperti itu juga sering Mr.J dengar tetapi jangan risau biarpun penduduk rumah panjang jangan disangka mereka tidak mempunyai akaun facebook.
"jika berkunjung ke rumah panjang maka anda akan dipaksa untuk minum biarpun ianya bercanggah dengan ajaran kita.. kena paksa juga..." Itu hanya auta dan bukan fakta - Mr.J
Tapi tahukah anda apa akan terjadi jika anda "Puni / Punik" di Sarawak? Berkemungkinan anda telah disenaraikan sebagai "Senarai Buruan" oleh Keturunan "Bujang Senang" jika menghampiri mana - mana sungai di Sarawak dan juga akan ada nasib tak elok seperti contoh kemalangan berlaku ke atas anda.

Hal ini telah terjadi kepada Mr.J sendiri pada bulan November pada tahun 1999 di Sibu, Sarawak apabila mahu cepat balik daripada rumah panjang rakan sedangkan ketika itu emaknya telah menyediakan makanan untuk dimakan dan menyuruh saya makan dahulu paling tidak pun sekadar sentuh .

Oleh kerana ingin cepat Mr.J tidak mengendahkan dan terus memecut motosikal dan akhirnya tidak jauh daripada Hospital Besar Sibu tidak dijangka Mr.J telah mengalami kemalangan dengan sebuah kereta dimana tersepit di bawah kereta proton saga dan mengalami patah tulang kaki dan menjalani peperiksaan SPM di Hospital.

- Mr.J "Dakinek!~"

mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media

Air Sungai Rajang bakal meningkat pada paras bahaya.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sungai Rajang merupakan terbesar dan terpanjang di *Asia.
Paras air Sungai Rajang cecah paras berjaga-jaga dan para penduduk berdekatan dinasihati bersiap sedia untuk menghadapi kemungkin limpahan air Sg. Rajang yang boleh menyebabkan banjir berlaku di beberapa tempat kawasan khusunya Negeri seperti Sibu dan Kapit.

Semalam beberapa kawasan di Sibu, Sarawak ditengelami air pasang 'besar' dari limpahan Sg. Rajang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Sibu, Abdul Mutalib Rashid memberi jaminan anggota serta peralatan menyelamat akan digerakkan dengan segera sekiranya keadaan memerlukan.

“Cuti anggota kita juga telah dikawal tetapi belum dibekukan memandangkan keadaan masih belum serius lagi,” ujarnya. Mengenai peralatan, beliau memberitahu pihaknya telah menyediakan beberapa buah bot, lori serta kenderaan pelbagai guna untuk kegunaan semasa banjir. katanya di Borneo Post

Info Tentang Sungai Rajang
Sungai Rajang merupakan sungai yang terpanjang di Negara Bersekutu Malaysia. Ia terletak di negeri Sarawak. Panjangnya 563 km dari Banjaran Iran di tengah pulau Borneo ke Laut China Selatan di Barat. Sungai ini boleh dimudiki hingga pekan Kapit, Sarawak. Di bahagian hulu sungai, balak diangkut mengunakan jalan sungai ini.

Jom Kenal: Mengenali Masyarakat Bidayuh di Sarawak, Borneo .

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Salam sejahtera , pernahkah anda melihat dengan dekat Masyarakat Bidayuh atau pernahkah anda mendengar Bahasa mereka? . Mungkin ada juga yang tidak mengenai etnik Bidayuh ini.

Masyarakat Bidayuh kebanyakkan mendiami kawasan di bahagian Kuching , Serian dan juga di barat Kalimantan.

Masyarakat Bidayuh ini terbahagi kepada beberapa sub-etnik kecil iaitu : 
Selakau/Lara (Daerah Lundu)
Jagoi/Singai (Daerah Bau)
Biatah (Daerah Kecil Padawan)
Bukar/Sadong (Daerah Serian)
Bidayuh Baru / Bidayuh Moden (Kawasan Tengah Antara Padawan Dengan Bau)

Jangan Tidak Tahu , Masyarakat Bidayuh ini telah berjaya di Arena Sukan dan mengharumkan nama Negara  di mata dunia iaitu siapa tidak kenal dengan Dayung Bidayuh yang memenangi Pingat dalam Kejohanan Olimpik Dunia 2012 iaitu Pandelela Rinong yang juga merupakan Atlet Wanita malaysia yang mencipta sejarah di arena akuatik.

Siapa lebih cantik? mestilah Pandelela Rinong~ .. hihihihi..

Baiklah , Mr.J hendak teruskan mengenai masyarakat Bidayuh ini. Masyarakat Bidayuh ini juga seperti Masyarakat Dayak Iban yang Khasnya kita ketahui tinggal di Rumah Panjang dan bergitu juga Masyarakat Bidayuh tetapi ciri Rumah Panjang untuk masyarakat Bidayuh adalah berbeza dengan Masyarakat Iban. Rumah Panjang Bidayuh agak lebih tinggi tiangnya daripada Masyarakat Iban.

Rumah Bidayuh, Kampung Budaya, Sarawak

Manakala dari segi Bahasa pula , tone alunan Bahasa Bidayuh serta bunyinya agak berlainan dengan Sub-Etnik Bidayuh yang lain dan anda akan 'mengesan' kelainan bahasa mereka sekiranya mendengar percakapan masyarakat Bidayuh daripada kawasan lain . 


Seperti Contoh , Bidayuh dari kawasan Serian menyebut "makan" ialah "ma-an" manakala suku Bidayuh dari kawasan Padawan pula menyebut "makan" sebagai "man". Kebanyakkan masyarakat Bidayuh menganuti Agama Kristian.

Tetapi sekarang , kebanyakkan Masyarakat Bidayuh Moden tidak lagi tinggal di Rumah Panjang dan kerana ramai anak Bidayuh telah berjaya dalam kerjaya dan berkerja di sekitar bandar dan juga luar negara. Tetapi mereka tetap akan balik ke rumah panjang apabila musim perayaan.

- Mr J "apa yang anda tahu mengenai Masyarakat Bidayuh? sila komen dibawah."

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©