Serba Salah Punca Segalanya. Apabila Isteri meluahkan perasaan di "fb" dan bukan kepada Suami.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sebelum saya luahkan apa yang telah terjadi kepada saya, terlebih dahulu saya terangkan apa yang perlu ada dalam diri masing-masing sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga. 

Ya, cinta sejati, sehati sejiwa dan setia.

Tetapi, tanpa pengorbanan, kesabaran dan kepercayaan dari diri masing-masing adalah sukar untuk terus bertahan sehingga memusnahkan apa yang telah kita usahakan selepas mendirikan rumahtangga.

Jadi, apa yang sedangberlaku kepada saya adalah akibat daripada kekurangan yang sayakatakan tadi. Kepercayaan, kesabaran, pengorbanan dan juga sikap bertolak ansur.

Pada mula-mula, sememangnya kata-kata cinta yang menjadi tunggak kepercayaan, kesetiaan dan kesabaran tetapi sampai bila? Sampai bila pulak pengorbanan itu harus berakhir? 

Tiada siapa yang tahu, itulah dugaan menguji kesabaran, kesetiaan dan kepercayaan seseorang itu. Seandainya, salah seorang daripadanya tergugat dengan kata-kata hasutan dan dorongan orang lain, maka berlakulah ketidaksefahaman sesama sendiri. 

Di situlah keteguhan dan keutuhan rumahtangga tergugat. Kepercayaan dan kesetiaan hilang sama sekali. Percayalah, ini telah berlaku kepada saya. Sehingga isteri yang selama INI saya cintai ingin mensia-siakan pengorbanan yang telah kami lakukan selama 5 tahun berakhir begitu sahaja Hanya Tuhan yang Maha mengetahui.

Kawan-kawan yang saya hormati, salah satu lagi penyebabnya adalah F.B. Jangan Di salahgunakan F.B, apa yang telah saya lalui amat lah menyeksakan hidup dan rumahtangga saya. Apabila si isteri ingin meluahkan perasaannya, hanya Di F.B, bukanlah dengan si suami.

Apalah gunanya bersuami isteri? Kalau luahan hanya lah di F.B, hanya akan mendatangkan rasa penantian perasaan. Yang tahu hanyalah kawan-kawan dan sesiapa saja yang membacanya. Di situlah prosses hasutan  hasutan dari pihak lain yang tidak tahu masalah sebenar yang berlaku.

Sehingga menyebabkan seseorang itu hilang kesabaran, kepercayaan dan pedoman hidup terus kepada syak wasangka terhadap si suami. Hingga menyebabkan keruntuhan rumahtangga serta berakhir dengan penceraian. Di situlah wujudnya serba salah seperti yang saya alami sekarang ini.

Akhir sekali, renungkan lah wahai kawan ku. Jika INI terjadi kepada sesiapa di antara kamu,bersabarlah. TUHAN MAHA pengasih dan penyayang.

Kepada sesiapa yang masih berjinak dengan F.B (Facebook), gunakan ia untuk kebaikan dan human untuk kemusnahan sesama manusia.

Terima kasih.

P/s Sampaikan luahan hati ini untuk kepentingan semua. Ini adalah kerana saya masih dalam duka dan kecewa.

- Artikel Kiriman Houward Ward


Fakta Menarik mengenai Justin Bieber beragama Islam Mazhab Hanafi?

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Mesti ramai yang masih tidak tahu mengenai Justin Bieber dan menurut sebuah suratkhabar di malaysia tidak payahlah Mr.J terangkan nama suratkhabar tersebut yang pasti anda yang telah membaca Fakta Justin Bieber mesti tahu .


Suratkhabar adalah penyebar maklumat terkini dan penting dan inilah hasil daripada kecuaian bila semakin tidak mendapat tempat dihati pembaca . 

*Sungguh Epic ....


1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Sabah adalah negeri yang penuh dengan kejutan.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Sabah boleh dikatakan sangat unik dan cukup membuatkan perasaan hiba atau tidak ingin untuk meninggalkan Negeri Sabah atau dahulu dikenali sebagai North Borneo atau Negara Sabah sebelum membentuk Negara Malaysia bersama Tanah Melayu serta Sarawak. - Mr. J

Sabah adalah negeri yang penuh dengan kejutan, dan warga Semenanjung seakan-akan memandang remeh akan keunikan negeri di bawah bayu ini.

Sebagai permulaan, kita sering mempersendakan dialek percakapan mereka, terutama “Ya bah” dan “Tidak bah” Dan kebanyakan daripada kita juga cenderung untuk mengetepikan kepentingan penduduk di Sabah, dari sudut bangsa, politik dan ekonomi.

Namun, Sabah memiliki keunikannya yang tersendiri dan ini jelas dapat dilihat daripada aspek geografi negeri tersebut yang agak berbeza daripada Semenanjung Malaysia di mana terdapat Banjaran Crocker yang memisahkan kawasan pantai barat Sabah dari lembah pedalaman yang luas.

Dengan Gunung Kinabalu sebagai titik tertinggi, Banjaran Crocker menjajar di sepanjang dataran rendah yang sering dinaiki air seperti Penampang, Lok Kawi dan Papar.
Tahun ini www.pengeRindu.com dicalonkan sebagai "bloggers of the year" dan sekiranya anda merasakan weblog ini layak dan menarik sila hantarkan undi anda di :( http://goo.gl/3ch9w ) -. Klik "Vote Now" di http://goo.gl/3ch9w .

Pada masa lalu, pergunungan tersebut menjadi punca halangan kepada mereka yang ingin mengembangkan perniagaan atau berniaga di negeri itu. Natijahnya, ‘pasar tamu’ yang cukup terkenal dalam kalangan penduduk tempatan telah berkembang dengan sangat pesat sejak berkurun dahulu.

Penempatan seperti di Kota Belud, Tuaran dan Kimanis telah membangun menjadi pusat perniagaan yang menghubungkan kawasan tanah tinggi dan pesisir pantai.

Selain menjadi pusat tumpuan komersial, ‘tamu’ turut menemukan dua budaya yang berbeza: budaya Bajau dan pengaruh Melayu Brunei di zon pantai – yang dikerumuni pesawah padi, peniaga dan nelayan. Dari pedalaman pergunungan, penduduk Kadazan, Dusun dan Murut membawa pulang hasil mereka iaitu rotan, sarang lebah, dan hasil hutan yang lain.
Sejak beberapa kurun yang lalu, kita dapat lihat penduduk yang berbilang kaum ini telah hidup dengan aman dan damai. Apatah lagi, perkahwinan antara kaum adalah sesuatu yang normal dan ini jelas membuktikan bahawa Sabah (dan juga Sarawak) masih menikmati kehidupan yang harmoni biarpun terdiri daripada penduduk berbilang kaum. Malah, seperti mana yang mereka telah ingatkan kepada saya, Sabah merupakan model paling sesuai bagi konsep “1Malaysia” oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perjalanan daripada pedalaman berpenduduk Muslim di pesisir pantai ke pedalaman berpenduduk yang dahulunya ‘animist’ dan kini Kristian dapat disusuri dalam masa lebih kurang satu jam dengan adanya jalan raya yang telah dibina bagi merentasi banjaran Crocker.

Namun sedemikian, jalan Kimanis-Keningau adalah jalan yang paling menonjol untuk merentasi kawasan pergunungan di situ. Tambahan pula, jalan tersebut berada dalam keadaan yang sangat baik, selaras dengan usaha penambahbaikan infrastruktur yang dibawa oleh Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Dibina di atas tanah yang dahulunya kawasan pembalakan, jalan raya tersebut merentasi gunung dan ia tidak seperti rangkaian jalan konvensional memandangkan ia tidak melibatkan sebarang konsesi. Hasilnya, terdapat beberapa jalan yang memerlukan tumpuan keselamatan yang tinggi dan berisiko bagi kegunaan trafik komersial.

Semua ciri-ciri tersebut menjadikan jalan raya ini antara jalan yang paling menakjubkan di Malaysia, sesuatu yang mirip dengan jalan raya yang menyusuri dari Jeli di Kelantan ke Grik di Perak.

Secara ringkas, perjalanan menyusuri Kimanis-Keningau adalah suatu pengalaman menarik yang harus dicuba.

Saya telah melalui jalan tersebut melintasi Banjaran Crocker pada dua minggu yang lepas. Bertolak dari Kota Kinabalu di awal pagi bersama beberapa rakan, kami tiba di kawasan pergunungan lebih kurang sejam kemudian.

Kemudian, kami berhenti untuk sarapan pagi di kafeteria yang terdapat di tepi jalan dan berpeluang melihat pemandangan gunung dan lautan yang cukup indah. Walaupun matahari agak terik ketika itu, suhu di sana agak sejuk dan kami terpaksa bergegas menghabiskan kopi kami untuk meneruskan perjalanan ke pedalaman Keningau.

Apabila anda mahu pulang, kesegaran udara kelihatan mula menghilang. Sebaliknya, jalan raya dikelubungi kabus tebal memandangkan hujan kian menghampiri.

Malah, kabus tebal itu menyukarkan pemandangan jalan raya dan kami terpaksa memperlahankan kereta dan mengesan reflektor yang terdapat di tengah-tengah jalan.

Sememangnya, pengalaman tersebut mengingatkan bahawa di Sabah, apa yang anda lihat tidak semestinya apa yang anda dapat. Perubahan adalah pantas dan mengelirukan: Cahaya matahari yang cukup terik dihanyutkan dengan segumpalan awan.

Justeru, dengan jangkaan Pilihan Raya Umum yang bakal menjelang tidak lama lagi, bersedialah dengan kejutan dari Negeri di Bawah Bayu ini...

Penulisan asal Karim Raslan.

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©