Islam dan Kristian mari kita bergandingan tangan.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Toleransi diantara Agama . inilah yang kita sebagai manusia yang mempunyai hati , jantung , jiwa , darah sama merah inginkan.

Bukankah setiap Agama itu mengajar erti Tolenrasi serta Kebaikkan? Adakah dengan "membakar" Patung / Kitab / Rampas Buku sesebuah Agama lain akan menyelesaikan masalah? Tidak.


Adakah "mereka" yang terpekik / terlolong / terjerit / memaki hamun bila 'dikatakan' untuk mempertahankan 'Agama' itu sudah dijanjikan "syurga"?. Malah sampai ada yg bersetuju 1000% akan masuk syurga sedangkan 'prilaku' sendiri sudah menujukkan 'budi pekerti' yang agak 'memualkan'.

Tidak apa , biarlah NGO-NGO tersebut dengan 'perjuangan murni' mereka. Yang Penting kita mahu kedamaian hidup bersama-sama.

- Mr.J

+Bio Mr.J | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | seen in

Sarawak dan Sabah 'bakal' akan 'menarik diri' dari gabungan Persekutuan 'Malaysia' suatu hari nanti.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Beberapa bulan yang lepas rakyat Sarawak khususnya agak terkilan dengan 'ugutan' seorang wakil daripada Persatuan Isma yang berpangkalan di Semenangjung Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai Malaya dalam Tiga Wilayah ke atas Perkongsian 'Persekutuan Malaysia'. Tapi sebelum itu sudahkah anda membaca Pantun istimewa oleh rakyat Sabah serta Sarawak kepada bekas banduan iaitu Ibrahim Ali?.

Ini terjadi kerana pertikaian mengenai Isu pengunaan Perkataan 'Allah' tidak boleh digunakan oleh masyarakat Kristian di Malaysia tetapi tidak termasuk Sabah serta Sarawak , bagaimanapun 'Isma' mahukan keputusan tersebut terus ke Sabah serta Sarawak.

Sabah dan Sarawak Minta Cerai.
Sekiranya Masyarakat di Sabah dan Sarawak tidak bersetuju maka saranan daripada 'Isma' adalah dengan berkata "............Keluar dari Malaysia" . 

Bagaimanapun saranan keras tersebut bukanlah berbentuk ancaman kepada masyarakat Sabah serta Sarawak tetapi lebih kepada suatu 'penantian' yang sememangnya diingini oleh segenap masyarakat Sabah dan Sarawak.  Ini kerana terlalu banyak isu yang dibangkitkan oleh 'mereka' yang rata - ratanya daripada Wilayah Malaya ( Semenangjung Malaysia ).

Turut mendapat respon daripada Pemimpin di Sabah iaitu Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata kenyataan itu satu provokasi dan tidak patut diucapkan.

Mr.J tertarik dengan pendapat daripada salah seorang penduduk di Sabah yang diterbitkan di sebuah portal berita online .

“Itu yang sebaiknya. Keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Suruh Isma buat kertas cadangan. Hantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” Harry Nelson J. Seliang.

Mr.J lebih kepada melihat sesuatu 'Isu' tersebut dengan lebih kehadapan atau cuba membayangkan apa yang akan berlaku kepada 'Persekutuan Malaysia' pada 100 tahun yang akan datang bahkan Mr.J tahu tentu anda akan mengatakan bahawa Mr.J cuma 'berangan' atau terlebih 'imaginasi'. Terpulang kepada pendirian masing - masing.

Hanya satu isu sahaja boleh menyebabkan 'Intergriti Nasional' diantara Sarawak serta Sabah kepada Malaya berlaku iaitu Isu 'Agama' padahal Isu Agama yang dimulakan diluar Sarawak serta Sabah tidak boleh dibawa masuk.

Ini berkaitan dengan "Perjanjian 18-20" yang telah dipersetujui dan ditangani oleh para ketua wilayah dalam Perjanjian Pembentukkan Negara Persekutuan 'Malaysia yang diangotai oleh 4 buah wilayah iaitu Malaya, Sabah, Sarawak serta Singapura bagaimanapun Singapura menarik diri pada tahun 1965 sekadar 2 tahun bersama Persekutuan Malaysia.

Adakah kemungkinan pada masa akan datang Sabah atau Sarawak mengikuti jejak Singapura? .

Sepertimana yang kita tahu, rakyat Sarawak khususnya dan Sabah tidak suka perkara yang melibatkan 'Agama' mahupun Kristian ataupun Islam , toleransi agama yang kuat serta boleh duduk tinggal sebumbung dengan saudara berlainan Agama telah lama dipratikkan bahkan sebelum wujudnya 'Pembentukkan Negara Malaysia' dan juga sebelum Slogan '1Malaysia' diwar-warkan di media.

Berikut adalah petikan Pemimpin PRS iaitu sebuah Parti Sarawak dalam komponen Barisan Nasional mengenai 'seorang' pemimpin muda UMNO mengenai isu 'keluar malaysia' .

Beliau sedih dengan pemimpin Umno yang kerap bertanyakan soalan seperti: "Oh bila keluar Malaysia?" ketika berada di Kuala Lumpur atau Putrajaya ketika menghadiri mesyuarat."Saya katalah saya tidak tinggalkan Malaysia. Saya hanya terbang dari Kuching. Itu mungkin kecil, tetapi ia menunjukkan pemikiran mereka.

Petikan The Birth of Malaysia
Bukan itu sahaja yang menarik perhatian Mr.J serta rakyat Sarawak keseluruhannya tetapi iaitu bagaimana Tan Sri James Masing 'membidas' atau 'sarcasm' dan hanya mengatakan "Itu sombong!" 

Jawapan yang merujuk kepada Datuk Seri Nazri Aziz Menteri Pelancongan ataupun Bapa kepada anak yang bercinta dengan janda hot mama iaitu Nora Danish yang memberi amaran Kristian Sabah Sarawak tidak boleh menggunakan perkataan itu di Malaysia Barat.

Satu sahaja ancaman terhadap "Persekutuan Negara Malaysia" iaitu seandainya majoriti wakil rakyat atau menteri Sarawak bersatu dan bersepakat berkata "kami 'keluar' daripada Persekutuan Malaysia".

Persoalannya sekarang adalah , Bolehkah ianya berlaku?

Tidak mustahil ianya berlaku, cuma bukan sekarang atau esok tetapi 'suatu hari nanti' sekiranya banyak isu 'sensitif' Sarawak dimainkan oleh menteri-menteri dari luar Sarawak.

Hal ini kita boleh 'lihat' serta 'rasa' sendiri bahkan 'menteri' dari Sarawak juga kelihatan 'kurang selesa' dan mula bangkit dan bersuara bila sesuatu isu tersebut melibatkan Sarawak. Biarpun boleh dikatakan dalam 'Aliran' Politik yang sama tetapi persefahaman diantara sosio-politik diantara Sarawak dan S.Malaysia adalah sangat berbeza sekali.

Setakat ini sahaja pendapat serta apa yang mahu Mr.J kongsikan kepada pembaca semua, mungkin artikel yang Mr.J luahkan ini 'bakal' menyakitkan sebilangan pembaca tetapi itu adalah realiti apa yang berlaku di malaysia ketika ini.

- Mr.J

Tiada Larangan Pengunaan "Allah" di Sabah & Sarawak - Perkara 1: Agama" dalam Perjanjian 20 Perkara Pembentukkan Malaysia.

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Perkataan 'Allah' telah lama digunakan di Sabah & Sarawak sepertimana sebelum pembentukkan 'malaysia' dan sejak zaman kepimpinan Rajah Sir James Brooke pada tahun 1838 sehinggalah sekarang. 

Bagaimanapun semenjak kebelakangan ini ada sebilangan NGO Pro 'Agama' daripada Tanah Melayu atau Malaya ingin 'meluaskan' Ideologi 'Ketuanan' mereka ke Sabah dan Sarawak , walhal mereka tidak tahu tindakkan segelintir daripada mereka hanya akan menyebabkan 'Intergriti Nasional' terjejas.

Muka depan Akhbar Utusan Borneo hari ini 18/10/2013

Perlanggaran Perjanjian Perkara 18 & 20 seharusnya tidak boleh berlaku , seandainya berlaku maka  kemungkinan Sabah & Sarawak Tidak akan kekal bersama dalam gagasan Negara Persekutuan 'Malaysia' .

PRO-NGO 'Agama' ( merujuk kepada seorang presiden persatuan 'agama' ) kelihatan tidak pernah mempelajari Sejarah Pembentukkan Negara Persekutuan Malaysia bahkan dengan lantang menyeru sesiapa yang tidak bersetuju dengan keputusan 'isu allah' keluar daripada malaysia tetapi Pelawaan Presiden itu telah mendapat respon yang sangat positif daripada rakyat Sabah dan Sarawak.

Mungkin Presiden 'tersebut' terlalu alpa sehinggakan tidak tahu bahawa di dalam Pembentukkan Negara Persekutuan 'Malaysia' ada 1 Perjanjian yang dinamakan Perjanjian Perkara 18 & 20 diantara Tanah Melayu ( Malaya ) dengan Sabah dan Sarawak. 

Di bawah ini Mr.J lampirkan Perjanjian yang Pertama iaitu mengenai Isu sekarang iaitu "Agama".

Perkara 1: Agama  
Walaupun terdapat tiada bantahan kepada Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia harus ada agama Negeri di Borneo (Sarawak & Sabah), dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan agama Islam dalam Perlembagaan Malaya TIDAK BOLEH diguna pakai di Borneo.

Perkara 2: Bahasa 
A. Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan bagi Persekutuan
B. Bahasa Inggeris akan terus digunakan bagi tempoh 10 tahun selepas Hari Malaysia
C. Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa rasmi Borneo (Sarawak & Sabah) bagi segala maksud, Negeri atau Persekutuan, tanpa had masa.

Perkara 3: Perlembagaan 
Sementara menerima bahawa Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu patut dijadikan asas Perlembagaan Malaysia, Perlembagaan Malaysia harus menjadi dokumen yang benar-benar baru yang dirangka dan dipersetujui dalam cahaya persatuan negeri yang bebas daripada dan tidak seharusnya menjadi satu siri pindaan kepada satu perlembagaan yang dirangka dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berlainan dalam keadaan berlainan sama sekali. Satu Perlembagaan baru bagi Borneo (Sarawak & Sabah) adalah kursus yang penting.

Perkara 4: Ketua Persekutuan 
Ketua Negeri di Borneo (Sarawak & Sabah) tidak seharusnya layak untuk dipilih semula sebagai Ketua Persekutuan. Perkara 5: Nama Persekutuan "Malaysia" tetapi tidak "Melayu Raya" .

Perkara 6: Imigresen
Kawalan ke atas imigresen ke dalam mana-mana bahagian di Malaysia dari luar harus dipikul oleh Kerajaan Pusat tetapi kemasukan ke Borneo (Sarawak & Sabah) yang perlu juga mendapat kelulusan Kerajaan Negeri.

Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya mampu untuk veto kemasukan orang-orang ke dalam Borneo (Sarawak & Sabah) untuk tujuan Kerajaan Negeri kecuali atas bidang keselamatan. Borneo (Sarawak & Sabah) harus mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas pergerakan orang lain daripada orang awam Kerajaan Persekutuan dari bahagian-bahagian lain Malaysia Borneo (Sarawak & Sabah).

Perkara 7: Hak Pemisahan 
Seharusnya tidak ada hak untuk menarik diri dari Persekutuan Perkara 8: Borneanisation Borneanisation daripada perkhidmatan awam perlu diteruskan secepat mungkin.

Perkara 9: Pegawai British 
Setiap usaha perlu dibuat untuk menggalakkan Pegawai British untuk kekal dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil oleh orang yang berkelayakan dari Borneo (Sarawak & Sabah)

Perkara 10: Kewarganegaraan 
Cadangan dalam perenggan 148 (k) Laporan Suruhanjaya Cobbold perlu mentadbir hak kerakyatan di dalam Persekutuan Borneo (Sarawak & Sabah) tertakluk kepada pindaan yang berikut: * A) sub-perenggan (i) tidak seharusnya mengandungi proviso sebagai hingga lima tahun kediaman * B) dalam usaha untuk mengikat dengan undang-undang kami, sub-perenggan (ii) (a) hendaklah dibaca "7 daripada 10 tahun" dan bukannya "8 daripada 10 tahun" * C) sub-perenggan (iii) tidak seharusnya mengandungi apa-apa sekatan yang terikat dengan kewarganegaraan ibu bapa - orang yang lahir di Borneo (Sarawak & Sabah) selepas Malaysia mesti menjadi warganegara persekutuan.

Perkara 11: Takrif dan Kewangan
Borneo (Sarawak & Sabah) harus mengawal kewangan sendiri, pembangunan dan tarif, dan seharusnya mempunyai hak untuk menentukan cukai sendiri dan untuk mendapatkan pinjaman pada kredit sendiri.

Perkara 12: Kedudukan Istimewa Penduduk Asli 
Pada dasarnya, kaum pribumi Borneo (Sarawak & Sabah) harus menikmati hak istimewa sejajar dengan apa yang dinikmati oleh Melayu di Malaya, tetapi formula orang Melayu sekarang dalam hal ini tidak semestinya diguna pakai di Borneo (Sarawak & Sabah).

Perkara 13: Kerajaan Negeri *
A) Perdana Menteri sepatutnya dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Mesyuarat Negara *
B) Perlu ada sistem Menteri di Borneo (Sarawak & Sabah).

Perkara 14: Tempoh Peralihan 
Ini seharusnya menjadi tujuh tahun dan dalam tempoh itu, kuasa perundangan mesti ditinggalkan dengan Negeri Borneo (Sarawak & Sabah) oleh Perlembagaan dan tidak boleh semata-mata diserahkan kepada Kerajaan Negeri oleh Kerajaan Persekutuan.

Perkara 15: Pelajaran 
Sistem pendidikan Borneo (Sarawak & Sabah) sedia ada perlu dikekalkan dan atas sebab ini, ia perlu berada di bawah kawalan kerajaan.

Perkara 16: Perlindungan Perlembagaan 
Tiada pengubahsuaian pindaan atau penarikan balik mana-mana perlindungan khas yang diberikan kepada Borneo (Sarawak & Sabah) hendaklah dibuat oleh Kerajaan Pusat tanpa persetujuan positif Kerajaan Negeri Borneo Utara Kuasa meminda Perlembagaan Negeri Borneo (Sarawak & Sabah) harus dimiliki secara eksklusif kepada rakyat di negeri ini. (Nota: Parti Bersatu, Parti Demokratik dan Parti Pasok Momogun yang menganggap bahawa majoriti tiga perempat akan diperlukan untuk melaksanakan apa-apa pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri manakala UNKO dan USNO dianggap majoriti dua pertiga akan mencukupi).

Perkara 17: Wakil di Parlimen 
Ini harus mengambil kira bukan sahaja daripada penduduk Borneo (Sarawak & Sabah) tetapi juga yang merampas dan potensinya di mana-mana kes tidak boleh kurang daripada Singapura.

Perkara 18: Nama Ketua Negara
Yang di-Pertua Negara.

Perkara 19: Nama Negara
Sarawak atau Sabah. *( Bukan berstatus "Negeri" dalam Malaysia , Sabah dan Sarawak adalah berstatus "Negara" )

Perkara 20: Tanah, Hutan, Kerajaan Tempatan, dll.
Peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan berkenaan kuasa Majlis Tanah Negara tidak boleh diguna pakai di Borneo (Sarawak & Sabah). Begitu juga, Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan tidak perlu memohon di Borneo (Sarawak & Sabah).


Jadi , kepada anda diluar sana yang tidak pernah mengetahui Perjanjian 18 & 20 , artikel ini mungkin boleh menerangkan bahkan membantu anda menjawap soalan daripada rakan - rakan lain mengenai Sabah & Sarawak kenapa dan mengapa Sabah & Sarawak mempunyai sistem kawalan Imigresen sendiri dan kenapa jikalau ke Sarawak tidak boleh melebihi 3 Bulan dan pelbagai soalan yang lain.

Cop contoh Pass Lawatan jika ke Sabah & Sarawak.


Perkara 6: Imigresen  ( rujuk gambar diatas  )
Kawalan ke atas imigresen ke dalam mana-mana bahagian di Malaysia dari luar harus dipikul oleh Kerajaan Pusat tetapi kemasukan ke Borneo (Sarawak & Sabah) yang perlu juga mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. 

Ini adalah sebahagian daripada 20 Perkara Perjanjian yang telah dimeterai oleh kesemua pemimpin negara yang mahu membentuk negara 'persekutuan' yang dinamakan 'Malaysia'.

Seringkali terdengar atau anda mungkin ingin berkata 'Sabah & Sarawak bukan masuk Malaysia?' , untuk maklumat pembaca.

Sabah serta Sarawak 'Tidak Masuk' Malaysia tetapi Sabah dan Sarawak 'Menbentuk' Negara Persekutuan Malaysia bersama - sama Tanah Melayu ( Malaya ) , Singapura , Sabah ( North Borneo ) dan Sarawak , bagaimanapun Singapura telah keluar dari gagasan pada tahun 1965 atas sebab - sebab tertentu dan Tidak Mustahil Sabah dan Sarawak akan mengikut jejak Singapura pada masa akan datang.


- Mr.J

  mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media

About the "Allah" issue by Naz Ryan Winchester Hatta , Anak Sarawak

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.

About the "Allah" issue, I would like to express my opinion and my feelings about this matter as a Muslim & a Sarawakian. 


I`m a Muslim, an ex-student (2004 - 2009) of St. Thomas` Anglican Christian Mission All Boys Secondary School Kuching (opposite the St. Thomas` Cathedral), took Bible Study and I would like to express my opinion about this matter, AS A MUSLIM. About this `Allah ` issue, this issue should not be an issue because the Christians in Sabah & Sarawak have been using `Allah` and `Allah Taala` (Bup Kudus ngena Jako Iban) for a long time already. 

The problem only occured in the Peninsular Malaysia. The Arab Christians in Arab countries also using Allah in their Arabic Bibles and during masses, and the Arab Muslims don`t have problems with them using the word. Because the Holy Qur`an said, "AlhamduLILLAHI ROBBIL`ALAMEEN..." "All praise be to ALLAH, THE LORD OF THE WORLD..." (The Holy Qur`an; Surah Al-Fatihah verse 2) The Holy Qur`an never said, "AlhamduLILLAHI ROBBIL MUSLIMEEN..." "All praise be to ALLAH, THE LORD FOR THE MUSLIMS ONLY." 

ALLAH is the Lord of The Whole Universe, All Humanity, have the right to praise Allah and NO ONE have the right to AVOID anyone in saying and praising Allah. "And if indeed thou ask them who it is that sends down rain from the sky, and gives life therewith to the earth after its death, they will certainly reply, "Allah!" Say, ALHAMDULILLAH "Praise be to Allah!" But most of them understand not." (The Holy Qur`an; Surah Al-Ankabut verse 63) This verse tells us that if the non-Muslims praising Allah, we Muslim should said, ALHAMDULILLAH, Thank You Allah, not banning them from praising Allah. Everytime if my Christian friends say ALHAMDULILLAH, INSYA ALLAH, YA ALLAH, I`ll reply by saying, ALHAMDULILLAH, because they also believe in Allah.


Regardless of what race and religion you are, either you`re Muslims, Christians, Buddhists, Hindus, Jews, Atheists (eventhough they don`t believe in God). If they said that Allah use by the Christians are meant to convert the Muslims into Christianity, I OBJECT, because, I`ve been into the church, I touched the holy water, I memorized some of the Christian songs (LORD DISMISS US, AMAZING GRACE), some of the Christmas songs (THE FIRST NOEL, JOY TO THE WORLD) and guess what? I`M STILL A MUSLIM. I`ve lots of Christians friends and even our Lord Bishop`s son, is the friend of ours. ~ I`M A MUSLIM AND I SUPPORT THE CHRISTIANS USING ALLAH IN THEIR BIBLES AND DURING MASSES! Allah for all!

1SARAWAK sudah lama kami amalkan sejak di era Dinasti Era Rajah Putih kami Rajah Brooke dan jangan kerana kami bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia maka KAMU YANG BUKAN ANAK SARAWAK CUBA UNTUK MENGATUR PENGHIDUPAN KAMI DI SARAWAK.

Jangan mendesak kami Bangsa Negara Sarawak untuk mula mengiyakan kata-kata Tun Jugah kami.

"Anang Malaysia baka tebu, Manis ba pun, Tabar ba ujung"
"Jangan Malaysia ibarat tebu, Manis di pangkal, Tawar di hujung"

GOD BLESS SARAWAK! GOD BLESS BORNEO! ALLAH MEMBERKATI SARAWAK! ALLAH MEMBERKATI BORNEO! ALLAH TAALA MERKAT MNUA SARAWAK! ALLAH TAALA MERKAT MENUA BORNEO!!!  - by Naz Ryan Winchester Hatta , Anak Sarawak -



- Mr.J


mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media

Suara Hati Anak Sarawak yang berketurunan Melayu beragama Islam mengenai 'Isu Allah' di S.Malaysia ( Malaya ).

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Bukan hanya sekadar masyarakat Kristian di Sarawak bahkan masyarakat Melayu Islam Sarawak juga 'menyelar' tindakkan sebuah badan NGO yang bercita-cita seperti mat jenin yang ingin mempeluaskan 'jajahan' Ketuanan mereka ke Sabah dan Sarawak kerana ia umpama menganggu-gugat sebuah ketenteraman antara agama serta kaum yang telah lebih ratusan tahun terjalin di Sarawak bahkan Sabah.

Berikut di bawah adalah 'luahan' seorang anak muda Sarawak yang beragama Islam. Mr.J percaya bahkan ramai lagi penganut Islam di Sarawak juga berpendapat sama.:
-
Ini adalah suara hati saya sebagai anak Sarawak yang berketurunan Melayu dan beragama Islam. Namun begitu saya lebih suka dipanggil Bangsa Sarawak. 

Kenapa Bangsa Sarawak? Kerana disamping berketurunan Melayu Muslim saya juga mempunyai uncle auntie sepupu sepapat nenek datuk yang berbangsa Melanau, Bidayuh, Iban, Cina dan Orang Ulu. Dan ada antara keluarga saya masih lagi menganuti agama Kristian, Buddha dan pagan. 

Adakah itu menyebabkan saya mahupun sepupu ataupun anak saudara saya yang lain tidak tahu membezakan yang mana satu Isa yang mana satu Muhammad. Jauh sekali tidak kerana segalanya terletak kepada ketakwaan dan pegangan agama yang utuh. 

Sarawak yang terdiri daripada lebih daripada 30 Etnik , pelbagai agama tidak pernah ada 
berlakunya Rusuhan 'Agama'.

Kami merayakan kesemua perayaan besar di dalam Malaysia daripada Hariraya Aidilfitri, Hariraya Haji, Krismas, Gawai dan Tahun Baru China. Adakah kami yang muslim ini kufur? Allah hanya satu dan DIA YANG MAHA BERKUASA LAGI MAHA MENGETAHUI. 

Saya tidak mahu mentaliti 'mereka' yang desperado dan cuba untuk mempengaruhi penghidupan kami yang hidup utuh sebagai 1 Bangsa Sarawak diganggu gugat oleh golongan seperti ini. 

Ketahuilah Agama itu boleh ditukar tetapi bolehkah hubungan keluarga darah yang mengalir boleh ditukar. Untuk kesekian kalinya saya memohon Anak Sarawak Bangsa Sarawak bersatu dibawah Panji Bendera Sarawak dan Jata Sarawak. Kita Perangi mereka yang adanya Unsur seperti ingin memijak Bumi Kenyalang kita.. 

1 SARAWAK sudah lama kami amalkan sejak di era Dinasti Era Rajah Putih kami Rajah Brooke dan jangan kerana kami bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia maka KAMU YANG BUKAN ANAK SARAWAK CUBA UNTUK MENGATUR PENGHIDUPAN KAMI DI SARAWAK. 

Jangan mendesak kami Bangsa Sarawak untuk mula mengiyakan kata-kata Tun Jugah kami. 
"Anang Malaysia baka tebu, Manis ba pun, Tabar ba ujung" "Jangan Malaysia ibarat tebu, Manis di pangkal, Tawar di hujung" .
Dari , - Alex Has , Anak Sarawak- 

Bukan itu sahaja , satu laman sosial Anak Sarawak (Kamek Miak Sarawak) juga menjelaskan sedikit mengenai isu tersebut bagi mereka yang tidak pernah ke Sarawak dan tidak pernah melihat secara keseluruhannya bagaimana Perpaduan Agama serta Kaum di sana.




- Mr.J

  mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media

Bible di negara-negara Arab memang menggunakan perkataan الله Allah - DrMaza.com

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
DrMAZA.com : Bible di negara-negara Arab yang berbahasa Arab memang menggunakan perkataan الله merujuk kepada Tuhan yang sebenar..begitulah di gereja-gereja Arab..cumanya Bible dalam English memilih perkataan God ataupun Lord.

Idris Abdul Rashid : Saya tiada masalah orang kritian nak guna nama Allah sebagai ganti kepada God, itu memang tuhan dia dan tuhan kita semua. Kita tiada hak untuk halang orang bertuhankan Allah. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam - Al Faatih

Original Capture from Link

Zac Q Lyn : Isu ni mgkn agak baru untuk d semenanjung,tp kami d sabah n sarawak sudah lama membesar dgn penggunaan "Allah" dalam bible...n mmg susah if we want them to change it back to Tuhan, since they've been using it sejak berpuluh tahun dulu....apa yang diguna pakai dalam bible terjemahan indo itulah yg di sabah n sarawak gunakan.....tapi klu difikirkan akibatnya, memang menakutkan...sekiranya kerajaan n mereka xmahu tukar jugak, kita pulak bertindak...ajar anak2 mengenal Allah SWT, beza allah dalam bible, n Allah SWT.....sy sendiri seorang revert, mmg dah biasa tgk allah dalam bible...tapi kebiasaan bukan alasan saya untuk membenarkan mereka nisbahkan Allah...semoga Allah SWT lindungi anak2 sy n tidak terpesong akidah mereka

Mohamad Abdul Hadi Mohamad : Sebenarnya kelamahan kita kerana kita manjadikan Islam itu milik orang Melayu, jika kita jujur kita perlu usahakan menyebar kitab terjemahan Al-Quran dalam bahasa Mandarin kepada kaum Cina, jika sekurang-kurangnya 50% kaun cina dapat kita jadikan sahabat kita semuslim maka Islam akan kuat di sini... dan untuk mencapat tahap tersebut perlulah diberi inisiatif ekonomi bagi kaum cina yang mahu memeluk islam kerana karakter kaum cina adalah sangat bersifat ke arah ekonomi... yang kita lihat sekarang kaum cina bila masuk islam dibuang keluarga kerana perlu menukar nama mereka dan juga menjadi miskin kerana tidak ada polisi yang jelas dari umat islam malaysia berkenaan pembangunan ekonomi bagi saudara baru cina..

Zainal Abideen : Org. Melayu suruh masjid & surau azan pakai pembesar suara, tapi masjid & surau terus lengang dgn. jemaah. Zaman nabi mana ada pembesar suara. Org. Melayu ni lebih auta je.....yang disuruh buat tak buat yang tak disuruh mereka buat jadi macam wajib...sebab itu ramai org. Melayu pemimpin Di kalangan sekular...Mata duitan.

Zaid Zaidel Jamil : Isu penggunaan perkataan Allah, adalah isu kecil yang diperbesarkan. Saya duduk di Sarawak sejak lahir dengar rakan-rakan bukan Islam menyebut dan menggunakannya. Yang penting setiap muslim jaga amalan masing2.

Ray Thmas : Ada plak jawab "nak sgt 'Allah' msk je Islam.." kalau gitu la nk tepis hujah, adik gua pn pandai.


Sumber : DrMaza 

1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
+PENDAPAT  +KOMEN ◼WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©