Kisah Perjalanan Mr.J Sempena Perayaan Hari Gawai Dayak 2013 di Rumah Panjang Tr. Linus , Bungan Mit/Kecil , Igan . Sarawak -

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Wau , nampaknya lama juga Mr.J tak mengemaskinikan blog ini , bukan apa Mr.J sibuk dari balik bercuti sempena Perayaan Hari Gawai Dayak di Sarawak apatah kali ini Mr.J mendapat banyak kesempatan mengunjungi dua Rumah Panjang.

Video : HD Slide Show : Hari Gawai Dayak 2013


Iaitu yang pertama adalah Rumah Panjang Ayah Mr.J di Rh. Linus , Bungan Mit/Kecil , Igan . Sarawak  satu lagi di Rumah Panjang Emak Mr.J di Rh Bantak ak Ibit,  Rantau Sukat Roban , Sarawak.

Seperti kebiasaan selalunya Mr.J akan memohon cuti lebih awal daripada Majikan Mr.J untuk memudahkan dan mengelakkan sebarang kesulitan berlaku seperti contoh tempahan tiket kapal terbang . 

Sejauh mana merantau Perayaan Hari Gawai Dayak tetap pulai ke Tanahair .. - mr.j

Pada Pukul 7 lebih bertarikh 31 May 2013 , Mr.J selamat mendarat di Lapangan Terbang Sibu , Sarawak dari Kuala Lumpur yang mengambil masa lingkungan 1 Jam 40 Minit.

Perjalanan ke Rh. Linus , Bungan Mit/Kecil , Igan :

Mempunyai 2 Pilihan Pengangkutan iaitu menggunakan Pengangkutan Air atau Darat .
1: Bot Ekspress ( anggaran perjalanan Bot 3 Jam * atau lebih berikutan ramai orang dan agak berbahaya berikutan kejadian Bot Ekspress selalu karam menjelang perayaan ) 

2: Kereta / Jalan Darat ( anggaran mengunakan kenderaan 2 jam , sekiranya jalan tidak becak ) .

Tetapi kali ini memilih melalui jalan darat 

Rh. Linus , Bungan Mit/Kecil , Igan dengan melalui jalan - jalan Ladang Kelapa Sawit , perjalanan agak memenatkan kerana keadaan gelap dan ada sedikit 'kesilapan peta perjalanan' berikutan cuaca semakin malam serta keadaan jalan yang agak 'menyusahkan' hujan pula renyai - renyai dan sedikit becak , maklumlah jalan ladang kelapa sawit .

Kami tiba Rumah Panjang lingkungan jam 10:30 malam dan kelihatan saudara mara telah bersedia di 'Ruai' untuk menunggu detik 12 malam menandakan bermulanya Hari Gawai Dayak.

 Mr.J membawa beberapa Baju T-Shirt Rasmi Pengerindu.com sebagai 
cederahati kepada Saudara mara . 

Bersedia untuk menyambut detik 12 malam , 
semua penghuni harus berkumpul di 'Ruai' masing - masing.


"Air Pengayu" akan dijunjung sambil menjerit serentak "Oooooohhhaaaaa" beberapa kali menandakan bermulanya Hari Gawai Dayak 2013.

Setelah makan - makan serta bersalaman sambil bertukar lauk - pauk dengan keluarga lain yang menghuni Rumah Panjang tersebut maka acara yang lain seperti permainan musik tradisional Iban Taboh dimainkan oleh beberapa pemuda di situ.

Tarian didalam Video Keek yang dibawa Mr.J tersebut adalah Bukan Tarian "Ngajat" , itu adalah Tarian 'Palau' untuk "Happy -Happy" sahaja.


Acara 'menyambut ai pengayu' ini terus berlangsung sehingga pagi keesokkanya dimana saudara - mara yang jauh bergurau senda sambil minum ai pengayu ( air tuak ) sehingga 'Palau' seperti Mr.J.


Nampaknya ( Gambar diatas ) Mr.J Gagal untuk 'Berpesta' hingga ke Pagi selepas kena penangan "Ai Pengayu" dan beberapa jenis minuman keras yang disediakan. 


Setakat ini sahaja kisah Hari Gawai Mr.J di Rh Panjang Tr.Linus di Bungan Mit/Kecil Igan dan Mr.J berada disana selama 6 hari iaitu 31/5/2013 - 4/6/2013 . 

Pelbagai aktiviti yang Mr.J lakukan iaitu terjun Sungai Rajang , melapah Babi Hutan dan sebagainya.


Untuk melihat gambar yang lain anda bolehlah mengunjungi Album Gawai Mr.J di Facebook .

Nantikan Kisah seterusnya iaitu Hari Gawai di Rumah Panjang Emak Mr.J di Rh Bantak ak Ibit,  Rantau Sukat Roban , Sarawak . 


OOOOOOOHHHAAA SELAMAT HARI GAWAI GAYU GURU GERAI NYAMAI!!!

- Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©