Ohhhaaaaa!!!! Selamat Hari Gawai Gayu Guru Gerai Nyamai!!! dan Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan!

Sebuah Portal bercirikan Blog yang Neutral dan Bebas serta tidak dikuasai oleh parti politik, walaupun terdapat tawaran untuk menulis atau menyebarkan "kebaikkan" sesebuah parti politk tetapi ianya ditolak tanpa budi bicara.
Amboi!~ Semangat sungguh Mr.J , hari ini tinggal beberapa hari lagi dimana Pesta Perayaan yang cukup besar di Kepulauan Borneo iaitu Sabah , Sarawak dan Kalimantan dimana Pulau Borneo yang didiami oleh Majoriti Etnik Dayak dan juga beberapa Sub Suku Dayak.

Tidak lupa pula dengan Selamat Hari Kaamatan kepada Etnik Kadazan Dusun di Sabah ( North Borneo ) .

Hari ini Mr.J hendak cerita sedikit mengenai Perayaan Hari Gawai Dayak yang penting tidak keluar iklan di mana-mana stesen TV. 


Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum bumiputera Sarawak bergitu juga dengan Dayak di Kalimantan dan Dayak di Sabah, terutamanya Iban dan Bidayuh dan Dayak. 

Gawai Dayak merupakan hari menuai dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964, apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun 1965.

Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuan di persembahkan kepada dewa padi untuk hasil yang baik. 

Selamat Kaamatan & Selamat Hari Gawai kepada semua pembaca kami.

Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. 

Sebatang pokok yang dikenali sebagai 'ranyai' akan didirikan di tengah ruang dan dihiasi dengan makanan dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang dikenali sebagai 'ngabang'. 

Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut.

Gawai Dayak juga satu cara mengeratkan hubungan keluarga dimana seluruh ahli keluarga yang jauh akan balik ke rumah panjang bertemu dengan sanak dan saudara .

Selalunya acara pertandingan Ratu Cantik yang dipanggil Kumang Gawai dan Pertandingan Keling ( Pahlawan Tersegak / Gagah dengan Kustom Tradisional ) akan diadakan。

Pesta Hari Gawai ini selalunya berlanjutan hingga keesokkan paginya.

- Mr.J


Tutorial : Bagaimana mencantumkan file 001 , 002 , 003 dengan HjSplitter?

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
 MAKANANAN RESEPI UNIK & ESOTIK
 KOMPUTER  APLIKASI  MUATTURUN
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
Stastitik

 
Copyright © 2013. www.pengerindu.net www.pengerindu.com- All Rights Reserved ©